Sabtu, 30 Julai 2016

JOM BUAT JAMU ASLI SENDIRI

gambar hiasan
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ini adalah artikel sambungan link ini 3 RESEPI JAMU MUDAH

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda RESEPI JAMU ASLI ATAU HOME MADE yang saya ambil dari facebook Suzy Honey Herbs dan saya lihat banyak lagi pages facebook lain menyiarkan resepi yang sama.

Berikut antara bahan jamu mudah yang anda boleh buat sendiri.

1.  Jamu Air Rebusan  Serai dan Halia.
      - 3 batang serai segar.
      - 4cm halia  atau 2 ketul halia bara atau bentong

Diketuk kedua-dua bahan tersebut kemudian direbus  dengan 3 gelas air  sehingga menjadi 1gelas air . Tunggu air menjadi suam kemudian diminum. 

Jamu ini sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa  letih dan mengalami lenguh-lenguh badan,  kolestrol  tinggi  dan sakit urat saraf.   Disyorkan minum selepas makan di siang hari. Dan diamalkan 2-3 kali seminggu.

2.  Jamu Air Rebusan Daun Sireh 
      - Daun  sireh 3 ke 5 helai. 
Di rebuskan  dengan 3 gelas air dan biarkanhingga ia menjadi 1 gelas. Biarkan suam dan di minum.
**Tambahan : boleh dicampurkan dgn bunga  cengkih 3 kuntum.

Jamu ini sesuai untuk menghilangkan bau badan dan memulihkan segala penyakit  berkaitan urat dan sengal-sengal badan. 

Jamu Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu  ke 10 hari sekali. 

3 . Jamu Air Rebusan Daun Sireh dan Daun Inai
       - Sediakan 3 ke 5 helai daun sireh.
       -  Dan Segenggam  daun Inai.
 Kedua-dua bahan direbus  bersama 3 gelas air dan sehingga menjadi 1 gelas air. Tunggu hingga suam dan minum.

**Air Rebusan  ini spaling sesuai digunakan  bagi perempuan  yang mengalami  keputihan dan lendiran yang banyak.  Juga berbau. Daun inai bersifat tajam. Amalkan sekali sebulan sahaja.

Jamu rebusan ini sesuai di amalkan  selepas haid. 

4. Jamu Air Rebusan Halia Serai cengkih dan kunyit
     -  2 /  3 batang serai di ketuk
     -  3cm halia  (tua/muda).di ketuk
     -  2cm kunyit di ketuk
     -  sedikit  kulit kayu manis / bunga  
        cengkih /bunga lawang
      - daun pandan sehelai
      - sedikit  gula batu.
        *** gula batu lebih bagus digantikan dengan
        madu jika suka.

****Rebusan  ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid. 
Cukup sekali sebulan sahaja diamalkan dan diminum.
Bagi mewangikan kewanitaan  anda dan menyegarkan badan. 

Segala resepi  dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut  kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.

Segala ramuan jamu-jamu ini tidak disyorkan diamalkan setiap hari. Sila pastikan amalan dan aturan mengikut  keperluan badan sendiri dan kesesuaian tubuh.

Ini adalah amalan untuk  penjagaan  kesihatan  terutama  bagi menjaga  dalaman badan dan menyegarkan  urat saraf. Membuang toksid dan lemak serta 1001 khasiat.

Untuk tambahan ilmu dari Ice atau Siti Aishah Nona Roguy, bagi wanita yang bergelar isteri, anda harus rajin-rajin meruang faraj.

Buat rendaman faraj dengan air sireh 2kali seminggu. Juga digalakkan bertanggas padah hari ke 6-13 period atau HAID.

Digalakkan rajin-rajin menikmati herba dan jamu.

TERIMA KASIH ATAS MEREKA YANG BERKONGSI INFO ASAL INI.

Terima kasih.

*** Bagi Anda yang mencari produk tubuh asli yang lebih selamat. Saya telah menghasilkan produk SKRUB TUBUH BADAN dari 100%  bahan-bahan alami yang selamat. Ia berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, memudarkan parut, mencerahkan badan dan menghilangkan bau badan (hanya perah limau nipis didalam bancuhan skrub anda).

Harga ORIGINAL BODY SCRUB ini hanya RM12 sebotol.

Untuk belian Whatapss ke 016 2762636  sekarang.

