Isnin, 30 Januari 2017

Diari..


Ada perkara yang perlu ikut kata hati

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Mereka yang tidak berada dalam tapak kasut kita,  tidak akan faham apa kita rasa dan lalui. 

Saya pernah menulis beribu nota dan motivasi didalam pelbagai buku catatan. 

Pelbagai salinan petua, azam dan segala tapi kini saya tidak tahu buku buku catatan itu di mana. 

Blog kini telah mengambil alih segala buku catatan saya. 

Ketika sekolah saya suka menulis diari. 

Malah ketika belajar di IPT dan berpisah dengan sahabat karib saya Suriyati.  Saya berutus surat dengan siap tarikh selama seminggu tertulis apa yang saya buat dan terjadi dalam hidup. 

Bayangkan betapa penting tarikh tarikh walaupun ia ditulis dalam surat untuk memberitahu sahabat saya apa yang saya lakukan tiap hari selama seminggu itu. 

Kata sahabat saya,  surat itu melambangkan keikhlasan saya dalam menulis. 

Saya tidak pernah bermimpi untuk menjadi penulis Blog.
Tidak pernah bermimpi untuk pembaca Blog ini bermesej,  berwhatapps,  menghantar email apa lagi sanggup menelefon saya menanyakan pendapat,  bercerita masalah dan pelbagai lagi. 

Malah dalam satu hari pelbagai What apps dan panggilan telefon yang saya terima. 

Ada yang saya balas,  dan ada yang saya terpaksa biarkan dan akhirnya menjawab dalam setiap artikel dalam Blog ini. 

Saya mungkin tidak mampu memberi sedekah dalam bentuk wang kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. 

Tapi sekurang-kurangnya saya diberi kesempatan dan keizinan untuk berkongsi info dan pengalaman yang saya harap amat berguna dan menyelesaikan pelbagai masalah bagi pembaca yang saya faham terpaksa mengorbankan masa untuk mencari cara penyelesaian masalah masing masing. 

Percayalah sehingga kini saya masih menerima teguran dari sahabat terdekat saya supaya saya mengfokuskan Facebook dan medan media sosial lain untuk promosi segala produk dan perkhidmatan serta perniagaan yang saya jalankan. 

Ayat "sekarang orang dah tidak baca blog".. Segala macam kritikan dan pandangan saya hormati dan sejujur nya diakui oleh saya sendiri. 

Mengapa ingin menegakkan benang yang basah sedangkan saya tahu dan sedar apa yang dikatakan oleh sahabat saya benar sekali. 

Saya tidak berminat untuk berlawan kerana saya tahu sayang sebenar sahabat saya untuk saya. Nasihat beliau untuk saya.  Saya cukup kenal siapa sahabat yang ikhlas terhadap saya walau mungkin kata-katanya tidak memberi semangat untuk sesuatu yang saya sukai. 

Percayalah saya ada sebab tersendiri menulis Blog ini. 

Blog pertama saya ini lebih kepada Blog peribadi.

Sebuah perkongsian untuk mereka yang mungkin mengalami peristiwa dan pengalaman seperti saya yang inginkan nasihat dan cebisan maklumat dalam setiap perjalanan sebuah pengalaman. 

Saya tidak kisah jika semakin ramai tidak membaca Blog.
Blog saya mungkin bukan untuk mereka. 

Blog saya ini untuk mereka yang tinggal yang masih rajin membaca dan mencari maklumat yang diperlukan. 

Dalam 6 billion penduduk di muka bumi.  Saya melihat sendiri statistik pembaca Blog saya ini sehingga sehari hampir 2500 paparan walau Blog ini baru menghampiri usia 4 tahun dan tidak sampai 520 artikel. 

Melihat statistik ini saya faham bahawa setiap manusia itu berbeza minat dan cinta. 

Berbeza pegangan dan tujuan. 

Saya pasti akan aktif Facebook, instagram, twitter, LinkedIn dan pelbagai medan media sosial dalam waktu terdekat.  Saya masih belajar untuk itu.  

Saya tahu betapa perlunya pandai menggunakan media sosial zaman ini.

Beri saya masa,  saya perlukan tunjuk ajar dan insyallah saya akan lebih bijak menggunakan ia. 

Untuk mereka yang merasa malas berkongsi dan menulis di Blog. 

Jika tiada siapa yang sudi baca ia tidak apa,  janji anda baca dan ingat segala pengalaman,  kebodohan dan siapa anda sebelum dan selama ini,  anda boleh kutuk diri anda dalam waktu yang sama perbaiki apa yang perlu diperbaiki. 

Melihat dari setiap artikel Blog ini,  saya sedar banyak perkara perlu saya belajar dan banyak pengalaman hidup yang belum saya tempuhi. 

Ketika bosan,  sedih dan kurang bersemangat saya akan membaca Blog saya sendiri dan mengimbas setiap perjalanan dan cabaran yang berjaya saya tempuhi dan kembali beraksi. 

Tiada yang lebih jujur pada diri anda jika bukan anda sendiri. 

Menghitung usia 4 tahun Blog ini beberapa hari lagi,  saya amat bersyukur kerana saya telah melepasi masa 4 tahun dan insyallah akan terus diberi rezeki dan kesempatan untuk blogging dan memberi manfaat kepada insan lain. 

Semoga saya terus diberi pelbagai bentuk rezeki yang halal lagi banyak untuk dikongsi bersama. 


Terima kasih. 


Ahad, 29 Januari 2017

Skrub Untuk Pelbagai Masalah Kulit


Skrub tubuh diperbuat dari bahan asli 
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Beras pulut telah lama digunakan sebagai bahan utama lulur untuk Pelbagai Masalah Kulit.

Ia turut dipercayai membantu membuang toksin melalui sel-sel kulit mati dan urutan lulur di seluruh tubuh anda.

