Isnin, 19 Februari 2018

Idea Aktiviti Masa Cuti @ Terluang



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Masa cuti atau hari minggu kebiasaannya akan diluangkan bersama keluarga, rakan-rakan atau insan tersayang.

Hari minggu juga ialah hari untuk memanjakan diri dan tubuh sendiri atau 'me time'.

Ramai lebih suka melakukan aktiviti sihat seperti bersukan, berjogging, mandi pantai, berjalan mengelilingi taman dan menikmati makanan diluar ketika cuti dan hujung minggu.

Selain aktiviti diatas melakukan aktiviti menyediakan stok untuk makanan sihat atau meal prep juga kebiasaannya turut dilakukan pada hari cuti atau minggu.

Kebanyakan suri rumah juga melakukan perkara yang sama, memasak stok yang banyak sebelum disimpan dan dibekukan di dalam peti ais. Perkara ini tentu jauh lebih menyenangkan, selain menjimatkan masa.

Hari cuti baru-baru ini, dihabiskan dengan mengukur lebih 20 biji kelapa hasil tanaman sendiri.

Oleh kerana ia kelapa gading atau jenis kecil, ia tidak sesuai menggunakan mesin kelapa yang tersedia dirumah. Asyik tercampak dan melukakan tangan, lebih-lebih lagi mata mesin kukur itu jenis besar atau untuk kelapa besar. Maka, kukur kelapa digunakan untuk mengukur 20 biji kelapa.

Hari pertama 10 biji kelapa, dan hari esoknya 10 biji kelapa lagi. Semua stok kelapa ini dikukur dan disimpan dalam peti.

Perbezaan ketara yang kelihatan apabila mengukur kelapa ini, tiada banyak sisa hampas kelapa kerana ia dicuci dan diambil habis dari matak kukur. Kelapa muda jauh lebih lembut dan lembab sekaligus amat sedap ketika dibuat lempeng kelapa.

Lebih-lebih lagi kelapa muda ini baru dipetik dan air kelapa juga terasa amat manis. Untuk petua lempeng kelapa muda sedap anda perlu gunakan air kelapa untuk bancuhan supaya ia lebih manis enak dan lemak.

Beberapa biji kelapa muda turut dikikis isinya dengan sudu dan dibuat smoothie buah-buahan bersama kelapa. Antara resepi smoothie kelapa yang dicuba ialah campuran smoothie kelapa muda dengan buah nenas pada hari pertama, dan hari kedua campuran kelapa muda dan mangga di hias buah goji berry. Memang sedap dan lemak. Anda patut mencubanya.

Stok kelapa muda dan kelapa yang hampir tua yang dikukur disimpan didalam peti ais. Mujur peti ais rumah ini ada 2, maka tiada isu tempat simpanan stok. Beberapa biji kelapa turut diberi ke beberapa buah jiran sebagai buah tangan.

Adalah lebih baik anda membeli kelapa dan kukur sendiri kerana ia lebih segar berbanding anda membeli santan kelapa yang anda sendiri tidak tahu kesegaran kelapa itu sendiri.

Jika anda melihat sendiri situasi di pasar-pasar, untuk penjimatan kos peniaga santan mencampurkan kelapa lama dan kelapa yang lebih elok untuk mengelakkan pembaziran.

Terlalu berbeza santan dan kelapa dipasar berbanding kelapa yang baru dipetik apa lagi kelapa muda.

Beberapa hari ini sarapan pagi saya hanya lempeng kelapa dimakan bersama gula perang, lempeng kelapa dicicah kari ayam organik. lempeng pisang kelapa, nasi lemak, lepat pisang dan pelbagai lagi resepi berunsur kelapa.

Kelapa ialah pokok tradisi yang kaya khasiat dan manfaat. Malah tempurung kelapa turut digunakan oleh saya (hanya beberapa biji) sebagai mangkuk smoothie dan mangkuk untuk bancuhan skrub dan lulur.

Cadangnya saya ingin membakar beberapa tempurung kelapa untuk dijadikan arang, namun ia memerlukan tempurung kelapa yang tua, namun ibu saya awal-awal telah membuangnya. Insyaalah ada rezeki akan datang saya sendiri akan membuat arang sendiri.

Banyak khasiat dan manfaat dari sepohon kelapa, saya akan menulis khasiat dari buah kelapa, air kelapa dan segalanya dalam artikel akan datang. Insyaallah.

Jika anda menanam pokok kelapa, jangan lupa manfaatkan ia dan selamat mencuba masakan berasaskan kelapa dari hasil tanaman sendiri juga air tangan sendiri.

Mengukur kelapa itu tidak sesukar mana walau ia untuk 10 biji janji kukur kelapa itu tajam.

Sempena baru belajar membuat video,  saya sengaja abadikan aktiviti dalam satu hari mengukur kelapa,  memasak lempeng kelapa dan membuat Smoothie kelapa ini dalam video ringkas di bawah.




Jangan pelik, ia diambil oleh saya sendiri menggunakan handphone,  maka hanya satu tangan sahaja nampak seperti mengukur kelapa,  sebenarnya saya menggunakan 2 tangan ok.


Sila terima hakikat saya masih baru belajar membuat video.

Terima kasih.




Ahad, 18 Februari 2018

TIPS PENULISAN DAN BLOGGING : DARI 111 ARTIKEL, MELONJAK 312 ARTIKEL, INI YANG SAYA LAKUKAN





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Menulis sesuatu yang Nampak mudah, namun hanya penulis dan blogger yang lebih mengetahui.

Satu artikel setiap hari ,terlihat begitu senang, namun memerlukan usaha dan daya tahan yang tinggi untuk melaksanakannya.

365 artikel setahun, itu bukan perkara yang sesenang menyalakan api, ia pasti dipersetujui oleh ramai penulis dan blogger di dunia ini.

Tidak semudah memegang pen, menulis memerlukan idea dank ketenangan. Memerlukan catatan pengalaman dan ‘hati’ yang harus hadir dalam penulisan, kecuali anda ialah penulis atau blogger ‘copy paste’ yang tidak pernah ada hati untuk wujudkan identity tersendiri.

Dari menulis suka-suka sebagai hobi, menjadi satu ‘passion’ akhirnya Berjaya menulis lebih 300 artikel dari 111 artikel setahun, ini apa yang SAYA LAKUKAN untuk menjadikan ia REALITI.

1. Ingat Sasaran Dan Target Blogging

Ketika melihat blog sendiri, perkara pertama yang terlintas. Wajib menulis satu artikel pada hari ini. Andai hari itu telah terlepas, lihat tarikh hari ini dan pastikan jika telah 20hb maka 20 artikel wajib ditulis dan terpapar diblog. Kurang artikel maka bersungguh untuk melunaskan hutang artikel tersebut. Terlepas bulan ini target di bawa ke bulan hadapan, lebih 30 artikel akan ditulis di bulan hadapan. Hutang artikel harus di bayar.