ORIGINAL BODY SCRUB hanya RM12 sebotol
Saya turut menghasilkan produk snek yang lebih sihat berbanding snek dipasaran sekarang. Ia diperbuat dari emping jagung asli, limpahan pelbagai kacang dan disalut rempah kari asli yang Kaw!!.. Sungguh sedap dan enak. Hanya RM12 sebalang. Hanya Wassap 016 2762636 untuk belian.


Crunchy Flakes hanya RM12 sebalang






Rabu, 27 Julai 2016

KHASIAT MINYAK ZAITUN

Minyak Zaitun Palestin Pilihan Saya

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Antara minyak paling popular didunia ialah Minyak Zaitun. Terdapat pelbagai pilihan minyak zaitun yang anda boleh pilih dan antara yang paling popular ialah VIRGIN OLIVE OIL atau minyak zaitun dara.

Dikatakan bahawa Virgin Olive Oil (minyak zaitun dara) ialah dari Ekstrak Pertama buah zaitun dan tinggi khasiat.

Buah Zaitun atau minyak Zaitun paling terkenal didunia ialah dari negeri SYAM atau Palestin kerana dikatakan pokok zaitun yang berusia beribu-ribu tahun ditanam dan berada di Palestin selain itu kandungan asid dalam minyak zaitun palestin adalah yang paling rendah.

Ini antara khasiat minyak Zaitun untuk anda :-

1.Baik untuk kulit terutama mereka yang menghadapi masalah Ekzema DAN alahan serta penyakit kulit yang lain termasuk psoriasis.

2. Untuk melembabkan kulit wajah dan awet muda, boleh disapu diwajah sebagai pelembab dan krim malam.

3. Sesuai sebagai sapuan untuk strechmark dan menghilangkan parut-parut degil.

4. Mengurangkan kedutan dan berfungsi sebagai 'krim anti penuaan'.

5.Juga sesuai untuk sakit lutut dan sendi, arthritis , terkehel dan sebagainya, hanya sapu dibahagian yang sakit sebelum tidur.

6. Untuk pesakit kanser dan leukimia, baca ayat-ayat RUQYAH dan amalkan minum sesudu besar minyak zaitun setiap pagi dan malam.

7. Sesuai untuk mereka yang gastrik, amalkan menikmati sesudu minyak zaitun sebelum sarapan atau makan apa-apa makanan.

8. Mereka yang menghadapi masalah penghadaman, usus bocor, buasir, sembelit digalakkan mengamalkannya termasuk mereka yang menghadapi masalah angin dalam badan.

9. Minyak zaitun Palestin juga adalah antara minyak sapuan bagi anda yang sedang mengharung proses Topical Steroid Withdrawal atau Ekzema yang teruk. Ia antara supplement wajib untuk kanak-kanak dan golongan dewasa yang menghadapi masalah ini.

10. Turut digunakan untuk rawatan gangguan jin dan saka serta sihir. Dengan amalan-amalan dan bacaan-bacaan tertentu dan disapu dianggota sujud dan tempat sakit.

11. Jika anda menghadapi sakit gigi dan gusi, anda hanya perlu campurkan minyak zaitun ini dengan sedikit garam (lebih elok garam pink himalayan), dan isi ditempat sakit.

12. Paling terkenal melebatkan rambut dan sebagai minyak rambut sekaligus melebatkan dan menghitamkan rambut.

13. Juga digunakan untuk memanaskan badan serta menguatkan tenaga batin. Boleh disapu dianggota sulit untuk menguatkan dan sebelum hubungan seks. Sesuai untuk lelaki dan wanita.

14. Bagi anda yang sensitif dengan minyak zaitun terutama dibahagian wajah atau minum terus, anda boleh mengamalkan menikmati minyak zaitun didalam masakan dan salad atau menjadi cicahan roti dan makanan lain, sungguh sedap.

15. Antara fungsi paling terkenal minyak zaitun ialah menurunkan kadar kolesterol. Dikatakan jika anda menambahkan minyak zaitun kedalam masakan berminyak dan berkolesterol, kesemua minyak akan menjadi sisa dan tidak diserap oleh tubuh. Wallahualam.


16. Campuran limau nipis tua dan minyak zaitun juga dikatakan boleh mengubati batu karang. Hanya perah jus limau nipis dan campur sesudu minyak zaitun dan campurkan dengan segelas air. Minum dan amalkan sehingga batu karang itu keluar atau pecah.

17. Jadikan minyak zaitun ini sebagai lotion atau bahan urutan untuk bayi anda berbanding lotion biasa yang terdapat dipasaran.

