Selasa, 19 Disember 2017

MAKANAN INI BOLEH MENJADI SUMBER UBAT ANDA


smoothie dengan pelbagai campuran sayur-sayuran dan makanan lain

 
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dunia ini dipenuhi pelbagai makanan yang merupakan ubat bagi segala penyakit. Ia hanya berada berdekatan kita sahaja.

Sama ada anda sanggup mencari dan mengamalkannya sahaja.

Berikut antara makanan yang boleh menjadi sumber ubat dan supplement asli anda.

Buah Pisang
Buah pisang masak yang dimakan setiap hari boleh membantu menguatkan pinggang anda. Beri buah pisang masak kepada mereka yang lemah dan ajar mereka menikmati pisang setiap hari.
Malah buah pisang juga menguatkan jantung dan membantu mereka yang mempunyai penyakit jantung yang lemah.

Daun Pisang
Daun pisang yang sering digunakan sebagai alas makanan seperti nasi lemak, lepat pisang dan pelbagai makanan lain, amat bagus sebagai ubat buasir.

Caranya ialah dapatkan daun pisang muda. Tumbuk sehingga lumat kemudian tampal di tempat buasir.

Daun pisang juga bagus untuk penyakit kulit atau kayap. Rebus daun pisang dengan 1 liter air sehingga mendidih, kemudian mandi dengan air rebusan itu.


Buah Epal

Jika anda atau sesiapa yang sering bersama anda sering ‘membuang angin’ atau ‘kuat kentut’. Galakkan mereka yang mempunyai masalah kuat buang angin dan kentut ini makan epal. Epal membantu mengubati masalah gangguan system pencernaan dalam apa sahaja bentuk . Ini termasuk kuat kentut atau ‘buang angin’.


Lobak Merah

Selain bagus untuk kecantikan wajah dan kulit juga menguatkan penglihatan. Lobak merah elok dimakan oleh wanita untuk melancarkan perjalanan haid. Buat jus lobak merah atau campur lobak merah dalam sup sayur kegemaran anda.


Lobak Putih

Terkenal untuk menambah susu ibu, lobak putih juga amat bagus dalam perubatan perawatan kanser hati. Kupas kulit lobak putih , kemudian rebus. Amalkan meminum air rebusan ini setiap hari.


Bawang Putih


Bakar bawang putih bersama kulit dan makan. Bawang putih bakar bukan sahaja mencergaskan otak, anti kanser, awet muda malah bagus untuk usus.


Amalkan makanan segar, asli dalam diet anda. 

Kita ialah apa yang kita makan.


Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...