Selasa, 20 Disember 2016

KHASIAT DAN KEBAIKAN GULA MOLASSES


Gula molasses yang boleh di dapati di kedai organik pilihan saya. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai mengatakan bahawa gula berbahaya kepada tubuh.

Gula sebenarnya tetap diperlukan tubuh dan merupakan nutrisi yang baik untuk tubuh. Kekurangan gula akan menyebabkan tubuh badan lemah dan kondisi tubuh menjadi 'senget' serta mudah diserang penyakit.

Pastikan anda memilih gula yang tidak diproses dan yang sihat untuk tubuh anda.

Antara gula yang bagus ialah gula molasses. Gula molasses adalah antara gula yang jauh lebih selamat dari gula putih atau gula berproses lain.

Pengambilan gula molasses haruslah dalam jumlah sederhana kerana ia tetap gula yang jika diambil didalam kadar keterlaluan akan menyebabkan penyakit.

Berbeza berbanding gula putih atau gula perang. Gula molasses warnanya lebih gelap dan pekat.

Terdapat pelbagai jenis gula molasses mengikut gred, serbuk dan juga cecair.

Molasses juga dikenali sebagai sirap tebal yang diproses dari tebu atau gula ubi bit yang telah dihancurkan.

Terdapat juga molasses yang diperbuat dari kurma dan delima.

Gula Molasses dipercayai mengandungi lebih banyak garam galian dan zat besi yang tinggi berbanding gula lain.

Terdapat 3 jenis molasses, light molasses, dark molasses dan blackstrap molasses

Black Molasses kebiasaanya yang jenis cecair amat popular bagi mereka yang mementingkan kesihatan khususnya kerana kandungan zat mineral dan galian dan zat besi didalamnya.


antara kandungan didalam gula molasses

Gula molasses tetap mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara kandungan yang terdapat didalam gula molasess ialah Vitamin B6, Kalsium, Potassium, Tembaga, Zat besi, Magnesium, Manggan dan selenium.

Ibu hamil digalakkan mengambil gula molasses yang tinggi kandungan zat besi berbanding gula berproses yang lain.

Antara Khasiat gula molasses ialah :-

1. Kandungan kalsium, zat besi dan selenium membantu dalam pembentukan tulang yang sihat dan kuat.

2. Potassium didalam gula molasses membantu dalam mengurangkan tekanan darah dan menjaga kesihatan jantung sekaligus menjauhi stroke.

3. Dalam satu kajian, menikmati gula molasses didalam makanan bersifat karbohidrat ia dapat menurunkan tekanan gula didalam darah dan tahap insulin berbanding hanya mengambil makanan sahaja.

4. Blackstrap molasses dikatakan kaya antioksidan. Kajian menunjukkkan anti oksidan bagus dalam mengurangkan stress.

5. Gula molases juga dikatakan boleh menyebabkan cirit birit bagi mereka yang menghadapi masalah pencernaan.

6. Jika anda menghadapi masalah pencernaan berkaitan Irritable bowel syndrom  (IBS) anda dilarang mengambil sirap blackstrap molasses.

Anda boleh memilih gula molases berdasarkan pada warna gula itu sendiri. Semakin gelap warna gula molasses pilihan anda maka semakin tinggi kandungan nutrisi didalamnya.

Gula molasses enak ditambah didalam apa sahaja makanan dan minuman dan sedap dicicah roti canai atau capati.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...