Original Body Scrub Diperbuat 100% Dari Bahan Semulajadi yang boleh dimakan.

Bahan asas utama ialah beras pulut yang terkenal mencantikkan kulit beribu tahun lampau.

Menjadikan tepung pulut sebagai mandian telah di amal bertahun dulu,  kini original Body Scrub adalah antara mandian Skrub tubuh wajib saya untuk 2-3 kali seminggu.

Untuk info anda tidak boleh terlalu kerap atau setiap hari melulur atau menggunakan Skrub,  bimbang ia mengeringkan kulit.

ORIGINAL BODY SCRUB harus dibancuh lembut atau sedikit sahaja jika anda ingin menggunakan ia dengan lebih kerap.

Simpan sahaja bancuhan Skrub anda didalam bekas bertutup didalam peti ais.  Ia boleh digunakan bila-bila sahaja

Hanya gosok  tubuh anda secara lembut dan pastikan lulur ini mempunyai kandungan air dan tidak terlampau kering.

Berbeza dengan penggunaan seminggu sekali.

Lulur atau original Body Skrub ini wajib digunakan lebih banyak dan kurang kandungan air tetapi diharuskan direndam semalaman.

Untuk masa ini saya belum mengeluarkan produk Skrub tubuh dari bahan kopi dan teh tetapi anda digalakkan sekali sekala menambah hampas kopi atau hampas teh atau kedua-duanya sekali dalam. Bancuhan lulur atau Skrub tubuh anda.

Kopi terkenal mengurangkan selulit ditubuhkan dan membantu membuang toksin.

Anda pasti akan berpeluh akibat kandungan kafein yang terdapat dalam kopi yang di lumur ke tubuh anda.

Khasiat hampas teh menyegarkan tubuh anda,  menutup liang pori tubuh anda yang terbuka dan pasti tinggi anti oksidan.

Cukup sempurna untuk pakej Skrub tubuh asli anda.

Bancuhan yang telah di tambah air

Usah risau simpan sahaja segala hampas teh dan kopi anda dalam satu bekas bersama hanya 1 sudu besar original Body Scrub ini didalam bekas bertutup bersama sedikit kandungan air didalam peti ais dan anda boleh menggunakan Body Skrub ini bila-bila masa.

Untuk anda yang tidak mempunyai peti ais,  simpan sahaja bancuhan ini semalaman dan anda boleh terus gunakan.

Untuk lebih wangi dan berkhasiat anda boleh tambahkan daun pandan segar yang ditumbuk halus ke dalam bancuhan Skrub ini.

Original Body Scrub menyelesaikan pelbagai masalah kulit 

Original Body Scrub  menyelesaikan pelbagai masalah kulit.

Masalah kulit seperti ekzema,  psoriasis,  kurap,  jerawat,  stretch mark,  selulit,  parut malah Skrub ini turut membantu  mencerahkan dan menghaluskan kulit anda.

Alahan kulit juga semakin kurang malah bagi tubuh yang selalu ditumbuhi bisul atau bintik halus juga semakin kurang insyallah.

Untuk pembelian  Original Body Scrub ini sila what app dan hubungi

KHADEEJA 016 276 2636

Sekarang.


Terima kasih.



Sabtu, 28 Januari 2017

Kamu..


Gambar langsung tanpa Makeup 2017
Mengenali kamu kawan 10 tahun dahulu,  membuka sekali lagi pintu hati untuk aku bercinta dan memikirkan untuk sebuah pertalian yang serius. 

Setelah 10 tahun aku mengenali cinta pertama, kau hadir sebagai insan yang aku telah tanamkan untuk yang terakhir aku cintai. 

Putus dengan mu adalah perkara paling aku tidak pernah bayangkan.  Tiada ku sangka itulah kali pertama aku tidak berhenti menangis walaupun pada pagi hari raya. 

Aku tidak pernah berkongsi kisah duka cinta ku selama aku hidup dengan sesiapa pun ahli keluargaku kecuali dengan kamu.  Betapa aku ikhlas mencintaimu satu waktu dulu sehingga kau insan pertama yang membuatkan aku benar benar merasakan kau paling terbaik untuk aku. 

Kawan.. Kau sungguh istimewa.  Kau paling mengambil berat mengenai aku.  Paling pemurah terhadap ku dan kurasa paling mencintai dan menghargai aku. 

Aku sering mempersalahkan diri sendiri setelah kau pergi memulakan hidup baru dengan insan yang sumpah tidak pernah aku sangka akan menggantikan tempat aku. 

Tahukah kau kawan,  kerana tidak terjadinya ikatan antara kita akhirnya aku jatuh cinta pada insan yang juga aku sama sekali tidak sangka akan menggantikan tempatmu. 

Banyak sungguh perkara yang aku tidak sangka. 

Kau telah meninggalkan aku kepercayaan bahawa insan yang memiliki pelbagai benda tidak mudah aku percayai dan gantung harapan. 

Oleh sebab itu aku jatuh cinta pada insan yang langsung tidak punya apa apa. 

Tapi benar,  jika Allah tidak mentakdirkan dia untuk aku,  maka selamanya ia bukan milik aku. 

Aku tewas lagi untuk ke sekian kali dalam kisah cinta terakhir aku itu untuk setakat ini. 

Bertahun berlalu,  kau menghubungi aku. 

Bercerita tentang betapa sukar mencari aku. 

Memberitahu perpisahan kau dengan dia. 

Aku amat pelik sekali kerana aku tidak merasa langsung sedikit pun perasaan terhadap mu. 

Suatu waktu dulu kau lah insan yang sentiasa setiap
Saat dan waktu berada dalam doa-doa aku. 

Sehingga hari ini aku berterima kasih padamu kawan. 

Tanpamu yang meninggal akan aku.  Aku tidak akan kenali insan yang memberi kan kedewasaan sebenar untuk aku.

