Khamis, 1 Jun 2017

Pelbagai Jenis Diet


Buah dan sayur segar 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bulan puasa ialah bulan di ajar untuk kita mengawal nafsu. 

Bukan sahaja nafsu makan,  termasuk nafsu membeli belah dan sebagainya. 

Ada yang mula menjadikan bulan puasa sebagai bulan untuk mereka mula berdiet sihat. 

Menjaga pemakanan dan sebagainya. 

Ada juga yang semakin teruk diet mereka di bulan Ramadhan atas asbab terlalu banyak undangan berbuka puasa dan Buffet serta juadah di bazar Ramadhan yang begitu mewah dan memanggil-manggil. 

Terlalu banyak jenis diet yang diamalkan kini. 

Berikut adalah antara diet yang paling popular. 

1. Diet Atkin 

Diet ini kebiasaannya lebihkan makanan protein.  Karbohidrat di kurangkan.  Malah pada fasa pertama diet ini buah-buahan juga harus dielakkan.  Malah ada jenis sayur-sayuran yang mempunyai karbohidrat harus dielakkan.  Terdapat 4 fasa di dalam diet Atkin. 

2. Vegetarian (diet sayur-sayuran) 

Diet ini telah lama diamalkan oleh ramai golongan.  Ada yang kekal menikmati makanan berperisa ayam,  udang dan ketam namun dalam bentuk makanan sayur-sayuran.  Malah ada yang mengamalkan diet sayur-sayuran namun masih menikmati ikan dan ayam namun menolak daging. 

Kebelakangan ini diet vegetarian (sayur-sayuran)  menolak daging binatang seratus peratus termasuk ayam dan ikan. 

Malah produk tenusu dari hasil susu binatang juga di tolak.  Hanya produk tenusu dari tumbuhan seperti susu badam,  susu kelapa (santan),  susu gajus dan susu dari produk tumbuhan sahaja diamalkan. 

Paling istimewa diet ini juga telah mula popular dengan kek mentah (raw cake)  tanpa perlu dibakar. 

Golongan vegetarian ini juga kini semakin kerap di jumpai memasukkan nasi kedalam diet harian mereka. 

3. Diet Gluten Free

Diet ini menolak 100% Gluten dalam menu makanan seharian. 

Antara makanan popular yang mengandungi Gluten termasuk gandum dan pelbagai tepung lain termasuk rye dan gandum penuh. 

Spaghetti dari durum juga tidak dibenarkan. 

Malah oat dan beras juga hanya dipilih yang tertulis 'tanpa gluten'  atau Gluten free. 

4. Diet ketosis

Diet ini amat bersangkut paut dengan proses ketosis di dalam tubuh. 

Dipercayai bahawa proses ketosis ini amat bagus untuk penurunan berat badan dan kesihatan. 

Namun proses ini akan membuatkan anda tidak bertenaga pada peringkat permulaan. 

Malah mereka yang berpenyakit juga akan menjadi semakin teruk namun lama kelamaan semakin sembuh. 

Agak ramai mereka yang gemuk dan berpenyakit mengamalkan diet ketosis ini. 

5. Diet candida

Diet candida ini amat sesuai diamalkan oleh mereka yang menghadapi isu 'candida overgrowth'  atau candida terlebih biak. 

Diet ini bukan sahaja mengelakkan Gluten,  malah produk tenusu (susu kambing mentah dibenarkan pada peringkat seterusnya),  hanya keju mentah yang melalui proses penapaian dibenarkan, beberapa jenis sayur-sayuran juga harus dielakkan. 

Diet candida juga mengelakkan madu,  hanya madu mentah dibenarkan. 

Tiada sebarang yis di benarkan dalam amalan diet candida. 

Sayuran hijau dan buah seperti epal hijau antara menu utama termasuk buah beri. 


6. Eat clean diet 

Diet ini lebih kepada diet yang bersih.  Penggunaan kurang garam dan tiada gula kecuali dalam minuman tertentu dan hanya gula asli tanpa proses. 

Makanan dan menu lebih bersih dan kurang proses. 

Biskut yang menggunakan hanya bahan natural dan semulajadi. 

Malah dalam Eat clean ada sesetengah masakan langsung tiada garam. 

Satu diet yang semakin terkenal kini termasuk penggunaan minyak yang sedikit atau tiada langsung. 

Masih ada penggunaan gmo walaupun dari produk organik. Termasuk ikan yang tinggi histamine. 

7. Diet Real Food

Ini diet yang agak ekstrem. 

Malah hanya makanan yang betul-betul Real Semulajadi tanpa gmo diamalkan. 

Beras Non-GMO,  biskut Homemade. 

Ikan bukan ikan belaan hasil sekeliling bukan ikan beku yang tinggi histamine dari negara lain. 

Buah-buahan juga dicari juga bukan Non gmo dan hybrid. 

Banyak ilmu yang anda harus tahu mengenai Real food ini kerana kebanyakan makanan dan tanaman di dunia ini hasil kacukan dan gmo. 

8. Diet Tanpa Darah

Diet makanan yang tidak berdarah ini diperkenalkan untuk menyucikan minda dan mengurangkan tekanan. 

Dipercayai dengan berhenti menikmati makanan berdarah minda akan lebih fokus dan tenang. 

Tentu sahaja tiada sebarang unsur darah dalam pemakanan ini termasuk ikan,  burung mahupun telur. 

Semua seratus peratus dari tumbuh-tumbuhan. 

Terdapat pelbagai lagi jenis diet. 

Ini antara yang dapat saya kongsikan. 

Apa pun yang anda pilih pastikan ia sesuai dengan tubuh dan cara hidup anda. 

Usah stress kan diri anda. 

Selamat Mencuba jika ada diet yang anda berminat. 


Terima kasih. 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...