Isnin, 30 Mei 2016

Satu Hari Disini..


Handbag coach yang setia menemani saya- sengaja saya terbalikkan handbag itu

Berhijrah ke Melaka , Bandaraya bersejarah ini, saya hanya membawa baju biasa-biasa sahaja, yang sesuai dipakai kemana sahaja. Saya hanya membawa sebuah handbag kecil coach sahaja untuk menemani saya kemana-mana dan menyimpan ia didalam backpack yang sering saya bawa kemana-mana yang tergalas di kedua-dua bahu saya, bagi mengelakkan peragut atau penyeluk saku, selain backpack juga mudah digunakan jika saya ingin membeli belah atau membawa laptop saya kemana-mana.

Bergambar di waktu malam di area dataran pahlawan yang terkenal di Bandar Melaka ini
Jika saya pulang awal dari kerja iaitu sebelum pukul 8 atau 9 malam, kebiasaannya saya dan rakan-rakan sekerja akan melilau disekitar bandar hilir ini, menikmati makan malam atau berjalan-jalan.

mercu tanda bandar Melaka- Menara Taming Sari
Melihat Menara Taming Sari hampir setiap hari turun naik adalah pemandangan biasa bagi saya yang tinggal betul-betul di tengah bandaraya ini. Serius, bagi saya bandaraya Melaka ini memang Bandar paling cantik dan menarik pernah saya lihat di Malaysia ini.

Hotel Equatorial yang menjadi mercu tanda berhampiran tempat tinggal saya
Jika Menara Taming Sari adalah mercu tanda bandar Melaka , Hotel Equatorial pula adalah mercu tanda yang akan sentiasa saya lihat di kediaman saya di Bandar Hilir Melaka ini. Inilah bangunan yang setiap pagi saya menuruni tangga akan saya nampak dahulu selain melalui kawasan dapur dan peribadi yang tetap akan melintasi pemandangan yang memperlihatkan bangunan tinggi hotel ini.

pintu menuju kawasan bilik di bahagian bawah
Kebiasaannya saya akan mengecas telefon bimbit saya di ruang tamu atau istirehat, dimana ukiran arnab akan menghiasi ruang menuju ke ruangan bilik-bilik di bahagian bawah.

pemandangan menuju ke bilik bahagian bawah dan ruang ke bahagian dapur
Dari pintu yang dilukis kartun menarik itu, saya akan di bawa terus ke jalan menuju ke kawasan dapur, atau saya hanya perlu belok ke kiri untuk menaiki tangga menuju ke bilik tidur saya.

gambar lebih dekat 
Ruang tamu disini agak unik kerana pelbagai hiasan menarik, dari kulit kerang didalam botol dan pelbagai hiasan unik lain.

imej kawasan ruang tamu untuk menikmati makanan berehat dan menonton television
Sesekali si kucing bertuah , Tuah menemani saya menggosok pakaian saya untuk seminggu di ruang  tamu ini.

Si kucing beranama Tuah , yang setia menunggu saya siap menggosok pakaian untuk seminggu
Basikal yang kadang-kala digunakan oleh saya dan Kak Tina
pemandangan kolam hadapan Traveller Home ini
Mari saya bawa anda berjalan ke kawasan Dapur di waktu malam di tempat saya menginap ini...

Rumah  Pengembara ini di kelilingi pelbagai kolam yang dipenuhi pelbagai tumbuhan yang unik dan tumbuh subur selain ditemani pelbagai binatang peliharaan.

pemandangan ditepi kolam pada waktu malam, lihat tumbuhan didalam pasu ditepi pangkir kolam ini
Mari saya bawa anda melihat bilik , kediaman saya di waktu malam dari jendela dapur tempat saya sentiasa berbual-bual bersama Kak Tina.

tingkap atas , papan putih itu adalah bilik saya di sebelah tepi sekali
Mari lihat lagi pemandangan dalam taman di tempat tinggal saya yang menarik ini..

pemandangan di waktu malam

Ruang dapur memasak dan berborak di waktu malam

kediaman yang unik dan indah walau diwaktu malam
Kita tinggalkan dahulu suasana dan pemandangan waktu malam disini, terlalu banyak lagi pemandangan segala bilik dan tingkat atas serta balkoni atas yang saya belum berkongsi dengan anda. Sengaja saya tinggalkan untuk artikel seterusnya, agar anda tidak sabar menanti dan terus menunggu artikel seterusnya.

