Khamis, 30 Mac 2017

JUST DO IT


Perbincangan pertama untuk Review
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bayangkan jika ketika ingin menulis Blog,  saya mengikutkan kata hati yang inginkan kesempurnaan. 

Pasti Blog ini sehingga hari ini masih belum wujud. 

Bayangkan jika saya mengikut kata sekeliling yang mengatakan gambar yang cantik dan mempersonakan adalah wajib,  satu artikel pun masih tidak dikongsikan di Blog ini. 

Mengharapkan kesempurnaan,  dan menginginkan kesempurnaan akan menyebabkan anda mungkin tidak akan bermula sama sekali. 

Berlawan dengan kepuasan untuk menulis artikel paling menarik bersama gambar yang mengagumkan akhirnya saya berjaya menewaskan perasaan,  hanya mahukan yang terbaik dan keinginan diri saya sendiri sebagai Blogger yang mahukan Blog saya itu cantik dan profesional. 

Bayangkan saya pernah membeli satu domain khas qisya.com namun sehingga habis tahun tidak digunakan.  Pernah mengupah seorang designer Blog namun hasil tidak seperti saya inginkan,  akhirnya Blog qisya.com itu terkubur sehingga hari ini tanpa sebuah artikel tersiar sama sekali. 

Itu bayaran yang saya bayar dalam mencari dan menunggu kesempurnaan. 

Berbeza dengan Blog ini.  Saya menulis tanpa mempedulikan semua pandangan yang berlegar di benak ini. 

Saya abaikan semua kata-kata Yang saya rasakan orang akan perkatakan mengenai saya dan Blog saya. 

Saya abaikan tentang kejatuhan,  saya sahut setiap cabaran yang sering bertebaran di benak saya.  Saya percaya itu hanya kata-kata negatif yang langsung tidak memberi apa -apa manfaat. 

Akhirnya pada awal-awal bulan pertama Blog ini,  ia lahir dari segala artikel yang penuh ikhlas.  Menulis Blog bermula Febuari 2013, menggunakan semua gambar dari Facebook dari tahun 2012 ke tahun 2009, itulah gambar yang digunakan bagi artikel 3 bulan pertama Blog ini. 

Bayaran atas keberanian dan membuang perasaan malu menulis dan mengabaikan kata negatif yang otak dan benak sendiri keluarkan akhirnya artikel Blog ini pada 3 bulan pertama telah berada di pages pertama Google. 

Bukan 1 atau dua artikel sahaja,  malah hampir sepuluh artikel,  sedangkan ketika itu hampir sebulan saya berhenti menulis kerana memikirkan saya tidak mendapat apa apa dari Blogging.  Itulah saya,  keuntungan itu penting kerana masa itu emas. 

Namun,  manusia tetap manusia.  Membaca komen salah seorang pembaca mengucapkan terima kasih atas perkongsian tempat Makan Best Di Kuantan yang menolong beliau dan keluarga bercuti dan menjimatkan masa,  mendapat komen pertanyaan seorang owner home stay yang inginkan suggestion saya tempat Makan untuk kawannya yang akan datang bercuti ke Kuantan,  teguran dari seorang pembaca saya menggunakan ejaan dan bahasa yang langsung beliau tidak faham akhirnya mengubah saya 360 darjah sekaligus pandangan saya sendiri,  bahawa hidup ini bukan untuk Blogging suka-suka sahaja. 

Hari ini anda melihat dan membaca setiap perkongsian cerita. 

Gambar di setiap artikel masih tidak cantik sempurna seperti saya inginkan. 

Namun bayangkan jika saya masih kekal bersama prinsip gambar sempurna,  bukan gambar kekampungan tentu artikel di Blog ini hanya beberapa kerat sahaja. 

Memudahkan kerja,  saya ambil gambar sekaligus sahaja. 

Saya inginkan ketika saya ingin menulis gambar telah tersedia. 

Sempurna dan cantik jatuh nombor 2, paling penting apa yang ingin saya kongsikan untuk para pembaca saya. 

Sebagai Blogger saya tentu ingin terus memotivasikan  diri saya sebagai Blogger,  dalam waktu yang sama memotivasikan pembaca dan pengikut Blog saya sendiri. 

Sebagai insan yang pernah berjuang dalam melawan ekzema tanpa steroid dan mengharungi Topical Steroid Withdrawal saya juga ingin terus memotivasikan anda ke arah pemakanan dan fikiran lebih sihat. 

Sebagai orang yang pernah merasa naik, turun,  mencuba untuk naik dan berjuang menjadi insan lebih baik,  saya juga inginkan sesiapa sahaja tidak kira pembaca,  sahabat,  musuh atau hater sekalipun mendapat pengajaran dan Kebaikan dari Blog ini ataupun diri saya sendiri. 

Abaikan apa orang kata,  apa diri sendiri fikir.  Buat sahaja. 

Percayalah sesuatu yang baik dan membantu insan dan golongan lain tetap diberi pahala.

Seiring mendapat pahala tentu sahaja ia dipenuhi kebaikan. 

Terima kasih. 



Pengguna KAYU SUGI, ini 11 tips Untuk Anda


Kayu sugi
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Sering mendapat pertanyaan dan komen mengenai penggunaan kayu sugi.

Ini tips dan perkongsian ringkas untuk anda.

1. Ia diakui kebanyakan kayu sugi yang dijual agak keras dan kering.  Jika anda boleh memilih,  pilih yang lembut.  Ia kurang menyakitkan gigi dan Gusi.

2. Kayu sugi lembut dan halus sesuai untuk kanak-kanak.  Untuk dewasa sila pilih yang lebih besar.  Namun kayu sugi kecil juga bagus digunakan oleh orang dewasa untuk digigit gigit untuk senaman gigi,  harus diingatkan ini terpakai untuk kayu sugi halus lembut kebiasaannya dibawa pulang dari Mekah atau Madina.

3. Elakkan membeli kayu sugi keras dan kering.  Ia akan melukakan gigi dan Gusi anda. Bahaya untuk gigi dan Gusi anda.  Pilih sekadarnya sahaja.  Jika ia keras sedikit,  rendam sahaja hujung kayu sugi anda itu kedalam bekas berisi air.

4. Anda boleh merendam kayu sugi anda ke dalam gelas berisi air bersih.  Saya sekadar merendam kayu sugi saya ke dalam bekas plastik,  saya menjauhkan botol kaca bimbang risiko terpecah.

5. Anda boleh mengigit sedikit hujung kayu sugi baru anda yang pertama kali ingin digunakan. Pastikan hujungnya lembut.  Basahkan sedikit dengan air hujung kayu sugi tersebut.  Kumur mulut dan mula bersugi.

6. Mulakan bersugi dari kanan ke kiri membentuk nombor 8 secara terbalik dari kiri ke kanan gigi anda sebanyak 3x.  Kemudian gosok perlahan lahan bahagian atas dan ke bawah.  Termasuk bahagian lidah..

7. Jika kayu sugi anda masih keras, pastikan ia kekal lembut dengan mengetuk bahagian hujung dan merendam ia dalam air selama 10-15 minit lagi sebelum digunakan.

8. Jauhkan kayu sugi anda dalam keadaan lembab,  bimbang naik kulat.  Hanya rendam bahagian hujung sahaja.  Ada beza rendam dan lembab.

