Khamis, 29 Disember 2016

Bahayakah Sayur-sayuran dari Cameron Highlands?



Sayuran organik pilihan saya- semua mini organik dan untuk penjimatan kos kadang kala saya hanya membeli ulam di pasar
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini saya melihat video yang dikongsi oleh Dr. Zubaidi di Facebook beliau.

Video berdurasi lebih 5 minit itu mengatakan bahawa sayur-sayuran di Malaysia khasnya yang ditanam secara komersial di Cameron adalah antara yang paling tinggi pesticides.  Malah pekebun atau peniaga Cameron yang menanam dan mengusahakan ladang sayuran itu sendiri tidak sanggup menikmati sayuran itu dalam diet dan menu masakan mereka.

Mengikut video tersebut, pekebun Cameron membeli cecair hitam murah yang dibeli dari negara Thailand untuk mengurangkan kos dan menggunakan hanya satu penutup hitam sahaja cecair tersebut dan dimasukkan dalam segelen air, semua benda disekitarnya akan mati.

Malah,  paling mengejutkan info dari video itu mengatakan bahawa sayur dari Cameron mengalahkan sayuran dari negara China jika diukur berdasarkan kandungan pesticide itu sekaligus meletakkan sayuran dari Cameron sebagai no.1 tinggi kandungan pecticides di Dunia.

Menyeramkan bukan?. Maka, tidak hairanlah mengapa ramai mereka yang mengamalkan diet sihat juga terkena pelbagai penyakit, apatah lagi mereka yang lansung tidak menjaga pemakanan dan kesihatan.

Untuk info lebih lanjut anda boleh membaca link dibawah ini, di mana ia disertakan video sekali.

http://cilisos.my/omg-are-vegetables-from-cameron-highlands-poisonous/

Berpandukan artikel diatas, logik untuk anda merasakan takutnya menikmati sayur yang ditanam dan dibeli diluar.

Beruntung mereka yang mempunyai tanah dan menanam sayur-sayuran sendiri.

Jika anda mampu anda boleh membeli sayur-sayuran organik yang sebenarnya agak tinggi budget tetapi lebih berbaloi berbanding kos merawat kesihatan yang terabai atau penyakit yang lebih tinggi kosnya.

Untuk penjimatan kos yang lebih rendah jika anda tinggal di Bandar atau tidak berdaya bercucuk tanam, anda boleh membeli ulam-ulaman yang insyaallah kurang berbahaya berbanding sayur-sayuran terutama yang diambil dari Cameron.

Ini sahaja info yang sempat saya kongsikan untuk anda dalam artikel ini.

Semoga artikel ini memberi manfaat berguna untuk anda.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...