Khamis, 29 Disember 2016

Khasiat Ulam Raja



Ulam raja yang mudah tumbuh subur
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masyarakat Asia terkenal dengan pelbagai jenis ulaman.  Antara ulam yang paling digemari dan mudah ditanam serta didapati ialah ulam raja.

Ulam raja tumbuh subur di tanah beriklim Khatulistiwa dan tidak perlu dijaga serumit tumbuhan lain.

Ulam raja yang terkenal ini amat kaya dengan khasiat dan Kebaikan tersendiri.

Berikut ialah khasiat dan Kebaikan Ulam Raja :-

1. Terkenal sebagai makanan awet muda

Berwarna hijau,  dinikmati mentah sebagai ulaman,  kaya dengan enzim jika dimakan terus dari halaman,  ulam raja kaya dengan anti oksida sekaligus membantu anda menjadi awet muda.

2. Membantu membuang toksin dalam tubuh

Ulam raja terkenal mempunyai ketinggian jumlah anti oksida.
100 gram ulam raja menyamai khasiat anti oksida  yang sama dengan 2400 miligram  LG asid ascorbic.

Ia sekaligus bertindak membuang toksin di dalam tubuh.  Sekaligus menjadikan tubuh lebih sihat.

3. Membantu menguatkan tulang

Ulam raja yang kaya kandungan anti oksida ini turut menguatkan tulang dan sendi-sendi tubuh.

Dikatakan ada lebih 20 anti oksida di dalam ulam raja.

4. Untuk kecantikan kulit

Dengan mengamalkan ulam raja di dalam menu harian anda akan membantu mencantikkan kulit anda.

Fungsi ulam raja yang membantu menambahkan oksigen di dalam darah sekaligus menjadikan darah lebih segar dan mengurangkan pelbagai masalah kulit dan melahirkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

Vitamin dan kandungan nutrien lain di dalam ulam raja turut membantu membersihkan kulit dan memberikan kulit yang lebih sihat.

5.  Membunuh bakteria merbahaya

Ulam raja walaupun dikatakan murah tetapi amat tinggi khasiat.
Ulam raja dipercayai mampu membunuh bakteria e-coli,  fungus atau kulat seperti candida albican dan pelbagai lagi.

6. Menambah selera makan

Menambah ulama raja di dalam menu hidangan anda akan membantu meningkatkan selera anda terutama bagi anda yang kurang selera makan.

7.  Membantu mengurangkan risiko lemah jantung

Ulam raja jika kerap dinikmati akan membantu anda yang mengalami lemah jantung.  Jika anda berisiko penyakit jantung dan jarang menjaga diet dan kerap mengamalkan menu tinggi kolesterol jahat,  amalkan ulam raja dengan kerap.

Ini sahaja info dan Kebaikan Ulam Raja yang sempat saya kongsikan bersama anda.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...