2. Rajin Membaca dan Mengkaji

Anda tidak akan mampu menulis tanpa menambah ilmu dan rajin membaca. Menulis memerlukan idea. Idea tidak mungkin datang sendiri. Maka membaca, mengkaji, berbual, melayan soalan yang ‘cerdik’ dan ‘logik’ itu harus. Setiap jawapan dan ilmu yang dibaca dan dikaji merupakan idea terbaik dalam penulisan. BIjak dalam memahami dan mengolah satu artikel datang dengan kerajinan anda membaca sesuatu yang bermanfaat. Cara tulisan anda menyerlahkan sisi ‘kefahaman’ anda dalam sesuatu perkara dan penyampaian anda dalam satu artikel memberitahu emosi anda ketika itu.

3. Kurang Melayan Emosi Dan Berdebat

Malas , tiada mood, bosan, lemah dan ‘down’ ialah emosi biasa setiap individu. Bohong jika dikatakan anda tidak pernah ‘down’ dan merasakan ‘tidak Nampak apa-apa’ hasil dari hobi anda walaupun ia terang-terang memberi hasil namun tidak ‘gah’ seperti individu lain yang anda bezakan.
Kurang berdebat dengan sesiapa sahaja. Membiarkan mereka dengan cakap-cakap dan pandangan mereka akan mengfokuskan anda dengan apa yang anda lakukan.

Menulis memerlukan emosi yang tenang. Anda harus didik diri anda untuk menulis dengan ketenangan itu. Usah dilayan emosi anda. Biarkan sahaja cakap-cakap individu yang tidak menambah baik ‘hidup’ anda itu terbang begitu sahaja.

4. Simpan ‘energi’ Anda

Usah sesekali dilayan mereka yang negative. Mereka yang hanya tahu memberi kritikan yang lansung tidak membina apa lagi mereka yang tidak habis-habis memuji diri sendiri namun tidak pernah tahu and Nampak apa yang anda buat.

Abaikan cakap mereka hatta mereka insan terdekat anda sekali pun. Simpan energy anda. Menulis memerlukan energy yang banyak. Ia menggunakan otak dan ‘mudah’ penat. Idea yang dikerah, ketenangan yang cuba diwujudkan, ayat yang perlu digunakan, otak yang perlu memproses maklumat amat memerlukan energy yang bukan sedikit.

Maka jangan sesekali buang masa anda menjawab atau melayan karenah yang membuang energy dan masa anda. Diam atau bangun , paling terbaik abaikan terus. Don’t wasting your time anymore. Manusia hanya ingin dengar apa yang mereka mahu dengan, hanya ingin cakap apa yang mereka ingin cakapkan.  Biarkan.


5. Kurang Aktif Di Media Sosial

Realitinya , media social akan mengambil masa anda yang banyak.
Facebook akan membuatkan anda menghabiskan masa berjam-jam tanpa sedar.
Instagram akan menyebabkan mata anda tertumpu kepada setiap gambar yang menarik.
Kuasa tarikan media social amat kuat.
Kurangkan masa anda di media social kecuali hanya untuk berkongsi artikel anda dan mengambil ilmu bermanfaat sahaja.

Scroll facebook anda cepat-cepat atau hanya lihat wall mereka yang memberi inspirasi pada anda. Tambah ilmu anda dengan mengikuti mereka yang sesuai dengan sasaran ‘impian’ anda.
Hanya lihat wall mereka yang memberi informasi bermanfaat semata-mata.
Mula fikirkan apa artikel wajib anda tulis hari ini selepas anda selesai membaca wall mereka yang memberi semua sumber ‘ilham’ kepada anda.
Ia tidak mungkin mengambil masa lebih satu jam sehari.

Namun paling terbaik, cuba hanya login ke akaun media social anda sekali seminggu sahaja.
Anda boleh membaca perkongsian mereka yang berpengaruh kongsikan terus untuk seminggu dalam sehari.

Ilham anda untuk seminggu akan datang akan lahir dari situ.
Semenjak saya melakukan ini, waktu ‘terbuang’ di facebook berkurang jauh lebih banyak.


6. Kurang aktif di Group Whatapps dan Telegram

Bertahun aktif di group whatapps dan telegram. Akhirnya tahun 2017, saya mengurangkan keaktifan menjawab soalan di group.

Ia. Berjam masa di habiskan menjawab soalan. Masa untuk memberi individu lain menjawab.
Ditawarkan sebagai admin beberapa group kesihatan namun ditolak dengan hormat dan cara baik.
Tahun 2017 menyaksikan pengurangan keaktifan yang ketara
.
Pada tahun 2018, hanya satu atau 2 group whatapp sahaja akan aktif.
Hujung tahun 2017 , telah banyak group whatapp dan telegram di ‘padamkan’ dari telefon bimbit untuk memberi lebih focus kepada blog dan perniagaan untuk tahun 2018 dan seterusnya.

7. Jarang Membalas Whatapps dan Mesej

Tahun sebelumnya, whatapps dan mesej dijawab secepat mungkin. Siap tunggu balasan lagi. Apa sahaja soalan dijawab panjang lebar, termasuk soalan pembaca blog.
Sayang sekali, cara ini mengambil banyak masa yang panjang malah menjejaskan ‘emosi’ dan boleh mengakibatkan ‘tekanan’ sekaligus keletihan menaip di telefon bimbit.

Bayangkan anda menjawab soalan hanya untuk seorang yang bertanya namun membabitkan emosi yang hanya tuhan yang tahu.

Tahun 2017, pertanyaan di whatapps atau mesej hanya dijawab pendek dengan jawapan , ‘nanti saya jawab’ , ‘boleh search dalam blog’ kemudian jawapan itu akan ditulis didalam blog secara lebih terperinci untuk dibaca oleh jutaan pembaca seluruh dunia. Ia lebih mudah dan memberi ketenangan ketika menjawab dan mengurangkan ‘emosi tertekan’ berbanding ketika menjawab di whatapps. Kebiasaanya penanya soalan tidak faham keadaan kita ketika itu sama ada sibuk, memandu, sedang memikirkan pelbagai isu, kurang sihat dan pelbagai lagi. Malah menjawab dalam artikel blog jauh lebih kurang risiko ‘salah faham’ dan lebih senang difahami berbanding menjawab di ‘mesej’ atau whatapps.

Hanya mesej dan whatapps penting (kecemasan) sahaja dibalas serta merta dari pembaca blog dan para pelanggan yang ingin membeli produk yang diiklankan.


8. Memotivasikan diri sendiri dengan menulis

Ia, ada banyak cara untuk anda memotivasikan diri sendiri. Salah satu cara ialah menulis untuk diri sendiri artikel motivasi.

