Khamis, 7 Disember 2017

Gedung Ilmu dan Pengambaraan


Beruntung kerana Perpustakaan Negeri Pahang antara perpustakaan terbaik di Malaysia 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bersyukur kerana berada di Kuantan,  dan terbinanya perpustakaan negeri baru di hadapan Hospital Tengku Ampuan Kuantan.  Iaitu hospital besar Kuantan.  Ia adalah anugerah tidak ternilai untuk jambatan ilmu rakyat Pahang dan penduduk Kuantan khususnya.

Ketika remaja dahulu,  ketika pulang ke rumah dari sekolah,  Perpustakaan Negeri Pahang sentiasa menjadi tempat singgahan untuk membaca dan menimba ilmu dan pengalaman yang tidak dapat dicari dan diceritakan di mana-mana.

Berpeluang mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan dari puisi,  syarahan mahupun perbahasan,  perpustakaan sekolah dan perpustakaan negeri telah lama dekat di hati.

Malah ketika menuntut di Pusat Pendidikan Tinggi,  untuk PROJEK sistem komputer untuk pembinaan sistem,  sistem masa hadapan untuk perpustakaan di pilih untuk kerja kursus.

 Apa yang dipersembahkan dalam buku projek itu, yang dilakukan bersama seorang kawan baik akhirnya mendapat markah tertinggi untuk projek pada tahun itu. 

Masih terngiang temuramah yang dilakukan.  Ketika itu sistem carian buku masih secara manual. Tiada sistem komputer ketika itu.  Masih teringat bagaimana apa yang di bayangkan 20 tahun dahulu,  akhirnya 10 tahun kemudian di laksanakan.

Minat yang mendalam pada buku yang penuh di perpustakaan,  akhirnya memberi idea terbaik. Masih terbayang wajah seram sahabat baik saya ketika pelajar-pelajar lain mula menyiapkan projek,  dan saya masih bersenang lenang tanpa membuat sesuatu.

Akhirnya setelah mendapat markah tertinggi,  baru beliau memuji. Dari situ,  kita tahu betapa penting tahu apa yang kita minati dan persembahkan ia dengan cara terbaik.

Perpustakaan.  Adalah gedung Ilmu dan penggambaran yang tidak terluahkan.  Bayangkan tanpa perlu berjumpa dan berada di tempat itu anda sudah tahu sejarah tempat Yang dinyatakan.

Amat beruntung jika anda dapat melawati berbanding melihat gambar sahaja di dalam buku,  namun pengalaman mengajar bahawa melawat tanpa mengetahui sejarah dan cerita amat berbeza.

Pernahkah anda bercerita dengan individu-individu lain,  tentang tempat Yang pernah mereka lawati namun mereka tidak pernah tahu sejarah dan peristiwa tempat tersebut?  Malah anda yang tidak pernah menjejakkan kaki lebih tahu sejarah dan cerita tempat bersejarah itu.

Itulah buku,  kuasa buku yang boleh menterjemahkan pengalaman yang sukar diceritakan.  Maka penulis buku yang bijak dalam menyusun kata dan menterjemahkan karya pasti akan membuat pembaca berada di tempat itu dan melayari pengalaman menakjubkan dari pembacaan.

Bersama-sama lautan buku di setiap rak-rak dari majalah ke buku serta ensiklopedia.

Ia memberi lebih banyak idea,  Tips dan ketenangan yang tidak dapat diceritakan.

Ia membantu anda melupakan masalah sementara anda membaca dan tenggelam dalam penggambaran sendiri.

Pelbagai ilmu,  Tips,  hikayat,  petua turun temurun dahulu kala yang mungkin tidak pernah di ketahui ibu bapa anda malah nenek atau moyang anda tercatat dalam buku-buku lama dan sejarah yang makin di pinggir dan di lupakan.

Ada sentuhan dan emosi berbeza untuk buku lama dan buku baru.  Ilmu lama dan ilmu baru.

Ada 'roh'  lain ketika anda membaca buku berbanding melayari Blog dan laman sesawang,  mahu pun anda membaca status di media sosial.

'Roh' itu sukar di terjemahkan,  hanya pencinta buku yang tahu.

Jika anda sedih cari buku yang memberi motivasi.

Jika anda mahukan ilmu lain cari buku mengenai ilmu itu.

Menyentuh buku sahaja sudah meredakan tekanan.

Apa lagi jika buku itu tebal dan penuh dengan fakta dan gambar menarik.

Buku mengurangkan rasa sedih dan tertekan.

Membantu memberi idea dan semangat.

Berkawanlah dengan buku yang baik dan berguna.

Anda pasti akan terpengaruh dengan apa yang disampaikan dalam buku tersebut.

Paling utama pilih buku yang memberi maksud dan manfaat sebenar dalam hidup.

Kita ialah apa kita baca.

Jika anda merasakan beberapa buku istimewa agak mahal,  anda boleh membacanya secara percuma di perpustakaan.

Jika anda rindukan sejarah dan peradaban lama.

Anda boleh mencari segala buku berkaitan sejarah dunia di perpustakaan.

Lupakan gosip sejarah yang diputar belit kerana dengan membaca lebih banyak buku,  anda akan bijak menilai.

Dalam dunia Blogging,  eksperimen pelbagai produk. Idea dalam penulisan,  produk dan perjalanan masa hadapan,  segalanya insyallah boleh diperoleh dengan rajin membaca.

Mulakan mencintai sesuatu yang berguna dan istimewa.

Selamat melayari bulan terakhir tahun 2017.

Tambah azam baru anda untuk tahun hadapan dengan membaca pelbagai buku.

Terima kasih.







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...