9. Untuk bulan-bulan pertama penggunaan kayu sugi,  akan wujud ketidak keselesaan atas pengeluaran toksid di mulut dan lidah,  perkara ini akan berlalu dan akan berganti dengan nafas dan bau mulut serta gigi lebih sihat.

10. Kayu sugi dari batang zaitun  dikatakan antara yang terbaik,  kayu sugi yang dibawa pulang dari umrah dan dibungkus sebatang-sebatang jauh lebih berkualiti berbanding yang dibungkus satu bundle sekaligus.

11. Ambil masa dalam belajar bersugi,  jangan terlalu tertekan dan banyak mengomel pelajari dan amalkan perlahan lahan.

Selamat Mencuba menggunakan kayu sugi.

Untuk kebaikan Kayu sugi anda boleh membacanya

Kebaikan Kayu Sugi


Terima kasih








Menu Cheat Day yang Lebih SIhat


Berapa kali Cheat Day dalam seminggu atau sebulan? 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Cheat day.  Itu yang selalu dikatakan jika anda terlari diet. 

Ada sedikit rasa kesal selepas Cheat Day namun anda masih meneruskan terutama jika anda sedang bercuti dan bersosial. 

Malah jika anda sedang bekerja dan mengamalkan diet eat clean anda juga sesekali tidak terlepas dari menu Cheat Day anda. 

Usah risau.  Cheat Day atau cheat menu tetap mempunyai nutrien jika ia sekadar Mee labu goreng yang di makan di kedai namun ditambah pelbagai sayuran. 

Chocolate yang kaya gula tetap bagus jika punyai kandungan koko yang kaya antioksidan. 

Kek memang tinggi gula dan kadang kala punyai trans fat,  namun untuk menggembirakan hati orang tersayang anda tetap menikmatinya. 
Ia kehidupan sosial tetap diteruskan,  ia bukan makanan anda setiap hari. 

Kenduri kahwin dan akikah yang banyak menghidangkan makanan berlemak jika diambil secara sederhana dan lebih banyak acar buah atau timun tetap punyai kandungan nutrien tersendiri terutama nasi bukanlah makanan proses. 

Biskut coklat atau wafer memang tinggi gula,  namun jika badan anda lemah dalam mencari idea dan perlu mengejar masa,  juga tidak harus ditolak jika anda bimbang boleh menyebabkan anda kelaparan dan melemahkan tenaga anda sekaligus menyebabkan pitam.  Jika ia sampai mengganggu tugas anda kerana sukar mendapat menu sihat adalah lebih baik anda menikmati biskut dan wafer tersebut dalam 2-3 ketul sahaja. 

Cheat menu atau cheat day tidak bersalah untuk dilakukan sekali sekala terutama jika ia melibatkan kerjaya,  perhubungan sosial dan kerjaya anda yang menuntut anda mengorbankan banyak perkara. 

Perkara penting pastikan anda lakukan detoks dan berpuasa sekali sekala. 

Jika anda di rumah pastikan anda kembali menjaga diet anda, dengan eat clean sepenuhnya. 

Cheat menu atau cheat day anda pastikan 60-70% adalah makanan yang memberi nutrien. 

Lebih bagus jika anda mendapat menu yang 80-90% ke Cheat menu. 

Itu antara saranan yang boleh dikemukakan untuk diet harian anda. 

Nasi lemak yang dibeli di luar.  Jika di tolak kacang goreng,  ayam goreng dan hanya diambil telur rebus dan sedikit sambal ia tetap berkhasiat terutama jika ia dimasak menggunakan santan segar dan kaya timun. 

Ia jauh lebih sihat berbanding sandwic tuna didalam tin yang diproses.  Janji sambal nasi lemak itu diambil tidak sampai 1/6 sudu kecil. 
 Jika anda kuat,  telur rebus yang biasa menggunakan telur hormon juga boleh ditolak.

Lebih bagus jika anda langsung tidak menikmati sambal nasi lemak yang mungkin menggunakan  minyak yang berpuluh kali ulang. 

Pau Yang dijual di gerai makan lebih bagus dari pau Frozen yang mempunyai pengawet. 
Ini bagi kes pau yang di buat sendiri oleh penjual di rumah.

Kebiasaannya pau yang dijual di gerai ketika waktu pagi tidak mengandungi bahan pengawet.  Ia pau tersebut menggunakan yis komersial namun ia lebih bagus dari anda membeli roti komersial yang mempunyai pewarna,  yis dan perasa yang tidak bagus. 

Pilih menu Cheat day anda yang betul. 

Sekurang-kurangnya anda tetap boleh berseronok meneruskan hari anda walaupun anda telah lari sedikit dari diet sihat yang anda rancangkan. 

Semoga artikel ini membantu anda dalam memikirkan untuk menu Cheat Day anda yang lebih sihat. 


Terima kasih. 








Rabu, 29 Mac 2017

9 Perkara Mudah Untuk Lebih Sihat


Baking Soda dan Kayu Sugi
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Dunia moden hari ini memaksa setiap individu ingin sesuatu yang lebih cepat. 

Iklan di televisyen yang mengetengahkan segala perkara terbaik yang terdapat di dalam setiap keluaran saban tahun menyebabkan ramai antara pembeli mengambil jalan singkat. 

Untuk membaca adalah perkara yang agak sukar dilakukan kecuali ia berkaitan kerjaya dan minat. 

Ramai individu lebih suka terus mendapat nasihat doktor atau masyarakat sekeliling tanpa menimba ilmu lebih mendalam. 

Masyarakat dunia masih belum mempunyai kesedaran membaca tiap tiap bahan kandungan ketika membeli apa sahaja barangan makanan atau barang keperluan peribadi. 

Tiada siapa harus disalahkan kerana tidak banyak kesedaran dan kempen dalam menyedarkan masyarakat dalam perkara ini. 

Untuk mengurangkan risiko terdedah kepada bahan karsinogen dalam pelbagai produk harian dan pemakanan lebih sihat ini antara perkara mudah yang boleh di lakukan :-

1. Ia waktu pagi anda perlu mandi dan cara mudah ialah mandi menggunakan sabun,  agak sukar meninggalkan rutin harian ini terutama di musim panas.  Alternatif jika anda tidak ke mana-mana,  anda gunakanlah mandian asli seperti tepung beras atau susu tepung untuk mengurangkan kesan bahan kimia di tubuh anda.

Jika anda agak malas menggunakan bahan tersebut,  belah limau nipis atau limau purut dan gunakan ia sebagai mandian untuk lebih kesegaran. 

Hanya potong dan perah 3-5 biji limau ke dalam besen atau baldi.  Gaulkan kasi sebati,  kemudian mandi termasuk bahagian kulit kepala. 

Percayalah tubuh anda lebih segar dan wangi dari rambut hingga kaki. 

2. Menggunakan ubat gigi komersial seharian sepanjang waktu anda bekerja, belajar kurangkan kandungan ubat gigi anda.  Jika selama ini anda guna 1cm, kurangkan kepada 0.05cm.

Alternatif lain selang sehari gunakan kayu sugi sebagai pengganti ubat gigi anda. 

Mungkin anda boleh belajar selang 3 hari menggunakan kayu sugi,  atau mulakan pagi anda dengan kayu sugi selepas makan baru memberus dengan ubat gigi.

Untuk kebaikan kayu sugi anda boleh rujuk artikel

Kebaikan Kayu Sugi

3. Baking soda turut membantu Memutihkan Gigi.  Jika anda kerap menggunakan Gel untuk Memutihkan Gigi,  pilihan lain ialah Baking soda. 

