Sabtu, 31 Disember 2016

Ini HERBA Sihat tetapi ENAK yang pasti anda Rela amalkan


Vanilla pod dan vanilla ekstrak serta kulit kayu manis jenis Ceylon 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tahun baru 2017 yang bakal menyusul beberapa jam ini, tentu membuat anda tidak sabar menanam azam baru. 

Pasti ada antara anda yang memasang azam untuk semakin kurus atau paling tidak mengamalkan diet lebih sihat. 

Siapa tidak ingin sihat dan kurus?.  

Maklumlah,  definisi cantik selalu dikaitkan dengan cantik dan sihat. 

Untuk artikel ringkas sebelum menutup tirai tahun 2015 ini.  

Saya berkongsi herba 'best', wangi dan sedap yang amat sesuai anda amalkan sebagai campuran di dalam minuman pagi kegemaran anda. 

Herba dan tumbuhan ini juga tentu sekali enak ditambah di dalam masakan tertentu. 

Saya pernah berkongsi khasiat dan Kebaikan kulit kayu manis di dalam artikel di link di bawah ini :-

Khasiat Kulit Kayu Manis

Untuk info,  saya pernah menonton video yang dikongsi di dalam Group sekolah ibu saya di mana ia memaparkan ceramah ustazah Nurhafizah Musa yang bercerita bagaimana bagusnya kulit kayu manis untuk wanita.

Dari ceramah penjagaan kecantikan ustazah Nurhafizah Musa itu,  beliau menceritakan betapa cantik kulit wanita Arab yang ditemui belau.

Wanita Arab itu telah  bersalin banyak kali tetapi kulit perut dan tubuhnya tetap cantik.

Antara yang dijadikan amalan ialah mengunyah kulit kayu manis dan ia menjadikan kulit kayu manis itu seperti gula-gula.

Kata ustazah Nurhafizah Musa lagi,  kulit kayu manis yang diamalkan oleh wanita itu bukan seperti kulit kayu yang masyarakat Malaysia amalkan.  Ia berbeza.

Setelah saya selidiki,  jenis kulit kayu manis di Malaysia kebanyakan ialah jenis cassia sedangkan yang diamalkan oleh wanita itu ialah jenis Ceylon.

Benar seperti dikatakan oleh ustazah Nurhafizah Musa,  rasa kulit kayu manis jenis Ceylon ini memang manis.

Tinggalkan kisah video ceramah ustazah Nurhafizah Musa,  kini saya ingin berkongsi mengenai keenakan rasa Vanilla sebenar dan aroma baunya yang sungguh wangi dan membangkit rasa.

Tahukah anda untuk rasa koko yang enak anda hanya perlu tambahkan Vanilla.

Kenapa saya menggalakkan anda menambahkan Vanilla di dalam minuman anda?

Ia adalah kerana kerana rasa dan aroma nya dikatakan boleh mengurangkan stress,  memberi ilham dan menambahkan kecerdasan  otak.

Bukankah ia amat bagus untuk anak anda dan diri anda sendiri.

Malah vanila juga dipercayai sebagai tumbuhan anti kanser.

Saya akan berkongsi dengan anda khasiat Vanilla dalam artikel seterusnya.

Untuk anda yang tertanya tanya di mana untuk mendapatkan kulit kayu manis ceylon dan vanila asli ini,  anda boleh terus membeli secara online di

TROPICAL Spice GARDEN.

Website kedai tumbuhan dan herba ini di link di bawah ini

http://tropicalspicegarden.com/

Anda boleh terus membeli pelbagai herba dan tumbuhan berkhasiat di Website ini.

Semoga artikel ini memberi kegembiraan untuk anda terutama ketika tahun baru 2017 yang bakal menjelma.

Terima kasih.



Bagaimana 'feed' @ 'bagi makan' Sourdough Starter


Bahan-bahan diperlukan untuk feed Sourdough 
Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Jika anda telah mendapat Sourdough starter atau berjaya membuat Sourdough starter hasilan sendiri,  masa untuk belajar 'feed' Sourdough untuk mengandakan jumlah kuantiti yis liar ini untuk di masukkan ke dalam resipi anda.

Artikel ini akan menerangkan cara-cara meng 'feed'  atau mengaktifkan Sourdough starter anda. 

Kebiasaannya anda hanya perlu bahan-bahan ini untuk feed Sourdough starter anda:-

A. Bahan-bahan

1 cawan tepung unbleached 

1 @ 3/4 cawan air filter (bukan RO)  atau
Air mineral

Sudu stainless steel bukan besi untuk digunakan

**untuk anda yang baru belajar di nasihatkan gunakan nisbah 1:1
* 1 cawan tepung : 1 cawan air

Cara-caranya:-

Anda boleh mencampurkan terus ke dalam botol Starter anda kedua-dua bahan tersebut kacau sebati cukup likat dan pekat. 

Biarkan Sourdough starter ini selama 3-6 jam untuk naik sendiri menjadi 2 kali ganda dari berat asal (bahagian asal).

**kebiasaannya saya hanya memerlukan 3 jam sahaja masa untuk Sourdough starter saya aktif dan menjadi 2 kali ganda. 


Pastikan kepekatan bancuhan okay dan mampu naik
Anda boleh tandakan bahagian asal dengan getah.

Gambar di atas saya menandakan menggunakan getah hijau.

Cuci sekeliling botol anda untuk menampakkan botol anda 'clean' @ bersih supaya mudah untuk anda melihat dengan jelas jumlah kenaikan Sourdough starter anda. 


B. Tempoh dan suhu

Tempoh 6 jam ke atas atau kurang adalah berdasarkan suhu sekeliling. 

Jika suhu agak sejuk lebih lama masa diperlukan. 

Suhu panas lebih singkat masa diperlukan.


C.  Sourdough starter untuk diberikan kepada kenalan

Jika anda sekadar ingin feed Sourdough starter untuk diberi kepada kenalan atau keluarga anda,  tukarkan sahaja jumlah tepung kepada 2 sudu dan sesuai kan ia dengan jumlah air. 

Kemudian seperti biasa,  tunggu sahaja Sourdough starter anda mula menaik dan berubah menjadi 2 kali ganda berat. 

D.  Cara rehatkan Sourdough starter jika tidak digunakan.

Andai Sourdough starter anda terlalu aktif. 

Anda boleh rehat atau sejukkan ia sebentar di dalam peti ais. 

Jika anda mahu menggunakan Sourdough starter anda sila keluarkan kembali Sourdough starter anda ini. 

E.  Penggunaan Sourdough  Aktif dan tidak aktif

Untuk memudahkan tahap pemahaman anda, sila fahami info dibawah:-

1. Resipi menggunakan yis anda perlukan Sourdough yang aktif.  Contoh resipi roti, donut, pau dan lainlah.

2. Resipi tidak menggunakan yis seperti chapati,  lempeng,  cekodok anda boleh terus menggunakan Sourdough starter dari peti ais (tidak aktif).

F.  Info lain mengenai masakan

Anda hanya perlu menambahkan sesudu atau 2 sudu Sourdough starter ke dalam resipi adunan anda berdasarkan firasat anda sendiri.  Saya hanya menambahkan sesudu atau 2 sudu sahaja Sourdough starter di dalam bancuhan adunan chapati saya.

**saya menggunakan 1 sudu Sourdough Starter untuk secawan tepung.

Adunan chapati saya dibiarkan selama 3 jam untuk Sourdough starter itu menguraikan gluten di dalam adunan.

Jika anda ingin membuat roti atau menu menggunakan yis, anda perlu aktif kan Sourdough starter 3-6 jam kurang atau lebih.

Setelah selesai bancuhan resipi anda dikehendaki membiarkan adunan anda menjadi 2 kali ganda dan pastikan adunan itu telah naik gebu kerana fungsi Sourdough ialah menggantikan yis komersial.  Ini terpulang kepada masa adunan anda naik menjadi 2 kali ganda (6-9jam bergantung pada suhu dan nasib).  

Perhatian :-  Pastikan anda tidak memasukkan garam secara terus di dalam Sourdough starter anda.  Ini mungkin membunuh Sourdough itu sendiri (risiko Sourdough mati dan tidak lagi boleh digunakan).  Jauhi menggunakan air REVERSE osmosis yang di tambah garam Pink untuk menggantikan air mineral atau air berlapis. 

Semoga info ini membantu anda.

Terima kasih.

** di bawah ini link sambungan artikel seterusnya.

Mengenal pasti Sourdough starter Aktif dan Tidak Aktif




Sukarnya kekal menjaga pemakanan dan kesihatan


Tentu sahaja sekali sekala saya tetap menikmati coklat. 

