Selasa, 5 Disember 2017

REVIEW BUKU: BERFIKIR GAYA TRUMP



Buku , BERFIKIR GAYA TRUMP , tulisan Nazri Kadir


Assalammualaikum dan salam sejahtera

Untuk artikel kali ini saya memilih untuk berkongsi review buku yang telah lama ditulis oleh penulis terkemuka NAZRI KADIR iaitu BERIKIR GAYA TRUMP.

Buku Berfikir Gaya Trump tulisan Nazri Kadir ini di tulis dan diedarkan pada tahun 2010.

Apa yang paling jelas, segala yang ditulis didalam buku ini , semakin galak diajar dan diberi didikan kepada orang muda di facebook oleh pelbagai sifu dan coach pada tahun 2017.

7 tahun setelah buku ini diterbitkan dan dibaca.

Antara yang ditekankan dalam buku, BERFIKIR GAYA TRUMP tulisan Nazri Kadir ini ialah :-

1.       Bagaimana kita haruangs lakukan perkara yang kita cintai. Amat penting untuk kita sentiasa bermotivasi dan bijak mengawal kuasa minda sendiri.

2.       Sentiasa berfikiran positif baik ketika jatuh, ketika gawat, ketika sakit, ketika gagal dan ketika kecewa.

3.       Wajib berfikiran realistic. Tidak kira betapa positifnya diri kita , kita harus realistik dan sentiasa berkeyakinan tinggi.

4.       Tidak perlu membuktikan pada dunia atau orang lain. Paling utama anda harus membuktikan pada diri sendiri . Kita adalah apa yang kita fikirkan. Ini jelas menunjukkan betapa berfikiran positif amat ditekankan dalam buku, Berfikir Gaya Trump ini.

5.       Setiap manusia yang Berjaya, biasa gagal beberapa kali, termasuk Trump. Buku ini menjelaskan bagaimana Trump bangun dari kegagalan dan belajar dari kegagalan beliau untuk kejayaan besar seterusnya.

6.       Realitinya , zaman digital, perubahan akan sering berlaku. Maka kita wajib sedia berubah bila-bila masa supaya tidak ketinggalan. Trump adalah antara pemimpin dan usahawan yang sedia berubah walaupun mempunyai prinsip sendiri, beliau sanggup berubah mengikut keadaan semasa.

7.       BERFIKIR GAYA TRUMP, turut mengajak anda belajar mengikuti cara Trump yang menjadikan masalah sebagai latihan minda dan bagaimana kita haru menguruskan masalah dan tekanan.

8.       Dalam setiap apa yang dilakukan, ilmu adalah perkara paling penting dan menentukan perjalanan kejayaan seseorang sama ada cepat atau lambat. Trump tidak pernah berhenti mencari dan mendalami ilmu. Ilmu yang kerap beliau cari dan gali ialah ilmu Keusahawanan dan perniagaan.

9.       Antara tajuk paling menarik dalam buku, BERFIKIR CARA TRUMP, ialah Trump Dan Ciri-ciri Usahawan. Antara factor utama ialah kejayaan usahawan ialah mereka bijak memperoleh dan memproses maklumat. Pakar dalam membina pangkalan data dan memiliki data-data penting . Pada zaman digital kekuatan data dan maklumat amat berguna dalam perniagaan.

10.   Di dalam buku, Berfikir Cara Trump ini juga turut ditekankan betapa pentingnya perudingan dalam menjalankan perniagaan dan betapa perundingan itu adalah satu kesenian. Usahawan harus bijak berunding dan Trump amat bijak dalam hal ini.

11.   Perkara yang semakin kerap dibicarakan dalam dunia digital ini ialah, Penampilan dan Personaliti. Penampilan yang menarik dan personality tersendiri akan membuahkan rasa percaya dan membantu membina imej yang baik di mata masyarakat dan golongan sasaran. Personaliti Trump telah membina imej yang berkualiti dan dipercayai. Ini kerana Trump sendiri sentiasa mementingkan kualiti. Malah TRUMP sendiri merupakan sebuah jenama. Apabila menyebut nama TRUMP , bakal pembeli dan golongan sasaran sudah dapat membayangkan bagiamana ciri dan kualiti yang diberikan dari Jenama TRUMP tersebut.

Setelah merujuk sekali imbas, buku BERFIKIR GAYA TRUMP ini, penulis merasa sedikit sesal kerana lambat membaca buku yang telah dibeli oleh adik penulis semenjak tahun 2010 ini lagi.

Ini jelas menunjukkan bahawa, buku berbahasa Melayu dan penulis melayu sendiri bijak dalam penulisan mudah faham dan bermotivasi.

Kini penulis buku, Berfikir Gaya Trump turut menghasilkan 2 buah buku lagi mengenai Trump.

Jika anda mencari buku motivasi dan bercita-cita menjadi usahawan Berjaya anda boleh mendapatkan buku , BERFIKIR GAYA TRUMP tulisan Nazri Kadir ini di kedai buku berhampiran.


Terima kasih.








Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...