Namun harus diingatkan anda harus menggunakan Baking soda dalam jumlah yang sedikit dan di bawah pengawasan.  Bimbang Baking soda menghakis dan mencederakan Gusi yang lemah. 

4. Sarapan pagi ringkas pada hari bekerja sering dinikmati di pejabat bersama rakan rakan.  Alternatif pada hari minggu cuba anda memasak resepi ringkas yang kurang menggunakan bahan proses. 

Nasi goreng akan menjadi menu yang sihat jika kena cara menggoreng menggunakan minyak zaitun dengan api perlahan dan pantas serta kaya dengan sayur-sayuran dan ulama ulaman serta tidak ditambah perasa atau daging proses lain.  

Belajar memasak tanpa tambahan gula atau perasa.  Elakkan sos dan kicap tiram penambah rasa. 

5. Menikmati buah agak sukar jika anda bukan peminat buah.  Amalkan Smoothie berbanding jus komersial.  Hari minggu hari paling sesuai bersmoothie walaupun ketika minum petang. 

Tinggal seketika kopi,  teh dan minuman coklat panas kegemaran anda ketika petang.  Lupakan sebentar kuih dan cookies manis,  cuba tukar ia kepada hidangan petang lebih sihat seperti lepat pisang tanpa gula,  bubur kacang hijau bersama gula melaka,  pisang rebus berbanding pisang goreng. 

6. Jika anda kerap menggunakan ubat kumur untuk nafas berbau.  Belajar menggantikan ubat kumur anda dengan sesuatu yang Semulajadi yang lebih mudah.

Ia boleh dimulakan hanya pada hari cuti.
1/4 teh Baking soda yang dibancuh bersama secawan air dan di buat kumur, insyaaAllah boleh membantu masalah mulut berbau dan nafas berbau.  Sila cuba.

Pilihan lain anda boleh belajar membuat Oil pulling.

Untuk rujukan anda boleh membaca artikel

Oil Pulling Untuk GIGI dan Gusi Lebih Sihat


7.  Jika anda malas untuk bersenam dan ke gym,  anda boleh mengaktifkan diri sendiri dengan pelbagai aktiviti harian termasuk jalan kaki dan membuat kerja rumah.

Pilihan lain yang menguntungkan belajar bercucuk tanam.

Jika anda tinggal di flat atau apartmen belajar menanam di dalam pasu tanaman yang mudah di tanam.

8. Tidak mampu mengamalkan diet yang sihat walaupun telah  cuba memaksa diri?.  Pilihan terbaik belajar berpuasa dengan ikhlas.

Puasa lambat laun akan mengajar anda mengawal nafsu makan sendiri.

Cubalah dan amalkan.

9. Ketika berpantang selepas bersalin,  anda tidak digalakkan menikmati air kosong kecuali air akar kayu atau jus buah seperti epal,  oren atau Roselle.  Itu dari segi pantang Melayu.

Jika anda tidak mampu menikmati air akar kayu.  Rajin-rajinlah minum jus Roselle tanpa gula yang telah diganti dengan paste kurma asli yang dibuat sendiri.

Kurma membantu menambah tenaga dan susu badan dan Roselle amat kaya dengan vitamin C.

Untuk anda yang ingin berdiet anda boleh mencuba Smoothie Roselle.

Resepi Smoothie Roselle @ Rozelle Mudah


Ini sahaja perkongsian paling ringkas dan mudah untuk di kongsi.

Semoga ia membantu anda.

Terima kasih.



Selasa, 28 Mac 2017

Better Late Than Never


Permulaan pertama dalam penulisan Job review
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ada perkara yang banyak kita akan pelajari dalam hidup seiring pengalaman dan usia.

Berkali-kali jatuh dan bangkit,  namun tidak serik, mengulangi kesilapan yang sama akan mengajar anda bahawa kebanyakan kata pujangga dan bijak pandai adalah benar sama sekali.

Pernah jatuh dan bangun kembali,  jatuh dan bangun lagi,  kemudian jatuh dan berusaha bangun lagi adalah perjalanan yang setiap dari anda akan lalui,  saya tentu sebagai manusia tidak terkecuali.

Ada banyak perkara sesekali timbul kesalan,  mengapa ia tidak dimulakan dari dahulu lagi.

Bohong jika saya katakan saya tidak pernah bosan menulis, adakala pening mencari idea apa lagi yang ingin ditulis,  bosan bila melihat tiada sebarang perkembangan yang membuat saya betul betul bersemangat untuk berkongsi artikel dan mengabadikan masa di Blog ini.

Sungguh bohong.  Percayalah saya kadang kala putus asa untuk berblogging.  Penat menulis,  namun apabila ada pembaca yang rajin meninggalkan komen,  menghantar whatapps bertanya soalan sehingga ada yang menelefon,  membuatkan saya bersemangat kembali.

Percayalah,  ketika bersemangat menulis,  saya sentiasa rasa menyesal mengapa saya menulis Blog lewat. Mengapa dari dulu saya tidak mula menulis. Banyak perkara yang menyebabkan saya kesal mengapa dari dulu saya tidak bermula.

Itulah saya manusia biasa,  dalam satu hari,  satu minggu masih berubah rasa.  Namun Sejujurnya saya lebih kerap rasa sedikit kesal kerana jarang menulis artikel bermutu dan tidak tercapai hajat menulis artikel bermutu 5-6 artikel setiap hari.

Kekecewaan tidak berjaya menulis artikel bermutu lebih teruk dari  kecewa tidak bermula lebih awal dan jauh teruk berbanding terasa penat dan bosan terhadap bidang penulisan.

Pernah beberapa kali terasa penulisan ini langsung tidak dipedulikan.  Tiada sokongan dan mendapat komen sekeliling yang sungguh menyakitkan hati, tiada sangka akhirnya bidang Blogging ini telah masuk tahun ke 4 dalam hidup ini.

Mengambil motivasi setiap motivator di Media sosial saya makin jelas bahawa motivator kita sebenarnya bukan di kalangan sahabat atau keluarga namun insan yang popular di Media sosial yang kita sendiri tidak kenali dengan lebih dekat.

Semakin yakin dengan dunia Blogging apabila rajin melayari Linkedln dan Facebook.

Sejujurnya yang lebih memberi semangat untuk saya menulis ketika saya mulai sakit belakang menulis artikel Blog menggunakan telefon bimbit ialah artikel artikel yang dibaca di Linkedln.

Benarlah,  kita perlu lakukan perubahan setiap hari.

Perlu explore lebih banyak cabang komunikasi setiap hari.

Harus mengenali dan membaca artikel lebih ramai penulis dan motivator.

Tiada siapa yang boleh mengerakkan anda kecuali diri sendiri,  dibantu dengan motivasi yang anda dapat dari pengalaman dan pengajaran serta pembacaan.

Percayalah tiada yang sia-sia jika anda bertungkus lumus membaca,  menulis perkara baik-baik,  tidak putus asa dan sentiasa memperbaiki diri dalam setiap perkara yang anda lakukan.

Hasil tidak datang terus,  ada yang datang cepat dan ada yang datang lewat,  malah ada yang datang peringkat demi peringkat.

Anda harus tahu tujuan utama anda menulis.

Tetapkan sasaran.

Jadilah diri sendiri.

Akui kelemahan diri namun wajib perbaiki.

It's OK late than never.

Tidak perlu memperlekehkan diri sendiri.