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Tahun 2017 yang bakal menyusul 12 malam ini menyaksikan penambahan usia hidup saya sendiri. 

Sejujur nya,  mungkin terlihat saya acap kali berkongsi makanan organik dan gaya hidup sihat. 

Realiti berbeza, kerana sesungguhnya saya kadang kala tewas dan menikmati makanan yang juga terkenal tidak menyihatkan. 

Satu penipuan jika anda percaya saya hanya menikmati sayur-sayuran organik,  ada waktu saya menikmati masakan ibu saya yang turut menggunakan perencah hilal dan tambahan gula berbeza masakan saya sendiri yang tiada tambahan kedua-dua benda ini. 

Dan tentu sekali saya kerap menikmati masakan ibu sendiri berbanding air tangan sendiri kecuali kerajinan melanda dan saya inginkan menu lebih sihat. 

Coklat,  untuk sekali dua saya mampu menolak.  Masuk kali ke 3 dan ke 4 jika di beri percuma pasti saya ambil dan menikmatinya sedikit. 

Kek dari King's confectionery juga dari kula cakes atau bakery terdekat termasuk roti serta temosa juga karipap kentang adalah makanan yang kerap didapati dan dibeli oleh keluarga saya.  Jika boleh kawal nafsu,  saya tidak menyentuh segala makanan itu,  tetapi apabila nafsu tewas saya tetap menikmatinya. 

Segala yang saya beli bahan organik dan makanan sihat adalah salah satu cara mengurangkan makanan tidak sihat yang saya nikmati.

Sekurang kurangnya diet saya pada hari ini jauh berbeza berbanding diet saya dahulu.

Apa yang utama ialah perubahan dan peningkatan berbanding berada di takuk lama yang tidak memberi faedah. 

Ada perkara yang saya tidak mampu elakkan seperti asap rokok,  asap kenderaan,  asap dari kilang yang di luar bidang kuasa saya juga penggunaan bahan toksid dalam kehidupan harian terutama melibatkan barangan rumah terutama pencuci,  ubat lipas,  penyembur serangga,  pewangi rumah,  pewangi tubuh dan sebagainya. 

Untuk info pewangi tubuh,  serbuk pencuci pakaian,  alat kosmetik juga antara penyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan termasuk pewangi rumah dan Kereta. 

Perkara di luar kawalan,  kita abaikan. 

Jauhkan stress,  buat perkara yang anda mampu. 

Semoga kesihatan kita semua bertambah baik bukan sahaja pada tubuh,  pemakanan malah pemikiran dan jalinan silaturahim. 

Terima kasih. 




Tahun Baru 2017:- Semoga Blog dan Adsense semakin Maju



Bulan December adalah bulan Blog ini kerap dikunjungi 

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Bulan Februari 2017 hadapan,  cukup Blog ini berusia 4 tahun.

Bulan June 2017 pula meraikan ulang tahun ke 2 Blog ini sebagai pengiklan Adsense.

Blog sesuatu yang anda tidak akan nampak hasilnya dalam setahun dua penulisan,  apatah lagi jika anda hanya Blogger separuh masa.

Menulis blog memerlukan pengorbanan dan daya penulisan kreatif dan inovatif yang seharusnya memberi manfaat dan ilmu kandungan yang dicari oleh pembaca terutama melalui carian Google.

Ketika tahun pertama menulis Blog saya mencari cari identiti sendiri. Tidak tahu apa ingin ditulis.  Hanya tulis apa yang ingin ditulis.

Ketika itu tidak tahu bagaimana untuk bermula.  Hanya mulakan.

Ketandusan idea untuk dikongsi bersama untuk pembaca Blog ini sehingga Allah mentakdirkan saya melalui pengalaman ekzema dan melalui proses topical steroid withdrawal sekaligus mengubah banyak pandangan dan perkara dalam hidup saya dari segi pandangan dan pemikiran serta attitude malah personaliti.

Saya sering mengatakan kepada mereka yang membaca Blog ini, tiada satu perkara yang menimpa kecuali ada hikmah tersembunyi.  Tiada ujian hebat kecuali ada hadiah hebat yang bakal diperoleh.  Sentiasa besangka baik dan hanya bersandar pada tuhan.  Sejuta yang membangkang,  pastikan anda pegang pada perkara yang anda percaya janji anda rajin membaca dan mencari ilmu sebenar kerana di medan media sosial dan kuasa Internet anda perlu bijak membezakan setiap maklumat yang diberi.

Tidak perlu susah susah berbalah.  Mereka yang bijak akan terus mencari jawapan sendiri tanpa membuang masa membahas.

Satu waktu dulu,  tidak pernah terjangkau Blog ini akan mempunyai lebih 300 pembaca sehari,  kini lebih 2500 pembaca sehari bukan satu perkara asing.

Jika satu waktu dahulu saya pelik bagaimana pemegang akaun Adsense boleh mendapat pendapatan usd100 sebulan.  Kini saya tidak pelik jika pemegang akaun Adsense mendapat usd100 sehari.


Paparan print screen Adsense 


Bermula hanya anggaran usd3 sebulan sebagai pendapatan Blogger Adsense diblog ini,  kini pendapatan Blogger Adsense saya yang baru berusia hampir 1 tahun 6 bulan kini menunjukkan peningkatan peratusan mendadak lebih 550% dalam 1 tahun setengah menjadi hampir usd17 (bayaran paparan ini diambil pada 30/12/2016 kurang satu hari sebelum 31/12/2016.)  sebulan.

Pada tahun 2016 ini juga peningkatan baru berlaku kepada 2 lagi Blog milik saya iaitu wakeup &  be awesome dan life amazing yang menunjukkan ia mula memberi hasil untuk akaun Adsense rezeki saya ini.  Alhamdulillah.

Untuk info blog ini setakat ini hanya memaparkan 107 artikel sahaja pada tahun 2016 (sehingga artikel ini ditulis).

Bersamaan hanya 3@4 hari sahaja untuk 1 penulisan artikel.

Blog ke 2 hanya 13 artikel untuk 2016. Dan Blog ke 3 hanya 5 artikel.

Untuk info,  semakin banyak artikel berkualiti dari hasil cipta penulisan anda semakin cerah hasil carian di Google untuk sampai ke blog anda,  semakin meningkat potensi keuntungan Adsense anda berpandukan jumlah pengunjung blog malah jika ada pembaca 'klik' iklan  di blog anda,  bayaran Adsense anda juga semakin tinggi.  Keuntungan berganda jika pengunjung blog anda membeli barangan yang diiklankan di blog anda.

Lebih beruntung jika Blog anda dikunjungi oleh pembaca luar negara di mana mata wang mereka bernilai tinggi berbanding Ringgit Malaysia.


Tagine ke 3-3 blog saya di Adsense,  nilai yang sedikit insyallah akan terus naik

Iklan di blog anda kebiasaan akan mengikut kata kunci dari artikel yang dibaca dan dicari.
Kata kunci artikel yang 'mahal' akan mempengaruhi harga bayaran iklan di blog anda.

Saya pernah menulis antara kata kunci dan iklan mahal di salah sebuah artikel dalam label @ kategori Blogger di blog ini.

Untuk tahun 2017, perancangan label dan kategori baru akan diperkenalkan dan ditulis dalam setiap blog milik saya.

Kewujudan blog ke 4 milik saya pada tahun hadapan,  berpandukan masa dan anugerah ilham yang diberi oleh Allah kepada saya di masa akan datang.

Agak rugi,  jika saya punyai puluhan blog tetapi tidak menghasilkan artikel berkualiti Yang dicari dan boleh dikongsi untuk memberi kebaikan kepada mereka yang sanggup mengorbankan masa membaca.

Bonus jika anda seorang yang mula berniaga dan ingin mencipta branding sendiri,  Blog adalah antara media sosial yang turut banyak membantu.

Semoga artikel ini memberi motivasi dan semangat baru kepada anda jika anda adalah seorang penulis dan bercita cita mempunyai blog bagi mengisi masa terluang disamping memberi manfaat kepada mereka yang membacanya.

Untuk Blogger yang aktif dan tidak aktif,  semoga anda gembira membaca artikel ini.

Selamat tahun baru 2017.

Terima kasih.




Khamis, 29 Disember 2016

Khasiat dan Kegunaan Daun Inai



pokok inai dan daun pandan sebagai gambar hiasan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semenjak kecil lagi saya mengenali daun inai yang kerap dipakai dijari ramai wanita ketika itu sebagai hiasan .