Saya bawa anda ke perjalanan saya waktu pagi di kediaman indah ini dalam satu hari, yang dirakamkan dalam setiap gambar dan imej dalam artikel kali ini.

pemandangan di tepi kolam pada waktu pagi, sila lihat tumbuhan didalam pasu-pasu ini
Setiap pagi saya melalui 2 kolam di hadapan saya, yang terdapat dikiri dan kanan saya. Didalam kolam ini terdapat pelbagai jenis ikan kecil dan juga 3 ekor kura-kura, 2 kura-kura dewasa, Tobi dan Obi yang pernah saya ceritakan dalam artikel sebelum ini dan seekor lagi anak kura-kura yang baru dibela oleh Kak Tina dalam bulan lepas, menjadikan genap 3 ekor kura-kura di rumah penggembara ini.
saya tahu ia amat menarik

Melalui kawasan kolam dan tumbuhan indah didalam pasu tembikar yang berisi air memberikan rasa tenang ketika anda bangun pagi untuk memasak.

selamat pagi Tobi dan Obi , si pasangan kura-kura yang pemalu
Lebih indah lagi jika diawal pagi lagi anda melihat sepasang kura-kura menikmati udara bersih dan bertinggek di tepi kolam.

anak kura-kura yang baru dibela sedang berenang-renang didalam kolam
Jauh sedikit dari kolam besar yang terdapat dikiri kanan laluan saya ke dapur, dihadapan kolam besar itu bersambung dengan sebuah lagi kolam kecil. Didalam kolam ini juga si kura-kura turut berenang-renang, dan pagi itu saya tersenyum melihat keletah anak kura-kura sedang berenang-renang dikolam kecil ini.

lihat dengan jelas betapa gembiranya anak sikura-kura ini
Lalu sahaja kawasan di hadapan kolam, saya terserempak dengan si arnab paling nakal dan comel si BOBOY sedang berehat.

Boboy, si arnab sedang berehat
Melihat sahaja kedatangan saya ke dapur, si Boboy terus berlari dan mengikuti saya ke dapur.

lihat keletah si Boboy yang manja dan comel ini
Kemana sahaja saya pergi Boboy seolah-olah ingin mengikuti saya, lihat sahaja gambar yang saya ambl ini.

lihat gerak geri boboy yang lincah dan comel ini

Boboy yang comel dan manja, lihat batu-batu kecil hiasan diatas tanah dirumah pengembara ini.
teruskan sahaja berenang ye si kura-kura
Dari kolam besar ke kolam kecil seterusnya saya melalui rumah kayu istimewa tempat Michael dari Belgium pernah menginap lama dan juga rumah istimewa tempat tinggal Kak Tina di sini.

perjalanan dari kolam besar ke kolam kecil
Lihat betapa istimewa dekorasi dalam Rumah Pengembara ini. Saya telah beberapa kali mendengar beberapa orang pengembara terutama mat salleh bercakap sesama sendiri betapa istimewa rumah dan pemandangan disini. Tidak hairanlah hampir setiap hari dan minggu rumah pengembara ini dipenuhi dengan pengunjung seluruh dunia dan pengunjung yang sama juga acap kali datang menginap disini untuk tempoh yang lama.

pemandangan ke dapur sebelum tiba ke bilik penginapan Micheal satu waktu dulu

bahagian hadapan rumah penginapan Michael satu waktu dulu

cantik sungguh pemandangan hadapan rumah tempat tinggal Michael satu waktu dahulu
Menuju ke dapur, pemandangan saya akan terus dihiasi dengan pelbagai sarang burung, tumbuh-tumbuhan dan dekorasi indah lain.

sarang burung, dekorasi indah, batu-batan yang unik dan cantik serta tumbuhan hijau yang segar menghiasi sepanjang perjalanan ke dapur

lihat pintu dapur yang tertutup dan segala tumbuhan diatas yang tumbuh subur dan pangkin di tepi setiap tumbuh-tumbuhan menghijau ini
gambar pangkin dari jauh

sudut pemandangan menghala ke dapur
terdapat pelbagai laluan untuk ke dapur dari bilik saya , ini antara pemandangan dari sudut lain

lihat pemandangan dekat pintu ruang makan atau dapur ini
Seperti biasa tiba di dapur, sekali sekala si kucing comel dan manja TUAH , sedang tidur di pangkin, seolah-olah menunggu kedatangan saya untuk mula memasak.

