Selasa, 12 Disember 2017

6 FUNGSI MAKANAN YANG MUNGKIN ANDA BELUM TAHU



Makanan merupakan unsur perubatan 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Memasuki pertengahan December 2017.

Ini 5 FAKTA PENTING FUNGSI MAKANAN untuk anda.

1.       Berulang kali ditegaskan, pastikan anda memilih susu dari lembu yang menikmati rumput bukan dedak dan makanan proses. Ini kerana makanan yang dimakan menentukan khasiat dan kebaikan susu yang dihasilkan oleh lembu.
Para tabib lama mengatakan, susu yang dihasilkan bersifat panas jika padang rumput yang dimakan oleh lembu itu rumput yang panas. Malah susu akan bersifat sejuk jika lembu yang diambil susu itu menikmati rumput di padang rumput yang bersifat sejuk.
Susu lembu yang dihasilkan akan memberi manfaat mengikut daun dan makanan lembu tersebut.

2.        Dalam Rujukan Al-Bustan, Imam As-Samarqandi, selepas berbekam tidak digalakkan makan makanan masin dan susu masam juga susu segar. 
Makanan masin dikatakan mudah membuatkan badan terumbang ambing selepas berbekam.
Minum Susu atau susu masam pula dikatakan boleh menyebabkan penyakit sopak.
Makan delima selepas bekam juga tidak digalakkan terutama delima masam kerana boleh menyebabkan penyakit kulit atau kudis juga lumpuh sebelah badan. Wallahualam.

3. Susu Unta lebih tinggi khasiat dari susu kambing. Ada riwayat meneritakan bahawa baginda pernah mengajar mengubat mengunakan susu unta dan air kencing unta.
Malah dikatakan juga air kencing ini bersifat alkali.

4. Antara khasiat habbatus sauda atau jintan hitam ialah meredakan sakit kepala kerana kesejukkan. Anda boleh tumbuk dan letakkan habbatus sauda ini di atas dahi.

5. Jika anda berasa amat penat dan letih. Rebus beras dan biarkan mendidih.
Kemudian ambil air beras dan minum dalam 5 sudu. Air beras dikatakan lebih berkhasiat berbanding nasi. Campur sedikit garam pink himalayan untuk lebih khasiat.

6. Kapur selain terkenal untuk menyedapkan beberapa masakan, ia juga petua utama dalam menghapuskan kutil. Caranya lumurkan kutil dengan kapur sirih kemudian balut. Ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2x sehari sehingga tanggal.


Fakta ringkas ini pasti membantu anda dalam pelbagai masalah kesihatan dan kecantikan suatu hari nanti.

Terima Kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...