Kecewa mendalam itu telah membawa aku mengenal insan lain yang akhirnya banyak memberikan pengajaran paling berguna untuk aku. 

Dulu aku ingatkan kau yang paling aku cinta. 

Tapi aku silap,  aku mencintai insan lain selepas kau dengan 10x lebih mendalam. 

Kau pernah tidak merestui kerjaya aku. 

Dan pernah tidak menyukai pilihanku.
Ketika kau menghubungi aku kembali, kau akhirnya memilih untuk menjadi ahli perniagaan,  satu kerjaya yang amat aku kagumi. 

Kau semakin matang dan dewasa.
Aku jua. 

Mencintaimu satu waktu dulu,  hikmahnya untuk membawa aku mengenali insan lain dan pelakon- pelakon yang tercipta di dunia ini. 


Kau telah membawa aku mengenali insan - insan dan membawa aku mengharung pengembaraan yang mencabar dan menggembirakan. 

Aku tak akan pernah menyesal pernah mengenali dan mencintaimu. 

Untuk 10 tahun perkenalan kita aku ingin kau tahu,  kau adalah antara tapak yang memulakan perjalanan aku hari ini.

Untuk 9 bulan lagi perpisahan kita 10 tahun dulu,  andai kau masih setia membaca Blog aku ini,  percayalah kau amat aku cintai satu waktu dulu. 

Terima kasih kerana pernah mencintaiku.  Percayalah kau insan pertama yang memberikan aku pengalaman percintaan romantik pertama dalam hidupku. 

Untuk kau aku doakan untuk bertemu jodoh yang membahagiakan kau selamanya. 

Doa aku benar benar ikhlas untukmu dan aku harap dan berdoa jodohmu bukan aku.. Insyallah. 

Selamat ulang tahun perkenalan yang ke 10 tahun. 


Terima kasih untuk segalanya.

Halalkan makan minumku,  segala hadiah dan pemberian mu untuk aku,  pengorbanan masa tidur dan rehat mu untuk aku.

Aku ucapkan dari hati..  Benar-benar

Jutaan terima kasih.

Semoga kau sentiasa di dalam lindunganNYA.






Khamis, 26 Januari 2017

Ubat Gigi Natural


Ubat gigi jenama Dentiste

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Akhirnya setelah hampir setahun mengfokuskan penggunaan kayu sugi semata-mata akhirnya saya membeli ubat gigi baru jenama Dentiste di kedai organik kegemaran saya. 

Untuk info,  sebelum proses TSW saya menggunakan ubat gigi jenama sensodyne atas isu gigi sensitif yang saya hadapi. 

Dalam proses mengharungi TSW saya terpaksa berhenti menggunakan ubat gigi sensodyne bagi mengurangkan jumlah penggunaan bahan kimia dalam aktiviti seharian saya dan saya hanya mengfokuskan pengguna kayu sugi semata-mata. 

Seiring kesembuhan dan TSW yang semakin sembuh saya kini kembali belajar menggunakan ubat gigi natural dan ini adalah jenama ubat gigi yang baru saya ingin gunakan. 

100% SLS Free
Ubat gigi ini tidak mengandungi SLS (sodium laureth sulfate)  yang terkenal sebagai bahan karsinogen. 

Ia amat sesuai untuk gigi dan Gusi sensitif dan saya juga menghadapi isu gigi dan Gusi yang sensitif. 


Xylitol juga antara bahan kandungan ubat gigi ini

Terdapat isu kebaikan dan keburukan xylitol dalam kajian yang dilakukan.  Namun xylitol dipercayai amat bagus untuk kesihatan gigi dalam mengurangkan pembentukan plak dan Kaviti. 

Xylitol juga antara kandungan ubat gigi jenama Dentiste ini. 

Antara bahan kandungan ubat gigi ini
Terdapat pelbagai ekstrak tumbuhan asli dalam ubat gigi ini yang mengurangkan bau nafas dan memberi kesegaran kepada bau mulut. 

SLS Free dan nighttime protection

Juga mengurangkan pembentukan pelbagai masalah gigi dan fungsi selain

Ubat gigi tanpa SLS,  melindungi pembentukan plak,  Kaviti dan masalah karies Gusi dan gigi,  perlindungan di waktu malam dan pelbagai fungsi lagi.

Namun ubat gigi Dentiste ini tetap mengandungi xylitol dan sorbitol yang turut menjadi isu dan perdebatan.

Namun sepanjang pencarian saya 98% ubat gigi natural tetap mempunyai bahan ini. 

Pakej lengkap penjagaan gigi saya
Melengkapkan penjagaan gigi saya,  saya harus menggunakan berus gigi ekstra soft atau ekstra lembut.  Jenama pilihan saya dari dahulu untuk berus gigi kekal Oral-B. 

Kayu sugi tetap menjadi kegemaran. 

Saya kekal menggunakan kayu sugi selepas saya selesai memberus gigi dengan ubat gigi. 

Untuk makluman ketika bangun tidur saya hanya menggunakan kayu sugi sahaja,  setelah bersarapan pagi,  baru saya menggunakan ubat gigi kemudian kayu sugi kembali. 

Ini sahaja perkongsian pengalaman untuk kali ini.

Jika anda mahukan ubat gigi natural yang lebih murah anda boleh membaca ia di sini UBAT GIGI NATURAL YANG LEBIH MURAH

Pengalaman seterusnya akan saya ceritakan di masa akan datang.  Insyallah. 

Terima kasih.



Isnin, 23 Januari 2017

Cobaan..


Perempuan dan makanan enak sukar dipisahkan 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Wanita terkenal dengan kecintaan terhadap makanan terutama makanan manis seperti kek,  cookies,  Brownies,  cream puff dan sebagainya.