Dihari perkahwinan pengantin lelaki dan wanita akan dihias inai di kedua-dua tapak tangan dan kaki sebagai salah satu adat perkahwinan kaum melayu khususnya tidak terkecuali kaum India.

Terdapat pelbagai khasiat dan kegunaan daun inai, antaranya :-

1.  Sebagai hiasan jari jemari pasangan pengantin .

2. Sebagai pewarna uban dikalangan golongan emas .

3. Berfungsi menyejukkan kulit kepala .

4. Mengurangkan panas badan dan panas kepala.

5. Melebatkan rambut dan mengurangkan uban.

6. Turut membantu mengurangkan keguguran rambut dan kelemumur.

7. Mencantikkan rambut dengan membuatkan rambut semakin bersinar.

10. Mencantikkan dan menguatkan kuku.

11. Sebagai hiasan dan menyembuhkan kuku cekang dan kuku yang rosak.

12. Daun inai juga dijadikan ubat untuk wanita yang lepas bersalin.

13. Juga sesuai sebagai ramuan minuman selepas haid.

14. Daun inai juga bagus untuk mengecutkan buasir. Hanya kisar daun inai dan bunga inai dan kulit delima serta ibu kunyit , kemuidan minum 3 kali sehari selama 3 hari. Insyaallah berak berdarah dan buasir akan kecut.

15. Daun inai juga digunakan untuk mencantikkan kulit. Air rebusan inai dipercayai memerahkan kulit.

Walau bagaimana pun anda tidak digalakkan sering mengamalkan air rebusan daun inai atau kisaran daun inai kerana ada pendapat mengatakan daun inai ini agak tajam.

Amalkan ia sekali sekala atau sebulan sekali sahaja jika anda tidak menghadapi apa-apa masalah kesihatan.

Semoga bermanfaat.


Terima kasih.

Bahayakah Sayur-sayuran dari Cameron Highlands?



Sayuran organik pilihan saya- semua mini organik dan untuk penjimatan kos kadang kala saya hanya membeli ulam di pasar
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini saya melihat video yang dikongsi oleh Dr. Zubaidi di Facebook beliau.

Video berdurasi lebih 5 minit itu mengatakan bahawa sayur-sayuran di Malaysia khasnya yang ditanam secara komersial di Cameron adalah antara yang paling tinggi pesticides.  Malah pekebun atau peniaga Cameron yang menanam dan mengusahakan ladang sayuran itu sendiri tidak sanggup menikmati sayuran itu dalam diet dan menu masakan mereka.

Mengikut video tersebut, pekebun Cameron membeli cecair hitam murah yang dibeli dari negara Thailand untuk mengurangkan kos dan menggunakan hanya satu penutup hitam sahaja cecair tersebut dan dimasukkan dalam segelen air, semua benda disekitarnya akan mati.

Malah,  paling mengejutkan info dari video itu mengatakan bahawa sayur dari Cameron mengalahkan sayuran dari negara China jika diukur berdasarkan kandungan pesticide itu sekaligus meletakkan sayuran dari Cameron sebagai no.1 tinggi kandungan pecticides di Dunia.

Menyeramkan bukan?. Maka, tidak hairanlah mengapa ramai mereka yang mengamalkan diet sihat juga terkena pelbagai penyakit, apatah lagi mereka yang lansung tidak menjaga pemakanan dan kesihatan.

Untuk info lebih lanjut anda boleh membaca link dibawah ini, di mana ia disertakan video sekali.

http://cilisos.my/omg-are-vegetables-from-cameron-highlands-poisonous/

Berpandukan artikel diatas, logik untuk anda merasakan takutnya menikmati sayur yang ditanam dan dibeli diluar.

Beruntung mereka yang mempunyai tanah dan menanam sayur-sayuran sendiri.

Jika anda mampu anda boleh membeli sayur-sayuran organik yang sebenarnya agak tinggi budget tetapi lebih berbaloi berbanding kos merawat kesihatan yang terabai atau penyakit yang lebih tinggi kosnya.

Untuk penjimatan kos yang lebih rendah jika anda tinggal di Bandar atau tidak berdaya bercucuk tanam, anda boleh membeli ulam-ulaman yang insyaallah kurang berbahaya berbanding sayur-sayuran terutama yang diambil dari Cameron.

Ini sahaja info yang sempat saya kongsikan untuk anda dalam artikel ini.

Semoga artikel ini memberi manfaat berguna untuk anda.

Terima kasih.




Khasiat Ulam Raja



Ulam raja yang mudah tumbuh subur
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masyarakat Asia terkenal dengan pelbagai jenis ulaman.  Antara ulam yang paling digemari dan mudah ditanam serta didapati ialah ulam raja.

Ulam raja tumbuh subur di tanah beriklim Khatulistiwa dan tidak perlu dijaga serumit tumbuhan lain.

Ulam raja yang terkenal ini amat kaya dengan khasiat dan Kebaikan tersendiri.

Berikut ialah khasiat dan Kebaikan Ulam Raja :-

1. Terkenal sebagai makanan awet muda

Berwarna hijau,  dinikmati mentah sebagai ulaman,  kaya dengan enzim jika dimakan terus dari halaman,  ulam raja kaya dengan anti oksida sekaligus membantu anda menjadi awet muda.

2. Membantu membuang toksin dalam tubuh

Ulam raja terkenal mempunyai ketinggian jumlah anti oksida.
100 gram ulam raja menyamai khasiat anti oksida  yang sama dengan 2400 miligram  LG asid ascorbic.

Ia sekaligus bertindak membuang toksin di dalam tubuh.  Sekaligus menjadikan tubuh lebih sihat.

3. Membantu menguatkan tulang

Ulam raja yang kaya kandungan anti oksida ini turut menguatkan tulang dan sendi-sendi tubuh.

Dikatakan ada lebih 20 anti oksida di dalam ulam raja.

4. Untuk kecantikan kulit

Dengan mengamalkan ulam raja di dalam menu harian anda akan membantu mencantikkan kulit anda.

Fungsi ulam raja yang membantu menambahkan oksigen di dalam darah sekaligus menjadikan darah lebih segar dan mengurangkan pelbagai masalah kulit dan melahirkan kulit yang lebih sihat dan cantik.

Vitamin dan kandungan nutrien lain di dalam ulam raja turut membantu membersihkan kulit dan memberikan kulit yang lebih sihat.

5.  Membunuh bakteria merbahaya

Ulam raja walaupun dikatakan murah tetapi amat tinggi khasiat.
Ulam raja dipercayai mampu membunuh bakteria e-coli,  fungus atau kulat seperti candida albican dan pelbagai lagi.

6. Menambah selera makan

Menambah ulama raja di dalam menu hidangan anda akan membantu meningkatkan selera anda terutama bagi anda yang kurang selera makan.

7.  Membantu mengurangkan risiko lemah jantung

Ulam raja jika kerap dinikmati akan membantu anda yang mengalami lemah jantung.  Jika anda berisiko penyakit jantung dan jarang menjaga diet dan kerap mengamalkan menu tinggi kolesterol jahat,  amalkan ulam raja dengan kerap.

Ini sahaja info dan Kebaikan Ulam Raja yang sempat saya kongsikan bersama anda.

Semoga bermanfaat.

Terima kasih.






Rabu, 28 Disember 2016

Pertama kali Menggunakan Starter Sourdough


Starter Sourdough yang diberikan oleh yanie untuk saya

Assalammualaikum dan salam sejahtera. 

Syukur alhamdulillah setelah bertahun mengenali Sourdough atau yis liar purba,  akhirnya hari ini saya berjaya dan diberi kesempatan dan rezeki dari Allah  untuk menerima pemberian Sourdough starter dari sahabat yang saya hanya kenali di Facebook iaitu Yanie,  insan yang sama menghadiahkan saya benih kefir bertahun lepas. 

Untuk info sourdough starter juga boleh dibuat sendiri.  Anda boleh Google dan belajar dari YouTube bagaimana menghasilkan Sourdough starter ini. 

Sourdough starter boleh terus digunakan jika anda hanya ingin memasak chapati, lempeng,  cucur atau apa sahaja resipi yang menggunakan gandum atau tepung yang mempunyai gluten termasuk wholemeal. 

Sourdough starter perlu di 'feed' atau diberi 'makan' untuk menggantikan yis komersial untuk menu masakan yang menggunakan yis komersial seperti pau,  roti, apam dan sebagainya. 

Untuk pembuatan chapati,  saya hanya perlu mengambil sesuatu Sourdough starter dan tambahkan sahaja ke dalam adunan chapati saya dan peram adunan selama 3 jam sebelum menguli adunan chapati saya. 