Tuah si kucing manja yang nyenyak tidur
Si arnab comel dan lincah BoBOY pula , diawal pagi sudah mula mencari makanan untuk dikunyah.

Boboy kusyuk menikmati makanan
Tuah seperti biasa dengan aksi pemalasnya, untuk info Tuah memang disayangi oleh semua pengembara yang datang disini , memandangkan sikap Tuah yang amat pandai mengambil hati setiap orang disini.

bunyi bising tidak menghalang Tuah terus nyenyak tidur
Boboy si Arnab yang lincah selepas makan akan duduk dibawah pangkin dan turun naik di atas pangkin untuk mendapatkan perhatian.

sebentar Boboy berada dibawah pangkin

sebentar kemudian di atas pangkin

Tuah dan Boboy merupakan sahabat karib disini, dimana ada Tuah disitu pasti ada boboy.

Mari saya beri anda lihat sedikit gambar tempat membancuh air disini, gambar besar dan imej keseluruhan akan saya kongsikan di artikel seterusnya.

tempat membancuh kopi dan air, lihat gambar panglima cina yang terlukis dan sudah cacat itu

plus air unik dan barisan buku yang tersusun indah di almari untuk sumber bacaan
Saya bawa anda melihat sedikit gambaran ruang dapur sebelum berkongsi dengan anda gambar keseluruhan di artikel akan datang.

cengkerang berwarna coklat ini adalah tempat air keluar  jika di buka suisnya - salah satu hiasan disini
imej gambar naga dan cermin serta hiasan tumbuhan plastik dan tumbuhan segar serta kerusi kayu

diwaktu malam, Kak Tina selalu memasang lilin disini jika ramai tetamu
Siap memasak, masa untuk kembali ke bilik dan bersiap-siap ke pejabat. Seperti biasa saya bawa anda melalui pemandangan indah ke bilik saya.

Bilik berwarna putih ialah bilik saya, warna merah itu ialah tangga batu dan dibawah ialah bilik-bilik lain

bunga-bunga merah yang kembang mekar disini
Sekali lagi saya melalui kolam untuk kembali ke bilik saya.

lihat pemandangan lebih jelas di kolam ini dan tumbuhan didalam pasu ini

Saya rakamkan separuh pemandangan perjalanan kembali ke bilik saya untuk anda.


saya tahu jambatan itu memang unik dan cantik terutama disebelah kanan dan kiri dihiasi kolam yang bersih kehijauan
kura-kura kekal bertengek dan berehat, lihat tulisan yagn tertera didinding merah itu
Sesekali saya akan melihat ketiga-tiga ekor kura-kura ini berkumpul ditepi kolam ketika saya ingin kembali ke bilik saya.

ketiga-tiga ekor kura-kura bertengek di tepi kolam berehat
Di rumah pengembara ini, setiap ruang dan tiang akan dihias dengan lukisan eksotik atau tulisan yang membawa maksud tersendiri

lihat lukisan yang terukir ditepi kayu ini

selamat bercengkerama ye si kura-kura
Seterusnya ke tangga untuk menaiki ke bilik saya, terdapat dua tangga di sini satu dibahagian kanan dan satu di bahagian kiri. Kedua-dua bahagian tangga ini dibuat dari batu, sementara di bahagian hujung ruang tamu terdapat lagi satu tangga yang diperbuat dari kayu.

jom naik bilik dan bersiap-siap ke pejabat

Setelah mandi dan menukar pakaian pejabat, saya akan kembali ke dapur dan mengambil periuk nasi Elba kesayangan saya. Dan kebiasaannya Tuah telah menukar lokasi tempat tidur beliau.

hai, Tuah, sambung tidur balik?
Sebagai pencinta kucing, tentu sekali saya suka mengejutkan Tuah bangun, dan setiap kali itu Tuah akan menunjukkan muka masam tidak suka diganggu ketika tidur.

Tuah dengan muka masam kerana di kejut tidur
Dan seperti kucing pemalas lain yang kuat tidur, walau diganggu dengan kerap Tuah tetap akan sambung tidur.

