Khamis, 6 April 2017

10 KHASIAT & KEBAIKAN LADA HITAM


Lada hitam segar
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Baru belajar menikmati ulam lada hitam segar,  baru saya sedar betapa enak ulam lada hitam segar ini. 

Mengenali lada hitam ketika kecil sewaktu ibu saya dalam pantang,  dengan menikmati lada hitam tumbuk dan garam bersama ikan bakar panas ketika menikmati nasi, terus membuat saya jatuh hati,  namun saya kekal jarang menikmati lada hitam selepas ibu saya habis berpantang. 

Lada hitam memang enak.  Ia menambah rasa masakan,  jika badan anda banyak angin,  lada hitam antara bahan herba yang bagus untuk diamalkan dalam diet. 

Namun bagi tubuh yang panas atau menghadapi penyakit kulit seperti ekzema,  berhati-hati dalam menikmati lada hitam,  makan sekadarnya sahaja,  dan banyakkan minum air kosong,  bimbang jika dehidrasi dan ia juga boleh menyebabkan kulit kering. 

Antara KHASIAT dan KEBAIKAN LADA HITAM ialah:

1. Kandungan piperine didalam lada hitam dikatakan boleh membantu mencegah kanser.  Lada hitam digalakkan digunakan bersama kunyit untuk menambah khasiat dan ciri anti kanser.  Kajian pernah menunjukkan lada hitam membantu dalam merencatkan tumor kanser payu dara.

2. Lada hitam juga mengandungi vitamin C,  vitamin A,  flavonoid,  karotein dan pelbagai kandungan antioksidan yang membantu menentang radikal bebas sekaligus melindungi tubuh dari serangan pelbagai penyakit. 

3. Selain kanser payu dara,  lada hitam juga dipercayai mampu merencatkan perkembangan kanser kulit dan kanser usus.  Maka jika anda menghadapi masalah kulit atau usus bocor sekali sekala nikmati lada hitam di dalam menu makanan,  namun jangan lupa sejukkan tubuh anda dengan minuman air barli kosong dan air mineral. 

4. Lada hitam yang pedas dan hangat mengandungi piperine yang membantu dalam proses penghadaman.  Asid hidroklorik yang terdapat dalam lada hitam membantu  mengurangkan kembung perut,  angin, sebu,  senak,  sembelit dan keasidan perut atau tubuh. Tambah lada hitam tumbuk di dalam hidangan anda atau cicah sahaja lada hitam dengan ikan atau ayam atau apa sahaja menu anda.  Pilihan lebih mudah tabur sahaja lada hitam anda atas nasi panas anda. 

5.  Rasa hangat menikmati lada hitam membantu badan berpeluh sekaligus mengurangkan  toksin dan lemak didalam tubuh. 

6. Jika anda merasa kembung perut,  sakit belakang,  badan berangin,  sejuk kaki tangan cuba nikmati makanan atau sup yang ditambah lada hitam. 

7. Jika anda berani mencuba,  tambah lada hitam di dalam lulur atau Skrub Semulajadi anda.  Lada hitam membantu tubuh anda berpeluh,  sekaligus menghilangkan daki,  sel kulit mati turut dibuang sekaligus merangsang peredaran darah.  Jika anda berjerawat dan menghadapi masalah jangkitan kulit anda boleh mencuba cara ini.  Ia pasti turut membantu mengurangkan kegatalan kulit anda. 

8. Jika anda telah mencuba pelbagai petua dan syampu anti kelemumur.  Anda boleh mencuba lada hitam yang dicampurkan kedalam Yogurt dan sapu ke kulit kepala anda. Pastikan anda gunakan lada sekadarnya sahaja,  bimbang panas dan menyebabkan masalah lain seperti panas kepala atau rambut gugur.  Pakai dalam sejam ke 3 jam. Basuh dan cuci rambut anda.  Syampu rambut anda keesokan hari.  Digalakkan jika anda menggunakan syampu dari bahan asli. 

9. Lada hitam yang bersifat panas dan enak dicampur kedalam sup membantu melegakan hidung tersumbat dan selsema atau demam.  Jika anda  batuk berkahak lada hitam juga membantu mengurangkan lendir kahak anda.  Rasa lega dalam menikmati lada hitam terutama didalam sup membuatkan tekak anda merasa lebih lega dan anda tentu lebih  bersemangat. 

10. Seperti rempah ratus lain,  lada hitam turut membantu meningkatkan selera.  Jika anda kurang berselera,  tiada mood,  nikmati makanan yang di tambah lada hitam. Ayam panggang enak digaul bersama rempah lada hitam ditambah halia dan kunyit. Bau sahaja telah membangkitkan rasa maka campurkan selalu rempah ini dalam masakan panggang anda. 


Atas 10 Khasiat dan Kebaikan Lada hitam di atas ia alasan kukuh mengapa anda harus sering menambahkan lada hitam dalam menu masakan anda. 

Jika anda berjaya mendapatkan lada hitam segar sebagai ulam tentu anda akan lebih berselera. 

Lada hitam kering juga amat enak ditabur atas labu bakar. 

Selamat Mencuba resepi yang kaya lada hitam. 

Terima kasih. 




1 ulasan:

Unknown berkata...

Terimakasih kongsi informasi yg bagus dan berguna.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...