Saya percaya kebanyakan wanita memang begitu.
Terutama ketika PMS,  sebelum PMS atau selepas PMS (bergantung pada individu) perasaan ingin menikmati makanan begini agak tinggi dan juga ketika stress menghampiri.

Saya juga seperti anda.  Ada kala ketika ingin 'eat clean'  ketika itulah pelbagai juadah yang banyak disediakan.

Malah lebih hebat saya selalu diberi makanan percuma oleh insan sekeliling. Dalam jumlah yang banyak.

Mengetahui saya gemar menikmati makanan,  ramai sahabat saya tidak pernah tahu saya mula menjaga diet saya semenjak saya melalui pengalaman TSW.

Mungkin saya jarang bercerita kesusahan saya ketika saya sakit satu waktu dahulu dan saya masih menikmati makanan luar sehingga habis walaupun makanan itu tidak sesuai untuk mereka yang pernah mempunyai sejarah ekzema.

Sukar untuk mengekalkan diet sihat terutama jika anda sering berada di luar dan mendapatkan makanan sebegini semakin mudah dengan hanya perlu memesan secara online atau panggilan telefon.

Malah kasih sayang sentiasa di paparkan melalui pemberian makanan enak dan manis untuk mengeratkan hubungan turut membuatkan sesiapa sahaja ahli keluarga atau suami sering membawa pulang makanan enak enak untuk dinikmati bersama.

Saya masih menikmati makanan bergoreng,  makanan manis asalkan ia di masak oleh saya sendiri.

Malah saya masih menikmati kerepek pisang kegemaran yang sering dibeli oleh kakak saya setiap kali saya ke rumahnya.

Masalah besar jika makanan kegemaran sering dihidangkan di hadapan mata dan saya sebagai insan yang kuat makan jarang mengingati diet yang saya harus ikuti dan jenis manusia yang menikmati makanan tidak ingat dunia.

Alhamdulillah saya dikurniakan tubuh yang sukar naik berat badan. Mungkin saya jenis yang tinggi kadar metabolisme atau saya jenis insan yang kuat berfikir antara alasan ini.

Saya tetap bersyukur atas anugerah tuhan ini.

Pernah melalui proses topical steroid withdraw menyebabkan saya sesekali kesal terlebih makan dan tidak menjaga pemakanan saya.

Bukan senang untuk anda menjaga pemakanan terutama jika anda berada di orang sekeliling yang menikmati makanan apa sahaja tanpa mengira baik atau buruk.

Sukar untuk mengingatkan dan memotivasikan diri untuk kekalkan pemakanan sihat,  tapi cabaran ini tentu berbaloi jika anda dapat mengatasinya.

Awal bulan tahun 2017, ini saya agak terbabas dalam pemakanan yang tidak terjaga ini.  Saya berdoa semoga saya kembali ke track pemakanan sihat ketika saya mula mula mengharungi TSW dahulu.

Insyallah.  Bagi anda yang telah sembuh dari penyakit ekzema dan terbabas diet.  Mohon kita sama-sama menjaga ia kembali.

Doakan.

Terima kasih.







Ahad, 22 Januari 2017

Ekzema Dan Steroid


Delima adalah antara makanan SUPER anti oksidan untuk pesakit ekzema dan mereka yang mengharungi proses topical steroid withdraw (tsw) 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dihubungi sahabat saya, Rima  2-3 kali minggu ini.

Sahabat saya manager RHB Bank itu menceritakan salah seorang staff sales beliau mengalami masalah ekzema yang teruk akibat penggunaan steroid berpanjangan dan seiring usia staff beliau yang kini hampir 30 tahun.

Cerita Rima,  staff itu terpaksa berhenti kerja untuk proses penyembuhan penyakit ekzema beliau dan kini mengamalkan diet yang di suggest oleh pakar nutrien yang di upah oleh beliau sendiri.

Keseksaan pemberhentian penggunaan steroid itu akhirnya memaksa staff sales di sayangi Rima itu membuat keputusan berhenti dan tidak meneruskan kerjaya sales beliau di RHB Bank itu. 

Mana mungkin beliau meneruskan kerja dengan keadaan kulit yang teruk akibat proses detoks itu.

Segala yang diceritakan oleh Rima sahabat saya mengenai keadaan staff beliau membuatkan saya setuju 100% dengan keputusan staff itu walaupun Rima amat berat melepaskan staff sales itu. 

Amalkan delima setiap hari jika anda masih melalui proses awal TSW

Cerita Rima,  anggota tubuh yang diserang Ekzema di tubuh staff beliau agak teruk.  Beliau tidak boleh terkena air cond (penghawa dingin)  kerana ia akan menyebabkan kesakitan kepada bahagian ekzema kerana penghawa dingin mengeringkan lagi ekzema dan membuatkan ia lebih merekah dan berdarah.  Saya bersetuju dengan staff itu.

Bukan sahaja ekzema tidak boleh berada dalam keadaan terlalu sejuk atau sejuk,  mereka yang menghadapi masalah ini juga tidak boleh menghadapi cuaca panas kerana ia akan menyebabkan kegatalan yang amat dahsyat.

Ekzema juga dikatakan antara penyakit "pendaman perasaan".

Ia adalah sejenis penyakit yang tidak boleh stress.

Ketika mengharungi proses topical. Steroid withdrawal (tsw), anda seharusnya mengelakkan stress.  Jika stress menganggu anda,  proses ini agak sukar untuk sembuh.

Maka tentu sahaja keputusan staff Rima untuk berhenti kerja adalah terbaik lebih- lebih lagi bidang kewangan & perbankan berhadapan dengan sasaran target yang tinggi dalam semua perkara.

Bagaimana pula ketidak keselesaan berjumpa pelanggan dengan keadaan tubuh yang sakit.  Pemakanan diet yang perlu dijaga dan  agak tidak manis jika anda tergaru-garu dan berasa stress dan tertekan dengan situasi tidak selesa tersebut.