Berbeza jika dimasa akan datang saya ingin membuat roti,  saya perlu memberi makan starter Sourdough saya beberapa sudu tepung dan membiarkan ia membiak selama beberapa jam berdasarkan cuaca dan ketinggian penambahan starter. 

Contoh starter Sourdough seperti gambar di atas asalnya hanya setinggi garis getah hijau.  Setelah di beri makan,  hanya beberapa jam Sourdough starter ini telah naik tinggi dan mengembang.  Alhamdulillah. 

Untuk pembuatan roti atau pau yang perlu menggunakan yis,  saya wajib menggunakan Sourdough starter yang telah di beri makan ini dan membiarkan adunan kembang 7-8 jam berpandukan keadaan adunan dan resipi adunan itu sendiri. 

Untuk permulaan cukuplah saya hanya menggunakan Sourdough starter ini di dalam resipi chapati saya.  

Bancuhan adunan yang bercampur Sourdough ini,  insyallah akan membantu menghuraikan gluten yang terkandung dalam adunan chapati saya di mana saya menggunakan tepung unbleached dan tepung wholemeal. 

Untuk individu yang menghadapi masalah gluten intolerance seperti saya yang kebiasaannya mereka yang menghadapi masalah auto imun seperti usus bocor,  ekzema,  asma,  arthritis dan pelbagai penyakit auto imun termasuk resdung dan migrain. 

Kebanyakan manusia kini menghadapi masalah pencernaan gluten atas pengaruh makanan moden dan diet yang tidak menentu selain stress. 

Mengurangkan gluten di dalam diet amat digalakkan untuk mereka yang menghadapi masalah penguraian gluten ini. 

Sourdough tidak membuang gluten terus dari makanan ia sekadar menguraikan gluten agar lebih mudah dicerna.

Ia amat berbeza dengan makanan tanpa gluten.  Jika anda mengamalkan diet gluten free atau diet tanpa gluten,  makanan berasaskan  Sourdough bukan pilihan tepat untuk diamalkan (masih mengandungi gluten). 

Semoga info ini membantu anda yang menghadapi masalah gluten intolerance. 

Terima kasih. 


** di bawah ini link sambungan artikel seterusnya

BAGAIMANA aktifkan @ beri makan Sourdough Starter?



6 Kegunaan dan Kebaikan Daun limau purut


daun limau purut yang ditanam di kampung halaman

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Semakin berusia semakin saya mengenali dan mengemari herba.

Jika diwaktu kecil dan muda saya kurang suka sayur dan ulam serta herba-herba yang saya tidak kenali.

Seiring masa semua berubah. Antara ulam atau herba yang saya gemari dan diletakkan didalam pelbagai hidangan ialah daun limau purut.

Daun limau purut amat enak ditambah di dalam menu masakan seperti asam pedas, tom yam, sambal dan pelbagai menu masakan lain termasuk paprik. Malah jika ditambah ke dalam nasi goreng ia turut menambah aroma didalam masakan nasi goreng anda.

Dibawah ini adalah antara kegunaan dan kebaikan Daun Limau Purut:-

1. Sebagai pewangi semulajadi. Hiris halus daun limau purut dan daun pandan, tambahkan kelopak mawar segar dan renjis air mawar. Ia pewangi semulajadi yang sesuai diletakkan didalam almari pakaian, didalam bilik tidur atau didalam kereta.

2. Campurkan sedikit garam dan daun limau purut ke dalam lesung batu , tumbuk halus dan jadikan pes. Pes campuran kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai bahan pemutih gigi dan menghilangkan bau mulut.

3. Hiris halus daun limau purut dan letakkan disetiap ruang rumah atau pejabat anda. Ia menyegarkan udara dan menghilangkan bau busuk sekaligus mengurangkan stress.

4. Anda juga boleh menghiris daun limau purut dan dicampur sedikit perahan limau purut sebagai bahan mandi wap untuk membuang toksin dan mewangikan tubuh anda.

5. Tambah beberapa helai daun purut didalam masakan sup, tom yam, nasi goreng , sambal ia pasti akan menambah rasa dan keenakan makanan anda.

6. Daun limau purut turut berfungsi sebagai penambah selera makan. Jika anda demam atau kurang selera makan. Tambahkan daun limau purut untuk membangkitkan selera dan menambah semangat diri anda.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

 Terima kasih.


Selasa, 27 Disember 2016

20 Khasiat dan Kebaikan Serai


Serai yang tumbuh subur 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Mengetahui info serai adalah bahan anti kanser bertahun lalu melalui kakak saya yang merupakan pensyarah sebuah kolej terkenal di Kuantan atas asbab betapa laris penjualan serai ke luar negara kerana di luar negara penggunaan serai telah lama digunakan untuk menyembuhkan penyakit kanser ini.

Dari pembacaan,  serai mula terkenal di negara Israel untuk rawatan kanser setelah para doktor di negara Israel itu mengesyorkan pesakit kanser untuk membeli serai dari salah seorang pekebun Israel yang menanam biak serai di ladang serai miliknya.

Setelah disoal siasat barulah si pekebun tahu bahawa kebanyakan yang datang membeli serai di ladang miliknya menggunakan serai untuk rawatan kanser dan dipercayai rawatan serai ini jauh berkesan berbanding rawatan kemoterapi.

Serai dipercayai mampu membunuh sel-sel kanser.  Istimewa serai ia hanya membunuh sel-sel jahat dan tidak membunuh sel-sel baik.

Berikut adalah khasiat dan Kebaikan Serai yang boleh saya kongsi kan untuk Info anda:-

1. Remedies anti kanser
Terbukti serai adalah tumbuhan anti kanser di Negara Israel.  Para doktor di negara Israel menggunakan serai untuk perawatan penyakit kanser di kalangan pesakit kanser.

2. Bagus untuk membuang toksin dan mengeluarkan angin badan

Serai ditambah di dalam minyak kelapa atau air mandian panas juga boleh digunakan untuk disapu atau di mandi untuk membuang toksin di dalam tubuh.

Menikmati air yang ditambah serai dipercayai boleh menyejukkan suhu badan dan mengeluarkan peluh toksin sekaligus air di dalam tubuh.

3. Melancarkan haid

Untuk wanita yang sedang mengalami haid anda boleh menikmati serai di dalam menu harian anda sama ada minuman atau makanan.  Ia membantu melancarkan aliran darah haid anda.

4. Menurunkan demam

Selain terkenal sebagai  tonik kesihatan,  serai juga boleh menurunkan suhu badan dan melegakan demam.

5.  Serai selain sebagai tonik ia juga digunakan sebagai penenang,  pewangi,  mengeluarkan peluh dari badan dan menjadikan bau badan dan peluh wangi.

6. Serai juga digunakan sebagai pembunuh kulat, kuman,  sedaktif,  astrigen,  anti mikrob,  deodorant dan pelbagai lagi malas air serai jika di kumur boleh menghilangkan bau mulut perokok.

7.  Serai tinggi anti oksida dan menguatkan sistem imun. Ia dipercayai membantu mengurangkan kolesterol di dalam tubuh dan turut membantu mengurangkan tekanan darah.

8. Serai juga membantu dalam mengurangkan batuk dan selesema.

9. Menyapu minyak serai ke sendi tubuh mengurangkan lenguh,  sakit sendi dan penyakit artritis.

10. Bau serai juga boleh menambah rasa dan kesedapan makanan.

11. Serai juga membantu mengurangkan stress,  kegelisahan,  insomnia dengan menjadi kan serai sebagai bahan aromatherapy yang bagus dan menenangkan.

12. Serai juga amat bagus untuk masalah permasalahan kulit seperti ekzema,  jerawat, alergi dan sebagainya.

13. Bau wangi serai turut membantu mengharumkan ruangan rumah dan membantu menghalau serangga termasuk nyamuk.

14.  Serai dengan campuran arang dipercayai boleh membantu dalam Memutihkan Gigi.  Hanya tumbuk batang serai dan arang kemudian gosok sahaja gigi anda.  Insya Allah gigi anda makin putih.

15. Serai juga dipercayai boleh menggantikan pain killer dengan menikmati teh serai dan limau untuk melegakan sakit perut,  sakit badan mahupun sakit gigi.

16. Daun serai boleh digunakan untuk mencuci hanyir pada daging itik atau daging kambing.

17. Jika anda ingin tungku anda lebih beraroma dan berkesan anda boleh membalut tungku itu dengan daun serai untuk memecahkan angin,  melegakan rahim,  sakit sendi dan sebagainya.  Anda juga boleh membalut serai pada besi yang anda gunakan sebelum dipanaskan.

