Isnin, 17 April 2017

Cat Cafe Best Di Bangi : Restoran Cat Signature Cafe & Studio


bahagian hadapan cafe cat signature
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Berpeluang bermain-main dan bermanja serta menghilangkan stress bersama sekumpulan kucing comel, manja dan gebu gebas di CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO  yang terletak di Seksyen 8 Bandar Baru BANGI baru-baru ini adalah antara pengalaman bermain dan bergembira dengan kucing yang tidak boleh dilupakan.

Memang berbaloi harga masuk dan bermain dengan kucing untuk DEWASA RM10 dan Kanak-kanak RM7 seorang yang dibayar untuk 45 minit.

ketika kami sampai cat signature masih belum memulakan operasi
Untuk info, cafe dan studio kucing ini terletak di tingkat berlainan.

Tingkat bawah ialah cafe atau tempat makan yang cantik dan dihias cukup indah.

Pujian harus diberikan , cafe ini cukup cantik dan bersih dan studio kucing diatas amat bersih dan tersusun rapi. Tiada lansung bau najis kucing dan semua kucing manja bersih gebu dan dari jenis kucing mahal dan mewah bermula kucing ekor pendek si munchkin, kucing parsi, maincoon dan kucing hybrid termasuk kucing egypt. SUMPAH! ia sungguh berbaloi dan cafe ini dikategorikan cafe kucing mewah sebenar kerana setiap seekor kucing pasti anda tahu berharga ribuan ringgit.

Irfan duduk menunggu cafe dibuka
Cafe ini dibuka pada jam 11 am dan studio kucing di bahagian atas dibuka pada 11.30am.

Oleh kerana kekenyangan baru selesai menikmati sarapan pagi nasi lemak udang dan ayam di Kelisa Corner saya dan 2 orang anak saudara saya tidak menikmati sebarang makanan di cat cafe ini. Kami hanya menunggu bahagian atas cafe buka disamping sibuk mengambil gambar di cafe ini.

Ketika kami sampai di cafe ini hanya ada 2 jenis pilihan kek. Saya tidak ingat kek apa namun ia bukan kek kegemaran kami, maka kami tidak menikmati apa pun jenis makanan disini.

Anda boleh melihat gambar menu makanan cat Signature Cafe dan Studio ini di dalam instagram mereka untuk maklumat menu yang dihidangkan disini.

bahagian cafe makan
Tangga menuju ke tingkat atas dari cafe ini berada di dalam.

Sebelum ke tingkat atas , kami sempat mengambil gambar kenangan di cafe di bawah.

Dibawah ini adalah antara gambar yang sempat saya ambil untuk tatapan pembaca blog ini.

cat signature cafe & Studio Bangi 

duduk bergambar untuk kenangan hari ini

cafe ini memang cantik

terdapat cctv di atas dan anda boleh melihat dari tv yang di sediakan
Cat Cafe ini memang cantik . Susun atur kemas dan bersih.

Hiasan dan gambar kucing dan imej kucing serta dekorasi , patung , bantal segalanya berimej kucing.

Amat menepati rasa pengemar dan pencinta kucing.

anak saudara saya terpaksa melepak menunggu tingkat atas buka
Dihias cantik dengan sofa berwarna ceria dan meja kayu.

Cat Cafe ini nampak cukup eksklusif dan mewah amat sesuai dengan citarasa moden.

Ia adalah gabungan cafe hipster dan moden yang saya yakin digemari oleh semua golongan.

Ruang cafe disini juga luas dan saya pasti mereka yang suka bergambar akan gembira dan rasa berbaloi berada disini.

penat menunggu tingkat atas buka
Berada awal setengah jam sebelum tingkat atas dibuka, kami sampai disini sepuluh minit sebelum pukul 11 pagi.

Di cafe ini juga terdapat satu sudut bahagian novel popular yang saya percaya turut dijual disini.

Sudut ini berada betul betul di tepi tangga menuju ke Cat studio.

Ilham melihat barisan novel yang tersusun
Dari permulaan pintu masuk, anda boleh melihat dekorasi cafe moden berhias cantik ini.

dekorasi menarik
Sama ada anda pencinta kucing atau tidak.

Anda tidak perlu bimbang. Anda tetap boleh datang menikmati makanan disini.

Di cafe ini tiada seekor pun kucing kecuali di bahagian studio diatas.

Anda tidak perlu rasa risau dan gelisah jika diganggu kucing ketika menikmati hidangan.

Lebih-lebih lagi kucing disini kucing mewah yang saya sendiri jika menjadi pemilik kucing, berat untuk mengizinkan sesiapa bermain terlalu lama bimbang kucing kesayangan tercedera.