Mengetahui mengenai kisah dan luahan staff beliau,  saya mengakuinya bahawa itu juga masalah yang pernah saya hadapi.

Maka Rima akhirnya bersetuju dan dengan rela hati melepaskan staff beliau itu.

Untuk anda yang masih menggunakan steroid.  Mohon jangan mudah putus asa untuk berhenti menggunakan steroid.

Tidak semua mereka yang mengharungi proses TSW terpaksa berhenti kerja.  Ada yang mengambil cuti panjang dan ada yang masih meneruskan kerjaya.

Selain perubahan diet pemakanan dan pemberhentian kebanyakan produk kimia termasuk alat kosmetik,  amalkan sebiji buah delima setiap hari sebagai supplement wajib amat membantu.

Pastikan anda menghabiskan sebiji buah delima bersama sama biji delima itu.

Biji delima dipercayai amat mujarab membunuh parasit dan amat tinggi anti oksida.

Ia adalah buah wajib bagi anda yang mampu mengamalkan ia setiap hari sebagai supplemen asli.

Ia bukan sahaja mengenyangkan malah membantu dalam proses penyembuhan.

Selain biji dan buah delima,  biji betik dan Nenas muda terutama bahagian uluran Nenas amat bagus untuk mereka yang mengharungi TSW.

Jika anda mengandung agak tidak sesuai untuk anda menikmati buah Nenas,  maka buah delima kekal sebagai supplemen terbaik.

Saya berkongsi pelbagai pengalaman dan informasi bagi mereka yang sedang memikirkan pemberhentian krim steroid untuk masalah ekzema.

Untuk info steroid bukan sahaja digunakan dalam krim ekzema semata-mata,  malah dalam. Pil jerawat,  pil masalah kulit,  krim kecantikan,  jamu,  hormon,  injection,  pil kecantikan,  pil pembesaran anggota badan dan pelbagai lagi.

Berhati hati dengan steroid,  kerana anda tidak pernah tahu ada sesetengah jamu,  herba, ubatan dan  minuman protein yang terkandung steroid.  Malah ubat resdung juga yang berunsur herba turut mengandungi steroid.

Ini sahaja perkongsian untuk anda.

Kenali apa ubat,  jamu,  supplement yang anda amalkan.

Nikmati lah real food bukan supplement yang diwar-warkan asli.

Rajin-rajinlah membaca perkembangan dunia kesihatan terkini.

Terima kasih.






Jumaat, 20 Januari 2017

Pengguna Zai's Beauty Formula




Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Menulis pengalaman menggunakan produk Zai's Beauty Formula,  saya kerap di hubungi oleh mereka yang pernah menggunakan produk ini dan mereka yang masih setia ingin menggunakan produk Zai's Beauty Formula ini.

Terdapat beberapa bekas pengguna memohon tunjuk ajar tentang produk untuk menggantikan Produk Zai's  Beauty Formula yang tidak lagi berada di pasaran. 

Untuk asas pertama bagi mereka yang merupakan bekas pengguna Zai's Beauty Formula. 

1. Anda kena pastikan produk yang anda gunakan langsung tiada bahan kimia. 

2. Produk itu boleh atau selamat dimakan barulah anda sapu dan gunakan pada tubuh,  jika tidak boleh dimakan cuba elakkan. 

3. Tidak berbuih.  Tiada SLS, SLES dan bahan karsinogen bahaya.  Anda perlu merujuk bahan-bahan dalam kosmetik yang menyebabkan kanser dalam buku yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang turut di jual di kedai buku Popular. 

4. Untuk pengganti pencuci muka gunakan susu tepung asli.  Cara bancuhan susu tepung sebagai pencuci wajah terdapat di link di bawah :-


Pencuci Muka Semulajadi

**untuk info anda juga boleh menggunakan tepung pulut atau tepung beras sebagai ganti susu tepung.

Tepung beras lebih sesuai untuk kulit berminyak. 

5. Wajah yang terlalu kerap menggunakan bahan kimia,  jika dihentikan pemakaiannya akan melalui proses nyah toksik.  Di mana segala jerawat dan masalah kulit akan berlaku.  Ini adalah normal.  Ia adalah proses detoks kulit wajah anda. 

Berhenti menggunakan produk wajah di pasaran.  Dan gunakan sahaja pencuci wajah Semulajadi dari susu tepung ini. 

Lalui sahaja dengan tenang proses detoks wajah anda ini. 

Tidak perlu menyapu sebarang minyak bayi atau minyak tidak asli ke wajah anda. 

Lebih bagus anda buat bedak sejuk sendiri sahaja. 

6. Saya kerap mendapat mesej dan what apps bekas pengguna Zai's  Beauty Formula yang kembali bermasalah setelah menukar pelbagai produk wajah lain. 

Untuk info,  apabila kulit anda telah dipulihkan menggunakan Zai's Beauty Formula,  kulit anda telah bersih. 

Apabila anda mula menggunakan produk kimia lain,  kulit yang dahulunya sudah sembuh semakin mudah terkena kesan sampingan dan rosak. 

Seiring kemasukan bahan kimia dan kulit anda kembali biasa dengan bahan kimia. Kulit anda akan kembali ok dan kebal pada bahan kimia. 

Untuk jangka masa panjang setelah terkumpul pelbagai bahan kimia kulit anda pasti akan kembali bermasalah. 

7. Untuk info jika kulit anda langsung tidak ditumbuhi jerawat atau alahan,  kemungkinan kulit anda telah mati kerana penggunaan merkuri dan bahan-bahan kimia lain. 

Kulit yang hidup, sesekali jika tersilap menikmati makanan kurang sihat dan kaya toksin ia akan keluar mengikut kulit wajah. 

