Jumaat, 1 Disember 2017

Bahaya Supplement & Minuman Kesihatan Moden


Cuka epal ialah antara bahan makanan dan merupakan Supplement Semulajadi 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa kali ditegaskan di kebanyakan artikel.

Kuasa dan pengaruh iklan,  yang mengelirukan sekaligus menyebabkan mereka yang mementingkan kesihatan terpedaya.

Terdapat pelbagai Supplement kesihatan dari vitamin dan minuman kesihatan yang lebih menyebabkan keburukan berbanding kebaikan kepada tubuh.

Realitinya terdapat banyak Supplement dan minuman kesihatan yang lebih memburukkan keadaan usus dan kesihatan malah menyebabkan pelbagai gangguan tubuh dan emosi.

Apa yang paling penting ketika anda memilih dan membeli Supplement pastikan anda lihat dan jelas setiap bahan-bahan yang digunakan.

Ketahuilah banyak bahan-bahan membahayakan digunakan untuk memastikan sesuatu produk itu tahan lama dan boleh dipasarkan serta diproses dalam jumlah yang banyak bagi memenuhi keperluan manusia yang inginkan kebaikan untuk kesihatan mereka.

Sayang sekali tidak ramai rajin dan aware mengenai bahaya setiap bahan digunakan kerana percaya dengan iklan dan suggestion pelbagai pegawai kesihatan dan mereka yang merujuk Agent produk serta testimonial pengguna yang ada masanya ia hanyalah rekaan semata-mata.

Jika anda memilih Supplement pastikan anda memilih Supplement yang diperbuat dari makanan dan bahan semula jadi.

Antara Supplement Semulajadi seperti cuka epal,  minyak zaitun, minyak kelapa dara organik, cold press juice Dan pelbagai lagi.

Teh-teh herba yang seratus peratus dari bahan herba seperti teh Bidadara,  teh bunga telang,  teh bunga raya dan teh hijau.

Paling penting sila lihat bahan-bahan hanya menggunakan bahan asli seperti teh bunga raya,  bahan-bahan hanya bunga raya kering dan tanpa pewarna atau pengawet serta bahan lain.

Terdapat banyak artikel tentang bahaya pelbagai Supplement dan minuman kesihatan. Antara artikel tersebut ialah

1. Bahaya beberapa susu jenama Ensure

http://www.organicandhealthy.org/2016/11/i-wouldnt-feed-this-stuff-to-dying.html?m=1

2. Bahaya bahan-bahan lain dalam Supplement

https://www.consumerreports.org/vitamins-supplements/15-supplement-ingredients-to-always-avoid/

3. Bahaya minuman protein atau protein powder

https://www.livestrong.com/article/540079-what-are-the-dangers-of-protein-powder-consumption/

4. Bahaya Supplement Keratin untuk kecantikan rambut,  kuku dan gigi

https://www.livestrong.com/article/332444-keratin-supplement-dangers/

Terdapat terlalu banyak bahan makanan dan bahan kecantikan serta Supplement yang amat bahaya untuk kesihatan anda.

Usah terpengaruh dengan iklan.  Belajar mendidik diri mengenai bahan-bahan dan anda pasti tidak mudah terpedaya lagi.


Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...