Ahad, 1 November 2015

BLOGGER: TIDAK MAMPU MENULIS? MASA UNTUK MEMBACA

gerai kegemaran saya suatu waktu dulu dan antara sebab kenapa saya mampu menulis artikel mengenai cinta ketika mula-mula menulis blog pertama ini dahulu

Walau mood anda ingin menulis membara, idea di kepala melompat-lompat tetapi bila menekan papan kekunci anda tidak tahu apa ingin di tulis, walau segala gambar, tajuk dan mungkin draft yang terbit di kepala telah di hafal tetapi anda tidak mampu mengawal keadaan bahawa "ANDA TIDAK MAMPU UNTUK MENULIS".


Pernahkah anda merasai perasaan "Tidak mampu menulis?", walau ketika itu anak anda mungkin sudah tidur nyenyak, otak anda berkeadaan segar, perut sudah cukup kenyang terisi, tetapi bila sudah membuka laptop sambil muka tersenyum.. anda tetap tidak mampu menulis.

Nak menaip tiba-tiba tidak ada idea. Berpuluh kali memadamkan ayat-ayat yang tersusun di depan mata?. Kadang kala lebih 300 patah perkataan ditaip, tapi entah ayat apa-apa , entah artikel apa yang ingin di sampaikan, anda sendiri tidak berpuas hati dengan artikel separuh jalan itu dan memadamkan semua sekali?.

Jika anda menghadapi masalah "TIDAK MAMPU MENULIS"  dan merasa kecewa tulisan anda tidak menjadi, tidak memuaskan hati.

Ia masa untuk anda menambah ilmu dan membaca terutama jika selepas anda solat dan berdoa anda tetap tidak dikurniakan idea.

Apa istimewa membaca di saat anda kehausan SENJATA UNTUK MENULIS.

Kerana membaca tentu sekali akan terus menambah ilmu anda walau anda yakin anda cukup pakar dalam bidang-bidang tertentu.

Mungkin apa yang telah anda tulis sudah terlalu banyak dan apa yang anda sendiri ingin sampaikan dari pengalaman dan ilmu yang anda belajar anda sendiri sudah mula melupakan dan terpaksa di ingatkan kembali dengan kembali membaca untuk menambah ilmu.

Mengharap motivasi orang sekeliling untuk terus menulis tidak semestinya akan membantu, lebih-lebih lagi jika pengunjung blog anda semakin menunjukkan angka penurunan dan orang sekeliling anda semakin sibuk dengan tugas dan tidak mampu memberi sebarang komen tentang progress atau prestasi setiap artikel blog anda.

Teruskan menulis dan pastikan terus membaca untuk menambah ilmu. Perbaiki ilmu penulisan dan penambahan manfaat untuk semua pembaca anda dengan menambah ilmu sekaligus motivasi anda.

Tiada apa yang mudah di dunia ini walau sekadar menulis, dan tiada manusia yang tidak di datangi perasaan lemah dan malas , juga perasaan tidak mampu menulis walau anda sedang bersemangat tinggi menulis 10 artikel dengan beribu idea di dalam kepala.

Selamat menulis. Semoga anda akan terus mengasah pena jari jemari anda dengan lebih sumber yang mampu menjadikan catatan anda sebagai antara catatan paling di ingati dan memberi manfaat kepada semua.

Sungguh indah jika pembaca anda mendapat info dari artikel dan blog anda dan berkongsi walau dari mulut ke mulut segala kebaikan yang anda tulis di artikel dan blog anda.

Tidak apa jika anda tidak terkenal dan tidak dikenali. Cukup malaikat di sebelah kanan anda menulis pahala percuma untuk anda. Ingin sedekah duit setiap hari, agak sukar, sedekahkan ilmu juga tidak jauh hebatnya. Pedulikan kata-kata orang , yang penting anda tahu apa yang anda tulis dan kongsikan.

Teruskan dengan matlamat anda, teruskan menulis selepas anda menambah ilmu anda dengan membaca. Sekurang-kurangnya menulis blog menambah semangat anda untuk membaca dari membuang masa bercerita hal orang lain atau perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Selamat mencuba.

Terima kasih.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...