Jika kulit anda bertahun tahun langsung tidak ditumbuhi jerawat. Anda harus mula melihat kandungan produk wajah anda. 

8. Untuk produk tubuh pengganti mandian anda juga boleh menggunakan susu tepung,  tepung pulut atau tepung beras. 

Susu tepung berfungsi untuk mencerahkan dan melembutkan kulit serta paling melembapkan. 

Tepung pulut menghaluskan dan melembapkan kulit. 

Tepung beras agak mengeringkan kulit.  

9. Kurangkan menikmati makanan tinggi gula,  tepung dan makanan terproses dan kurangkan makanan bergoreng untuk kulit yang sihat. 


Semoga info ini bermanfaat untuk anda. 

Terima kasih.



Rabu, 18 Januari 2017

Petua Untuk Rahim Lemah & Sukar Mengandung



Kulit dalam buah delima yang melindungi isi buah delima

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Musim delima Mesir dan Turki kini melanda Negara. 

Tentu ramai antara anda menyukai buah delima yang terkenal sebagai 'SUPER fruit'  dan buah sunnah ini. 

Delima amat popular sebagai buah yang amat bagus untuk kaum wanita. 

Ia membunuh parasit dan candida serta tinggi anti oksida. 

Bagus untuk kesuburan rahim dan kewanitaan. 

Sebiji buah delima kaya dengan pelbagai khasiat dari biji,  isi sehingga ke kulit buah delima. 

Tiada satu pun dari Pokok delima tidak dibuat ubat. 

Pokok delima,  dahan,  daun, pucuk delima semuanya mempunyai kelebihan tertentu dalam perubatan. 

Untuk artikel ini saya berkongsi khasiat dan keistimewaan kulit dalam buah delima. 

Bahagian dalam yang berwarna putih dan seolah berbentuk sarang lebah. 

Tahukah anda bahawa bahagian ini juga boleh di makan dan di buat ubat atau jamu? 

JAMU ramuan untuk menguatkan dan menyuburkan rahim ini diberitahu oleh ibu saya yang pernah menonton tanyalah ustaz tv9 bertahun tahun dahulu.  Sebelum tahun 2012 ibu saya telah berkongsi ramuan ini. 

Amat mudah caranya. 

Bahan-bahan yang di perlukan :-

Sebiji kulit dalam buah delima
2 cawan air bertapis tapi bukan air RO (mineral boleh) 
2 sudu madu asli tanpa tambahan gula


Cara-cara membuat :-

1. Rebus kulit dalam buah delima bersama 2 cawan air dalam periuk tanah (seeloknya)  atau periuk biasa. 

2. Gunakan api kecil,  sehingga air bertukar secawan. 

3. Tunggu sejuk dan tambah madu asli sebelum diminum. 

Jangan lupa selawat dan baca ayat AlQuran yang patut seperti Al-Fatihah,  ayat kursi ,  bismillah 5 dan ayat nabi zakaria. 


Amalkan diet yang sihat. 

Dari penceritaan ibu saya.  

Perempuan yang disahkan mandul oleh doktor,  ada yang boleh mengandung bila konsisten mengamalkan ramuan ini setelah sekian lama. 


Semoga ilmu ini bermanfaat bagi anda yang membacanya. 

Terima kasih. 



Selasa, 17 Januari 2017

Tempat Makan Best Di Kuantan Part 34 :- The Blossom Chinese Restaurant, Swiss Garden Hotel Kuantan


Bahagian hadapan restoran ini

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Artikel ini adalah Sambungan link di bawah. 


Tempat Makan Best Di Kuantan seterusnya ialah The Blossom Chinese Restaurant yang terletak dalam Hotel Swiss Garden Beach Resort Kuantan. 

Jika anda pengemar masakan Cina ini adalah antara restoran yang patut anda cuba. 

Kaunter pembayaran dan pertanyaan 
Berada di dalam Hotel Swiss Garden Beach Resort Kuantan,  The Blossom adalah restoran yang strategik jika anda inginkan tempat yang sesuai untuk meraikan hari lahir atau menikmati makanan eksklusif dengan harga berpatutan

Menuju ke ruang makan 
Restoran yang luas dan berpenghawa dingin serta layanan perkhidmatan bertaraf bintang dan pelbagai menu menarik pasti membuatkan anda dan keluarga gembira menikmati makanan di sini.

Ruang makan yang luas

Menu The Blossom Chinese Restaurant 

Seperti restoran eksklusif lain,  terdapat pelbagai menu masakan Cina yang di tawarkan di sini.

Ia di masak oleh chef Melayu beragama islam dan staf disini juga beragama islam.

Antara menu disini

Terdapat pelbagai menu masakan Cina dari dim sum,  Mee,  bihun,  kuew tiaw,  masakan panas lain,  lauk pauk,  nasi goreng dan sebagainya yang amat enak dan di hidangkan dalam plate yang cukup besar dan sesuai dinikmati sehingga 2-3 orang. 

Pilihan menu menarik 
Harga di sini dikategorikan murah bagi hotel bertaraf 4 bintang dan masakan yang di hidangkan dalam plate yang besar.

Saya sekeluarga menempah 4 jenis menu berlainan dan kesemuanya tidak habis dimakan kerana plate atau hidangan yang amat besar walaupun rasa makanan di sini amat enak sekali.

Antara menu disini
Berkesempatan menyambut hari jadi anak saudara saya Irfan disini minggu lepas,  kek coklat Brownies turut di tempah di Cafe di bawah.

Ia beli satu kek percuma satu kek.  Kek ini dimasak fresh dan sungguh sedap dan murah.

Harga kedua-dua kek ini hanya dalam RM90.


Kek Brownies Chocolate yang di tempah di Cafe Swiss Garden Beach Resort Kuantan 
Di bawah ini adalah antara menu Yang ditempah dan dinikmati oleh kami.

