Isnin, 7 Disember 2015

BLOGGER : BUAT DUIT DENGAN CHITIKA



iklan berwarna hijau ini adalah contoh iklan chitika di blog ini


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Alhamdulillah, perjalanan saya dalam dunia blogging berjalan dengan lancar dan mudah buat masa ini ,dan harapan saya untuk hari-hari dan seterusnya ia terus berjalan lancar dan semakin menambah manfaat kepada semua pembaca dan mereka yang setia mengikuti blog kesayangan saya ini.

Alhamdulillah pendapatan dari blog saya juga semakin bertambah-tambah dari hari ke hari. Terima kasih kepada semua pembaca-pembaca blog saya dan pengikut semua blog milik saya.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi dengan anda cara buat duit dengan blog menggunakan platform pengiklanan CHITIKA pula.

Mudah sahaja anda hanya perlu mendaftarkan akaun dan permohonan anda di link ini https://publishers.chitika.com/login .

Saya hanya memerlukan tidak sampai 5 minit untuk memohon akaun CHITIKA ini dan tidak sampai 10 minit iklan pertama CHITIKA telah berada di blog ini.

Istimewa tentang CHITIKA, ia juga platform pengiklanan yang membayar dalam mata wang USD. MATA WANG USD ini adalah salah satu platform pendapatan pasif yang paling digemari oleh blogger.

Selain ADSENSE yang membayar dalam USD yang tinggi, CHITIKA tidak terkecuali. Paling penting jika anda adalah pemilik akaun dan pengiklan bagi ADSENSE anda juga boleh meningkatkan pendapatan dari blog anda ini tidak sampai dalam 15 minit.

Di blog saya ini terdapat CONTOH BANTING CHITIKA untuk anda yang merupakan pemegang akaun adsense untuk menambahkan CHITIKA sebagai antara banner iklan di blog anda.

Selain CHITIKA dan ADSENSE sebelum ini saya pernah meletak iklan POPADS tetapi saya telah memadamkan iklan POPADS saya kerana saya merasakan iklan POPADS ini menserabutkan blog saya ini, walau pun iklan POPADS juga turut membayar dalam mata wang USD. 

Anda boleh membaca artikel mengenai iklan POPADS di link ini BUAT DUIT DENGAN BLOG : POPADS .

Saya akan berkongsi lagi pengalaman saya bersama CHITIKA selepas ini dan ilmu-ilmu mengenai menambahkan pendapatan melalui CHITIKA selepas ini.

Semoga ini akan menambahkan lagi semangat saya dan blogger lain untuk menambah pendapatan melalui blog selain memberi manfaat kepada semua pembaca yang melayari blog ini disamping menambah ilmu saya dalam bidang blogging dan bidang-bidang ilmu lain.

Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...