Anda sendiri tidak akan pernah tahu jika anda tidak pernah mencuba.

Cuba dahulu,  sekurang kurangnya anda pasti ada kemahiran dan ilmu baru.

Dan pengalaman baru untuk saya di bidang Blogging yang bakal bermula ialah Job review yang bakal diberikan.

Saya tidak pasti masa hadapan saya dalam dunia blogging.

Namun saya sedang bercinta didalam dunia blogging ini.

Orang sedang bercinta,  bergaduh,  bosan,  kecewa,  putus,  gembira, sambung balik semua ada.

Dan selagi ada cinta saya akan terus berblogging dan menulis.

Mana tahu cinta ini membawa kejayaan jauh lebih besar dari satu bidang ke bidang yang lain untuk saya.

Kadang kala dunia impian jauh lebih kecil berbanding dunia kenyataan yang akan berlaku akan datang.

Kecil atau besar bersedia hadapi.

Dan untuk hari ini saya percaya bidang penulisan akan terus kekal kuat pada masa akan datang.

Kemahiran menulis dan mengundang folower setia adalah bonus yang paling besar jika dimiliki.

Terima kasih terus setia mengikuti Blog ini.

Jika anda masih belum bermula,  sekurang - kurangnya anda telah mula membaca.

Terima kasih.





Skrub @ Lulur Badan Musim Panas


Original Body Scrub 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Malaysia kini berada dalam zon musim panas. 

Setelah musim hujan berlalu,  bulan Mac ialah bulan untuk matahari memancar. 

Jika tempat anda masih di hujani hujan sekali sekala bersyukurlah,  sesungguhnya anda amat beruntung.

Untuk anda yang sering berpeluh dan berpanas.

Untuk mengurangkan stress dan mengelakkan alahan atau alergi kulit serta kurangkan peluh anda digalakkan kerap mandi.

Jika anda bimbang menggunakan sabun atau mandian biasa mengeringkan kulit dan semakin memikirkan untuk menggunakan bahan lebih Semulajadi,  Original Body Scrub ialah antara pilihan terbaik. 

Original Body Scrub dan tambahan hampas teh hijau organik dan kopi tenum sabah
Semenjak pulih dari ekzema,  menggunakan original Body Scrub amat membantu dalam mengurangkan dan menghilangkan parut,  alergi kulit, mencerahkan,  dan menanggalkan sel kulit mati.

Pelanggan original Body Scrub yang menghadapi masalah jerawat dan panau di badan juga memberi komen positif.

Istimewa mengenai original Body Scrub,  bahan utama ialah beras pulut bermutu tinggi yang terkenal dalam mencantikkan kulit dan mencerahkan serta mengelakkan sunburn dan paling sesuai dipakai di musim panas.

Original Body Scrub amat sesuai dipakai oleh mereka yang menghadapi masalah ekzema.

Rendam original Body Scrub semalaman.

Anda boleh campurkan original Body Scrub ini bersama Rooibos tea yang direndam semalaman dalam campuran yang sama.

Jadikan ia sebagai mandian atau lulur badan anda.  Biarkan seketika dan bilas.

Pastikan anda gosok perlahan lahan,  insyallah ia akan membantu membuang kulit mati dan mengurangkan seterusnya menghilangkan masalah kulit anda.

Skrub membantu kulit lebih bernafas dan membuang toksin jika digunakan secara betul.

Hampas teh hijau yang telah digunakan di campurkan dengan original Body Scrub dan disimpan dalam peti ais

Dengan mengamalkan penggunaan bahan Semulajadi termasuk bahan buangan,  anda jauh dari mengelakkan pembaziran dan menjimatkan kos kewangan,  paling penting anda mengurangkan penggunaan barangan yang membawa toksid dalam kehidupan anda.

Anda banyak perkara anda harus berkorban dari awal, namun ia tidak terlewat jika anda memulakan di usia lewat tidak kira umur anda 30, 40 mahu pun 60.

Lebih baik berubah secara perlahan lahan,  sikit demi sedikit dari langsung tiada perubahan.

Amat indah melihat anda mengurangkan penggunaan toksid didalam kehidupan kerana penggunaan bahan ini turut melibatkan kecelaruan didalam ekosistem dunia sekaligus Perubahan cuaca dan memberi kesan buruk kepada manusia dan makhluk lain.

Hidup ini bukan hanya anda perlu menyumbang dalam kewangan sahaja,  namun ada benda yang lebih penting termasuk alam sekitar dan bumi ini yang lebih lama akan dihuni oleh generasi akan datang.

Untuk pembelian dan pertanyaan produk Original Body Scrub

Anda boleh terus hubungi atau whatapps ke

016 276 2636 

Cubalah original Body Scrub sekarang,  mungkin ini peringkat pertama anda untuk ke peringkat menggunakan bahan Semulajadi seterusnya. 


Terima kasih. 




Isnin, 27 Mac 2017

Hair Gone Produk Untuk Ketiak


Hair Gone Untuk masalah ketiak
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Musim panas kini kembali melanda negara. 

Tentu sekali anda lebih mudah penat dan berpeluh jika berada di luar. 

Malah di rumah juga tetap terasa kepanasan walaupun memasang pendingin hawa apatah lagi jika anda hanya menggunakan kipas angin. 

Jangan lupa untuk sering membawa bekalan air bersih sebagai minuman anda.  Bimbang jika terkena strok haba. 

Di musim panas membahang ini,  ada sesetengah dari anda menghadapi masalah peluh yang banyak walaupun telah memakai deodorant. 

Lebih hebat lagi jika di waktu ini anda mula mendapat kesedaran tentang kesan sampingan bahan kimia yang terdapat dalam deodorant dan ingin bertukar kepada bahan semula jadi yang lebih selamat untuk diletakkan di bahagian ketiak berhampiran payu dara atau buah dada itu. 

Anda boleh memilih deodorant yang lebih selamat dan Semulajadi seperti garam kristal yang turut dijual di farmasi terkemuka seperti guardian atau Watson. 

Pilihan lain selain menggunakan deodorant yang lebih selamat,  anda boleh cuba menggunakan Hair Gone salah satu produk di bawah label QK. 

Antara bahan didalam Hair Gone 
Produk Hair Gone membantu mengurangkan peluh dan mencerahkan kulit. 

Ia turut membantu mengurangkan bau badan dan menghaluskan bulu ketiak sekaligus memudahkan bulu ketiak anda dicabut menggunakan jari. 

Malah produk Hair Gone jika digunakan secara konsisten akan membantu menghilangkan bau badan dan mencerahkan bawah ketiak anda dan membantu ketiak anda sentiasa kering.

Anda harus menggunakan produk ini setiap hari selama 3 bulan,  sebelum menggunakan Hair Gone ini selang sehari kemudian kepada 2 kali seminggu sahaja.

Antara bahan utama Hair Gone ini termasuklah baking soda jenama Arm & Hammer.  Jenama baking soda no. 1 di Amerika.

Jenama Arm & Hammer ini tidak mengandungi aluminium,  berbeza dengan baking soda biasa. 

Produk Hair Gone  didalam bekas comel. 
Jika anda baru sahaja menggunakan produk Hair Gone anda kena bersedia menghadapi proses pengeluaran toksid dari tubuh terutama bahagian ketiak anda. (perkara ini biasanya, tidak akan terjadi jika anda kekal menggunakan deodorant komersial)

Kebiasaannya proses detoks ini berlaku dalam tempoh 6 bulan ke 2 tahun mengikut pembacaan dan pengalaman saya sendiri.


