Isnin, 30 November 2015

KHASIAT KACANG KUDA



Antara pilihan terbaik kacang kuda organik dan Non GMO 


KACANG KUDA memang sedap sekali. Ini adalah antara bahan yang di masukkan dalam sajian arab yang popular iaitu hummus. Kacang kuda juga popular di sebagai antara bahan untuk sajian salad masakan arab dan juga salad dalam sajian masakan barat. Ia juga popular di kalangan kaum india.

Kacang kuda perlu direndam semalaman terlebih dahulu , baru ia mudah di rebus atau di masak sekaligus menjimatkan gas masakan anda.

Kaya dengan khasiat , mudah didapati dan di kategorikan sebagai kekacang yang murah, anda boleh mendapatkan kacang kuda ini di pasaraya atau pasar-pasar berdekatan anda.

Resepi paling mudah, hanya rebus sahaja kacang kuda ini dengan beberapa helai daun kari, atau selepas di rebus tambahkan beberapa helai daun kari untuk rasa dan bau yang lebih enak.

Berikut adalah antara KHASIAT KACANG KUDA untuk ilmu kita bersama :-

1.  Kacang kuda mengandungi Thiamin, riboflavin, vitamin (A, B , C, D, E, K), zink , folat , sumber kaya protein, kaya kandungan fiber, karbohidrat, rendah lemak, turut mengandungi kalsium dan zat galian lain termasuk magnesium, posforan, kalim, sodium.

2. Dikatakan kandungan kalsium yang tinggi di dalam kacang kuda hampir sama banyak seperti  kalsium di dalam yogurt.  Sekaligus kacang kuda adalah antara sumber makanan terbaik untuk keperluan kalsium harian anda.

3. Dalam 100 gram kacang kuda rebus mengandungi 164 kalori, di mana ia terdiri dari 2.6gm lemak, 7.6gm serat diet dan 8.9gm protein, ia tiada kolesterol dan gula, selain kandungan lemak tepu yang rendah, malah amat tinggi kandugnan vitamin B6. Seeloknya jangan di tabur garam ke dalam kacang kuda rebus kerana rasa kacang kuda rebus cukup enak secara semulajadi.

4. Kaum india menggunakan tepung kacang kuda dalam kebanyakan masakan mereka termasuk untuk memekat masakan kari dan juga sebagai adunan tepung bagi mengoreng ayam atau daging (menggunakan tepung kacang kuda sebagai penganti)

5. Tepung kacang kuda juga boleh digunakan sebagai pencuci wajah dengan mencampurkan dengan sedikit susu tepung atau susu segar. Adunan semulajadi ini membantu kulit lebih cerah dan lembut.

6. Kacang kuda juga turut membantu menstabilkan paras glukos dalam darah, ia jgua membantu menyeimbangkan tindak balas elektrolit di dalam tubuh.

7. Selain itu kacang kuda juga turut membantu meningkatkan kadar metabolisme serta membantu otak dan tubuh anda berfungsi dengan lebih baik.


Kacang kuda rebus organik 


8. Kacang kuda juga dikatakan turut membantu mengekalkan  tahap kesihatan jantung, pankreas dan usus kecil.

9. Dengan menikmati segengam kacang kuda ia turut membantu menyeimbangkan hormon di dalam tubuh.

10. Wanita mengandung yang HB rendah, boleh menikmati kacang kuda rebus untuk mengatasi masalah ini.

11. Kacang kuda amat bagus bagi menguatkan fizikal seperti otot, tulang, menambah tenaga, untuk body builder, atlet , bina darah merah dan mereka yang darah rendah serta anemia.

12. Jadikan kacang kuda sebagai snek sihat dalam diet anda juga untuk anda sekeluarga.


Tunggu apa lagi, jika anda malas merebus kacang kuda, beli sahaja kacang kuda ini di kedai-kedai mamak terpilih, pasar malam, RNR dan pelbagai gerai dan restoran yang terdapat hidangan ini.


Selamat menikmati kacang kuda yang tinggi khasiat protein dan pelbagai mineral dan galian ini.

Terima kasih.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...