Selasa, 19 Disember 2017

Pisang BUAH Murah dan Senang di Dapati , punyai JUTAAN KHASIAT



buah pisang lemak manis antara buah pisang tempatan yang enak dan murah

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ketika beberapa hari sahaja memasuki tahun baru 2018. Semakin ramai antara kita berazam untuk menikmati makanan berkhasiat dan memperbanyakkan buah dan sayur-sayuran.

Ramai yang memberi alasan harga buah yang mahal kecuali buah import, namun ramai yang terlepas pandang bahawa buah pisang ialah buah yang amat mudah didapati dan murah berbanding buah lain.

Pilih pisang tempatan seperti pisang lemak manis atau pisang emas. Ia bonus besar jika anda tanam sendiri pokok pisang anda kerana pisang amat bermanfaat dari pokok, dahan , daun, jantung sehingga ke buah pisang itu sendiri.
Buah pisang dikatakan buah syurga.Buah pisang di sebut sekali dalam ayat Al-Quran, surah Al-Waqiah, ayat 29.

Malah, buah pisang juga digambarkan sebagai buah yang tersusun indah. Imam Malik sangat menyukai buah pisang.  Bahkan, Imam Malik mengatakan bahawa buah pisang menyerupai buah yang ada disyurga. Ketika di Tanya, Imam Malik menjawab ini kerana pisang ialah buah yang sentiasa ada tidak kira musim sejuk dan musim panas.


1.       Pisang Dapat Diguna untuk merawat batuk, sakit dada dan gangguan saluran pernafasan.

2.       Daun pisang yang direbus dalam air mendidih, kemudian ditapis dan diminum panas dapat melegakan gusi bengkak.

3.       Kulit pisang amat bagus untuk kecantikkan kulit. Gosok kulit pisang bahagian dalam yang sudah masak ke wajah atau bahagian kulit bermasalah. Ia membantu menghilangkan parut dan mencerahkan wajah.

4.       Buah pisang juga amat bagus sebagai pencuci mulut malah dikatakan bagus untuk mencuci paru-paru.

5.       Daun pisang juga bagus sebagai rawatan cirit birit. Tumbuk daun pisang sehingga lumat. Perah air daun pisang tersebut , kemudian minum.

6.       Pisang yang dicampur cuka dan limau juga dikatakan boleh merawat penyakit kulit.

7.       Bagi mereka yang sukar menghilangkan bintik diwajah. Pisang jika dicampur dengan air biji tembikai dapat menghilangkan bintik diwajah, mengcantikkan dan mengelokkan warna kulit.

8.       Serbuk atau tepung pisang yang dijadikan roti dikatakan bagus untuk penyakit kencing tidak lawas.

9.       Pisang juga bagus untuk merawat arteri tersumbat ,sakit otot , reumatisme, sakit buah pinggang , keletihan dan radang otot.

10.   Getah pelepah pisang amat bagus untuk kulit melecur. Sapu rata getah pelepah pisang ke kulit yang melecur dan biarkan kering.

Terdapat jutaan lagi khasiat pada sepohon pisang. Malah buah pisang itu adalah buah yang harus anda nikmati setiap hari jika anda punya misi untuk berdiet sihat berbanding anda asyik menikmati makanan manis proses lain.

Maka , pada tahun 2018 akan datang, dalam misi sihat anda dan diet yang semakin mengurangkan makanan proses, jangan lupa masukkan buah pisang dalam diet dan menjadikan ia buah dan snek kegemaran anda.


Terima kasih.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...