Tuah sambung kembali tidurnya
Ada waktu-waktunya Tuah tetap bangun tidur dan melayan saya berselfie bersama sebelum ke pejabat.

satu-satunya gambar selfie yang menjadi dengan Tuah untuk setakat ini
Saya beri anda lihat ruang kawasan dapur yang cantik ini dihiasi imej Tuah si kucing yang tidak kisah dimana sahaja untuk  melelapkan mata.


Tuah oh TuAH

ia saya tahu memang cantik

Seperkara yang istimewa tentang Tuah, ada waktunya walau nyenyak tidur, Tuah akan bangun dan menghantar saya kepintu untuk ke pejabat.

Tuah bersiap sedia menghantar saya ke pintu untuk ke pejabat
Melalui pintu ruang tamu untuk ke ruang hadapan yang dihiasi kolam indah sebelum pintu pagar masuk, memang akan membuatkan anda kagum dengan dekorasi unik rumah pengembara ini. Terlalu banyak lagi pemandangan dan dekorasi lain yang saya masih tidak berkongsi dengan anda.

kolam di hadapan rumah pengembara ini. Lihat dinding yang dilukis dengan pelbagai warna itu.
Malah jika dilihat dari luar pintu pagar, anda sudah boleh membayangkan betapa unik dan klasik dengan cara tersendiri rumah ini, penuh dengan ukiran dan lukisan yang berseni.

kolam yang berada berhampiran pintu pagar rumah pengembara ini
Setiap pagi saya akan berjalan kaki ke pejabat dan melalui pintu pagar yang ditutup rapat dan berkunci tepat jam 12 malam.

rumah pengembara yang cantik dan unik
Dan selama hampir 3 bulan disini, saya gembira berada disini bersama sahabat seperjuangan yang baik hati dan pemurah serta penyabar.

rakan-rakan seperjuangan
Dan ada waktunya, kami menemani sahabat lain membeli belah barangan rumah di Mahkota Parade atau Dataran Pahlawan.

menemani Ika window shopping di Kaisun, Mahkota Parade
 Dan ketika ini saya dan Ecah mengira hari untuk mengakhiri perkhidmatan kami disini dan menukar kepada bidang lain, ialah bak pesan Puan Ainon Mohd, berkuli dahulu sebelum anda mula membuka perniagaan sendiri.

selfie di hari-hari terakhir berkhidmat disini
 Di Melaka ini terlalu banyak tempat belum saya singgah dan nikmati kerana kesibukan masa, tetapi saya akan berusaha untuk mengelilingi bandar melaka serta berkongsi segala gambar, keistimewaan dan sejarah melaka bersama anda dalam setiap artikel saya.

berposing di ruang pejabat 
 Dan tentu saja, saya juga akan berkongsi dengan anda segala makanan dan tempat makan best serta menarik bersama anda dalam setiap artikel seterusnya. Nantikan sahaja.

menikmati makanan di salah sebuah restoran antik dan menghidang masakan yang enak
Ini sahaja yang boleh saya coret dan kongsikan bersama anda untuk kali ini.

Maaf jika artikel ini terlalu panjang, saya akan cuba ringkaskan untuk artikel akan datang. Terima kasih kerana terus sudi mengikuti perkembangan saya dan menjadikan blog saya ini salah satu blog wajib bacaan anda. Segala sokongan anda amat saya hargai.

Terima kasih.


*** Bagi Anda yang mencari produk tubuh asli yang lebih selamat. Saya telah menghasilkan produk SKRUB TUBUH BADAN dari 100%  bahan-bahan alami yang selamat. Ia berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, memudarkan parut, mencerahkan badan dan menghilangkan bau badan (hanya perah limau nipis didalam bancuhan skrub anda).

Harga ORIGINAL BODY SCRUB ini hanya RM12 sebotol.

Untuk belian Whatapss ke 016 2762636  sekarang.

ORIGINAL BODY SCRUB hanya RM12 sebotol
Saya turut menghasilkan produk snek yang lebih sihat berbanding snek dipasaran sekarang. Ia diperbuat dari emping jagung asli, limpahan pelbagai kacang dan disalut rempah kari asli yang Kaw!!.. Sungguh sedap dan enak. Hanya RM12 sebalang. Hanya Wassap 016 2762636 untuk belian.


Crunchy Flakes hanya RM12 sebalang




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...