Itu cara yang digunakan untuk menambah lagi artikel motivasi dalam blog ini. Tulis sesuatu untuk diri anda bukan sahaja mengurangkan rasa ‘down’ malah menambah semangat anda dengan lebih cepat.

Malah menulis terbukti dapat mengurangkan stress malah satu cara yang bagus untuk mengurangkan tekanan.

Ingin diingatkan hanya tulis yang positif-positif. Jangan menulis ketika anda marah. Ketika menulis hanya bayangkan yang indah-indah sahaja dan anda pasti akan menulis artikel yang penuh keindahan.

Dengan melakukan semua perkara ini, Alhamdulillah. Sasaran lebih 300 artikel akhirnya tercapai. Semua ini juga atas keizinan tuhan yang sentiasa memberi idea dan kesempatan dari pelbagai segi termasuk kekuatan dalam meneruskan perjuangan blogging.



Terima kasih.





Cara Buat Lulur Tubuh atau Skrub Badan Homemade dan Selamat


buat sendiri lulur sendiri senang dan mudah


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hari cuti ialah hari paling sesuai untuk anda menyediakan bahan selamat untuk tubuh dan kulit anda jika anda ingin berjimat cermat dan lebih rasa selamat dan yakin dengan bahan yang digunakan di depan mata. 

Tanpa bahan kimia bahaya,  hanya bahan asli dari sumber makanan.  Harus ditegaskan disini setiap bahan asli mengandungi sebatian kimia tersendiri,  malah jika dicampur sekali pun tetap akan memberi tindak balas. 

Maka antara bahan asas asli yang kerap digunakan untuk bahan lulur dan Skrub ialah beras pulut dan kunyit. 

Maka berikut ialah bahan-bahan untuk lulur tubuh atau Skrub Badan yang di galakkan digunakan untuk campuran selamat yang jarang memberikan alahan atau alergi kepada tubuh badan. 

Bahan-bahan 

1. Beras pulut direndam 2 hari 2 malam 
2. Segenggam kunyit hidup@ibu kunyit 

Bahan alternatif lain jika kulit anda tidak mudah gatal kepada daun
1. Daun limau purut
2. Daun pandan

Alternatif untuk tambahan menghilangkan parut dan mencerahkan kulit 
1. Kulit kayu manis yang direndam bersama beras pulut

Sedikit air untuk mengisar bahan-bahan. 

Cara Membuat Lulur Badan @ Skrub Tubuh 

Kisar semua bahan-bahan atau Kisar separuh bahan dahulu, kemudian tambah sahaja baki bahan yang tinggal.  Simpan bahan dalam bekas dan untuk tahan lama dan tidak rosak terus simpan dalam peti ais untuk 2 hari.  

Gunakan lulur ini selepas 2 hari berada dalam peti sejuk tingkat bawah. 

Anda boleh campurkan lulur ini dengan bahan lain seperti hampas kelapa atau hampas teh, kopi atau sebagainya ketika ingin mandi. 

Pastikan setiap bahan sesuai dengan kulit anda. 

** untuk Info saya tidak menggunakan kulit kayu manis dalam bancuhan ini kerana sifat kulit kayu manis yang panas terutama jenis cassia.  Kulit kayu manis ceylon saya agak sayang untuk gunakan di tubuh,  saya lebih rela makan.  Jika kulit anda tidak sensitif dan sunburn bukan jenis halus, digalakkan menambah kulit kayu manis tanpa menambah daun pandan dan daun limau purut. 

Soalan 1

Bolehkah beras pulut ditukar kepada beras biasa? 

Jawapan 1

Boleh, namun beras ini bersifat lebih kering dan kasar berbanding beras pulut.  Beras pulut lebih melembapkan tubuh dan beras biasa boleh mengeringkan kulit.  Jika kulit anda jenis halus dan sensitif lebih baik anda gunakan beras pulut sahaja. 

Soalan 2

Selain daun dan kulit kayu manis apa lagi sesuai di Kisar untuk menggantikan bahan ini?.

Jawapan 2

Anda boleh Kisar beras pulut ini dengan beberapa biji buah limau purut beserta kulit buah limau purut. 

Soalan 3

Adakah saya boleh menambah minyak zaitun atau apa sahaja minyak dalam bancuhan lulur ini? 

Jawapan 3

Air tidak bersatu atau boleh pergi dengan minyak,  begitu juga minyak.  Adalah digalakkan guna sahaja lulur ini,  setelah mandi dan badan anda lembab atau kering sendiri sapu sahaja tubuh anda dengan minyak pilihan anda. 

Berikut ialah video proses CARA MEMBUAT LULUR TUBUH  @ SCRUB BADAN HOMEMADE yang direkodkan ringkas untuk anda di Chanel YouTube Qisya Khadeeja. 


Selamat Mencuba lulur tubuh atau Skrub Badan tradisi ini. 


Terima kasih. 


Original Body Scruhb

**** untuk anda yang tiada kesempatan dan masa untuk membuat sendiri lulur homemade ini, anda boleh menempah Original Body Scrub yang diperbuat dari bahan asas beras pulut dengan menghubungi atau whatapps ke 


016 276 2636








Ahad, 11 Februari 2018

12 Idea Menu Menarik EAT CLEAN Untuk Ilham Diet Lebih Sihat


1. Menu Bihun goreng dan bubur Bulgur 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Hari cuti ialah hari paling sesuai untuk anda menikmati masakan sihat terutama jika anda tiada apa-apa aktiviti dan hanya berehat di rumah. 

Masakan yang ringkas dan mudah amat disyorkan diamalkan ketika anda memasak di rumah. Hentikan penggunaan gula dan garam putih serta tukar kepada pilihan lebih sihat seperti gula perang asli dan garam Pink himalayan. 

Berikut ialah antara menu mudah dan ringkas anda boleh cuba jika anda memasak di rumah pada hari cuti. 


1. Bihun Goreng dan bubur Bulgur. 

Anda boleh pilih bihun yang dibuat dari beras seperti jenama. Faeza atau bihun dari beras perang jenama NHF.  Pastikan sayur segar antara bahan wajib yang lebih banyak dari lauk lain.  Tidak salah menikmati bihun goreng bersama ulam dan sayur segar seperti Kale. 

Pilihan penganti minuman manis di waktu pagi ialah bubur Bulgur.  Bulgur ialah bahan makanan dari timur tengah yang terkenal menguatkan badan,  malah Bulgur juga antara 10 ancient grain yang disyorkan untuk diamalkan dalam diet seharian. 