Berikut ialah antara proses yang bakal anda lalui :-

1. Ketiak lebih banyak berpeluh dari biasa.

2. Ketiak lebih mudah berpeluh walaupun anda berada di dalam penghawa dingin dan cuaca sejuk.

3. Bau badan lebih kuat dari biasa.

4. Anda memang akan sentiasa berpeluh dan ketiak sentiasa basah.  Mohon bersabar..

** perkara ini bergantung tempoh berapa lama dan banyak mana anda menggunakan deodorant komersial sebelum ini m


Perkara yang anda boleh lakukan dalam tempoh detoks atau pengeluaran toksin ini ialah:-

A. Kurangkan makan makanan berempah dan berbau serta pedas.

B.  Bawa tisu biasa untuk lap peluh di ketiak anda di mana sahaja.

C.  Selain tisu anda harus membawa kapas muka dan botol SPRAY air kecil untuk di sembur kepada kapas dan disapu pada ketiak anda.

D.  Anda boleh menambah sedikit perahan jus limau nipis dalam botol SPRAY anda itu.

E. Deodorant garam kristal turut membantu.

F. Seminggu 2x mandi menggunakan Original Body Scrub keluaran QK.

G. Anda wajib minum banyak air kosong atau mineral.

H. Paling penting jangan stress dan sila jaga emosi anda.

I. Anda turut digalakkan kekal aktif bersenam di gym atau berjalan kaki untuk kekal berpeluh. Lagi banyak peluh keluar lagi bagusm


Penambahan penting cara pemakaian Hair Gone

1. Pastikan anda menggunakan Hair Gone setiap hari selama 3 bulan.

2. Pakai sebentar sahaja,  jika rajin tunggu 2 minit untuk kering sendiri dan mandi.

3. Hair Gone harus sentiasa berair.  Anda harus menambah air berlapis atau air paip ke dalam bekas Hair Gone. Tambah sikit sahaja. Sila berhati hati.

4. Digalakkan anda menggantikan air berlapis atau air paip dengan jus limau nipis.

5. Sebulan sekali jika anda rajin anda boleh memerah daun sirih atau jus daun sireh ke dalam Hair Gone anda.

Untuk cara guna Produk Hair Gone anda boleh merujuk artikel iniCara Penggunaan Hair Gone

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk Hair Gone sila hubungi atau whatapps

016 276 2636 


Ini sahaja perkongsian untuk artikel mengenai Hair Gone kali ini.

Terima kasih atas pembelian,  anda boleh terus hubungi saya jika keliru mengenai cara guna dan proses detoks ini.

Terima kasih





RESEPI NASI GORENG MUDAH


Nasi goreng ringkas paling mudah
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Ketika mengharungi proses TSW (Topical Steroid Withdrawal) 2 tahun lepas, nasi goreng adalah antara menu utama sarapan pagi untuk saya. 

Jangan salah faham,  ekzema memang tidak bagus untuk nikmati makanan berminyak dan bergoreng yang menggunakan minyak sawit atau minyak sayuran lain,  namun ia terkecuali untuk minyak zaitun Dari Palestin atau Turki. 

Harus ditegaskan disini,  nasi goreng diamalkan hanya selepas TSW berada di stage ketiga,  iaitu ekzema telah kering dan hanya tinggal beberapa peratus sahaja lagi. 

Untuk info kulit wajah saya tidak sesuai menggunakan produk berminyak sebagai sapuan,   walaupun minyak itu minyak asli 100% namun ia berbeza dengan kulit tubuh saya yang amat sesuai menggunakan minyak sebagai sapuan. 

Malah,  tubuh saya juga agak tidak sesuai mengamalkan minyak secara terus melalui pemakanan ,  kecuali dicampur kedalam masakan seperti salad atau minuman seperti kopi.  Itulah penerimaan tubuh saya.

 Harus diingatkan setiap manusia tubuh,  kulit muka melibatkan penerimaan berbeza.

Anda sendiri yang harus mengenali kulit,  tubuh dan penerimaan tubuh anda sendiri. 

Smoothie Roselle, kurma,  mangga dan Nenas ditabur Chia seed
Sepanjang proses penyembuhan TSW tentu sekali menu makanan yang terpaksa di pantang untuk sementara waktu ialah telur, susu,  Gluten, tumbuhan nightshade seperti terung, lada Benggala,  lobak merah,  tomato,  keju (makanan berasaskan susu) dan antara makanan paling digalakkan ialah nasi dan minyak kelapa dara juga minyak zaitun. 

Untuk info ketika fasa TSW yang ke 2,  saya telah pun menikmati makanan nightshade,  Gluten dan susu kambing dan susu lembu jenama farm fresh. 

Kembali kepada tajuk asal,  belajar dari pelbagai makanan harus di pantang,  maka saya sering menggunakan apa sahaja yang ada di sekeliling untuk menyediakan makanan ketika pantang TSW. 

Ini Resepi mudah nasi goreng ringkas kegemaran saya tanpa sebarang telur,  ikan bilis atau sayur yang ditakuti mengandungi racun serangga dan sebagainya. 

A.  Bahan-bahan 

Nasi Basmathi parboiled @ rebus (pilihan lain nasi beras perang) - ditanak bersama daun pandan segar 

3 helai daun limau purut 
1 batang serai
Beberapa biji cili api
2 biji bawang besar bersaiz kecil
4 ulas bawang putih 
Minyak zaitun dari Palestin atau Turki
Garam Pink himalayan 

Semua bahan diatas ditumbuk,  kecuali nasi yang di leraikan. 

B.  Penyediaan

Panaskan kuali dengan api perlahan. 

Terus masukkan minyak zaitun. 

Masukkan bahan yang ditumbuk tanpa perlu menunggu minyak panas. 

Automatik minyak akan panas sedikit.  

Terus masukkan nasi ketika bahan diatas hampir masak. 

Gaul sahaja dengan api sederhana. 

Dalam waktu yang sekejap nasi goreng anda telah siap. 

Nikmati ia panas panas bersama ulam segar. 

C.  Info lain

Tidak seperti anda menggunakan lada kering,  lada kering perlu dimasak lebih lama sehingga garing,  cara diatas lebih mudah. 

Tanpa mengisar dan tidak menggunakan sebarang air,  bawang lebih mudah dimasak dalam waktu yang pantas. 

Lada kering tinggi kandungan bahan kimia,  cili api juga tinggi kandungan racun kimia namun khabarnya lada kering lebih banyak. 

Penderita Ekzema anda tidak digalakkan menggunakan lada kering dalam masakan.  Sesekali boleh namun jangan selalu. Kadar yang sedikit dibenarkan,  namun pastikan anda detoks kembali dengan amalan diet sihat. 

Untuk resepi lebih enak,  anda boleh menambah sehiris nipis halia dan kunyit dan ditumbuk serta dicampurkan ke dalam masakan ketika menumis. 

Masukkan juga daun pandan segar untuk bau lebih harus ketika menggoreng nasi. 

Pilihan lebih segar,  tomato yang dibuang isi di dalamnya (buat smoothie),  bahagian luar yang keras dicampur ke dalam nasi goreng untuk rasa jauh enak. 

Nikmati nasi goreng bersama Smoothie buah-buahan untuk menyempurnakan hidangan lebih sihat dan berkhasiat. 

Selamat Mencuba resepi mudah dan ringkas ini. 