18. Jintan hitam ditumbuk bersama daun serai dijadikan paste dan disapu ke dahi untuk mengurangkan angin dalam badan dan melegakan sakit kepala. Ramuan ini juga boleh mengurangkan bengkak sendi dan otot.

19.  Batang dan akar serai paling sesuai direbus untuk membuang angin dalam usus untuk pengeluaran angin melalui dubur dan mulut (sendawa).

20. Batang dan akar serai bagus ditambah dalam masakan seperti tom yang dan sup ia bukan sahaja membantu menyedapkan masakan malah turut membantu menstabilkan hormon.

Terlalu banyak khasiat dan Kebaikan Serai untuk anda.  Jangan tinggalkan serai dalam menu harian anda.

Untuk info ada sesetengah individu yang alah serai dan mengatakan serai lagi menambah angin di dalam badan dan menyakitkan tubuh dan membuat mereka sakit kepala.  Wallahu'alam.

Tanda reaksi alahan di atas sama ada sebagai krisis awal pembuangan toksin atau ia adalah antara tubuh yang alah pada serai itu terpulang pada pandangan anda sendiri.

Kenali tubuh anda sebelum mengamalkan sesuatu bahan walau pun ia bahan semulajadi.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

Terima kasih. 




Khamis, 22 Disember 2016

10 KEISTIMEWAAN DAUN PANDAN


Daun pandan yang tumbuh subur di halaman rumah di kampung saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Daun pandan ialah daun yang terkenal untuk memberi bau yang wangi kepada masakan. 

Terkenal sebagai pewangi untuk masakan nasi,  pulut,  pengat, bubur dan kuih muih daun pandan juga turut digunakan untuk menyedapkan masakan barbeku dan sebagai pewarna asli makanan. 

Terdapat pelbagai keistimewaan dan kegunaan daun pandan :-

1. Daun pandan sesuai dijadikan pewangi Semulajadi di dalam kereta dan menghalau serangga. 

2. Daun pandan juga boleh dijadikan penghalau lipas di dalam tanda dengan mengantungkan cebisan daun pandan di dalam tandas. 

3. Ayam goreng pandan adalah antara resipi terkenal Thailand yang sungguh enak dan dibalut dengan daun pandan.  Anda boleh mencuba masakan yang wangi dan enak ini serta kaya dengan khasiat. 

4. Daun pandan amat bagus dalam mengurangkan jumlah gula di dalam darah tidak hairanlah di zaman dahulu kala daun pandan selalu di tambah di dalam masakan yang mempunyai kandungan gula seperti bubur,  kuih-muih,  pengat, pulut dan nasi. 

5. Bunga rampai yang wangi adalah pewangi Semulajadi yang tidak membahayakan saluran pernafasan. 

6. Dengan menikmati segelas jus rebusan daun pandan,  ia akan membantu mengurangkan gula di dalam darah terutama bagi wanita hamil yang ingin melakukan ujian gula di dalam tubuh.  Petua ini saya dapati dari salah seorang kawan dari Group kesihatan yang berkongsi pengalaman  beliau.

7. Halia dan daun pandan yang direbus juga enak sebagai minuman kesihatan atau sebagai penambahan di dalam minuman teh atau air barli. 

8. Rebusan daun pandan dan serai juga bagus untuk jamu awet muda dan membuang toksin. 

9. Daun pandan juga di percayai boleh mewangi kan bau badan dan bahagian keintiman jika kerap diamalkan,  serta menghilangkan bau hamis darah haid. 

10. Daun pandan yang dikisar juga boleh di sapu di atas kelapa untuk menyejukkan kulit kepala dan mengurangkan keguguran rambut,  kelemumur dan mewangikan rambut. 

Amalkan menambah daun pandan dalam masakan anda. 

Daun pandan amat mudah ditanam dan tumbuh subur di kawasan Asia khususnya dan paling mudah didapati di laman laman rumah. 

Terima kasih. 


Rabu, 21 Disember 2016

2016 Tahun yang penuh Nikmat



Menikmati kek kegemaran 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiba di penghujung bulan terakhir tahun 2016. Alhamdulillah masih di panjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik serta kesempatan untuk diberikan ilham dan ilmu untuk dicurahkan di blog kesayangan saya ini.

Untuk anda pembaca yang sering mengikuti perjalanan dan perkembangan blog ini terutama perjalanan tahun 2014 ketika saya mengharungi proses topical steroid withdraw (TSW) dan menjadikan saya sebagai salah seorang inspirasi saya berdoa anda akan segera sembuh dan bersemangat.

Alhamdulillah saya sembuh sepenuhnya   boleh menikmati apa sahaja.  Segala parut telah licin licau paling penting tubuh saya kini makin mengenali real food dan tentunya saya semakin bijak mengawal nafsu serta mengenali pemakanan sihat.

Tidak sia-sia saya nekad mempertahankan prinsip saya ketika saya dihidangkan dengan pelbagai ubatan moden,  steroid dan krim krim mudah sembuh yang lain.

Ketika ini saya akhirnya faham kenapa pada tahun 2007, saya nekad untuk menggunakan produk Zai beauty formula walaupun ada waktu waktunya saya rasa agak tertekan dan ingin menukar produk lain kerana harga produk tersebut.

Tidak sia-sia saya sering berdoa diberi petunjuk sama ada terus setia pada produk zai beauty formula ketika lambakan produk di pasaran yang menjual status Semulajadi dan organik. Sesungguhnya semua dengan izin Allah dan saya tidak nafikan beauticians Zai beauty dan ilmu pengetahuan sepanjang saya mengharungi TSW banyak membantu saya.

Mengenali penapaian semenjak mengenali produk zai beauty formula akhirnya saya semakin faham kenapa penapaian itu penting.  Mengenali ilmu falak dalam proses pembuatan zai beauty juga memudahkan saya menerima ilmu yang jarang diketahui dan di ketengahkan ramai orang.

Atas prinsip ilmu yang diajar oleh beautician Zai beauty secara asas,  saya amat bersyukur kerana pegangan saya dahulu akhirnya berguna dan amat banyak membantu saya.

Terima kasih untuk segala yang dihadiahkan oleh Allah untuk saya.  Jika satu waktu dulu rezeki sepanjang tahun untuk saya ialah kewangan,  kemudian kerjaya,  kemudian berjalan jalan dan kini rezeki ilmu yang sebenarnya telah lama Allah berikan kepada saya semenjak 2007 lagi tetapi hanya pada tahun ini saya semakin meminatinya.

Benar kata cendekiawan selepas kesulitan akan ada kemudahan dan segala ayat Allah.

Semoga tahun ini terus memberi kenikmatan kepada saya dan semoga tahun 2017 akan lebih indah.

Pengalaman lalu dan keseksaan menanggung proses TSW dahulu menjadi saya lebih bijak mengawal emosi dan menyelidik pelbagai perkara.

Lalui satu pengalaman paling tidak ingin anda lalui tetapi rupanya itu adalah pengalaman berguna dan membawa anda kepada pelbagai punca rezeki dan ilham lain.  Terima kasih Tuhan kerana terus memberi cara untuk saya terus rajin berfikir dan terus berfikir.  Terima kasih.

Untuk anda yang terus menyokong saya dan terus menjadikan blog ini sebagai rujukan terima kasih.

Semoga tahun 2017 yang bakal menjelma memberi lebih banyak rezeki yang halal dan melimpah ruah serta ilmu yang bermanfaat serta penawar bagi segala penyakit serta keimanan yang lebih kuat..

Terima kasih.


PELBAGAI KHASIAT BUAH - BUAHAN


Harris,  anak saudara saya memilih buah delima kegemaran nya. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Buah buahan terkenal dengan pelbagai khasiat. 

Kata orang,  ada buah bersifat sejuk dan buah bersifat panas. 

Ada yang sesuai di makan ketika demam dan ada yang harus di elakkan ketika demam. 

Ada jenis buah yang tajam dan ada jenis buah yang membantu menyuburkan rahim. 

Buah  buahan sebenarnya lebih banyak mendatangkan kebaikan berbanding keburukan kepada mereka yang mengamalkan buah buahan di dalam pemakanan seharian. 

Berikut di ringkaskan antara KHASIAT buah buahan yang tidak harus di pandang sebelah mata :-

1. Buah  Nenas 
Kaya dengan potassium & phosphorus.  Amat bagus untuk kesihatan tulang.  Sesuai sebagai remedies pesakit artritis atau sakit sendi. 
Bromelain yang kaya di dalam buah Nenas bagus untuk rawatan keradangan dan anti kanser serta tinggi vitamin C.  Remedies utama batuk. 