2. Menu Nasi goreng kunyit halia kailan dan telur mata kerbau 
2. Nasi goreng kunyit halia kailan dan telur mata kerbau 

Adalah disyorkan anda menggunakan nasi dari beras rebus jika anda tidak mengalami masalah kandungan arsenik yang tinggi dalam tubuh.  Semakin tinggi khasiat atau galian dalam beras semakin tinggi kandungan arsenik. Sesetengah kanak-kanak yang mengalami isu penyakit zaman moden yang tinggi kandungan arsenik dalam darah lebih digalakkan menggunakan beras putih biasa sahaja. 

Goreng sebentar menggunakan minyak zaitun asli,  kurangkan penggunaan lada kering kerana dikatakan lada kering tinggi penggunaan bahan kimia.  Belajar masak sekejap sahaja bawang merah atau putih walaupun petua untuk masakan yang enak ialah bawang dan lada betul-betul masak.  Ia,  makanan sihat memang kurang banyak dari segi rasa. 

Tambah halia dan kunyit dalam masakan anda.. Hanya sedikit bukan banyak untuk sedikit unsur anti radang.  Jangan takut kepada telur terutama telur kuning. Telur kuning terbukti mempunyainya lemak baik dan khasiat yang banyak. 

Seperti biasa sayur adalah wajib dalam menu anda.  Nasi goreng akan menjadi sihat jika ia menggunakannya minyak Yang sihat. 


3. Nasi Goreng Kailan dan Smoothie Nenas kelapa muda serta goji berry
3. Nasi Goreng Kailan dan Smoothie Nenas kelapa muda serta goji berry

Nasi goreng di goreng bersama minyak zaitun dan dipenuhi sayur hijau seperti kailan adalah makanan yang mengenyangkan anda sehingga waktu makan petang.  

Tukar minuman anda kepada lebih sihat seperti Smoothie buah dan kelapa muda juga goji berry yang terkenal sebagai SUPER Fruits. 


4. Bihun sup perang dan ceylon tea
4. Bihun Sup ayam dan Ceylon Tea

Bihun sup adalah pilihan yang lebih mengenyangkan berbanding sup semata-mata. Pilih bihun perang berbanding bihun putih. Seperti biasa sayur segar seperti kale dan daun sup adalah wajib untuk tambahan khasiat dalam menu anda. Tomato lebih berkhasiat jika dimasuk ketika memasak sup agar lycopene didalam tomato lebih tinggi dan mudah diserap tubuh.

Pilihan minuman panas, anda boleh cuba ceylon tea untuk pilihan lebih sihat.


Menu Cha Soba

5. Dried Cha Soba dan potongan buah segar
5. Cha Soba Goreng dan potongan buah segar

Bosan menikmati bihun atau mee kuning?. Anda boleh mencuba soba sebagai ganti. Pilihan Cha Soba atau dari macha yang terkenal tinggi antioksidan adalah pilihan yang bagus. Hanya panaskan sebentar sahaja minyak zaitun, masukkan bawang dan cili kemudian terus masukkan sayudan r-saryuran cha soba, tambah garam pink. Hidangkan dengan telur mata yang telah dicincang. Nikmati Cha soba ini bersama daun sup dan kale.

Sebagai permulaan jangan lupa nikmati buah potong segar sebagai pemanis mulut atau appetizer baru kemudian barulah nikmati Cha Soba ini.

6. Bubur Kacang Hijau dan ais kacang hijau juga buah-buahan segar
6. Bubur kacang hijau dan ais kacang hijau juga hiasan buah-buahan segar

Bubur kacang hijau yang dimasak sendiri dengan santan segar kemudian diasingkan separuh dan disimpan keras menjadi ais kacang.

Siap potong ais kacang , tambahkan ais kacang ini kedalam mangkuk berisi bubur kacang dan hias ia dengan potongan buah segar pilihan anda. Siap dessert sihat lagi enak untuk anda.

Sila simpan di minda. Santan segar dari perahan kelapa segar adalah lemak yang baik dan bagus untuk proses ketosis. Ia antara bahan makanan popular dalam diet keto atau ketogenic diet.


7. Bubur bulgur bersama santan segar

7. Bubur Bulgur bersama santan segar

Selain bubur kacang atau bubur jagung anda boleh mencuba masakan timur tengah iaitu bubur bulgur. Bulgur merupakan antara 'ancient grain' yang amat digalakkan diamalkan untuk menguatkan badan. Makanan terkenal masyarakat arab ini boleh didapati di kedai arab yang menjual produk arab seperti gam arabic, manna dan pelbagai lagi. Anda hanya perlu masak dengan santan segar, garam pink dan gula secukup rasa. Rendam dahulu semalaman bulgur anda sebelum mula merebus ia diatas dapur sehingga kembang.

8. Lempeng Kelapa muda bersama minyak zaitun

Cicah kari ayam pun sedap 


8. Lempeng kelapa muda bersama minyak zaitun

Memang enak lempeng kelapa muda dicicah kari ayam atau daging. Lempeng kelapa di cicah gula perang mengimbau kenangan waktu muda. Masak lempeng kelapa muda anda menggunakan minyak kelapa tanak atau minyak zaitun. Untuk resepi lempeng kelapa muda enak, anda boleh mencampurkan air kelapa terus kedalam adunan untuk rasa lemak manis enak. Itu petua lempeng kelapa enak. Pastikan bancuhan anda, nisbah kelapa 2:1 dengan tepung gandum. Lebih sikit tepung gandum lebih bagus. Kelapa muda kukur lebih enak berbanding kelapa muda yang dimesin, ia lebih lembab dan enak. Jika anda punyai kukur kelapa, jangan lupa mencuba.


9. Roti Sourdough homemade dari Sue Bleza

9. Roti Sourdough homemade dari Sue Bleza

Antara roti sourdough terkenal homemade ialah dari Sue Bleza. Roti coklat sourdough dan loaf hasil air tangan beliau adalah antara roti sourdough paling enak pernah dicuba. Tidak seperti kebanyakan roti dipasaran yang menggunakan minyak sayuran, roti sourdough dari Sue Bleza ini menggunakan mentega asli. Satu keistimewaan yang sukar ditolak.


10. Smoothie Mangga dan kelapa muda juga goji berry

10. Smoothie Mangga dan Kelapa Muda juga goji berry

Smoothie memang enak. Jika selama ini anda biasa membancuh smoothie menggunakan susu atau santan kelapa atau air kelapa. Masa untuk anda belajar mengisar buah-buahan anda bersama isi kelapa muda. Memang sedap. Hias goji berry, super fruit terkenal untuk antioksidan untuk rasa lebih nikmat dan khasiat yang lebih banyak. Lebih berbaloi jika anda mempunyai kelapa tanam sendiri yang baru petik dipokok. Jangan buang tempurung kelapa tersebut, cuci bersih dan jadikan ia mangkuk smoothie anda.  Sekurang-kurangnya , mangkuk tempurung kelapa anda ini, dijamin selamat dari bahan toksid.


