Isnin, 1 Mei 2017

TIPS KURUS SEBELUM RAYA


Pilih kek bersize kecil
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bulan Ramadan dan hari raya bakal menjelang tidak lama lagi. 

Maka bersiap sedia dengan segala longgokan kuih muih di bazar Ramadan dan bazar Raya. 

Sayang jika anda terlalu berdiet di hari Raya Aidilfitri nanti,  maklumlah hanya setahun sekali anda dapat merasai masakan rumah di rumah sendiri dan saudara mara serta rakan-rakan yang di masak sendiri. 

Bonus kebiasaan yang memasak sendiri mereka menggunakan minyak yang lebih bersih,  tidak diulang banyak kali dan tentunya penyediaan segala makanan lebih bersih dan berkualiti. 

Jangan bandingkan makanan yang dihidangkan di rumah anda dan ibu anda mahupun sanak saudara anda atau jiran dan rakan-rakan anda sama sahaja seperti masakan Yang di jual di luar,  dan anda boleh menikmati ia bila-bila masa. 

Percayalah segala bahan yang dijual tidak sama bahan di gunakan di rumah. 

Segala rasa juga tidak sama.  Ramai yang sanggup berdiet ketika hari raya,  namun selepas raya kembali membeli walaupun sedikit makanan di luar yang ada di hidangkan ketika raya.

Anda boleh teruskan semangat dan pendirian anda itu jika anda rasakan itu yang terbaik. 

Hari Raya Aidilfitri adalah hari bersuka ria dan mengeratkan silaturahim,  makan bersama dan menikmati hidangan yang disediakan. 

Tidak perlu terlalu banyak,  makan sahaja sikit-sikit jika ia kegemaran anda,  dan jika sedap makan sahaja secukupnya,  bimbang jika anda terliur lagi anda menyesal dan mencari ia kembali di luar.  Lain jadinya nanti. 

Untuk anda yang ingin KURUS SEBELUM RAYA ini antara perkara yang anda boleh lakukan. 

1. Kopi dan teh tanpa gula 

Tiba masa anda langsung jangan menambah gula dalam minuman kopi atau teh anda. KOPI dan teh tetap punya khasiat sendiri terutama jika anda banyak menggunakan otak dan tenaga.  Kopi juga membantu dalam menguruskan badan dan tinggi anti oksidan .  Pilih kopi dan teh 100% asli.  Cara ini sesuai bagi anda yang telah belajar mengurangkan gula di dalam kopi dan teh anda.  Untuk info teh hijau dan Rooibos jauh lebih sedap tanpa gula.  Kopi asalnya juga jauh sedap tanpa gula.  Belajar menambah minyak kelapa dara atau Mentega asli kedalam kopi anda jika anda pertama kali menikmati kopi tanpa gula. 


2. Kurangkan minuman manis anda

Terima hakikat.  Kini masa anda mengurangkan minuman manis anda. 

Jika sebelum ini 2 kali sehari,  pagi dan petang. 

Tukar hanya sekali untuk waktu pagi. 


3.  Kurangkan porsi makanan anda

Perkara ini ditekankan beberapa kali. 

Jika anda sudah biasa dengan pengurangan porsi,  sila kurangkan lagi. 

Jika selama ini anda banyak menikmati biskut dan makanan ringan,  masa untuk tinggalkan itu semua kecuali terpaksa kerana tiada makanan lain untuk dikunyah. 

Lebih baik anda tambah porsi nasi anda berbanding anda terpaksa menambah biskut di dalam diet harian anda.


4. Bergerak aktif

Ini realiti.  Saya sendiri mengalaminya.  Beza sungguh jika anda aktif dan tidak.  Lakukan sesuatu agar anda lebih aktif. 


5. Tambah buah-buahan tempatan dan sayur hijau

Sayur hijau adalah makanan yang semakin popular kini. 

Untuk lebih kerap kenyang,  nikmati lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Buah terbukti dapat mengurangkan Ketagihan makanan manis. 

Pastikan anda nikmati buah setiap hari. 

Amat berbeza khasiat didalam buah berbanding makanan lain. 