Dinasihatkan dan digalakkan anda membeli minyak zaitun keluaran Palestin, Turki atau Turnisia atau negara Arab lain untuk keberkahan minyak zaitun itu sendiri.


Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

Terima kasih.

KEREPEK JAGUNG SEDAP !!!

Kerepek jagung dan kudapan enak untuk sekeluarga
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sudahkah anda membeli dan merasai KESEDAPAN & KEENAKKAN 

KEREPEK JAGUNG

CRUNCHY FLAKES BY QISYA KHADEEJA?

Ia dimasak dan diperbuat oleh saya.

Ada yang panggilnya kerepek curry, KEREPEK JAGUNG KARI,
CRUNCHY FLAKES, SNEK JAGUNG dan sebagainya.

Paling penting memang ramai memuji kerepek jagung enak, lagi sedap ini.


hanya RM12 sebalang

Kerepek emping jagung ini sesuai sebagai KUNYAH-KUNYAH, KUDAP-KUDAPAN seisi keluarga.

Anda boleh menikmatinya dimana-mana sahaja.

Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet atau yang sedang mengamal DIET KURANG GULA.

Sekurang-kurangnya jagung adalah makanan tanpa gluten atau GLUTEN FREE.


Maaf jika anda sedang menghadapi TOPICAL STEROID WITHDRAWAL FASA 1-2 , makanan ini masih tidak sesuai dengan condition atau situasi tubuh anda.

Tunggu sehingga usus anda telah sihat dan kuat , masa untuk anda yang telah mengharungi TSW untuk menikmati snek ini sekali-sekala.

Sekurang-kurangnya snek ini jauh lebih sihat dari snek-snek diluar atau makanan manis yang jauh disukai candida.

Anda harus cuba snek ini jika anda mencari alternatif makanan ringan dan snek yang lebih sihat.

Jika anda mahu yang lebih sihat dari KEREPEK JAGUNG ini, rebus sendiri jagung segar anda dan makan.


WHATAPPS 016 - 276 2636  untuk pembelian CRUNCHY FLAKES BY QK

sekarang.


Terima kasih.

BLOGGER: PENGUNJUNG DARI RUSIA

*** untuk paparan imej yang lebih besar & jelas, sila klik imej

jumlah pengunjung yang hampir 2400 paparan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera. 
Telah lama saya tidak mengemaskini blog ini dengan info-info bermanfaat dan khasiat-khasiat untuk dikongsikan bersama anda.

Alhamdulillah blog ini terus dibaca dan dikunjungi oleh pengunjung seluruh pelusuk dunia dan minggu-minggu kebelakangan ini ia kerap dikunjungi oleh pengunjung dari negara RUSIA.

jumlah pengujung dari Rusia yang lebih dari 1500 paparan
Paparan blog ini pada hari semalam menunjukkan hampir 2400 paparan dan lebih dari 1500 paparan datang dari negera RUSIA.

Saya tidak tahu apa yang menarik minat setiap pembaca dari luar negara (sama ada rakyat Malaysia yang menetap disana atau penduduk peribumi negara itu sendiri), saya hanya bersyukur dan berterima kasih diatas sokongan anda memilih blog ini sebagai bahan bacaan.

Menulis blog memerlukan idea dan 'ruang persendirian' untuk mendapatkan mood agar tulisan yang diluahkan seiring apa yang cuba disampaikan kepada pembaca supaya pembaca mudah memahaminya sehingga terdorong untuk sama-sama mengamalkan apa yang dikongsi oleh saya di blog ini terutama dalam pengalaman saya menggunakan produk-produk asli dan pahit manis yang dilalui.

Jujur saya katakan, tidak semua ditulis adalah sesuai dengan semua golongan dan cara hidup, ambil sahaja yang sesuai dengan anda dan tidak semua yang tidak sesuai dengan saya , tidak sesuai dengan anda. 

Terima kasih untuk anda yang terus menyokong blog ini. Jika anda masih belum menulis, masa untuk belajar menulis dari sekarang.

Terima kasih.




Jumaat, 22 Julai 2016

EKZEMA / TSW: ULANGKAJI

Gambar yang diambil awal pagi di Traveller home tempat saya menginap
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya sering menerima soalan yang sama dan berulang-ulang tetapi dari orang yang berlainan di email dan whatapps mengenai ekzema dan TSW.