11. Shake & Take Smoothie

11. Shake & Take Smoothie

Penuh dengan alasan, blender berbau lada kering, bawang dan sebagainya sehingga menyebabkan rasa smoothie sukar ditelan?. Anda boleh membeli terus shake & take yang kini jauh lebih murah dari harga ia mula-mula diperkenalkan.

Potong buah kegemaran anda dalam bentuk kecil, kisar dan siap diminum. Lupakan alasan, belajar didik selera tekak anda mulai sekarang.

12. Nasi lemak tanpa ikan bilis dan kacang goreng diganti limpahan ulam dan potongan kecil ayam goreng kunyit 



Selamat mencuba segala menu diatas. Semoga ia membantu anda. 


Terima kasih.



Rabu, 7 Februari 2018

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI MINYAK PATI, JUGA 10 KESILAPAN MINYAK PATI YANG ANDA PATUT ELAKKAN.



10 Info Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menggunakan Minyak Pati Tulen


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Minyak pati ialah bahan asli dan semulajadi yang digunakan berkurun lampau dalam bidang meditasi dan perubatan malah masakan.

Minyak pati adalah unsur utama dalam kecantikan asli. Bahan semulajadi dari pati pelbagai tumbuh-tumbuhan ini adalah bahan utama penjagaan kecantikan dan kesihatan zaman berzaman dan digunakan bertahun lampau sama ada dalam perubatan yunani, Ayurveda, peradaban Mesir dan perubatan islam sendiri.

Kini terdapat ribuan minyak pati yang anda boleh dapati di pasaran. Apa yang membezakan sama ada ia betul-betul asli atau tidak.

Melihat video yang dikongsikan oleh DR.AXE mengenai minyak pati dalam video beliau bertajuk DANGERS OF Essential Oils : Top 10 Essential Oil Mistakes to Avoid, disenaraikan apa yang ditekankan oleh Dr.Axe mengenai minyak pati ini.

10 Kesilapan Yang Harus anda Elakkan Mengenai Minyak Pati

1. Anda fikir anda harus tahu segalanya mengenai minyak pati.

Kebanyakan inidvidu merasakan mereka perlu tahu semua perkara mengenai minyak pati sebelum mula menggunakan minyak pati dalam kehidupan mereka untuk kesihatan, kecantikan juga penjagaan diri.

Dr.Axe mengesyorkan untuk anda bermula dengan ilmu mengenai 5 jenis minyak pati iaitu :-

  • Minyak pati frankincense (luban atau kemenyan arab)
  • Lavender
  • Lemon
  • Peppermint
  • Tea tree


2. Memberi Informasi dan Penerangan yang Salah

Minyak pati ialah ‘potent’. Ia bermaksud powerful form atau minyak pati dari bahan semulajadi yang berkuasa dan pekat dari penghasilan ekstrak tumbuhan yang banyak. Ia mempunyai kimia tertentu. Jika ia salah digunakan ia akan memberi kesan sampingan kepada tubuh mengikut jenis minyak pati itu sendiri. Paling penting anda harus ada asas dalam penggunaan minyak pati dan bijak menyesuaikan dengan tubuh dan cara hidup anda.

3. Anda Mengabaikan Kualiti Minyak Pati

Ditegaskan dan diulang beberapa kali. Kualiti minyak pati adalah berbeza dari satu jenama ke satu jenama. Terlalu banyak minyak pati yang dilabelkan 100% semulajadi namun realitinya berbeza. Bayangkan anda boleh mendapatkan minyak pati dengan harga yang murah sedangkan jika anda selidiki untuk mendapatkan sebotol minyak pati 5ml memerlukan ribuan Bunga dan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan.

Anda juga harus peka adalah tumbuh-tumbuhan itu disembur racun atau tidak. Bagaimana proses ekstrak pati minyak pati tersebut dan pelbagai faktor lain yang harus diambil kira.

Terlalu banyak minyak pati fake atau palsu di pasaran yand dicampur bahan lain. Belajar cara mengenal dan mendapatkan minyak pati yang berkualiti. Asas paling utama nama syarikat, founder, lading mereka dimana, cara tanaman dan pengekstrak yang dilakukan untuk mendapatkan mnyak pati.


4. Menggunakan Minyak Pati Sensitif kepada cahaya matahari ketika siang hari

Sila pastikan anda mengelakkan menggunakan minyak pati ini ketika berada di panahan cahaya matahari jika anda tidak ingin kulit anda sunburn atau mengakibatkan alergi yang tidak diingini. 

Pastikan anda hanya menggunakan minyak pati ini pada waktu malam sahaja.

  • Lime atau limau nipis
  • Orange atau oren
  • Bergamot atau bergamot
  • Grape fruit atau limau gedang
  • Cumin atau jintan putih


5. Menggunakan Semua Minyak Pati Dengan Cara Yang sama

Harus diingatkan disini tidak semua minyak pati boleh digunakan dengan cara yang sama.

Bukan semua minyak pati boleh digunakan untuk dalaman. Tidak semua boleh digunakan dalam makanan atau masakan.

Tidak semua boleh digunakan untuk jangka waktu lama dan ada yang hanya boleh digunakan untuk waktu terhad atau pendek sahaja.

Tidak semua minyak pati boleh digunakan terus ia harus dibancuh terlebih dahulu kecuali minyak pati itu ialah minyak pati yang telah sedia diadun atau blend essential oil.

Tidak semua minyak pati boleh digunakan terus ke kulit walaupun minyak pati tersebut ialah ramuan untuk kecantikan kulit.


6. Menggunakan Minyak Pati Terlalu Lama dan Dalam Jangka masa lama

Anda hanya boleh menggunakan diffuser yang user friendly atau mudah diguna pakai dan dirancang untuk 8 jam. Elakkan lebih dari jangka masa 8 jam ini.

Jika anda menghidu secara terus pastikan ia tidak lebih dari 5 minit.

Sesetengah minyak pati tidak digalakkan digunakan untuk dalaman dan secara terus untuk jangka masa yang lama. Sila ambil perhatian jenis minyak pati ini.


7. Anda Berfikir Bahawa Minyak Pati SELAMAT untuk Binatang Peliharaan

Realitinya tidak semua minyak pati selamat untuk haiwan kesayangan anda. Sila GOOGLE dahulu sebelum anda menggunakan minyak pati tertentu kedalam diffuser jika anda mempunyai haiwan kesayangan sama ada kucing atau anjing .

Minyak ini sama sekali tidak disyorkan jika anda mempunyai binatang peliharaan :-

  • Birch
  • Clove
  • Oregano
  • Tea tree
  • Tyme
  • Wintergreen


Minyak PATI jenis ini selamat untuk anjing :-

  • Lavender
  • Frankincense
  • Helichrysum


8. Anda Menggunakan Dan Merasakan semua minyak pati selamat digunakan oleh golongan Dewasa Dan Kanak-kanak

Tidak semua minyak pati selamat digunakan keatas kanak-kanak. Contoh minyak yang harus dielakkan keatas bayi dan kanak-kanak ialah lemongrass dan oregano. Sila elakkan dan jauhkan ia dari kanak-kanak.

