Jumaat, 27 Mei 2016

Rakan dan Kerja

bergambar bersama signboar atau papan tanda SGI Vacation Club
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.
Telah lama saya tidak menulis di blog ini kerana kesibukan masa dan ketiadaan mood serta idea yang tidak kunjung tiba walau telah berkali-kali menekan 'keyboard' laptop sendiri.


Bergambar bersama Ziela yang berasal dari Sabah
Saya kongsikan dengan anda kisah saya disini , tentu sekali mengenai rakan dan kerja saya di pejabat. Hampir 3 bulan saya di Bandar Melaka dan Sgi Vacation ini, sekaligus sudah tiba masa saya mula mengira-ngira untuk mula 'berangkat' dari sini. 

bergambar bersama Ziela yang berusia muda hampir 10 tahun dari saya
Berada di bandar Melaka membuatkan saya cukup gembira, terlalu banyak tempat dan muzium serta kawasan belum dilawati saya, tetapi berkerja disini bagi saya adalah satu kepuasan berlainan kerana saya disini mula bersikap kembali 'kebudak-budakan', mengimbas kenangan hampir 17 tahun dahulu.

sesekali bergambar suka suki bersama Ika dan Ecah
Walaupun berkerja satu pejabat dengan adik-adik yang berusia hampir separuh usia saya, alhamdulillah sifat saya yang lebih mudah masuk dengan keadaan dan perangai yang masih 'keanak-anakan' mengurangkan tekanan berkerja disini walau semenjak dari mula, kerjaya ini bukan kena dengan jiwa saya sendiri.

ketika mini cocktail atau event di sebuah Hotel di Nilai, Negeri Sembilan
Bersyukur diberi rakan sekerja yang 'riang-ria' adalah bonus bagi saya kerana sekurang-kurangnya saya mempunyai ramai penghibur yang pandai mengambil dan menjaga hati saya. Ia kadang-kala usia yang jauh juga memberi kebahagiaan dengan cara tersendiri bagi mereka yang sebaya dan lingkungan umur saya kini.

snek vegetable chips pilihan saya
Ia, walau saya masih dalam diet ekzema, tetapi kesibukan kerja dan jadual yang ketat kadang kala menyebabkan saya sentiasa terbabas dengan diet yang lansung tidak teratur. Saya menikmati mcdonald yang dibelanja oleh Amy ketika event di Swiss Garden The Shore Melaka, dan saya juga berkali-kali menikmati pizza Vegetarian Domino's di Nilai kerana masalah mengejar waktu dan jadual event yang agak ketat menyukarkan saya membeli makanan yang lebih sihat. Sesekali ketika menikmati makan malam di restoran segera, saya menahan selera dan hanya menikmati vegetable chips yang lebih semulajadi walau bukan organik.

bergambar ketika mini cocktail atau event di Swiss Garden Residences , The Shore , Melaka

Di salah sebuah mini event
antara event yang dihadiri

kenangan di event kami di Swiss Garden Residences, Melaka
Saya lebih kerap memasak dari membeli makanan diluar untuk makan tengah hari, tetapi dalam seminggu saya tetap menikmati makanan di luar 2 atau 3 kali terpulang kepada masa dan keadaan. Saya sering menikmati makanan di restoran minang yang terdapat disini atau restoran masakan Indonesia terkenal iaitu Wongsolo.


bersiap sedia untuk keluar makan tengah hari

menikmati makan tengah hari di Restoran Wongsolo bersama rakan seperjuangan
Saya juga berkesempatan menikmati nasi briyani kambing sebagai menu makanan tengah hari saya disini bersama rakan-rakan satu pejabat saya.

menikmati makanan tengah hari bersama rakan sepejabat, Nurul dan Shahida adalah staff baru kami
selfie sebelum makan, tudung hijau muda ialah nurul dan tudung berbunga kecil ialah shahida

untuk kudap-kudapan saya lebih selesa memilih biskut jacobs dan sesekali saya memilih biskut atau cracker organic yang lebih mudah didapati dan lebih sesuai dengan diet ekzema saya.

bio cracker organic campuran minyak zaitun, tomato dan basil.

selain wafer loacker , wafer organik ini adalah antara pilihan saya
Saya masih setia menikmati nasi lemak daun pisang dan kopi tenum untuk sarapan pagi dan bergilir dengan roti sourdough atau oat bersama koko panas organik sebagai menu utama dan kegemaran saya disini.