Tidak sesuai dimakan oleh wanita hamil yang rahimnya lemah atau wanita di awal kehamilan. 

2.  Buah pear dan buah epal
Mengurangkan tekanan darah.  Tinggi dengan kandungan air.  Menyejukkan badan mengurangkan hidapi tubuh.  Bagus untuk mereka yang demam dan tiada selera makan. 

Amat sesuai dimasukkan dalam menu mereka yang sedang menurunkan berat badan. 

3.  Buah oren
Kaya dengan vitamin C.  Bagus untuk sistem pencernaan.  Terkenal untuk kecantikan kulit. 

Sesuai diambil segar sebagai jus di pagi hari untuk mereka yang sedang menurunkan berat badan dan disukai kanak- kanak kerana rasanya yang enak. 

4. Buah kiwi
Mengandungi serat yang tinggi.  Bagus untuk mata serta sistem pernafasan. 

Buah kiwi juga dipercayai boleh membantu meningkatkan platet darah dan sesuai untuk mereka yang menghadapi demam denggi. 

5. Buah anggur
Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.  Bagus untuk perkembangan otak. Turut mengurangkan risiko penyakit alzhemeir. 

Jus buah anggur segar amat bagus untuk rawatan migrain.  

6. Pisang kaki
Tinggi glukosa.  Bagus untuk sistem pernafasan.  Membantu menambah tenaga. 

7. Buah mangga
Kaya kandungan vitamin A yang bagus untuk kulit kelihatan muda. Membantu mengurangkan risiko cahaya matahari kepada kulit. 

8. Buah delima
Buah SUPER fruits yang terkenal sebagai buah yang tinggi anti oksida. Mengurangkan risiko salur darah tersumbat.  Buah anti kanser.  Bagus untuk wanita hamil. 

9. Buah tembikai 
Buah yang mempunyai PH alkali paling tinggi.  Tinggi kandungan air.  Mengurangkan darah tinggi,  risiko sakit jantung dan membantu mengurangkan gula dalam darah. Membantu mencuci buah pinggang. 

Sesuai diamalkan dalam menu mereka yang sedang menurunkan berat badan.

Didik anak anda menyukai buah-buahan semenjak kecil. 

Semoga info di atas membantu anda membuat keputusan dalam perancangan diet harian anda. 

Terima kasih. 






Selasa, 20 Disember 2016

KHASIAT DAN KEBAIKAN GULA MOLASSES


Gula molasses yang boleh di dapati di kedai organik pilihan saya. 
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai mengatakan bahawa gula berbahaya kepada tubuh.

Gula sebenarnya tetap diperlukan tubuh dan merupakan nutrisi yang baik untuk tubuh. Kekurangan gula akan menyebabkan tubuh badan lemah dan kondisi tubuh menjadi 'senget' serta mudah diserang penyakit.

Pastikan anda memilih gula yang tidak diproses dan yang sihat untuk tubuh anda.

Antara gula yang bagus ialah gula molasses. Gula molasses adalah antara gula yang jauh lebih selamat dari gula putih atau gula berproses lain.

Pengambilan gula molasses haruslah dalam jumlah sederhana kerana ia tetap gula yang jika diambil didalam kadar keterlaluan akan menyebabkan penyakit.

Berbeza berbanding gula putih atau gula perang. Gula molasses warnanya lebih gelap dan pekat.

Terdapat pelbagai jenis gula molasses mengikut gred, serbuk dan juga cecair.

Molasses juga dikenali sebagai sirap tebal yang diproses dari tebu atau gula ubi bit yang telah dihancurkan.

Terdapat juga molasses yang diperbuat dari kurma dan delima.

Gula Molasses dipercayai mengandungi lebih banyak garam galian dan zat besi yang tinggi berbanding gula lain.

Terdapat 3 jenis molasses, light molasses, dark molasses dan blackstrap molasses

Black Molasses kebiasaanya yang jenis cecair amat popular bagi mereka yang mementingkan kesihatan khususnya kerana kandungan zat mineral dan galian dan zat besi didalamnya.


antara kandungan didalam gula molasses

Gula molasses tetap mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara kandungan yang terdapat didalam gula molasess ialah Vitamin B6, Kalsium, Potassium, Tembaga, Zat besi, Magnesium, Manggan dan selenium.

Ibu hamil digalakkan mengambil gula molasses yang tinggi kandungan zat besi berbanding gula berproses yang lain.

Antara Khasiat gula molasses ialah :-

1. Kandungan kalsium, zat besi dan selenium membantu dalam pembentukan tulang yang sihat dan kuat.

2. Potassium didalam gula molasses membantu dalam mengurangkan tekanan darah dan menjaga kesihatan jantung sekaligus menjauhi stroke.

3. Dalam satu kajian, menikmati gula molasses didalam makanan bersifat karbohidrat ia dapat menurunkan tekanan gula didalam darah dan tahap insulin berbanding hanya mengambil makanan sahaja.

4. Blackstrap molasses dikatakan kaya antioksidan. Kajian menunjukkkan anti oksidan bagus dalam mengurangkan stress.

5. Gula molases juga dikatakan boleh menyebabkan cirit birit bagi mereka yang menghadapi masalah pencernaan.

6. Jika anda menghadapi masalah pencernaan berkaitan Irritable bowel syndrom  (IBS) anda dilarang mengambil sirap blackstrap molasses.

Anda boleh memilih gula molases berdasarkan pada warna gula itu sendiri. Semakin gelap warna gula molasses pilihan anda maka semakin tinggi kandungan nutrisi didalamnya.

Gula molasses enak ditambah didalam apa sahaja makanan dan minuman dan sedap dicicah roti canai atau capati.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih.


17 KHASIAT DAN KEBAIKAN HALIA UNTUK KESIHATAN


Halia organik pilihan saya
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Halia di katakan adalah 'minuman syurga'.  Malah ada hadis mengatakan halia ialah zanjabil yang diriwayatkan dalam sebuah hadis berbunyi " Dan mereka dalam syurga itu,  diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil." -  Surah Al-Insan :-17.

Mari kita lihat antara KHASIAT dan Kebaikan Halia untuk kesihatan :-

1. Nutrien didalam halia ialah air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus , kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C , lemak baik dan asid organik.

2. Halia paling terkenal kebaikannya untuk membuang angin dan melegakan sakit-sakit badan.

3. Ia juga digunakan sebagai herba merawat sakit kepala, sistem pencernaan yang bermasalah, sakit jantung, muntah, cirit birit, memanaskan badan, disentri, asma, ekzema, sakit perut, lemah tenaga batin, batuk kering, membuang lendir didalam badan dan menghilangkan bau hamis haid atau nifas.

4. Untuk anda yang sering kesejukan dan berhawa dingin halia adalah antara herba yang paling mujarab untuk melawan kesejukkan. Malah campuran halia dan madu adalah antara herba yang sesuai untuk mengelakkan sakit tekak dan batuk.

5. Halia dipercaya mempertingkatkan tenaga syahwat atau batin dan mengelakkan berlaku angin 'uluran' terutama dikalangan kaum lelaki

6. Halia juga merupakan ramuan utama untuk ibu-ibu yang berpantang atau kaum wanita yang menghadapi masalah senggugut.

7. Halia mengekalkan peredaran darah normal . Ia mengandungi kromonium, magnesium dan zink. Darah yang normal mengalir mengelakkan berlakunya kesejukan didalam tubuh dan menyebabkan tubuh lemah dan senang diserang penyakit.

8. Kajian menunjukkan menikmati teh halia segar panas mampu mengurangkan risiko terkena demam dan selsema. Malah sup ayam panas yang ditambah halia yang banyak adalah antara remedi untuk mereka yang kurang sihat dan sakit.

9. Halia juga ialah makanan anti radang yang turut membantu mengelakkan beberapa kanser yang merbahaya. Malah ia juga dipercayai boleh mematikan sel kanser ovari.

10. Bagi anda yang menghadapi masalah pernafasan berkaitan paru-paru, halia dipercayai mampu melegakannya kerana fungsi halia yang boleh mencairkan kahak.

11. Halia juga dipercayai mampu meningkatkan imuniti dan melegakan alahan dikalangan wanita mengandung.

12. Halia juga boleh digunakan mengantikan gincu bibir untuk memerahkan bibir. Hanya tumbuk halia dan sapu airnya dibibir untuk menjadikan bibir anda kemerah-merahan.