Sejujurnya saya memang agak sukar menjawab email dan whatapps kerana ia memerlukan penerangan yang amat panjang dan saya lebih suka anda merujuk blog ini atau join mana-mana group Ekzema dan kumpulan sokongan ekzema di facebook.

Soalan yang ditanya kebanyakkan telah dijawab dan ada didalam blog ini Sesungguhnya saya sendiri ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman dan banyak lagi tetapi semua itu memerlukan mood, daya tahan dan otak yang tenang untuk berkongsi dan menulis. Bukan senang menulis artikel blog terutama jika anda berada dikawasan bising seperti sedang menggunakan wifi percuma di mcdonalds (saya tidak makan mcdonalds hanya menumpang wifi sahaja).

Baiklah mari saya buat ulangkaji benda yang telah saya tulis diblog ini bersama-sama :-

1. Jika anda sehingga peringkat setiap bulan atau 3 bulan mengambil suntikan steroid untuk menghentikan ekzema anda, saya mohon anda jangan terus stop steroid takut badan dan organ badan anda sendiri terkejut. Mohon rujuk kepada yang pakar. Untuk setakat ini pakar yang paling pakar saya jumpa untuk permasalah ekzema ialah DATO DR SURIYAKHATUN , anda boleh buka facebook dan search fb beliau dan terus pm beliau direct untuk membuat konsultansi dan temujanji. Ia memang ada bayaran yang dikenakan dan bayarannya tidak begitu mahal berbanding klinik lain.

2. Jika anda setakat menyapu krim dan jarang menggunakannya walau semenjak dari zaman sekolah, dan berusia bawah 30 tahun bagi saya, anda boleh stop terus jika ketika ini anda sedang menggunakan krim steroid bahaya itu dan bersiap sedia untuk TSW FASA PERTAMA yang panas dan sengsara seterusnya diet yang lebih sihat insyaallah.

3. Jika anda kini mengharung proses TSW FASA PERTAMA, mohon stop guna sabun. Saya menggunakan cuka epal untuk mandi. Saya sapu cuka epal pure atau asli di ekzema saya, kemudian saya mandi cuka epal. Saya isi satu penutup cuka epal didalam jug plastik. (tak apa tak bleachnya) cari jug plastik yang kualiti sikit, dan tambah air sampai penuh jug. Sapu air yang bercampur cuka epal itu diseluruh badan kemudian bilas. Semudah itu. Mandi pun sebentar sahaja. Saya menggunakan cuka jenama BRAGG. Gambar cuka epal ini ada dilink ini KHASIAT CUKA EPAL

4. Saya bukan sahaja stop menggunakan sabun untuk mandi juga sabun untuk membasuh pakaian dan pinggan mangkuk atau apa-apa jenis sabun cucian. Saya tukarkannya kepada sabun lerak atau soap nut. Untuk info buah lerak anda boleh baca artikel saya disini Pengganti Sabun Kimia.

5. Setelah saya sembuh hampir 90% baru saya kembali menggunakan sabun iaitu sabun organik untuk basuh pinggan dan pakaian saya  , untuk mandi saya kekal menggunakan cuka epal dan skrub badan buatan saya sendiri. Untuk gambar sabun organik pilihan saya ada saya paparkan dalam salah sebuah artikel saya di link ini RUTIN BARU

6. Saya seperti insan lain yang mengharung TSW/EKZEMA ketika fasa pertama sejujurnya saya sentiasa terbabas dengan diet saya. Saya masih menikmati makanan bertoksid dan tinggi gula serta bergoreng. Untuk cover kesilapan saya itu, saya kerap minum air cuka epal. Satu penutup cuka epal saya tambahkan dalam segelas air. Air cuka epal itu saya minum 3-4 kali sehari. Kini setelah sembuh jika saya tersilap menikmati makanan saya hanya mengamalkannya pada waktu malam dan 3x seminggu sahaja.

7. Ketika mengharung TSW fasa pertama, saya cuba menikmati hanya air mineral atau air gau. Saya menjauhi minum air paip, ini kerana air paip membunuh bakteria-bakteria baik didalam usus dek kandungan klorin dan bahan logam lain yang terdapat dalam air paip. Air mineral dikatakan lebih sihat kerana ia adalah air hidup yang memberi makan kepada sel-sel tubuh sekaligus menjadikan tubuh lebih sihat. Jika anda dalam fasa TSW yang teruk elakkan minum air paip dan tumpukan pada air mineral, jika tempat anda tiada air gau, beli sahaja air mineral spritzer. Air Spritzer terkenal kerana mengandungi silica yang berguna untuk membuang logam berat dan bahaya didalam tubuh. Pilihan lain air mineral beralkali yang bagus ialah air mineral blue.

