Ahad, 24 Disember 2017

PASSION



baru 2 tahun memiliki akaun adsense, pada tahun 2017 akaun adsense menunjukkan perkembangan yang bagus sebagai pemain baru. - ia pemain adsense dan blogger lebih berpengalaman mampu membuat sehingga USD5000 sebulan.

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Seminggu lagi sebelum tahun 2017 menutup tirai.

Mengira beberapa artikel lagi menuju 365 seperti target yang ditetapkan untuk blog ini.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ia melepasi 300 artikel berbanding, hanya 111 artikel pada tahun 2016.

Malah target untuk memecahkan rekod pendapatan adsense lebih USD20 sebulan (terlalu jauh berbeza dengan pemain adsense dan blogger lebih berpengalaman) juga tercapai pada tahun ini, ketika blog pemakanan dan kesihatan yang semakin berkembang pesat di dunia blogging dan iklan untuk produk kecantikkan dan kesihatan ialah antara iklan yang dibayar murah berbanding iklan produk teknologi, perbankan , gadget dan sebagainya. Mereka yang sering mengikuti blog ini pasti tahu, blog ini bermula dengan USD3 sebulan untuk bulan pertama akaun adsense.

Paling istimewa target dan sasaran untuk mendapatkan 2 kali cash out dari adsense juga tercapai, selain blog ini konsisten dalam paparan view harian dari pengunjung seluruh dunia.

Terus mencuba mempelbagaikan topic dan kategori. Insyaallah selain info graphic dan video untuk perancangan artikel tahun 2018, pelbagai lagi perkongsian akan diterjemahkan dalam pelbagai bentuk paling ringkas dan difahami untuk pembaca blog ini.

Menjadikan blogging dan bahan semulajadi sebagai passion untuk beberapa tahun ini, hanya diet yang lebih sihat yang masih belum betul-betul konsisten .  Sehingga ini kek-kek manis, tart dan manisan manis komersial masih belum mampu ditinggalkan. Namun semangat kekal ada untuk melawan. Tahun 2018 insyaalah harus menetapkan target yang kuat dan kukuh dalam pemakanan.

Pelbagai perkara hanya akan dicapai dengan konsisten dan focus. Blogging mungkin Nampak mudah, namun apabila anda harus menulis satu artikel hari demi hari berturut-turut ia tidak semudah berbalas mesej di whatapps.

Tidak semua apa anda tulis akan dibaca , dibaca tidak semestinya akan disukai, namun jika anda mampu membuatkan anda membaca sehingga perenggan terakhir sehingga titik noktah terakhir, anda tahu anda mampu kembangkan bakat penulisan anda itu.

Menulis bukan sahaja membantu menenangkan minda jika anda menulis sesuatu perkongsian yang baik. Ia juga mampu membuatkan anda terpaksa rajin membaca menambah ilmu dan mencari pengalaman baru untuk ditulis.

Dalam bidang blogging mahupun penulisan, anda bukan sahaja berdepan dengan isu idea, cara tulis, pengolahan ayat, kerosakan laptop atau telefon bimbit, line internet yang slow, mood swing, mood yang sering dikacau, tiada focus dan perangai insan sekeliling yang tidak tahu keadaan anda dan menghormati anda sebagai penulis atau blogger.

Anda juga akan berhadapan pelbagai kritikan dan sindiran. Namun satu yang anda harus pegang, focus apa yang anda ingin capai. Berkawan dengan kritikan yang membina dan sasarkan pelbagai sasaran untuk dakian anda seterusnya.

3 blog dan ini blog paling aktif. 2 blog lagi akan di pertingkatkan dari segi kualiti dan konten. Bermula satu artikel seminggu, beberapa artikel sebulan, seratus artikel setahun dan kemudian meningkat beratus artikel setiap tahun, akan tiba masanya beribu artikel setahun seiring kebiasaan dan konsisten anda menulis dan lahirnya pelbagai idea yang akan datang secara semulajadi untuk anda menulis seperti ia adalah ‘makanan harian’ anda.

Apa yang biasa anda lakukan , akan menentukan apa kebiasaan anda pada masa akan datang.

Penulisan mungkin kelihatan seperti hobi dan passion yang agak kurang memerlukan modal jika anda bijak memilih penulisan yang tidak memerlukan modal yang tinggi. Namun anda tidak akan mampu menulis tanpa mengeluarkan modal dan pengorbanan yang tinggi dari segi masa mencari, membaca, menimba ilmu serta setiap pengalaman yang anda lalui.

Tidak akan muncul idea dalam penulisan anda tanpa pengalaman kerana penulisan ialah apa yang anda rasai dan tahu dan boleh menulis tanpa memerlukan buku rujukan disebelah kecuali anda menulis sesuatu yang memerlukan rujukan jurnal dan menulis kajian dalam bentuk saintifik.

Anda menulis untuk mereka yang sudi membaca dan berminat dengan tulisan dan penulisan anda. Jika anda menulis untuk diri sendiri tulis untuk diri anda sendiri , jika anda menulis untuk satu dunia , tulis dan tujukan ia satu dunia.

Ketika anda membaca apa yang pernah anda tulis, ia akan memberi anda semangat tentang apa yang pernah anda lalui dan hadapi.

Siapa anda pada hari ini, kematangan anda dengan setiap pengalaman hidup. Anda tidak akan mampu ingat segala ilmu dan apa anda baca kecuali anda membuat ulangkaji atau ada perkara lain yang menyebabkan anda mula mengingatinya.

Blog ialah satu diari atau satu peringatan untuk anda, untuk sumber rujukan dan motivasi untuk anda sendiri dan ilmu yang satu hari nanti anda cari dan ingin rujuk.

Kata cendekiawan dunia, jika anda ingin lebih bijak, rajin kongsikan ilmu anda. Ilmu tidak akan berkembang jika terus disimpan. Sebarkan.

Jika anda inginkan motivasi, beri motivasi kepada satu dunia, motivasi itu akan kembali pada anda.

Apa yang anda beri akan kembali kepada diri anda sendiri.

7 hari lagi dalam menuju 2018, apa yang akan anda beri kepada dunia? , paling penting pada diri anda sendiri?.

Terima kasih.





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...