2 bungkus nasi lemak daun pisang adalah antara menu wajib saya untuk sarapan termasuk kopi tenum
Saya juga mempunyai pilihan menu baru untuk masakan tengah hari saya iaitu spaghetti organik bersama sos tomato yang jauh lebih murah dari spaghetti yang dijual diluar, ia barang organik memang agak mahal berbanding bahan bukan organik, saya perlu redha kerana saya masih dalam diet ekzema dan seboleh-bolehnya saya cuba mengamalkan diet yang lebih sihat.

antara spaghetti organik dan sos organik pilihan saya
Dan ada waktunya kami semua menikmati makan malam bersama-sama terutama jika ada majlis perpisahan atau hari terakhir staff pejabat kami berkhidmat disini.

menikmati nasi lemak sedap di warung terkenal berdekatan bandar hilir Melaka
Di sini saya dikira amat beruntung atas layanan yang diberikan oleh adik-adik satu pejabat yang kerap melayan perangai 'gila-gila' saya, Ika dan sahabatnya Leha telah membawa saya mencuci mata ke A Famosa Premium Outlet atau lebih dikenali sebagai Malacca Premium Outlet, kemudian sahabat karib saya Rima pula datang ke Melaka bersama sepupu kesayangannya membawa saya menikmati makanan enak di Restoran Asam Pedas Selera Kampung, berdekatan Mahkota Parade untuk menikmati makanan tengah hari yang menghidangkan pelbagai lauk-pauk traditional yang terdiri dari pelbagai menu kegemaran saya sendiri.

bergambar bersama Ika di Melaka Premium Outlet
bergambar bersama sahabat Ika , iaitu Leha di MPO

Rima dan sepupu kesayangan beliau 
Rima, sepupu Rima dan saya bergambar di hadapan pintu gerbang Coconut Shake paling popular di Klebang

saya bergambar bersama Rima di Kincir air mercu hiasan di Malacca Outlet Premium
Di bandar hilir ini antara restoran atau kedai makan yang popular ialah Restoran Asam Pedas JR, tetapi secara peribadi bagi saya menu atau rasa asam pedas disini biasa sahaja, dan harga menu disini bagi saya agak mahal. begitu juga pendapat beberapa rakan saya yang lain.
Menu Asam Pedas Ikan Tenggiri di Asam Pedas Jr
Tetapi harus di puji lokasi Restoran Asam Pedas JR ini amat strategik dan menarik. Ketika makan anda boleh melihat suasana keindahan dan kemeriahan di Bandar Hilir Melaka ini disamping menara Taming Sari yang turun naik serta keindahan pelbagai beca yang dihias cantik dan berkelipan yang asyik lalu-lalang dihadapan anda yang sedang menikmati hidangan.

sambil menikmati makanan disini sambil anda boleh melihat keindahan bandar Melaka, dan menara Taming Sari Turun dan naik

Ecah bersama set nasi asam pedas tenggiri 
restoran ini ketika hari cuti sentiasa penuh dengan pelancong
Hanya ini yang dapat saya kongsikan dengan  anda. Terdapat banyak tempat menarik di Melaka yang belum saya kongsikan dengan anda, saya akan berkongsi dengan anda di artikel saya yang akan datang. 

Saya akan cuba untuk kembali aktif menulis blog dalam waktu terdekat ini. Doakan segala yang baik-baik untuk saya. 

Terima kasih.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...