Isnin, 1 Mei 2017

UJIAN DALAM BERDIET


Ketika ingin berdiet ketika itulah makanan kurang lemak tiada stok 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ia ada masa kita terpaksa akur.

Ketika semangat kuat ingin berdiet datang,  pelbagai ujian lain menimpa. 


Ingin membeli Yogurt jenama Farm Fresh tanpa gula dan asli,  namun kehabisan stok di setiap pasaraya.  Maka terpaksa bangun pagi dengan menikmati roti dan cheese. 

Mencari sayur-sayuran lain kebanyakannya telah layu tidak sempat di masak. 

Baru sahaja berdiet sehari eat clean,  esoknya kakak membawa sebekas Brownies enak taburan chocolate chip dan badam. 

Telah lama mengidam namun malas membeli,  kini di depan mata sukarnya menolak. 

Maklumlah Brownies enak sebegini seketul dijual hampir RM6.  Ini dibawanya sekotak,  rugi tidak makan.  Maka berketul ditelannya. 

Belum kira baru masuk minggu pertama diet sihat,  minggu ini penuh jamuan makan.  Tolonglah. 

Hari esok jemputan makan istimewa, ahli keluarga lain pula ingin  belanja. 

Tolak rasa rugi pula maklumlah sekepala lebih RM70.  Jika pergi boleh juga menulis di Blog atau update dalam instagram,  paling kurang di Facebook atau jika tidak pun boleh juga tahu rasa sedap atau tidak selain bersosial..

Ia bukan mudah istiqamah.  Bukan mudah mengikut apa yang dirancang.  Itu yang kita rancang,  lain tuhan tentukan. 

Semuanya dalam bentuk rezeki berbeza.  Maka nikmati ia.  Esok masih ada hari baru untuk anda teruskan niat. 

Sekurang-kurangnya itu orang belanja.  Bukan duit anda. 

Duit yang ada mohon beli makanan sihat atau organik,  jangan lupa simpan untuk simpanan atau modal perniagaan anda. 

Ketika baru semangat ingin minum kopi tanpa gula,  esok terlalu banyak tenaga akan digunakan dalam pelbagai aktiviti.  Bimbang kurang produktiviti maka gula terpaksa di tambah sedikit. 

Lihat,  banyak alasan bukan. 

Ia,  bimbang jika penat dan lapar lagi teruk makanan tidak sihat di beli di kedai apa sangat setakat sesudu kecil gula perang atau molasses. 

Ketika menikmati makanan tengah hari dirumah baru perasan tiada sayur atau ulam-ulaman. 

Rasa agak stress,  namun stress tidak bagus,  maka terpaksa makan nasi setakat 3 sudu bersama kuah. 

Hanya ada ikan goreng malas memasak,  anda terpaksa kuatkan diri menolak ikan goreng dan menikmati nasi dan kuah sahaja. 

Agak sukar jika yang anda beli hanya sayur hijau yang semua tahu mudah layu. 

Sesekali memang wajar untuk letakkan kubis atau brokoli di dalam peti walaupun sayuran ini terkenal banyak racun dan mahal di kedai organik. 

Itu belum kira bekalan air mineral kehabisan. 

Maka minum lah air reverse osmosis (RO)  yang ada. 

Sesetengah orang tidak sesuai dengan air RO.  Memang agak kesian. 

Memang pelbagai dugaan akan menimpa namun belajarlah bersikap tenang dan tetap bersyukur. 

Teruskan sahaja diet anda setakat yang termampu dan cuba untuk diet sihat esoknya. 

Selamat bertabah dan kuatkan diri anda. 

Apa lagi ujian diet anda? 

Mohon kongsikan di komen. 

Terima kasih. 




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...