8. Telah lama saya berhenti juicing lebih 5 bulan, ketika fasa TSW dahulu saya rajin berjuicing. Saya hanya menggunakan blender biasa sahaja membuat jus sawi, jus epal hijau dan peria katak. Kemudian saya mula menikmati jus sayur organik dikedai organik, sebelum membeli slow juicer murah di lazada dan rajin membuat jus lobak merah dan ubi bit untuk sebulan dua . Dan seperti manusia normal lain, selepas 2 bulan slow juicer saya hanya disimpan didalam stor lebih-lebih lagi saya kini berada di traveller home di Melaka.

9. Di Kuantan, ketika lunch , rezeki saya amat murah. Saya selalu mendapat stok tempoyak segar yang murah di Akob Patin House. Hampir setiap hari saya menikmati makanan disitu, semua lauk yang dipilih saya hanya sayur dan ulam-ulaman masak lemak atau direbus sahaja. Tempoyak adalah salah satu makanan probiotik yang amat bagus untuk usus dan membantu penyembuhan TSW atau ekzema lebih cepat. Amalkan menikmat tempoyak ini jika tempat anda mudah untuk mendapatkannya.


10. Gula dan makanan bergoreng akan mengakibatkan ekzema anda lebih teruk. Termasuk ayam berhormon dan ikan yang dibela. Ikan yang dibela termasuk siakap, keli , patin dan pelbagai ikan lain termasuk udang ternak dan pelbagai lagi. Saya walau sukar menolak 100% gula putih dan makanan bergoreng kerana saya sesekali menikmati makanan diluar tetapi saya sendiri sudah berhenti membeli gula putih. Keluarga saya masih menggunakan gula putih didalam masakan dan kedai-kedai luar apatah lagi. Apa yang diluar bidang kuasa saya, saya abaikan. Ada waktu saya tidak mampu mengelak dan saya akan cuba melakukan detoks. Ingin saya ingatkan detoks dan berpantang makan, jauh baik anda berpantang makan. 

Ini sahaja perkongsian dari saya untuk anda. Semoga ia membantu.

Terima kasih.



Khamis, 21 Julai 2016

Datang & Pergi ...


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Telah hampir 2 bulan saya dan rakan-rakan meninggalkan SGI Vacation Club.

Hanya Ziela dan Mat Nor serta Shida masih setia berkhidmat disana.

Kami yang lain masing-masing memilih arah dan bidang baru.

lunch bersama ketika masih di SGIV

bergambar di fun fair ketika Event di Nilai N9

bergembira di fun fair yang diadakan di Nilai, Negeri sembilan
seronok sungguh mereka bermain  permainan langgar-langgar kereta
Istimewa ketika bekerjadi SGI Vacation ini , kami sering menghadiri pelbagai event dan berjumpa ramai penduduk yang tinggal dikawasan-kawasan berlainan.

bergambar di pejabat

bergambar bersama Ecah dan Azim, selepas Azim resign, kemudian giliran saya dan Ecah
menikmati burger bakar Abang Burn di Ocean , Melaka
dinner asam pedas
geng polkadot
Dengan kehidupan baru dan kerjaya yang berlainan kami tetap bersama. Bulan Ramadhan baru-baru ini kami tetap menikmati makanan arab di restoran arab bersama-sama di Hadramawt Palace.
menikmati makanan di restoran Arab , Hadrawart Palace di bulan Ramadhan
Dan sebelum itu hari-hari terakhir Atul, Amy dan Dira, kami sempat berposing beramai-ramai di pejabat.

melihat gambar-gambar yang telah diambil kami


selfie beramai-ramai dihari-hari terakhir Atul, Amy dan Dira

menikmati nasi lemak sebagai dinner di hari terakhir Atul bekerja disini

saya dan Amy yang semakin dimurahkan rezeki ditempat kerja baru

Ika, Saya dan Ecah juga akhirnya meninggalkan kerjaya ini

saya bergambar di depan cermin besar di Pejabat

saya dan Ecah bergambar di hari-hari terakhir kami disini

bergambar bersama Azim ,adik yang muda 17 tahun dari saya dan ibunya hanya tua 5 tahun dari saya

saya bergambar di cermin besar hiasan pejabat

Hai Azie.. berwhat apps dengan siapa?

