Khamis, 6 April 2017

KHASIAT & KEBAIKAN KACANG DHAL


Kacang Dhal sebungkus dalam Rm2-rm3 sahaja 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kekacang amat terkenal kerana kaya protein. 

Ia amat bagus diamalkan oleh mereka yang mengamalkan diet vegetarian yang tidak mengamalkan makan daging. 

Antara kekacang yang popular ialah kacang badam,  kacang kuda,  kacang hijau dan pelbagai kacang lain lagi. 

Untuk artikel kali ini saya berkongsi dengan anda jenis kekacang yang murah dan senang didapati dan murah iaitu kacang dhal. 

Kacang dhal enak dibuat cekodok,  juga enak dibuat bubur kacang dhal atau di buat kuah dhal yang cair untuk dinikmati bersama chapati atau roti puri. 

Kacang dhal kaya dengan pelbagai khasiat dan Kebaikan untuk tubuh terutama kandungan protein dan kalsium. 

Untuk info KEBAIKAN dan KHASIAT KACANG DHAL,  ini yang saya dapati hasil bacaan dari Google. 

1. Kacang dhal tinggi dengan kandungan kalsium,  malah dikatakan kandungan kalsium di dalam kacang dhal setanding kandungan kalsium di dalam Yogurt. 

2. Kacang dhal amat bagus bagi sistem pencernaan,  ia dikatakan membantu dalam proses penghadaman sekaligus mengurangkan masalah sembelit. 

3. Bagi anda yang sedang berdiet,  diet tinggi protein terutama untuk ahli bina badan atau jaga badan,  kacang dhal adalah menu tinggi protein dan kalsium yang bagus untuk diamalkan. 

4. Jika anda sedang berdiet dan ingin menu masakan yang tahan lapar untuk jangka masa lama,  kacang dhal adalah antara menu pilihan terbaik untuk mengawal nafsu makan anda kerana ia membuatkan anda kenyang lebih lama. 

5. Kacang dhal tinggi serat,  mengandungi flavoneid, antioksidan Yang tinggi,  zat besi dan pelbagai galian yang lain yang turut membantu mengurangkan risiko penyakit usus dan barah payu dara. 

6. Kandungan serat didalam kacang dhal turut membantu dalam mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah juga membantu mengurangkan risiko kencing manis ini termasuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan penyakit kardiovaskular lain. 

7. Kandungan Vitamin E didalam kacang dhal turut membantu mengurangkan risiko parkinson. Anti oksida lain yang terdapat dalam kacang dhal seperti zat besi mengurangkan risiko anemia. Zat galian dan vitamin lain serta ciri antioksidan yang terdapat dalam kacang dhal turut mengurangkan risiko mati pucuk di kalangan lelaki berumur. 

8. Kacang dhal mengandungi 26% protein jika anda inginkan sumber protein tanpa alahan kepada binatang anda boleh menggantikan kacang dhal buat sementara waktu terutama jika anda dalam proses Topical Steroid Withdrawal atau ekzema. 

9.  Kacang dhal juga bagus untuk kesihatan buah pinggang.  Ia meningkatkan metabolisme buah pinggang dan turut membantu mengekalkan otot dan fungsi buah pinggang. 

Kacang dhal mudah di dapati dan di beli di kedai runcit atau pasaraya berdekatan anda. 

Dapatkan kacang dhal dan mula memasak kuah dalca atau bubur kacang dhal anda. 

Selamat Mencuba. 

Semoga info ini memberi manfaat kepada anda. 

Terima kasih. 



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam. Baru baca post ni. Bagaimana pula dengan kandungan karbohidrat dalam kacang dhal ni ya ? Tinggi atau rendah ya ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...