Ia terdiri daripada nasi goreng dan Mee wantan yang kaya dengan pelbagai makanan laut,  dari ikan,  udang dan sotong.

Nasi goreng yang enak dan kaya limpahan udang dan sebagainya 

Mee pilihan kakak saya.  Ia dalam mangkuk yang cukup besar. 

Menu yang dipilih oleh kami berharga lingkungan rm22-rm26 sahaja untuk satu hidangan.

Nasi goreng yang sedap juga dalam portion yang banyak 


Menikmati pilihan saya 
Ini adalah kali ke 2 kakak dan adik saya serta anak saudara saya datang ke sini.

Saya mengetahui keenakan menu disini daripada kakak saya sendiri dan saya ke sini untuk merasai keenakan hidangan di sini.


Kusyuk menikmati hidangan

Perkhidmatan disini juga memuaskan.  Malah ketika kami meraikan hari jadi Irfan terdapat satu pasangan mat saleh juga menikmati hidangan di restoran ini juga keluarga kaum cina di meja berlainan. 

Kek coklat Brownies yang sedap dan ditempah di GARDEN terrace Swiss garden hotel 

Perkhidmatan yang pantas,  rasa yang sedap memang berbaloi dengan harga yang di bayar. 

Teh cina disini diberi percuma dan terdapat pelbagai pilihan teh cina.  Kami memilih teh bunga. 

Kaya dengan pelbagai makanan laut
Betapa banyaknya makanan laut di dalam hidangan saya sehingga saya tidak mampu untuk menghabiskan hidangan ini termasuk makanan laut yang enak  sedangkan saya terkenal dengan kuat makan terutama masakan Cina kerana banyaknya hidangan dalam satu pinggan besar ini.

Saya bergambar bersama Irfan dan Ilham
Selesai menikmati hidangan dan meraikan hari jadi Irfan,  Irfan dan Firdaus sempat bergambar di luar pintu restoran bersama kek yang tidak habis dinikmati. 

Irfan dan Firdaus bergambar bersama kotak kek Brownies coklat yang ditempah di Cafe di bawah 
Jika anda masih tercari cari tempat makan menarik dan sedap juga tempat untuk meraikan hari istimewa saya mengesyorkan anda memilih restoran The Blossom Chinese Restaurant  Di Swiss Garden Beach Resort Kuantan  ini. 


Terima kasih. 

Sambungan link di bawah 






Jumaat, 13 Januari 2017

Pengalaman Menggunakan NEUTRAX


Neutrax Original 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bagi anda yang mengamalkan minyak kelapa dara sebagai supplement harian,  mungkin anda boleh memikirkan untuk menambah atau menukarkan supplement minyak kelapa dara anda kepada NEUTRAX Original keluaran FGV. 

Neutrax ialah minyak kelapa dara fermented (diperam @ ditapai).  Ia dikatakan mempunyai kuasa penyembuhan dan anti oksida yang berkali ganda berbanding minyak kelapa dara biasa. 

Kebanyakan yang mengamalkan Neutrax berpuas hati
Saya pernah menggunakan Neutrax ketika mengharungi ekzema 2 tahun dahulu. 

Proses 'healing crisis', Neutrax menyebabkan timbul ruam-ruam di tepi bibir saya,  sehingga menyebabkan luka pecah pecah. 

'healing crisis' ini berlaku dalam 2 minggu penggunaan. 

Selain membantu menguruskan krisis proses topical steroid withdraw.  NEUTRAX turut membantu melawaskan pembuangan,  menguatkan usus dan antibodi juga dikatakan mampu mengurangkan berat badan. 

Ramai di kalangan sahabat Group kesihatan saya mengamalkan Neutrax dan amat gembira dengan keberkesanan produk Neutrax ini. 

NEUTRAX ORIGINAL diperbuat daripada Ekstrak kelapa asli. 

Menggunakan teknologi terkini di makmal moden di San Francisco,  Neutrax diperbuat hanya dari kelapa terbaik terpilih. 

Segala lemak yang baik terdapat dalam sebotol Neutrax ini. 

Untuk anda yang menghadapi masalah penyakit auto imun termasuk asma,  gout,  resdung,  arthritis atau masalah kulit seperti stretchmarks,  jerawat,  kurap,  parut atau sebagai. 

Amalkan 2 sudu besar sehari
Anda hanya perlu mengamalkan Neutrax 2x sehari sahaja. 

Rasa dan bawa Neutrax agak masam dan rasanya agak kemasaman kesan pembentukan bakteria baik hasil proses penapaian dan peraman. 

Untuk khasiat dan manfaat penuh Neutrax Original ini anda boleh menggunakan carian Google.

Terdapat banyak review dan  ramai Blogger yang turut di gunakan untuk mengreview produk Neutrax ketika Neutrax Original mula-mula diperkenalkan di pasaran.

NEUTRAX mudah didapati di farmasi terkemuka seluruh Malaysia. 

Selamat mencuba dan terima kasih. 


Rabu, 11 Januari 2017

Produk Zai's BEAUTY Formula


Jus nilamsani dan tamusari dari Zai Beauty Formula

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Kerap ditanya mengenai produk Zai BEAUTY Formula. 

Ingin saya tegaskan produk ini tidak lagi berada di pasaran. 

Produk Zai Beauty Formula di asaskan oleh YM Dr. Tunku Zaidar. 

YM Dr. Tunku Zaidar telah memilih untuk bersara dan tidak memasarkan lagi produk Zai BEAUTY Formula ini. 

Malah,  YM Dr Tunku Zaidar tidak memberi keizinan untuk penggunaan nama jenama beliau dan formula beliau kepada mana-mana individu atau syarikat. 

Semenjak September 2007,  banyak saya pelajari mengenai produk ini. 

Produk Zai Beauty Formula menggunakan teknik pernapaian memakan masa berbulan dan bertahun. 