Sayur-sayuran juga penting,  namun anda harus ingat,  jika anda terlebih serat,  sesetengah individu akan menghadapi masalah sembelit atau susah pembuangan. 

Malah ada yang jarang membuang. 

Pastikan anda menikmati semua kategori makanan sihat yang ada. 

Jangan terlalu diet ekstrem. 


6.  Minum air putih yang banyak. 

Minum air putih bertapis atau air alkali.  Sebaiknya air mineral asli. 

Bukan air yang berperisa. 

Peringatan ini diberikan berkali-kali  terutama jika anda tinggal didalam bilik berhawa dingin. 


7. Berpuasa 

Kini masyarakat Barat juga mula berpuasa dan tahu kepentingan berpuasa. 

Puasa bukan untuk kurus namun untuk mendekatkan lagi diri kita kepada ajaran Tuhan. 

Untuk lebih mengasihi manusia yang lebih susah dari kita sekaligus memberikan tubuh masa untuk rehat dan menyembuhkan diri. 


8. Hindari stress

Belajar kurangkan stress yang tidak membawa kebaikan kepada anda. 

Stress yang ringan penting dalam sesuatu segi namun Stress berat yang berpanjangan akan mengakibatkan kesan buruk pada diri anda dan boleh menyumbang kepada kenaikan badan serta proses perkumuhan yang lemah. 


9. Buat jadual makanan

Jika anda terlalu sukar untuk berdiet. 

Masa untuk membuat jadual pemakanan harian anda untuk seminggu. 

Cubalah ikuti jadual anda sendiri. 

Tentu ini lebih memudahkan anda. 


10. Motivasi 

Sejujurnya anda tidak akan mampu memotivasikan diri anda setiap hari dan setiap saat. 

Anda perlukan motivasi dari setiap sudut. 

Rajin-rajin membaca motivasi di Blog,  instagram dan majalah. 

Berkawan dengan sahabat yang ingin mengamalkan diet sihat seperti anda. 



11. Kurangkan porsi

Terima hakikat. 

Anda boleh makan apa sahaja anda teringin namun dalam bahagian atau porsi kecil. 

Makan ala kadar sahaja. 

Pilih kek bersize mini dan kecil. 

Pilih coklat bersize kecil walaupun harga amat berbeza dengan yang bersize besar. 

Tidak perlu fikir yang besar lebih jimat.  Beli sahaja yang kecil sudah cukup untuk anda. 


12. Berubah kepada yang manis kepada yang kurang manis

Jika selama ini anda nikmati biskut oat bersama chip coklat tukar oat bersama kacang.

Jika anda biasa nikmati cornflakes manis atau berperisa coklat.  Tukar Cornflakes biasa.

CRUNCHY FLAKES by QK adalah antara pilihan yang anda boleh pilih sebelum mengamalkan diet sihat sepenuhnya.

Snek emping jagung enak
Untuk pembelian dan pertanyaan produk  Crunchy Flakes by QK, sila whatapps ke

016 276 2636 


Untuk maklumat lanjut. 


13. Cuba untuk membuang setiap hari. 

Ubah cara pemakanan anda. 

Cuba untuk memastikan anda membuang tiap hari. 

Namun membuang tiap hari masih berdasarkan tubuh anda sendiri. 

Tidak semestinya anda tidak membuang setiap hari,  usus anda tidak sihat. 

Pastikan pembuangan anda tidak mempunyai masalah. 

Kebiasaannya jika anda mengamalkan diet yang sihat,  sistem pembuangan anda lebih tersusun.  

Jika anda makan terlalu banyak hari ini dan hari berikutnya dan masih tidak membuang,  mungkin masa untuk anda memikirkan tentang apa yang berlaku dalam usus anda terutama jika perut anda sendiri semakin naik.

Fikirkan sendiri. 


14. Berhenti menyalahkan diri sendiri. 

Jika anda sudah terlebih makan hari ini. 

Makan makanan manis yang terlebih banyak. 

Berhenti menyesal dan menyalahkan diri. 

Puasa sahaja esoknya atau tukar sahaja diet jauh sihat untuk hari esok. 

Ia jauh membantu. 



Ini sahaja antara perkongsian untuk anda. 


Selamat Mencuba Tips mudah ini. 


Terima kasih 









Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...