Ahad, 11 Disember 2016

PROBIOTIK MURAH


Tempe dan teh cendawan antara probiotik murah
Assalamualaikum  dan salam sejahtera.

Seiring peredaran zaman dan teknologi sains. Akhirnya ramai doktor dan saintis berpendapat usus yang sihat amat penting untuk kesihatan tubuh, kulit dan otak.

Untuk mendapatkan usus yang sihat,  bukan hanya anda perlu sentiasa berfikiran positif,  jauhi stress,  pemakanan yang sihat dan bantuan probiotik amat diperlukan untuk persekitaran usus yang sihat.

Kini terdapat banyak probiotik yang terkenal seperti lactogg dan pelbagai probiotik yang dijual di farmasi dengan harga puluhan dan ratusan ringgit.

Untuk probiotik murah anda boleh membeli yogurt, tempe,   tempoyak,  sayur jeruk tanpa bahan pengawet, pelbagai produk hasilan Sourdough,  Kimchi, budu tempoyak, kambucha teh atau kefir.

hirisan buah mangga di dalam teh kambucha yang dijadikan jeruk.  Buah boleh dimakan bersama airnya yang boleh diminum. Amat enak dan berkhasiat. 


Produk murah tersebut bukan sahaja boleh dibeli malah boleh dibuat sendiri di rumah dengan kos yang murah.

Jika anda bukan pengemar sayur atau buah.  Anda boleh menikmati sayur jeruk atau jeruk buah buahan yang dihasilkan dari proses penapaian.

Untuk asas penapaian paling mudah dan murah,  hanya pilih sayur yang sesuai dan rendam ia di dalam air botol yang berisi garam atau gula dan biarkan 3-4 hari untuk memastikan pembiakan bakteria baik.  Anda boleh merujuk YouTube atau artikel seterusnya tulisan saya untuk cara menghasilkan jeruk buah dan sayur ini untuk artikel akan datang.

Andai jeruk sayur atau buah anda masih tidak gemari.  Anda boleh mencuba menikmati tapai,  sama ada tapai  ubi, pulut atau nasi yang manis.  Ia hasil penapaian dari ragi.  Amat bagus untuk usus atas kandungan probiotik yang tinggi.  Amat Mudah dibuat dan murah jika dibeli.

Delima sebagai prebiotik makanan untuk probiotik seperti kambucha teh.. Satu gandingan mudah untuk supplement asli yang sihat. 
Untuk memaksimumkan hasil probiotik digalakkan anda menikmati probiotik bersama prebiotik.  Prebiotik adalah makanan kepada probiotik.

Gandingan yang paling mudah ialah buah dan yogurt.  Kambucha tea dan buah juga sesuai.  Anda boleh merendam beberapa jenis buah kegemaran di dalam kambucha tea anda dan nikmatnya. Sungguh sedap.  Anda juga boleh menikmati  buah atau sayur secara asing bersama teh kambucha anda.  Jika anda tidak mempunyai kambucha,  kefir buah juga satu alternatif yang bagus untuk kesihatan usus anda.

Maklumat ini cukup membantu anda yang kekurangan budget terutama dengan isu mata wang yang jatuh di masa ini sekaligus meningkatkan harga probiotik yang diimport dari luar negara.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...