Selasa, 14 Februari 2017

Diet dan Kesihatan


Teh kambucha atau teh cendawan mekah, minuman probiotik murah dan sihat
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Semakin berusia,  semakin manusia mula menghargai kesihatan. 

Jika anda pernah merasai sakit,  anda akan memahami kesihatan jauh berharga berbanding harta benda.

Benar,  apabila melihat berapa ramai jutawan dunia termasuk Steve Jobs yang mempunyai harta,  kemasyhuran dan wang bergunung tidak mampu menyembuhkan dan menghilangkan kesakitan walaupun dirawat doktor pakar paling mahal di dunia. 

Zaman moden ini,  manusia terkenal inginkan kesan yang cepat.  

Ingin pokok pokok yang ditanam tumbuh cepat,  hidup subur tanpa mengira jenis racun dan baja,  malah jenis benih asal pokok,  sama ada hybrid,  GMO atau sebagai.

Memasak sendiri di rumah,  namun dengan bahan yang kekal mengandungi Monosodium Glutamate,  ajinamoto,  bahan-bahan proses beku,  bahan proses di dalam tin, sayur beku,  sardin didalam tin,  yang mengandungi segala bahan pewarna dan pengawet mungkin jauh lebih baik berbanding membeli makanan segera di luar.

Satu bonus besar jika anda memasak sendiri di rumah menggunakan bahan-bahan alami seperti nugget atau sosej yang dibuat sendiri,  jejari kentang yang menggunakan kentang segar yang dipotong sendiri dan digoreng dan paling penting masakan yang langsung tidak menggunakan bahan pengawet dan bahan pewarna kecuali pewarna asli.

Jika anda tidak punya waktu untuk memasak,  kini terdapat ramai suri rumah yang mula berniaga online yang menjual dari rumah menggunakan bahan semula jadi yang jauh lebih selamat.

Harus ditekankan disini Homemade  tidak bermakna makanan itu menggunakan segala bahan sihat dan berkhasiat.

Sebelum membeli seeloknya tanya penjual jenis bahan bagaimana yang digunakan.

Jika anda mendapat penjual yang jujur mereka akan berterus terang,  jika sebaliknya dan anda merasa ragu-ragu,  buatlah keputusan terbaik.

Makanan Homemade  yang dijual agak mahal berbanding makanan yang dijual di luar atau secara komersial.

Makanan sejuk beku yang boleh dipanaskan terus yang dijual di kebanyakan pasaraya dan kedai 24 jam juga mungkin memudahkan hidup anda yang sibuk dan menjimatkan masa. Namun cara hidup dan diet ini ada 'harga' yang harus dibayar di kemudian hari.

Dalam mencapai azam menurunkan berat badan ia lebih indah di sertakan azam untuk mencapai diet lebih sihat.

Pelbagai saranan di dalam media sosial dan media massa menunjukkan cara-cara mudah menyediakan hidangan ringkas yang menjimatkan masa dan kos.

Anda tentu boleh menjadikan hari cuti anda untuk memproses dan memasak makanan sihat dan membekukan ia di dalam peti ais dan hanya memanaskan kembali sebelum ke tempat kerja.

Teknik ini bukan sahaja menjimatkan kos malah masa untuk anda membeli makanan dan ia tentu lebih sedap dan menjimatkan budget perbelanjaan anda.

Semoga artikel ini menambah azam baru dalam hidup anda untuk tahun baru 2017 ini.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...