Sesetengah minyak pati harus di guankan secara berbeza seperti harus di dilute (Campurkan dalam carrier oil seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara), dan harus diletakkan dibahagian tertentu ditubuh. Ada bahagian sesetengah tubuh juga tidak boleh diletakkan jika ia masih bayi dan kanak-kanak.


9. Tidak Menggunakan Minyak Pati Lansung Ketika Mengandung kerana Bimbang dan Takut


Anda harus tahu bahawa beberapa jenis minyak pati juga boleh menyebabkan :-

  • Konstraksi
  • Menyebabkan keguguran atau pendarahan
  • Menganggu hormone termasuk estrogen


Minyak pati berikut harus dielakkan ketika mengandung :-

  • Cinnamon
  • Clove
  • Birch
  • Clary sage
  • Fennel
  • Wintergreen
  • Myrrh


10. Tidak Mengemaskini Diri anda dengan latihan atau ilmu mengenai minyak pati

Jika anda bercadang menjual atau mempromosikan minyak pati pastikan anda menghadiri beberapa latihan atau kelas mengenai cara dan penggunaan minyak pati.

Alternative lain anda boleh menambah ilmu dengan membaca pelbagai blog dan melayari youtube. Ilmu dan pengguanan Minyak pati tidak sesukar yang anda bayangkan . Adalah disyorkan, anda mengoogle setiap nama minyak pati atau baca buku rujukan minyak pati yang diberikan sebelum anda menggunakan minyak pati tersebut.

Pengalaman Saya sebagai Pengguna Minyak Pati Young Living Oil dan kini sebagai perunding Minyak Pati Young Living Essential Oils

Belajar menggunakan minyak pati asli dari jenama YOUNG LIVING atau Young Living Essential Oil semenjak 2015, ketika itu menghadapi masalah eczema dan mengharung proses Topical Steroid Withdawal (TSW), minyak pati pertama yang saya beli ketika itu ialah minyak pati lavender.

Ia harus dicampur carrier oil (anda boleh pilih sama ada ingin menggunakan jojoba oil, minyak zaitun, minyak kelapa).

Pada masa itu harga minyak pati lavender 15ml Young Living Essential Oil ialah dalam anggaran RM99 ke RM128 sebotol 15ml ia berubah harga seiring kenaikan USD ketika itu.

Ia agak mahal jika dilihat pada 15ml namun anda hanya memerlukan 10 titik minyak pati lavender untuk dicampurkan dalam botol 30ml bersamaan 15ml itu saya boleh gunakan untuk 500 ml minyak kelapa dara.

Bagi anda yang tidak tahu, minyak kelapa dara meninggalkan bau tengit pada baju jika dipakai, apabila menambah minyak pati lavender ini ia mengurangkan bau tengik sekaligus minyak pati lavender juga terkenal dalam merawat masalah kulit termasuk alergi dan eczema.

Setelah habis satu botol, saya membeli satu botol lagi minyak pati lavender , kemudian minyak pati lemon dan seterusnya minyak pati stress away.

Setelah menggunakan minyak pati ini dan berpuas hati serta rajin membaca dan melakukan research mengenai jenama YOUNG LIVING ESSENTIAL OILS, saya akhirnya menjadi ahli dan bercita-cita menjadi salah seorang perunding Berjaya untuk jenama Young Living Oils ini.

Saya akan menulis lebih banyak artikel mengenai minyak pati, keistimewaan dan cara penggunaan minyak pati ini dalam lebih banyak artikel akan datang.

Jika anda berminat menggunakan minyak pati ini dan ingin membeli minyak pati YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL ini anda boleh terus whatapps ke

016 276 2636


Untuk pembelian dan konsultansi.

Ingin ditegaskan disini, ketika ini terdapat terlalu banyak produk fake atau tiruan dipasaran termasuk produk YOUNG LIVING ESSENTIAL OILS.

Sila jauhkan produk tiruan dan fake ini. Pihak IBU Pejabat Young Living Essential Oils telah meletakkan harga standard untuk ahli dan harga dipasaran adalah berbeza dan lebih murah dari harga ahli ini belum termasuk kos pengeposan kepada ahli.

Adalah tidak logic harga seperti itu dijual dipasaran terutama secara atas talian. Ahli Young Living Essential Oils hanya dibenarkan meletakkan harga paling rendah dengan tambahan 10% dari harga asal.

Anda harus tahu kesan menggunakan produk tiruan pada kesihatan.

Terima Kasih.



Selasa, 6 Februari 2018

PRODUK UNTUK MENCERAHKAN KETIAK. PENYELESAIAN KETIAK HITAM DAN KUAT BERPELUH.



Hair Gone produk mengunakan hanya bahan makanan terbaik
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Realitinya, bau badan dan bau ketiak yang tidak enak adalah disebabkan bakteria juga faktor pemakanan dan gaya hidup tidak sihat individu tersebut. Ia juga ialah proses detoksifikasi jika anda bertukar ke arah diet lebih sihat. Dengan kata lain, banyak faktor yang menjadi sebab mengapa bau badan anda lebih kuat juga mengapa anda kuat berpeluh . 

Selain itu faktor cuaca juga pemilihan jenis fabrik baju anda turut memainkan peranan bagaimana bau peluh atau bau badan anda lebih kuat. Penggunaan produk ketiak tinggi bahan kimia iaitu deodorant dalam jangka masa lama lebih 10 tahun amalan tanpa henti juga merupakan faktor ketiak gelap dan bau yang tidak menyenangkan. 

Tiada apa yang dapat membantu menyelesaikan masalah anda agar ia tidak berulang lagi selagi anda tidak bertukar kepada diet yang lebih membantu menyelesaikan risiko ini selain bertukar kepada produk kurang bahan kimia atau produk lebih selamat. Ingin ditegaskan disini, tidak semestinya anda menggunakan bahan semulajadi seperti tawas ia lebih selamat, ini kerana tawas merupakan salah satu bahan yang terdiri dari sumber 'alum' atau aluminium yang dikatakan amat toksik dan boleh membawa kepada risiko kanser. Malah bahan asli sendiri terdiri dari bahan kimia tertentu yang tidak boleh di campur aduk sesuka hati.

Hair Gone produk dalam menyelesaikan masalah ketiak hitam, kuat berpeluh dan berbau
Kapur ialah bahan yang amat terkenal dalam membantu mengurangkan bau ketiak dan mencerahkan ketiak.

Selain itu kapur juga ialah bahan yang digunakan untuk mencuci perut binatang dan organ dalaman binatang lain.

