Rabu, 20 Januari 2016

PETUA PALING UTAMA



Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang PETUA PALING UTAMA dalam menjaga DAN MENGHARGAI kecantikan anda.

Ini adalah PETUA UTAMA yang di beri dan dikongsikan oleh YM Dr. Tunku Zaidar di portal beliau dan selalu ditekankan oleh pekerja-pekerja atau beautician di salon-salon milik beliau bahawa betapa penting anda dan kita semua menghargai kecantikan asli yang dikurniakan tuhan.

Memetik kata-kata utama YM Dr Tunku Zaidar, anda harus dan bagi saya sendiri wajib menyayangi dan syukuri segala bentuk kecantikan wajah dan tubuh kurniaan tuhan kepada anda.

Anda harus berdoa dari sekarang supaya anda kekal menyukai dan menyayangi wajah, warna kulit dan bentuk rupa serta tubuh anda semenjak anda lahir tanpa perlu mengubah ciptaan tuhan yang terindah milik anda. Ketahuilah anda perlu hidup dan sukai wajah anda ini sehingga anda tua nanti. Jangan risau, jika anda menjaga ia dengan betul insyaallah anda tetap kekal awet muda dan bukan awet 'plastik'. Ketahuilah apa yang anda gunakan hari ini akan memberi kesan sampingan pada masa akan datang.

Menurut YM Dr Tunku Zaidar lagi , melalui pengalaman beliau selama 25 tahun dalam bidang kecantikan, ia telah mengajar beliau, wanita yang kelihatan anggun dan cantik semasa lanjut usianya ialah MEREKA YANG MENYUKAI DAN MENERIMA KEKURANGAN YANG ADA PADA RUPANYA SEMASA MUDA.



Pesan YM Dr Tunku Zaidar lagi, jika sepanjang hayat, kita asyik memberi tumpuan pada kekurangan diri, tentu kita tidak dapat memperhebatkan kelebihan yang ada pada rupa kita. 

Dan bukankah orang yang sentiasa tidak berpuas hati hidupnya akan dapat dilihat pada wajahnya yang sentiasa kelihatan sugul dan masam.

Bayangkan jika setiap hari individu itu mukanya begitu. Bagaimana wajahnya setelah 10 tahun kemudian?

Tentu sekali air muka dan kulitnya lebih berkedut, bibir lebih jatuh ke bawah dan dahi lebih kerepot berbanding dengan seorang wanita yang dari muda sentiasa tenang dan bersyukur, makan terbitlah air muka yang sentiasa tersenyum manis.

Wanita ini tentu sekali apabila tua kelak akakn kelihatan jauh lebih muda dan menarik.


Pesan nenda YM Dr Tunku Zaidar kepada beliau ,

"saat kita berhenti melihat kekurangan rupa paras kita dan saat kita berhenti dari mahu kelihatan seperti wanita cantik idaman kita, maka PADA MASA itulah kita tahu yang kita juga boleh kelihatan lebih cantik.

BERHENTI BANDINGKAN DIRI DAN WAJAH KITA SERTA WARNA KULIT SERTA BENTUK BADAN KITA DENGAN ORANG LAIN.

Sayangi dan cintailah diri anda.

Amalkan PETUA UTAMA ini sebelum anda amalkan petua-petua kecantikan lain.

Selamat mencuba.

TERIMA KASIH.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...