Ia menggunakan madu dan diambil dari ratu lebah tinggalan moyang Tunku. 

Ratu lebah mati akan ada ganti ratu lebah lain. 

Madu itu digunakan dalam teknik pernapaian. 

Teknik penapaian ini pula bergantung pada ilmu falak. 

Dalam ilmu falak di raja.  Setiap bunga berkembang pada malam berlainan mengikut tarikh Purnama tertentu. 

Ekstrak cahaya bunga juga perlu diambil pada malam malam tertentu mengikut cahaya bulan. 

Ilmu falak juga digunakan berdasarkan tarikh lahir individu sesuai dengan bunga apa yang berkembang pada masa itu. 

Setiap tumbuh tumbuhan yang digunakan dalam produk Zai Beauty Formula di tanam di ladang Zai sendiri untuk memastikan keselamatan dan kesegaran. 

Setiap pelanggan Zai BEAUTY Formula dididik dari asas tentang bahan-bahan kimia bahaya di dalam produk kecantikan. 

Malah buku kesihatan keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang turut disertakan dan dijual. 

Semenjak menulis mengenai Zai BEAUTY Formula saya kerap mendapat What apps dan dihubungi oleh ramai bekas bekas pengguna produk Zai BEAUTY Formula yang masih ingin dan mencari produk ini. 

Malah ada yang memohon saya menjual dengan harga berkali ganda produk ini agar mereka boleh mendapatkan ia. 

Ingin ditegaskan disini.  Tunku Zaidar tidak lagi memasarkan produk ini. 

Beliau hanya membuat produk ini untuk kegunaan sendiri. 

Jika ada lebihan stok dari produk yang dihasilkan YM Tunku Zaidar akan menjual ia di kalangan sahabat beliau dan juga pelanggan setia Zai BEAUTY Formula yang telah Tunku Zaidar anggap sebagai sahabat. 

Produk ini adalah limited. 

Syampu dan beberapa produk juga telah dihentikan pembuatannya. 

Maka adalah mustahil untuk saya menjual untuk sesiapa pun yang meminta saya menjualnya walau di beri pulangan berkali ganda. 

Bagi anda yang terdesak dan ingin memiliki produk ini. 

Saya hanya boleh menasihati dapatkan sahaja produk Semulajadi lain di pasaran.

Asas utama YM Tunku Zaidar pernah memberitahu beautician Zai BEAUTY Formula yang turut disampaikan kepada saya

"produk itu boleh makan tak?  Jika boleh makan,  boleh isi pada tubuh ". 

Ayat yang sama saya pernah baca dalam salah sebuah buku keluaran Persatuan Pengguna Pulau Pinang. 

Ingati pesanan ini

Produk Zai Beauty

Dan Zai's BEAUTY Formula

Adalah produk yang sama sekali berlainan. 


Terima kasih. 



Selasa, 10 Januari 2017

Bagaimana Kekal Menulis


Gambar lama bertahun tahun dahulu yang baru saya gunakan dalam artikel terbaru sebelum artikel ini 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Bukan mudah untuk Blogger terus menulis. 

Bukan mudah juga untuk punya idea menulis. 

Satu perkara penting untuk memudahkan anda menulis,  tak perlu rasa terbeban dan rasa susah untuk menulis setiap satu artikel. 

Tidak perlu terdesak mencari kesempurnaan. 

Ia,  memang gambar menarik itu satu bonus.  Itu kenyataan. 

Supaya anda tidak membuang masa sehingga menunggu waktu tidak kunjung tiba untuk artikel terbaru,  guna sahaja gambar yang ada. 

Mengambil gambar baru yang lebih cantik dalam bekas seramik yang lebih menarik memang menjadi idaman hati agar artikel nampak berseri. 

Namun,  membuang masa memikirkan bila gambar itu ingin diambil akan merugikan mood menulis dan idea yang ada. 

Itu antara alasan mengapa saya langsung tidak kisah menggunakan gambar dalam simpanan saya walaupun gambar itu kurang menarik dan telah tersimpan bertahun lama. 

Apabila kita terlalu mengejar kesempurnaan. 

Tunggu sehingga semua perkara cukup. 

Masa anda akan terus menjadi penunggu. 

Berhenti menjadi penunggu. 

Tulis dan gunakan  apa yang ada. 

Blog Saya bukan Blog fotografi. 

Blog Saya mengenai konten.

Info dan pengalaman berguna untuk pembaca. 

Saya mahu isi dan coretan serta Info yang saya rekodkan di Blog ini dihafal dan diingati serta diamalkan. 

Itu tujuan utama Blog ini. 

Itu alasan kenapa ia mudah untuk saya menulis tanpa terlalu memikirkan agar artikel Blog ini harus terletak indah dengan gambar yang sempurna. 

Apabila ada idea.  Saya catat di dalam diari telefon bimbit saya. 

Apa bila saya tidak punyai gambar.  Saya akan geledah setiap draft di dalam Blog dan album lama saya asal ia boleh digunakan hanya sebagai syarat. 

Saya terpaksa kreatif untuk tujuan ini. 

Harus diingatkan gambar cantik penting untuk menarik pembaca tapi jika ia melewatkan artikel anda ditulis dan dipaparkan,  itu akan melemahkan semangat. 

Sekali anda berhenti menulis terutama dalam tempoh yang lama. 

Tiong dan semangat menulis itu seakan lari. 

Untuk mengurangkan risiko tersebut,  kurangkan kemalasan dan alasan anda. 

Gunakan sahaja apa yang ada. 

Itu cara saya untuk mengurangkan tekanan atas diri saya sebagai Blogger. 

Bagaimana cara anda? 

Itu alasan saya,  bagaimana saya terus kekal menulis. 

Alhamdulillah.  Semoga ia berterusan. 


Terima kasih. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...