Kami juga seperti insan lain, habis waktu kerja kami tetap pergi membeli belah dan cuci mata.


membeli belah di mahkota Parade dan menikmati dinner asam pedas

menikmati domino pizza , makan-makan dan berjalan-jalan di sekitar bandar Melaka 
mencuci mata di kawasan menarik di Bandar Melaka ini

menikmati mee sup popular disini bersama rakan-rakan

jalan-jalan di jonker walk

Seterusnya gambar-gambar lain yang diambil di Pejabat...

sempat berposing disini

Atul dan Dira yang lebih awal meletak jawatan

bergambar bersama Atul

gambar yang menjadi memori

gambar ini di ambil diluar pintu tandas...


tempat favourite kami berposing
Dan akhir.. yang datang pasti akan pergi...

Saya, Atul, Amy, Dira, Ecah, Ika, Azim, Nurul juga pergi meninggalkan kerjaya kami disini dan bermula dengan kerjaya baru kami.

hari terakhir berkhdmat disini bulan 30 Mei 2016

Terima kasih atas segala kenangan dan persahabatan disini.

Memang indah terutama ketika bermain-main & berjalan-jalan.

Semoga persahabatan kita tetap kekal abadi.

Terima kasih.



Khamis, 14 Julai 2016

Tempat Makan Best di Melaka Part 9 : - DIN BOM SUP UTARA

bergambar di hadapan signboard Din Bom Sup Utara
Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini dilink ini TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PART 8

bihun sup daging yang sungguh sedap

Jika anda berada di Melaka dan mencari masakan panas dan makanan berunsur sup. Anda boleh ke DIN BOM SUP UTARA.

Restoran ini menghidangkan masakan panas dan pelbagai jenis sup termasuk sup tulang, sup sayur , sup perut dan sebagainya. Malah disini juga turut dijual laksa.

laksa ikan yang turut dijual disini

Rasa sup disini memang sedap sekali. Malah nasi goreng disini juga antara nasi goreng pilihan saya. Anda patut mencuba masakan disini. Restoran ini juga dibuka pada waktu malam.

antara menu pilihan kami

Jika anda berada di Melaka pilih DIN BOM SUP UTARA antara pilihan tempat makan anda.


Terima kasih



**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?

*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?

*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?

*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP.. 

CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.

Order sekarang hanya RM12 sebalang.


Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang

limpahan emping jagung, kekacang enak, dan rempah kari kaw yang sungguh sedap dan enak

CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, Qadeeja 0162762636... tqvm




TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PART 8 :- NASI LEMAK SEDAP

Nasi lemak sedap yang berharga RM5 sahaja
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Ini adalah sambungan artikel dari link ini Tempat Makan Best di Melaka Part 7.

Jika anda berada di Melaka dan mencari nasi lemak sedap dan enak. Anda boleh ke gerai ini. Gerai ini dibuka pada pukul 6 petang dan keatas dan tutup sebelum pukul 9 atau 10 malam berdasarkan stok nasi lemak yang masih tinggal.

anda juga boleh membungkus pulang nasi lemak ini
Lokasi gerai nasi lemak ini ialah berhadapan Malacca Straits Hotel


 dan berdekatan SMK TINGGI MELAKA


Anda boleh lihat setiap gambar yang saya kongsikan dibawah

bahagian hadapan gerai ini

pemilik gerai ini sibuk memasak ayam goreng panas
ayam goreng panas yang enak
tempat mengoreng ayam

ayam goreng yang telah siap dimasak

disini juga ada dijual air minuman dan burger
gambar pemadnangan kedai

pemandangan sisi kedai
Pada waktu tengah hari disini juga ada dijual hidangan panas.

banner hidangan panas yang turut dijual ketika tengah hari

masing-masing sibuk menyiapkan hidangan

gambar saya dan rakan-rakan menikmati makanan disini

Tunggu apa lagi jika anda berada di Melaka, jangan lupa singgah dan cuba nasi lemak sedap di gerai ini.

Terima kasih.

 ** ini sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best di Melaka Part 9

**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?

*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?

*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?

*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP.. 

CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.

Order sekarang hanya RM12 sebalang.


Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang

limpahan emping jagung, kekacang enak, dan rempah kari kaw yang sungguh sedap dan enak

CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, Qadeeja 0162762636... tqvm








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...