Rabu, 6 April 2016

TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PART 3 - ***RESTORAN HADRAMAWT PALACE***


pemandangan hadapan restoran indah ini
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. 
Ini adalah artikel sambungan dari artikel sebelum ini di link ini TEMPAT MAKAN BEST DI MELAKA PART 2.

Alhamdulillah saya berkesempatan menikmati hidangan arab antara masakan kegemaran saya selain masakan melayu di Restoran Arab di Bandar Melaka iaitu RESTORAN HADRAMAWT PALACE yang terletak di Bukit Baru, Melaka.

cantik kan?
pintu masuk restoran yang dihias indah
Bangunan Restoran ini dari luar tersergam cantik dengan hiasan bunga-bungaan yang romantis dan nampak agak mewah.

Ruang didalam restoran ini juga di hias dengan segala perabot cantik dan lampu-lampu yang memukau. Anda boleh melihat setiap gambar dibawah yang sempat saya ambil walau saya mengejar waktu makan.

suasana yang romantik dan persendirian sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan

Ruang restoran yang besar ini boleh menampung ramai pelanggan dalam satu masa
terdapat juga meja makan diluar
Saya kesini bersama-sama sahabat satu pejabat dari bahagian sales dan marketing. Kebetulan salah seorang sahabat seperjuangan kami, menunaikan hajat beliau untuk belanja kami disini. 

Menunggu hidangan di hidangkan
Ketika saya dan sahabat-sahabat satu pejabat sampai disini , Restoran ini masih kosong kerana kami tiba awal sebelum jam 7 malam dan dalam jam 6.30 petang. Tempat ini dan bandar hilir hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit sahaja.

jika anda inginkan angin malam , anda boleh menikmati makanan diluar

group kami yang pertama sampai kesini ketika restoran ini masih lenggang
Setengah jam selepas tamat waktu pejabat, kami terus bergegas ke sini dari bandar hilir , Melaka. Oleh kerana kami yang pertama tiba dan masih tiada pelanggan lain, maka kami berkesempatan untuk membuat 'huru-hara' disini.

group kamibergambar sebelum makan
kerana saya blogger , jadi saya yang tiada dalam gambar ini.


Seperti biasa sebelum makanan siap dihidangkan sesi bergambar dan berseronok bermula

gambar pertama
gambar kedua
gambar ketiga
Ketika makanan mula dihidangkan dan belum diletakkan semua menu, kami yang telah kelaparan semenjak petang, mula menikmati makanan kami. Itu antara sebab kenapa ada antara menu yang kami nikmati tidak terdapat dalam gambar-gambar didalam artikel ini.

antara hidangan yang kami nikmati kabshah lamb dan mandy chicken



masing- masing kusyuk menikmati makanan
tangga menuju bahagian atas
Saya tidak pasti sama ada terdapat ruang makan di bahagian atas, tetapi sebelum balik, saya mengambil gambar tangga ini dan lupa untuk bertanya pekerja di restoran arab ini.

selesai menikmati makanan malam percuma yang ditaja ikhlas oleh Mat Nor
Dengan suasana yang indah, staff yang ramah melayan, air jus yang sedap dari jus mangga, jus oren dan jus tembikai susu, restoran ini amat berbaloi bagi pengemar jus dan pengemar roti mulawwah dan lamb akdah.

Jika anda masih tercari-cari tempat cantik dan indah serta romantik untuk meraikan apa sahaja hari istimewa atau menikmati hidangan bersama keluarga dan insan tersayang. Anda boleh memilih restoran ini.

Jutaan terima kasih kepada sahabat kami, Mat Nor kerana sudi belanja kami makan disini. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan jodoh dari kami. Lepas ini jangan lupa belanja lagi.

Sekian sahaja perkongsian tempat makan best untuk kali ini. 

Terima kasih.

*** ini link sambungan artikel seterusnya Tempat Makan Best Di Melaka Part 4


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...