13. Halia juga dipercayai mampu menguruskan badan dengan memasukkan halia didalam minuman teh atau masakan. Sifat halia yang memanaskan badan itu membantu membuang toksin dan peluh sekaligus melangsingkan badan. Tidak hairanlah wanita didalam pantang digalakkan menambah banyak halia didalam setiap masakan.

14. Halia juga dipercayai turut membantu membuang bau badan. Rebus halia dan daun pandan serta tambahkan sedikit madu dan minum minuman ini setiap pagi. Jika anda tidak mampu meminum minuman ini sahaja tambahkan sahaja minuman ini didalam air teh kegemaran anda.

15. Dengan menikmati secangkir teh halia, ia memanaskan badan serta memberi kelegaan kepada tubuh sekaligus menaikkan seri wajah oleh kerana fungsinya yang melancarkan perjalanan darah sekaligus ia akan membuatkan wajah anda lebih awet muda.

16. Ramai percaya menikmati teh halia dan menambah ia dalam pelbagai masakan kukus khususnya mampu mengurangkan tekanan dan mengatasi stress terutama bau dan rasa aroma halia yang memikat itu membuatkan badan terasa ringan.

17. Air rebusan halia dan serai dipercayai membantu menguruskan badan dan membuang toksin serta mencegah kanser. Serai dipercayai adalah antara agen pencegah semulajadi kanser. Dengan gabungan kedua-dua herba hebat ini, ia dipercayai antara ramuan anti kanser yang kuat.

Sesetengah individu tidak menyukai masakan yang ditambah halia kerana baunya. Jika anda atau keluarga anda tidak menyukai halia pastikan anda hanya masukkan beberapa hiris sahaja halia didalam masakan anda kerana terlalu banyak halia kadang kala menyebabkan rasa masakan tidak enak.

Halia adalah antara ramuan utama kebanyakan masakan cina.

Ayam goreng yang diperap halia dan bawang putih adalah lebih enak berbanding ayam goreng yang hanya ditambah serbuk kunyit dan garam.

Anda juga boleh memasukkan sehiris halia didalam air barli rebusan anda.


Selamat mencuba segala info dan resepi mudah tambahan halia diatas.

Terima kasih.




Ahad, 18 Disember 2016

Khasiat Daun Salad



daun salad organik hanya RM2.70 untuk 3 salad mini
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Seiring dengan peredaran zaman dan sains yang semakin menitik beratkan pemakanan. 

Kini semakin ramai saintis dan dietien yang menggalakkan pemakanan sihat dan sayuran hijau tanpa dimasak di dalam diet seharian. 

Salad telah lama diperkenalkan dalam pelbagai menu  Mediterranean dan Eropah.  Malah ia kini antara menu paling mudah didapati di Cafe mahupun pasaraya. 

Ramai individu yang berdiet memilih salad sebagai antara menu wajib untuk menguruskan badan. 

Ini antara KHASIAT dan Kebaikan salad untuk info anda:-

1.  Daun salad kaya dengan kebaikan nutrisi terbaik untuk tubuh seperti zat besi,  kalsium,  fosforus,  sodium,  potassium,  vitamin A, vitamin C,  magnesium  dan zink.

2. Sayuran hijau terkenal sebagai makanan alkali yang boleh mengurangkan asid dalam tubuh.  Pemakanan moden hari ini menjadikan tubuh lebih berasid.

3. Ia sesuai untuk individu yang mengalami masalah insomnia atau susah tidur.

4. Daun salad mengandungi lactucarium sejenis kompaun sejati.

5. Daun salad dipercayai mengandungi kandungan air,  karotin,  dan serat yang dapat menghilangkan dahaga dan melancarkan sistem pernafasan.

6. Daun salad juga dipercayai boleh mengurangkan kandungan gula dalam darah,  mencegah kanser,  mengurangkan risiko kencing manis,  gout,  penyakit jantung  dan sistem penghadaman.

7. Daun salad kebiasaan dimakan mentah sekaligus mengandungi enzim hidup yang bagus untuk tubuh dan kesihatan.

8. Daun salad yang tinggi nutrien ini mampu membuat perut lebih kenyang sekaligus membantu mengurangkan berat badan.

9. Kandungan beta karotin bagus untuk sistem imunisasi.

10. Daun salad enak dimakan begitu sahaja atau ditambah ke dalam apa sahaja makanan dan untuk hasil maksimum anda boleh menikmati daun salad dengan campuran sayuran lain dan buah buahan.

Pastikan anda tidak membuang daun salad yang kebiasaannya dijadikan hiasan di dalam pinggan hidangan.

Jadikan salad antara menu harian mudah anda.  Ia tidak perlu dimasak.. Hanya tambah minyak zaitun atau perahan lemon dan madu untuk rasa lebih enak.

Ada pendapat mengatakan daun salad boleh melemahkan mata,  tidak sesuai dimakan bersama ikan dan membuat badan lemah dan sejuk serta mengembangkan rahim wanita.  Wallahualam.

Sila sesuaikan daun salad dengan diet dan jenis tubuh anda.

Terima kasih.


Sabtu, 17 Disember 2016

9 KHASIAT GULA KELAPA



Gula kelapa organik
 Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Pernahkah  anda mendengar mengenai gula kelapa?. 

Tahukah anda bahawa gula kelapa ialah gula paling sesuai di amalkan dalam diet seharian kerana  kandungan glycemik indeks yang rendah di dalam gula kelapa. 

Gula kelapa dikatakan paling selamat diamalkan oleh penghidap kencing manis atau diabetes kerana tidak seperti gula lain,  gula kelapa tidak meningkatkan kandungan gula di dalam darah serta merta. 

Malah ada pendapat mengatakan gula kelapa boleh menyembuhkan penyakit diabetes atau kencing manis jika diambil dalam sukatan yang sesuai. 

Disahkan halal
Ini antara khasiat dan kebaikan gula kelapa

1.  Gula kelapa tinggi zat besi sekaligus mengurangkan dan mencegah anemia. 

2.  Tidak seperti gula terproses,  gula kelapa tidak menyebabkan keradangan,  malah ia boleh mengatasi masalah kulit seperti jerawat. 

3.  Gula kelapa juga dikatakan boleh membantu membersihkan darah sekaligus racun yang terdapat di dalam tubuh. 

4. Selain membersihkan  darah,  gula kelapa dipercayai bagus dalam mengatasi masalah pencernaan. 

5. Jika anda menghadapi masalah dari awan anda hanya perlu membancuh sedikit jus kunyit,  sedikit asam jawa dan tambahan gula melaka.  Gula merah membantu menyejukkan suhu tubuh. 

6. Ketika anda mengalami batuk berkahak.  Berhenti menikmati gula terproses dan tukarkan kepada gula kelapa.  Gula kelapa membantu melancarkan kahak dan mendinginkan tubuh. 

7.  Gula kelapa memiliki sifat anti alahan,  untuk anda yang menghadapi masalah asma atau  eczema serta alergi,  ganti gula anda dengan gula kelapa. 

8. Gula kelapa adalah gula paling sesuai ditambah ke dalam minuman seperti jamu atau herba lain sebagai penyedap rasa.

9. Gula paling selamat dengan kandungan Glysemik indeks yang rendah. 

Kini terdapat ramai penjual yang mula mempopularkan gula kelapa ini. 

Anda boleh mendapatkan gula kelapa secara belian online atau off line. 

Semoga artikel ini bermanfaat. 

Terima kasih. 




15 Khasiat & KEBAIKAN Chiaseed


chia seed organik yang diamalkan oleh adik saya


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Beberapa tahun ini kita dikejutkan dengan pelbagai khasiat biji tumbuh-tumbuhan dan buah seperti biji aprikot, biji bunga matahari, biji betik , biji flax dan terbaru biji chia atau chia seed.

Chia seed adalah berbeza dengan biji selasih.  Biji Chia adalah berwarna hitam, coklat,  kelabu dan putih.  Biji selasih hanya berwarna hitam.

Biji Chia dikatakan dari kalangan keluarga pudina dan dikatakan berasal dari Mexico dan Guatemala.

Biji selasih telah lama terkenal di kalangan masyarakat Melayu.  Biji Chia hanya popular kebelakangan ini di kalangan masyarakat kita.

Biji selasih perlu di rendam terlebih dahulu,  biji Chia hanya perlu di tabur untuk di nikmati atau dijadikan tambahan di dalam minuman atau makanan.  Ia juga boleh di tambah dalam ramuan biskut atau roti.