Maklumlah kucing yang bukan jenis kampung ini agak manja dan lemah berbanding kucing kampung yang jauh lebih kuat dan lasak.

Satu idea bernas dan menarik mengasingkan cafe dan studio di tingkat berlainan sama sekali.

berjalan dan bergambar di cafe ini
Anda boleh terus melihat gambar cantik yang sempat diambil di Cat Signature Cafe & Studio ini.

Irfan & Ilham sempat landing di sini
Di bawah ini sengaja saya cantumkan gambar untuk anda.

Cat Signature Cafe & Studio 1
Memang puas hati bergambar disini.

Jika anda seorang pencinta seni dan art. Anda pasti suka berada disini sambil menikmati hidangan dan bergosip perkara baik untuk hidup anda.
CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO
Lagi gambar yang sempat diambil disini.

sofa dan warna serta dekorasi menarik yang berlainan antara satu sama lain
Baik di bawah ini gambar menuju ke tingkat atas bahagian Cat Studio.

Bermula di kawasan novel, anda akan menaiki tangga ke atas.

Jangan lupa tanggalkan kasut anda. Sebelum naik ke Cat studio anda dikehendaki  membayar jumlah caj masuk di kaunter di bawah iaitu di cafe bawah di bahagian cashier.

cantik kan bahagian ini

Di bawah ini ialah antara gambar yang sempat diambil oleh saya.

Untuk info, setelah 45 minit baru saya dan anak saudara saya tahu bahawa bayaran yang dikenakan hanya untuk 45 minit.

Saya ingatkan ia untuk bayaran satu hari masuk.

Agak terkejut juga ketika membayar dengan harga murah namun tempat studio ini terlalu mewah dan murah jika difikirkan dengan lambakan kucing comel dan mahal itu.

Namun bagi saya harga yang dikenakan untuk 45 minit amat berbaloi dan berpatutan.

Anda dikehendaki memakai hand sanitizer sebelum menyentuh kucing-kucing comel, kacukan, mahal dan manja disini.

antara dekorasi disini
Agak terkejut kerana tiada lansung bau kucing dan bau najis disini.

Memang tempat ini amat selesa dan diuruskan dengan baik.

Kucing semuanya gebu manja dan baik serta comel sekali.

dekorasi disini
Agak terkilan saya tidak sempat mengambil banyak gambar kucing disini kerana sibuk dengan handphone.

Maklumlah selepas 45 minit saya dan anak saudara saya dikejutkan bahawa masa telah habis, oleh kerana kami sendiri kurang info tentang bayaran dan masa itu alasan mengapa gambar untuk cat studio dan kucing disini tidak banyak dalam handphone saya.

Namun anda jangan risau , anda lawati sahaja instagram CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO untuk lebih puas hati.

cantik kan

Saya sempat mengambil beberapa video disini.

Namun telah berulang kali dan lama saya menunggu video dari handphone saya ini diupload ke blog ini namun tidak berjaya.

Saya akan cuba belajar untuk mengupload video tersebut di youtube dalam waktu terdekat nanti dan memberikan link itu disini. Insyaallah.

Diharap anda berpuas hati dengan hasil gambar yang ada di tangan saya ini.

sumpah  cantik

kucing egypt atau mesir yang mahal

dekorasi atas cat studio

ilham seronok bermain



kucing parsi yang manja
Ini sahaja yang boleh saya kongsikan untuk artikel ini bersama anda.

Jika anda perhatikan dari awal lagi, setiap gambar dalam artikel ini melambangkan kenakalan dan kecomelan serta kemanjaan kucing-kucing disini.

lihat reaksi kucing mesir comel tiada bulu ini
Yang pasti saya masih merindui kemanjaan kucing ini dan  jika ada rezeki ke Bangi, insyaallah saya akan kesini lagi. Maklumlah tidak puas rasanya bermanja dan bermain dengan kumpulan kucing di sini.

Amat puas hati berbaloi dan hilang stress bermain dengan kucing-kucing ini.


Jika anda peminat dan pencinta kucing. Saya amat menggalakkan anda kesini.

Pasti anda gembira dan puas hati.

Dan yang pasti jika anda berada di Bangi pasti anda akan kerap kesini lagi.

Semoga artikel ini mengembirakan peminat kucing.

Terima kasih.

*** Akhirnya saya berjaya mengupload video CAT SIGNATURE CAFE & STUDIO ini di link ini



Dan satu lagi video




Selamat menonton.

Mohon maaf , saya baru sahaja belajar mengambil video dan tidak terfikir untuk di kongsi di artikel ini.



2 ulasan:

Siti Yang Menaip berkata...

hehe CT lagi rasa tertarik tengok kusyen depa lawa lawa..

Deeja berkata...

I memang peminat kucing hidup comel manja... Kusyen tak boleh bermanja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...