Kapur barus pula terkenal sebagai bahan mandian untuk mayat bagi menghilangkan bau dan kotoran.

Kapur ialah bahan makanan yang mempunyai unsur panas. Ia tidak boleh digunakan dalam jangka masa yang lama dan harus disesuaikan dengan tubuh dan kulit individu.

Tidak semua individu sesuai menggunakan kapur. Maka adalah disyorkan anda menggunakan kapur atau bahan semulajadi berdasarkan kesesuaian tubuh dan kulit anda sendiri.

Terdapat beberapa kes individu yang menggunakan kapur dibahagian perut menyebabkan perut mereka menjadi terbakar dan gelap dan mereka yang meletakkan kapur dibahagian ketiak menyebabkan ketiak semakin hitam dan lebam dan terluka kerana kesan sampingan menggunakan tawas dalam jangka masa lama serta produk kimia yang tinggi.

Hair Gone ialah produk semulajadi yang menggunakan kapur sebagai bahan asas utama. Maka ia tidak boleh dipakai untuk masa yang lama. Hanya pakai seminit ke 2 minit sahaja, kering sahaja anda harus terus bilas dan mandi.

Dalam penggunaan jangka masa lama, insyaallah ia membantu mengatasi masalah ketiak hitam, bulu ketiak lebat kerana kapur membantu menghaluskan bulu ketiak juga membantu mengurangkan peluh.

Segalanya mengenai Hair Gone anda boleh membaca ia di HAIR GONE PRODUK SEMULAJADI UNTUK PENYELESAIAN MASALAH KETIAK.

Untuk info, formula lama Hair Gone mengandungi sedikit campuran baking soda. Untuk formula baru, baking soda tidak lagi digunakan kerana PH baking soda yang tidak sesuai dengan ph kulit ketiak.

Anda juga boleh terus menghubungi atau what apps ke 


016 276 2636


untuk pertanyaan dan pembelian Produk Hair Gone. Untuk masa ini produk Hair Gone ditawarkan dengan harga pengenalan RM3.90 sebekas kecil.


Terima kasih.



Greek Yogurt Pilihan Yogurt Terbaik untuk Diet Anda berserta Perbezaan Khasiat Yogurt Biasa dan Greek Yogurt


Greek Yogurt Jenama Sunglo yang menggunakan milk solid atau pepejal susu sebagai bahan utama penghasilan Greek Yogurt ini. Lihat betapa kentalnya Greek Yogurt ini.
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Yogurt ialah makanan kesihatan yang terus popular dari hari kehari. Yogurt ialah makanan zaman silam yang diamalkan berkurun dan beribu tahun lamanya oleh pelbagai kaum. Terdapat pelbagai jenis yogurt, yogurt arab adalah berlainan dari yogurt yang diamalkan oleh masyarakat India, malah Greek Yogurt juga berbeza dengan yogurt sejuk biasa yang kerap dijual di pasaran.

Yogurt terkenal bukan sahaja untuk kesihatan tubuh dan usus, malah untuk kecantikan kulit sebagai masker yang juga turut boleh dicampur bersama madu.

Yogurt juga ialah bahan utama selain jus cranberry untuk masalah kencing kotor terutama dikalangan kaum wanita.

Malah mereka yang mengalami masalah keputihan juga digalakkan mengamalkan yogurt dalam diet seharian, malah sebahagian dari mereka yang mengalami isu ini turut meletakkan yogurt dikawasan intim dan mengatakan ia membantu dalam menangani isu masalah keputihan.

Yogurt Greek atau Greek Yogurt amat kental. Ia amat berbeza dengan yogurt biasa.Yogurt Greek diproses sehingga kental, malah beberapa kaum dan penduduk dunia mengantikan mentega dengan Yogurt Greek ini.

Greek Yogurt yang lebih kental ini juga turut digunakan sebagai pengganti keju untuk dimakan bersama kek, brownies dan roti kegemaran.

Rasa greek Yogurt ini lebih pekat, pejal dan masam. Kebiasaannya bagi golongan yang mengalami isu alahan produk tenusu, mereka memilih greek yogurt atau yogurt greek bagi mengantikan mentega dalam masakan atau menu mereka.

Greek Yogurt dimasak dan diproses hampir seperti yogurt biasa. Namun dalam proses pembuatan Yogurt Greek ini cairan dibuang bagi menghasilkan testur yang lebih kental.

Yogurt Greek dikatakan lebih mengenyangkan berbanding yogurt biasa, maka jika anda sedang berdiet anda boleh mengantikan yogurt biasa anda dengan Greek Yogurt. Gantikan susu anda dengan greek yogurt atau sapuan roti anda dengan greek yogurt . Pilihan lain tambah salad anda dengan greek yogurt untuk khasiat yogurt yang lebih baik.

Malah dikatakan bahawa kandungan karbohidrat dan protein juga lebih tinggi dalam yogurt greek berbanding yogurt biasa. Protein yang tinggi dalam Yogurt Greek memanjangkan rasa kenyang dan ia amat bagus bagi anda yang alah kepada produk daging. Protein dari daging yang menyebabkan alahan itu boleh digantikan dari protein dari yogurt Greek yang lebih tinggi.

Selain itu bagi mereka yang menanam azam mengurangkan gula dalam pemakanan anda, Greek Yogurt dikatakan lebih rendah gula dari yogurt biasa. Itu alasan kukuh mengapa Greek Yogurt rasanya lebih masam dan pekat berbanding yogurt biasa.

Malah mereka yang alah laktosa menunjukkan perkembangan yang baik dalam mengkonsumi Greek Yogurt berbanding yogurt biasa.

Natrium didalam kandungan yogurt Greek juga hampir separuh dari kandungan natrium dalam yogurt biasa. Dikatakan bahawa kandungan natrium yang tinggi boleh meningkatkan tekanan darah dan masalah jantung.

Bagi anda yang mengalami kekurangan kalsium, Greek Yogurt mengandungi kurang kalsium berbanding Yogurt Biasa. Yogurt biasa dikatakan mengandungi 2x ganda kandungan kalsium berbanding Greek Yogurt.

Dalam isu kebaikan kedua-dua yogurt ini, apa yang paling penting ialah kandungan probiotik yang terdapat dalam yogurt pilihan anda.

Sila lihat bahan yang digunakan dalam membuat yogurt anda. Paling penting pilih yogurt yang dibuat dari susu segar sebenar bukan susu proses.

Selamat menambah Greek Yogurt dalam diet sihat anda.


Terima kasih.



CARA MEMILIH MADU TERBAIK. PERBEZAAN MADU MENTAH DAN MADU ASLI.


pilih madu mentah asli yang selamat berbanding madu yang dipasteur dan dipanaskan dalam suhu yang tinggi


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dunia hari ini semakin menyedari bahaya gula.  Maka ketakutan kepada gula membawa pemilihan madu dan stevia sebagai ganti gula selain gula kabung asli atau gula Melaka asli.