Anda kini boleh mendapatkan biji Chia di pelbagai pasaraya secara on line atau off line,  malah biji Chia juga mudah di dapati di kedai organik khususnya.

Ini antara khasiat biji Chia atau Chia seed untuk info kita bersama.

1. Chia seed dikatakan mengandungi 2 kali ganda potasium berbanding pisang.

2. Biji Chia di katakan mengandungi  6 kali ganda kalsium berbanding susu.

3. 15 kali ganda magnesium terdapat di dalam biji Chia berbanding brokoli.

4. 9 kali ganda kandungan fosforus berbanding susu.

5. 6 kali ganda protein berbanding kacang parang.

6. Chia seed  juga mengandungi asid  lemak perlu alpha linolenik   asid linolenik,  mucin,  strontium, vitamin A,  B, E dan D,  dan mineral termasuk sulfur,  besi  iodin,  magnesium,  mangan,  niasin,  tiamin  dan kaya anti  oksida.

7. Sesuai untuk kecantikan kulit dan awet muda kerana mengandungi anti oksida yang tinggi sehingga mampu menghentikan  70% daripada aktiviti radikal bebas.

8.  Kandungan setat dan lemak yang sihat di dalam Chia seed menggalakkan pembuangan najis dan menghasilkan sistem pencernaan dan penghadaman yang sihat.

9. Chia seed juga bagus untuk kesihatan jantung kerana ia melawan keradangan,  mengawal kolesterol dan menurunkan tekanan darah.

10.chia seed juga bagus untuk mengelakkan diabetes dan mengurangkan risiko diabetes.

11. Chia seed membantu menambahkan tenaga dan metabolisme tubuh.

12. Kandungan kalsium,  magnesium,  mangan,  fosforus  adalah penting untuk kesihatan tulang yang kuat dan gigi yang sihat.

13. Protein di dalam Chia seed bagus untuk binaan otot.

14. Kaya dengan asid alpha  lineic yang mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara dan rahim.

15. Dipercayai sesuai sebagai supplement penambah susu badan ibu.

Pastikan anda kerap minum air kosong kerana Chia seed dipercayai akan menyebabkan dehidrasi atau sembelit kerana kandungan seratnya yang tinggi.

Kekurangan air kosong ketika mengamalkan Chia seed boleh menyebabkan terjadinya dehidrasi,  sembelit, kulit kering,  kegatalan kulit dan sebagainya.

Disyorkan anda merendam biji Chia semalaman berbanding hanya terus tabur atau dicampur ke dalam minuman kegemaran untuk memastikan biji Chia kembang dan selamat dinikmati.

Setiap makanan seeloknya diambil secara sederhana. 

Dengan info ini tidak rugi jika anda mencuba Chia seed di dalam diet anda.

Terima kasih.




Ahad, 11 Disember 2016

PROBIOTIK MURAH


Tempe dan teh cendawan antara probiotik murah
Assalamualaikum  dan salam sejahtera.

Seiring peredaran zaman dan teknologi sains. Akhirnya ramai doktor dan saintis berpendapat usus yang sihat amat penting untuk kesihatan tubuh, kulit dan otak.

Untuk mendapatkan usus yang sihat,  bukan hanya anda perlu sentiasa berfikiran positif,  jauhi stress,  pemakanan yang sihat dan bantuan probiotik amat diperlukan untuk persekitaran usus yang sihat.

Kini terdapat banyak probiotik yang terkenal seperti lactogg dan pelbagai probiotik yang dijual di farmasi dengan harga puluhan dan ratusan ringgit.

Untuk probiotik murah anda boleh membeli yogurt, tempe,   tempoyak,  sayur jeruk tanpa bahan pengawet, pelbagai produk hasilan Sourdough,  Kimchi, budu tempoyak, kambucha teh atau kefir.

hirisan buah mangga di dalam teh kambucha yang dijadikan jeruk.  Buah boleh dimakan bersama airnya yang boleh diminum. Amat enak dan berkhasiat. 


Produk murah tersebut bukan sahaja boleh dibeli malah boleh dibuat sendiri di rumah dengan kos yang murah.

Jika anda bukan pengemar sayur atau buah.  Anda boleh menikmati sayur jeruk atau jeruk buah buahan yang dihasilkan dari proses penapaian.

Untuk asas penapaian paling mudah dan murah,  hanya pilih sayur yang sesuai dan rendam ia di dalam air botol yang berisi garam atau gula dan biarkan 3-4 hari untuk memastikan pembiakan bakteria baik.  Anda boleh merujuk YouTube atau artikel seterusnya tulisan saya untuk cara menghasilkan jeruk buah dan sayur ini untuk artikel akan datang.

Andai jeruk sayur atau buah anda masih tidak gemari.  Anda boleh mencuba menikmati tapai,  sama ada tapai  ubi, pulut atau nasi yang manis.  Ia hasil penapaian dari ragi.  Amat bagus untuk usus atas kandungan probiotik yang tinggi.  Amat Mudah dibuat dan murah jika dibeli.

Delima sebagai prebiotik makanan untuk probiotik seperti kambucha teh.. Satu gandingan mudah untuk supplement asli yang sihat. 
Untuk memaksimumkan hasil probiotik digalakkan anda menikmati probiotik bersama prebiotik.  Prebiotik adalah makanan kepada probiotik.

Gandingan yang paling mudah ialah buah dan yogurt.  Kambucha tea dan buah juga sesuai.  Anda boleh merendam beberapa jenis buah kegemaran di dalam kambucha tea anda dan nikmatnya. Sungguh sedap.  Anda juga boleh menikmati  buah atau sayur secara asing bersama teh kambucha anda.  Jika anda tidak mempunyai kambucha,  kefir buah juga satu alternatif yang bagus untuk kesihatan usus anda.

Maklumat ini cukup membantu anda yang kekurangan budget terutama dengan isu mata wang yang jatuh di masa ini sekaligus meningkatkan harga probiotik yang diimport dari luar negara.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.

Terima kasih.




Sabtu, 10 Disember 2016

Apa itu SOURDOUGH?



Donut sourdough coklat yang dibeli oleh saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Mengenali Sourdough ketika menjalani proses Topical Steroid Withdrawal (TSW) adalah antara ilmu baru mengenai pemakanan yang saya saya pelajari. 

Sourdough atau yis liar melalui penapaian adalah yis yang digunakan oleh masyarakat purbakala zaman dahulu sebelum kehadiran yis komersial yang banyak digunakan di pasaran dan pemakanan zaman moden ini. 

Sourdough ialah ragi masam,  ia terhasil dari Sourdough starter yang di beri 'makan'  dan di 'bela'. 

Anda boleh menghasilkan yis starter sendiri dari Strach atau hampas tertentu sama ada dari gandum,  sayur sayuran atau buah buahan  (ia akan dibincangkan dalam artikel seterusnya). 

Tahukah anda,  dengan pemakanan moden kini,  usus masyarakat moden kebanyakan bermasalah. 

Ada ramai penduduk dunia zaman moden ini mengalami masalah 'gluten intolerance'  atau masalah penguraian gluten terutama mereka yang mengalami masalah usus bocor. 

Sourdough adalah yis liar atau bahan utama dalam penguraian gluten di dalam makanan yang menggunakan bahan tinggi gluten seperti gandum dan bahan-bahan lain. 

Sourdough dipercayai telah digunakan oleh masyarakat Mesir purbakala 4000 tahun dahulu.  Ia digunakan dalam. Pembuatan roti khususnya. 

Di Itali Sourdough dikenali sebagai 'levain'  dalam pembuatan roti. 

Kini seiring zaman Sourdough juga digunakan untuk membuat cookies, biskut,  cucur,  kraken,   roti,  donut dan bun. 

Kini semakin ramai yang mengetahui keistimewaan Sourdough dan membelanya. 

Saya masih belum berkesempatan untuk membela dan belajar menggunakan Sourdough dan lebih selesa membelinya buat masa ini. 

Untuk mereka yang menghadapi masalah usus bocor atau masalah auto imun seperti asma,  eczema,  gout,  arthritis atau masalah penyakit lain yang berkaitan dengan penghadaman anda boleh mencuba resipi Sourdough atau membeli makanan dari Sourdough ini yang kini banyak dijual di kedai organik dan Facebook. 

Insyallah jika punyai masa dan kesempatan saya sendiri akan membela Sourdough dan menghasilkan produk dari Sourdough ini termasuk biskut dan cookies gluten free untuk dipasarkan.

Saya memerlukan masa untuk mengkaji resipi dan cara terbaik untuk membela dan menghasilkan produk yang lebih sihat. 

Doakan. 

Terima kasih. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...