Terima kasih. 







Ahad, 26 Mac 2017

Smoothie Rozelle @ Roselle Mudah


Roselle atau Rozelle yang di proses menjadi Smoothie 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Musim panas ini,  bercinta rasanya untuk keluar dan berjalan jalan. 

Namun rasa panas membahang sering membuat anda lapar dan dahaga. 

Begitu juga saya. 

Membeli Rozelle atau Roselle di kedai organik semalam,  saya sempat merebus Roselle tersebut menjadi Smoothie yang amat enak. 

Istimewa mengenai Smoothie Roselle ini ia amat enak dan wangi tanpa gula.

Tiada sebarang pembaziran hampas Rozelle atau Roselle yang di buang. 

Untuk resepi mudah Smoothie Roselle atau Rozelle ini sila lihat resepi dan cara membuatnya di bawah :-

Bahan-bahan diperlukan :-

Roselle atau Rozelle yang siap dibasuh dan dibuang biji.

Daun pandan segar 3 helai. 

Kurma Madinah atau kurma yang sesuai. 

Air bertapis.

Sukatan bahan-bahan terpulang pada citarasa anda. 

Cara membuatnya. 

Rebus semua bahan diatas sehingga pekat menggunakan api perlahan. 

Tutup periuk anda ketika merebus. 

Setelah masak dan lembut, sejukkan dahulu. 

Buang daun pandan yang telah layu dan digunakan. 

Kemudian Kisar semua bahan dalam periuk tadi menggunakan blender biasa. 

Tuang dalam gelas atau botol. 

Siap untuk dinikmati sebagai Smoothie. 

Jika anda inginkan ia sejuk tambah ais,  jika tidak anda boleh minum sahaja. 

Baki anda boleh simpan didalam peti ais dan ia boleh di minum pada bila-bila masa. 

Ia jauh lebih sedap berbanding sirap Roselle atau Rozelle. 


Antara pilihan Smoothie paling mudah 
Saya merebus Roselle ini semalam. 

Dan pagi hari ini barulah saya Kisar ia. 

Roselle kaya dengan kandungan vitamin C dan antioksidan yang bagus untuk tubuh dan amat terkenal untuk kecantikan kulit. 

Istimewa lagi Smoothie Roselle ini tidak menggunakan gula atau tanpa gula. 

Anda boleh menabur  buah mangga atau buah kegemaran anda dalam campuran Smoothie ini. 

Selain itu Smoothie Rozelle ini juga enak dinikmati bersama Smoothie mangga dan Nenas. 

Lebihan Smoothie saya simpan di dalam peti ais dan boleh diminum pada bila masa. 

Jika anda ingin ia tahan lebih lama,  anda boleh membekukan sahaja Smoothie ini. 

Mudah bukan.  Selain mendapat serat dari Roselle anda juga mendapat khasiat lain dari kurma. 

Bulan puasa yang bakal menjelang jangan buang kurma Yang tidak sempat digunakan. 

Gunakan ia sebagai pengganti gula. 

Untuk khasiat Roselle atau Rozelle anda boleh membaca ia di sini

Khasiat dan Kebaikan Roselle atau Rozelle

Tunggu apa lagi,  kurangkan gula dalam tubuh anda.

Nikmati makanan yang lebih Semulajadi dan dihasilkan sendiri atau oleh penjual yang dipercayai.

Tidak perlu anda menunggu untuk punyai Slow Juicer atau blender berkuasa tinggi untuk menikmati minuman jus atau Smoothie sihat.

Selamat mencuba.

Terima kasih.






Sabtu, 25 Mac 2017

Bukan Untung Semata-mata


Stok bahan yang dibeli di pasar dan kedai organik
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Percaya hidup ini bukan mencari keuntungan semata-mata. 

Namun jangan sampai orang lain mengambil kesempatan ke atas anda. 

Itu prinsip yang dipelajari setelah hampir berpuluh tahun wujud di dunia ini. 

Baking soda jenama Arm & Hammer
 Semalam menerima order Hair Gone salah satu produk di bawah jenama QK yang di formulasikan hasil segala bacaan di pelbagai Blog kesihatan. 

Maka seiring menambah baik fungsi produk,  formula asal Hair Gone,  kini dengan tambahan baking soda bermutu tinggi jenama Arm &  Hammer. 

Bukan semua baking soda adalah sama.

Hasil kajian dan pembacaan,  kebanyakan baking soda mempunyai kandungan aluminium,  namun tidak bagi jenama Arm &  Hammer yang merupakan jenama baking soda no. 1 yang paling di percayai di Amerika. 

Ia tanpa aluminium dan adalah Baking soda asli jenama no. 1 yang sering disebut oleh pencinta produk kesihatan dan Semulajadi.

Kurang 1 bahan,  iaitu Baking soda jenama Arm and Hammer,  akhirnya saya terpaksa pergi ke bandar yang agak jauh dari rumah saya di musim panas ini walaupun saya sebenarnya langsung  tiada mood untuk keluar. 

Maklumlah cuaca yang terlalu membahang menyebabkan saya amat malas dan tidak sanggup keluar.

Andai diikutkan kira-kira biasa, di mana pulangnya modal jika produk Hair Gone jenama QK itu masih diperkenalkan dengan harga promosi RM3.50 berbanding kos minyak yang hampir RM20 untuk sekali ke bandar.  Tidak termasuk kos parking dan masa. 

Hendak menolak, Order pelanggan itu agak tidak sesuai.

Namun bagi mendapatkan mood dan semangat diri,  belajar memujuk diri agar menggunakan Budget minyak ke bandar itu untuk membeli segala keperluan stok harian  untuk minggu hadapan di pasar besar Kuantan. 

Itu cara paling sesuai dalam menyesuaikan dan mengurangkan kos dalam bidang pemasaran bagi permulaan memperkenalkan produk QK Ini. 

Roselle yang direbus bersama daun pandan dan kurma madinah
Beruntung diperkenalkan dalam dunia Facebook,  antara artikel yang sering dibaca dan menjadi rujukan ialah artikel tulisan CEO ABS,  iaitu Puan Ainon Mohd  dan pakar pakar motivasi popular lain. 

Tidak terlewat untuk tersedar dan belajar,  ilmu jika diamalkan akan berguna pada waktunya. 

Hari yang sama saya turut membawa anak Saudara saya yang paling rajin mengikut saya, Zara untuk membeli bahan keperluan di bandar. 

Di bandar ini saya mengambil kesempatan, singgah ke pasar untuk membeli tomato kampung dan lada hitam segar sebagai ulam,  ia jauh lebih murah berbanding membeli di kedai organik. Maklumlah dalam kemalasan saya tetap wajib menggunakan kos minyak saya itu untuk membeli barang lain. 

Cuaca panas membahang tentu merimaskan dan memaksa kami pulang awal ke rumah. 

Namun seperti biasa saya wajib singgah di kedai organik untuk membeli stok barang seterusnya. 

Di pasaraya buah-buahan tidak ketinggalan untuk dibeli. 

Pulang ke rumah saya terus merebus Roselle untuk di buat jem organik tanpa gula  atau sugar free jam (menggunakan kurma Madinah sebagai ganti gula perang).

JEM Rozelle ini sesuai ditambahkan ke dalam Smoothie,  diatas atau dicampur terus ke dalam Smoothie buah atau Smoothie campuran sayuran.

Jem organik Rozelle ini tentu sekali amat enak dimakan bersama oat atau roti. 