Sayang sekali, gula kabung asli juga sukar didapati termasuk gula Melaka asli. Ini kerana  kebanyakan gula kabung dan gula Melaka kini ditambah gula putih.

Stevia pula lebih banyak bahan proses berbanding stevia asli dari daun segar atau daun yang dikeringkan.
                                 
Golongan hari ini sentiasa dihadapkan dengan makanan manis, tidak seperti golongan zaman lampau yang menikmati manis dalam bentuk asli dan mereka tentu sahaja terlalu banyak menggunakan tenaga berbeza golongan manusia di dunia pada hari ini.

Kesedaran demi kesedaran, bacaan demi bacaan, semakin ramai menggantikan gula kepada madu asli. Namun anda yang rajin membaca dan sentiasa dikemaskini info kesihatan pasti tahu hampir 90% madu dipasaran dikatakan ialah madu campuran atau madu tiruan.

Niat dan semangat untuk mengamalkan diet dan hidup sihat dihancurkan dengan madu campuran yang diiklankan natural atau semulajadi 100% ini dilabel tanpa mengetahui isi kandungan sebenar.

Malah saya sendiri pernah melihat video dimana madu dari UAE ditambah diesel dan minyak dan dieksport ke Negara lain, dimana madu itu dicop dan ditulis madu asli. Nauzubillah.

Pilihan Pelbagai Madu

Terdapat pelbagai pilihan madu dipasaran. Semua dilabel asli. Namun ramai pencinta makanan kini memilih untuk membeli madu yang mempunyai certification atau sijil asli.

Untuk mendapatkan persijilan tentu sekali kos akan bertambah dan harga madu menjadi lebih mahal. Bagi pengeluar yang mampu dan syarikat yang stabil ia adalah bonus. Tentu sekali ia memudahkan kepercayaan pembeli untuk membeli.
Realitinya masih ramai tidak mengetahui apa itu lebah bela atau lebah ternak. Hasil madu yang terbaik ialah apa yang dimakan dan dicerna oleh lebah. Cara hidup lebah tersebut sama ada mengikut fitrah atau tidak.

Ini tidak terpakai kepada lebah sahaja, ia terpakai kepada binatang lain sama ada lembu, kambing, ikan, ayam dan pelbagai makhluk muka bumi ini. Apabila ia membelakangkan fitrah, ia akan melibatkan stress dalaman yang akan memberi kesan negative. Perkara ini akan berlarutan dalam kitaran kehidupan itu sendiri.

Ketika ini anda akan melihat pelbagai ladang dan sarang lebah. Anda boleh terus pergi ke ladang tersebut untuk membeli madu asli yang dihasilkan oleh lebah dihadapan mata. Anda tidak kisah jika lebah itu diberi makan gula atau apa sahaja.

Ia, ia memang lebih selamat berbanding anda membeli madu yang  dikatakan natural namun ditambah gula putih dan bahan proses lain.

Pencinta makanan semulajadi kebanyakannya ialah mereka yang mencintai alam dan binatang lain. Mereka peka pada cara hidup binatang sebenar. Mereka tahu lebah sebenarnya tinggal dimana. Di padang rumput bunga. Lebah hutan tinggal dihutan. Mereka yang rajin masuk hutan akan berjumpa lebah hutan yang membuat sarang mereka diatas pokok tinggi. Ia bukan senang memanjat pokok yang tinggi dan mengambil sarang madu lebah asli ini.

Seiring kebijaksanaan para pelajar di kebanyakan university yang menghasilkan pelbagai kajian mengenai tumbuh-tumbuhan. Maka sesetengah university mula membuat projek bersama syarikat madu dalam menghasilkan madu asli dari hutan liar atau rainforest. Jika anda berpeluang berjumpa produk madu seperti ini, sila jangan lepaskan peluang. Insyaallah produk madu anda ialah madu tulen dan dipercayai.

Apa lagi yang perlu anda pertimbangkan ketika membeli madu. Ia terdapat perbezaan antara madu berlabel semulajadi atau natural dengan madu berlabel Raw Honey atau madu Mentah.

Jika anda menghadapi masalah kesihatan seperti ‘Candida Overgrowth’ atau eczema yang kronik anda boleh memilih madu mentah untuk supplement kesihatan anda.

Bagi sesetengah individu mereka alah kepada bahan aktif dalam madu mentah dan bimbang tentang bakteria tertentu sehingga memilih madu yang telah siap dipanaskan dahulu untuk diamalkan. Kebanyakan madu dijual ialah madu yang telah dipasteurkan pada suhu tertentu.

Madu mentah menjadi pilihan mereka yang amat mementingkan kesihatan dan rajin membaca selain hidup berdasarkan pengalaman ‘orang lama’. Mereka memilih madu mentah yang belum dipanaskan. Bimbang suhu tertentu membunuh enzim madu itu sendiri. Malah bahan yang digunakan untuk memanaskan madu umpama periuk besi juga memain peranan dan kematian pelbagai enzim baik.

Madu mentah yang tidak dipanaskan atau dimasak memastikan khasiat dan enzim serta antioksidan tidak dihancurkan semasa proses pemanasan berbanding madu asli yang dipanaskan dan dibotolkan kemudian dijual sebagai madu 100% asli.

Sila ambil perhatian, proses memasak atau memanaskan madu ini menyebabkan kebanyakan vitamin, mineral dan enzim didalam madu yang penuh kebaikan hancur, pecah atau mati.

Jika anda ingin membeli setiap produk makanan asli, anda harus rajin membaca, rajin mengkaji dan harus diingatkan keadaan dan persekitaran tempat tersebut turut memain peranan dalam penghasilan produk berkualiti.

Ketika anda memilih bahan makanan untuk menjadi supplement anda anda kena mula fikirkan dari pada mana mula proses itu, mereka yang amat kuat menyelidik akan melakukan research dari permulaan untuk mendapatkan kepuasan dalam pembelian mereka sendiri.

Semoga artikel ini membantu anda dalam memilih madu sebagai supplement kesihatan anda.

Jangan lupa amalkan menghisap madu dari jari manis anda. Celup jari manis anda kedalam madu, kemudian celup jari yang bersalut madu itu kedalam bekas botol berisi jintan hitam, hisap dan kunyah.

Selamat mencuba cara ini yang terbukti amat bagus dalam kesihatan.

Terima kasih.


_______________________________________________________________



LIPS TREATMENT VS LIPS TINT ialah produk rawatan bibir asli menggunakan madu liar mentah. 

Maklumat lanjut mengenai produk dibawah label QK di link ini PRODUK HOMEMADE DAN SELAMAT



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...