Isnin, 28 Mac 2016

TSW / EKZEMA : ANTARA BISKUT PILIHAN YANG ENAK DAN BERKHASIAT



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Telah lama saya tidak berkongsi info dan maklumat untuk anda yang sedang diet melawan Topical Steroid Withdrawal (TSW) atau mengharung EKZEMA.

Jika selama ini saya berkongsi dengan anda biskut gluten free , hari ini saya ingin berkongsi dengan anda biskut keluaran BIOGREEN iaitu Prebalance.



Biskut Pre Balance Cracker ini tetap mempunyai kandungan yis dalam bahan-bahannya dan bukanlah gluten free, tetapi bagi anda yang telah lama mengharung TSW dan mula berasa bosan menikmati biskut gluten free anda perlahan-lahan boleh menambah biskut ini dalam diet harian anda sebelum anda semakin sembuh dan boleh bertukar kepada biskut JACOB's.


Istimewa tentang biskut Prebalance ini ia di bakar menggunakan stone atau teknik stone baked yang jauh lebih menyihatkan, banyak bahan-bahan dalam kandungan kraker atau biskut ini tidak mengandungi GMO. malah kandungan oligosaccharide juga membantu menyihatkan lagi tubuh anda.



Biskut yang diperbuat dari bahan organik dan dibakar secara tradisi ini juga mengandungi prebiotik yang bagus untuk usus, turut mengandungi pelbagai pilihan warna makanan dari warna merah, hijau, putih, kuning dan hitam yang terkenal bagus untuk organ-organ tubuh tertentu.


Kandungan bahan-bahan dalam biskut ini membantu mempertingkatkan sistem usus anda berbanding biskut komersial dipasaran yang lain yang kaya GMO dan kaya bahan kimia lain serta pewarna dan sebagainya.

Jika anda inginkan biskut yang lebih sihat anda boleh mencari dan mendapatkan biskut sourdough yang lebih sihat dan selamat atau anda boleh memasak sendiri di rumah.

Harga sepeket biskut PRE BALANCE dari BIOGREEN ini ialah RM20.06, untuk 8 peket yang mengandungi 6 keping biskut jika saya tidak tersilap dan ia memang cukup enak jika dicicah dan dinikmati untuk minum petang bersama kopi tenum sabah dan gula organik atau minuman koko organik.


Jika anda mula berasa bosan dan agak tertekan dengan diet anda yang terlalu ketat dan ingin sesuatu yang ringan untuk mengisi perut anda yang sentiasa lapar kerana kuat bekerja, ini antara pilihan yang boleh saya berikan.

Harap maklumat ini membantu anda.


Terima kasih.





1 ulasan:

Farrah MF berkata...

Stone baked memang pilihan yg lebih baik :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...