Ingin mengurangkan pembaziran kurma yang terlalu  banyak dari Madinah yang telah dibeli oleh ibu dan bapa saya.  Kurma Madinah ini telah lama berada di dalam peti ais semenjak bulan Mac,  untuk mengurangkan pembaziran,  ia digunakan sebagai pengganti gula.

Bau harum rebusan Rozelle bersama daun pandan berbau semerbak di seluruh rumah. 
 Sungguh wangi.

Dan rasanya tentu jauh lebih enak dan berkhasiat tanpa sebarang campuran gula dan hasil air tangan sendiri. 

Percaya dan yakin pada,  pesanan ahli perniagaan berjaya,  juga mentor ahli perniagaan lain. 

Biar kita kalah dulu,  menang kemudian. 

Jangan kejar untung dahulu kejar growth.

Growth lebih penting dari keuntungan. 

Ada banyak alasan mengapa ada sesetengah syarikat yang masih tidak punyai untung namun dibeli oleh syarikat besar kerana pertumbuhan yang ditunjukkan. 

Itu antara sebab mengapa pertumbuhan itu penting.

Masih terlalu awal untuk menentukan hala tuju produk di bawah label QK,  namun sebagai Founder,  tentunya setiap Founder akan menghargai setiap pembeli produk di bawah label mereka,  begitu juga produk di bawah label QK. 

Dalam tempoh pengenalan dan promosi produk,  banyak pengorbanan harus dilakukan.  Itu perkara biasa.

Pihak QK akan cuba memenuhi hasrat dan hajat pelanggan produk kami sebaik baiknya.  Insyallah. 

Terima kasih mempercayai produk di bawah label dan jenama QK. 

Kami amat menghargainya. 

Dan terima kasih kerana terus membaca Blog ini. 

Terima kasih.


** istimewa untuk anda resepi Smoothie Roselle atau Rozelle tanpa gula di sini

Smoothie Rozelle @Roselle Mudah Tanpa Gula





Sukarnya untuk Konsisten


Kadangkala cemburu pada anak kucing,  yang lebih konsisten bermain tiap hari

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sejujurnya amat sukar untuk Konsisten didalam menulis atau apa sahaja. 

Penat memaksa diri menulis artikel di Blog ini hampir setiap hari namun saya masih tewas.

Kagum terhadap pakar motivasi yang mampu memberikan motivasi setiap hari. 

Sungguh. 

Maka untuk saya menjadi pakar motivasi umpama melihat dinosaur di dalam gambar dan berharap gambar itu satu hari menjadi realiti kembali. 

Setiap hari Blogger baru muncul. 

Baik dari kalangan mereka yang popular di instagram, mahu pun Facebook. 

Artis biasa,  doktor,  ahli perniagaan,  mahu pun model. 

Makin ramai mula berblogging. 

Terbaru Marion Caunter juga mula berblogging. 

Melihat setiap artikel dan status di Linkedln,  semakin ramai ahli perniagaan berjaya dan popular mula mempunyai Blog peribadi sendiri. 

Malah lebih istimewa,  mereka punyai Editor yang ditempah khas untuk Blog penulisan mereka. 

Harus di fahami disini. 

Editor ialah pakar meng'edit' untuk menjadikan artikel mempunyai lebih rasa dan perasaan. 

Pernah mengenali seorang rakan bekerja sebagai Editor. 

Beliau pernah memberitahu antara tugasan beliau ialah meng'edit' transkrip novel atau buku. 

Penulis novel atau buku individu lain. 

Editor juga ialah orang lain. 

Baru saya fahami mengapa sesetengah Blog artikel mewujudkan rasa cinta,  ketika pertama kali singgah. 


Lebih indah mereka yang berkemampuan,  turut mengupah photographer atau juru gambar khas untuk setiap artikel Blog mereka juga pereka grafik untuk menjadikan Blog mereka mesra pengguna dan tarikan jutaan pembaca. 

Harus diingatkan. 

Setiap Blogger punyai sasaran pembaca tersendiri. 

Blog biasa target pembaca berlainan. 

Blog kesihatan target pembaca juga berbeza. 

Blog mengenai gaya hidup juga pembaca punyai ciri-ciri tertentu. 

Bak pesanan Puan Ainon Mohd setiap individu punyai trek sendiri. 

Maka fokus berlari dalam trek sendiri. 

Itu sahaja. 

Akan berusaha terus menulis. 

Idea yang melimpah ruah namun masa dan mood serta jari masih belum bersungguh menari laju. 

Akan cuba terus menulis dan berkongsi artikel bermutu untuk anda. 

Insyallah.  Doakan. 

Selamat berhujung minggu semua. 

Terima kasih.


Rabu, 22 Mac 2017

CRUNCHY Flakes by QK Untuk Puasa Dan RAYA


Freshly Made 
 Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

CRUNCHY FLAKES by QK sentiasa di promosikan di Blog apabila bulan puasa atau Ramadan bakal menjelma.. 

Jika anda pernah membeli dan merasai Crunchy Flakes by QK Tentu anda akan bersetuju snek ini adalah makanan mudah untuk dimakan ketika sahur,  ketika terpaksa berbuka puasa di tengah jem jalan raya dan ketika mengunyah di tengah malam sementara menunggu waktu bersahur. 

Botol mini yang lebih kecil turut diperkenalkan 
 Sejajar permintaan ramai,  botol mini lebih kecil turut diperkenalkan. 

Berat kandungan botol ini dalam anggaran 100gram dan botol biasa dalam anggaran 200 gram. 

Untuk masa ini harga Crunchy Flakes by QK masih kekal RM12 satu balang dan botol mini terbaru ini diperkenalkan dengan harga RM7 sahaja. 

Gambar perbezaan botol
 Botol mini ini tentu sahaja mudah dibawa ke mana sahaja. 

Diisi kedalam handbag. 

Dibawa berjalan dan menaiki kenderaan awam. 

Malah amat sesuai sebagai cenderahati. 


Botol mini yang lebih mudah diisi didalam handbag, dipegang dan di bawa ke mana sahaja 
CRUNCHY FLAKES by QK Kini di naik taraf dari resepi asal. 

Resepi Crunchy Flakes by QK kini tanpa MSG atau stok ayam. 

Sebelum ini hampir 2% bahan MSG atau stok ayam ini diletakkan didalam resepi. 

Namun seiring kesedaran ramai pengguna dan pembaca Blog ini bahan ini akhirnya diputuskan untuk dikeluarkan dari resepi asal. 

CRUNCHY FLAKES by QK Hanya diperbuat dari bahan terbaik. 

Minyak masak @ kelapa sawit jenama SAJI keluaran Felda yang masih baru digunakan untuk mengoreng daun kari segar yang dipetik pada hari yang sama dan rempah lain. 

CRUNCHY FLAKES by QK mengelak menggunakan minyak goreng yang digunakan berkali- kali,  apa lagi minyak peket. 

Pihak Crunchy Flakes by QK memahami setiap pembaca dan pelanggan Crunchy Flakes by QK semestinya amat mementingkan kualiti dan cuba untuk menjalankan diet yang lebih sihat secara perlahan-lahan,  peringkat demi peringkat sehingga berjaya untuk diet Yang benar benar sihat. 

Setiap pembeli Crunchy Flakes by QK akan menerima nombor rujukan pos laju setelah pengeposan dilakukan. 

Keesokannya,  pihak Crunchy Flakes by QK akan menghantar what apps kepada pembeli seperti di bawah :-

Assalamualaikum. 

Diharapkan Cik puan selamat menerima Crunchy Flakes Cik Puan. 

Untuk info resepi baru CF tidak lagi menggunakan MSG @ stok ayam.  Ini adalah ke arah snek lebih sihat. 

1. Sebagai pertukaran pihak kami menambah ekstra rempah di dalam setiap botol CF. 

2. Baki rempah yang tertinggal di dalam botol CF boleh ditambah kembali Corn flakes kosong atau kerepek ubi kayu.  Ia tentu lebih menjimatkan. 

3. Jika Cik puan masih  inginkan rasa enak MSG @ stok ayam. Cik Puan boleh menambah sendiri sedikit stok ayam ke dalam botol CF. 

4. Setiap bahan yang digunakan dalam CF ialah bahan berkualiti tinggi dan terbaik. Minyak jenama Saji dan masih baru digunakan untuk menggoreng daun kari segar yang di petik pada hari yang sama,  rempah dan lada kering. 

5. Daun kari segar tinggi kandungan kalsium,  pihak kami menggalakkan cik puan dan keluarga menghabiskannya. 

Sebarang pertanyaan produk dan komen amat dialu- alukan untuk kebaikan setiap pelanggan CF. 

Terima kasih


What apps diatas akan dihantar kepada pelanggan baru dan pelanggan lama. 

Jika anda berminat untuk mencuba Crunchy Flakes by QK atau memikirkan untuk menjadikan Crunchy Flakes by QK sebagai santapan dan hidangan atau cenderahati untuk anda, keluarga, pelanggan anda, rakan anda atau orang tersayang,  anda boleh terus whatapps  ke nombor

016 276 2636 

Booking Crunchy Flakes by QK Untuk bulan Puasa,  Ramadan sekaligus Hari Raya Aidilfitri Dibuka sekarang. 

Terima kasih. 





Selasa, 21 Mac 2017

Kuasa SEO dan Target Pembaca


Statistik yang menunjukkan pembaca dari Negara Rusia
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Sebagai Blogger tentu anda inginkan agar Blog anda di baca oleh pembaca seluruh dunia. 

Maka salah satu cara untuk memastikan sasaran artikel anda tercapai anda pasti ada waktu melihat statistik pembaca anda datang dari Negara mana. 

Untuk info Rusia adalah negara ketiga paling tinggi di kalangan pembaca Blog ini.  Tempat pertama ialah Malaysia,  kedua Amerika dan ketiga Rusia. 


Link URL yang terdapat di dashboard di mana trafik ini datang

Sebagai Blogger,  kerajinan mengexplore dashboard terutama bahagian statistik adalah wajib. Ini untuk mengetahui dengan jelas di mana link ini datang, sama ada ia bagus untuk Blog anda atau tidak.  Ia juga motivasi berguna untuk anda. 

Sebagai contoh,  mengetahui Blog ini sering dikunjungi pembaca dari negara Rusia maka saya cuba menyelidik dengan lebih lanjut dari mana ia terhasil. 

Bernasib baik akhirnya saya menjumpainya ketika melihat statistik ketika waktu 'now'  atau sekarang sekaligus saya mendapat URL atau link tepat untuk ke artikel yang membawa Blog ini kepada pembaca dari Negara Rusia. 

Link ini membawa ke sini dan tajuk artikel Blog saya antara yang mendapat tempat ialah Swiss Garden Damai Laut
 Setelah di selidik artikel pengalaman saya bercuti di SWISS Garden Golf & Spa di Damai Laut Perak yang membawa pembaca Rusia ini ke Blog ini.  Sekaligus memberi saya idea untuk menulis tajuk berkaitan seterusnya untuk membawa lebih ramai lagi pembaca dari Rusia ke Blog ini. 

Tulisan artikel didalam Bahasa Melayu sepenuhnya bukan alasan tidak menjadikan artikel anda tidak dibaca oleh pembaca berlainan bahasa. 

Tulis dalam bahasa Melayu penuh yang mudah untuk diterjemahkan oleh Google translate dan pasti artikel itu kekal di muka pertama carian di negara luar atau asing yang lain. 

Anda harus tahu Target pembaca anda maka tulisan anda haruslah menggunakan bahasa Melayu Tinggi yang terdapat dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. 

Sesekali Google nama sendiri Qisya Khadeeja 

Penting bagi Blogger untuk mengoogle nama sendiri.  Sesekali cara ini akan memberi motivasi untuk Blogger menulis. 

Sesekali anda perlu rujuk link untuk melihat dari mana asal link nama anda itu. 

Sebagai contoh mudah,  saya mengoogle nama saya sendiri. 

Hasilnya,  saya mendapat hasil carian seperti diatas. 

Lihat no. 2 hasil carian diatas,  maka saya ke link No. 2 itu. 

Di bawah ialah hasil klik carian yang telah saya dapati. 

People guide ialah salah satu website di Rusia yang dibina pada tahun 2015
Nama dan imej Qisya Khadeeja berada di website Rusia.  
Anda akan melihat tulisan Rusia di website ini namun penerangan diri Qisya Khadeeja ditulis 100% seperti penerangan saya di Google. 

Saya tidak pasti sama ada penerangan dalam bahasa Melayu ini hanya terpapar untuk saya namun tidak untuk pembaca Rusia yang mungkin telah dialih bahasa oleh website ini.  Saya tidak punya idea untuk itu. 


Beberapa nama Blogger dari negara lain juga terpapar disini

Website yang dibina pada tahun 2015 iaitu

Ini juga turut memaparkan nama beberapa Blogger dari negara berlainan. 

Saya tidak pasti apa ciri-ciri Blogger yang terpilih untuk dipaparkan di website ini,  namun sekurang kurangnya website ini membantu memberi hasil pertambahan pembaca ke Blog ini.


Alamat website ini di Rusia

Tentu sahaja ada banyak artikel dan tulisan harus di tingkatkan lagi bagi mengfokuskan pembaca dari Rusia untuk lebih lama singgah di Blog ini.

Maka sesuatu harus dilakukan untuk matlamat jangka panjang.

Tiada yang mudah dalam menulis dan berblogging seperti tiada yang mustahil akan berlaku dalam hidup.

Ada perkara yang harus membuatkan kita harus berfikir di luar kotak dan lakukan sesuatu yang bermula dari tindakan anda sendiri.

Banyak perkara diajar melalui pengalaman hidup,  tiada dalam carian Google.  Namun carian Google tetap membantu anda dalam memberi sedikit Info.

Tentu sebagai Blogger anda tidak ingin kekal berada di tempat yang sama.

Wajib untuk anda cabar diri anda berfikir lebih jauh jika anda ingin ke peringkat seterusnya.

Ada kepuasan hanya Blogger yang menulis dari idea asal sahaja yang tahu.

Ingat tiada guna meniru imej atau menganggu trek pelari lain.  Fokus kepada diri sendiri untuk menjadi lebih baik dan berlari dalam trek sendiri dengan lebih konsisten.

Jangan berlari sambil memandang pelari lain. FOKUS, pandang jalan anda di hadapan,  bimbang kaki kanan anda tersadung kaki kiri sendiri.

Teruskan menulis dan berblogging.

Abaikan cakap orang yang tidak memberi manfaat,  namun anda wajib menghargai kritikan yang membina.

Tanpa kritikan anda tidak mungkin akan berjaya.


Terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...