Isnin, 30 November 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 26 :- SUPER KITCHEN , KUANTAN



pemandangan hadapan restoran ini

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Ini adalah artikel sambungan dari part 25 sebelumnya iaituTempat Makan Best di Kuantan :- 90 Degress Cafe & Art

SUPER KITCHEN adalah sebuah restoran yang luas dan menghidangkan pelbagai jenis masakan dari masakan panas, steamboat, masakan melayu dan masakan barat.






Terletak di Indera Mahkota sebelum Restoran Mcdonald atau RADIX FRIED CHICKEN, ia adalah berdekatan Secret Recepi dan Agro Bazar.




Amat mudah mencari lokasi restoran SUPER KITCHEN ini selain , tempat parking yang mudah dan banyak.








Ruang restoran ini amat luas, dan meja yang disediakan amat besar sekali, seperti berada di dapur rumah sendiri di samping kelengkapan memasak yang menarik.


Terdapat pelbagai pilihan menu di sini dari barbeque, hidangan panas dan sebagainya.

Di bawah ini adalah antara senarai yang terdapat dalam menu di restoran SUPER KITCHEN INI.
























Restoran SUPER KITCHEN ini menyediakan menu dari sarapan pagi, makanan tengah hari, minum petang dan makan malam. Malah di sini juga menawarkan hidangan steamboat dan barbeque dan amat sesuai di nikmati bersama keluarga, sahabat handai dan insan tersayang.




Ruangan makan yang luas dan kemudahan wifi turut di sediakan di sini.



Turut disediakan cara-cara menggunakan peralatan yang disediakan di sini untuk hidangan barbeque dan steamboat.


kakak saya sibuk memilih hidangan

Irfan menunjukkan kepada mamanya pilihan makanan beliau

saya sempat mengambil gambar di sinki di restoran ini.

kakak saya dan Irfan sibuk memilih menu makanan kami

Dibawah ini adalah antara menu-menu menarik yang di tawarkan di RESTORAN SUPER KITCHEN KUANTAN ini.




Pelbagai pilihan masakan barat dari ikan, daging, ayam, kambing yang ditawarkan di sini termasuk pilihan burger daging homemade yang amat popular disini. Anda hanya perlu memilih menu yang sesuai mengikut citarasa dan budget anda.











Disini hidangan steamboat amat menarik. Anda hanya perlu mengambil sendiri pilihan menu steamboat yang terdapat di sini.

Pilihan menu ini diletakkan di dalam satu ruang bilik 'frozen' yang besar dan memudahkan pelanggan memilih sendiri setiap hidangan segar mengikut citarasa pelanggan sendiri. Terdapat pelbagai pakej menu hidangan di sini. Pilih dan ambil sahaja ke meja hidangan anda.






Antara pilihan menu dan hidangan yang terdapat dalam bilik sejuk beku ini adalah seperti gambar-gambar yang diambil oleh saya seperti di bawah.











Saya dan keluarga saya memilih menikmati hidangan barat dan steamboat serta barbeque. Kami memilih pelbagai jenis menu minuman dan makanan. Di bawah ini adalah antara menu pilihan keluarga kami.

jika tidak silap i, ini adalah air sirap selasih


lemon grass ginger








seafood spaghetti

sambal udang segar claypot


chicken grill kegemaran Irfan


lamb grill



saya kusyuk menikmati menu pilihan lamb grill










semua kusyuk menikmati hidangan masing-masing

masa untuk menikmati hidangan

Selain menyediakan perkhidmatan wifi percuma, Restoran Super Kitchen juga menyediakan ruang untuk bergambar seperti booth untuk menangkap gambar imej instagram ini. Keluarga saya tentu sekali tidak melepaskan peluang bergambar di samping kotak instagram ini


Tunggu apa lagi, jika anda berada di Kuantan, sila bawa keluarga dan insan tersayang anda ke sini untuk menikmati hidangan pelbagai pilihan di sini.


Terima kasih.


*** jika anda ingin mencuba minuman paper bag sedap di kuantan di link ini ICED MILK PAPER BAG BEST :- D'MAN COFFEE CLASSIC


***Di kemaskini pada 21 Februari 2017




Baru sahaja menikmati makanan disini untuk masakan menu tengah hari 2 bulan lepas.

Gambar terbaru di atas dan di bawah.





**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?

*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?

*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?

*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP.. 

CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.

Order sekarang hanya RM12 sebalang.


Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang

limpahan emping jagung, kekacang enak, dan rempah kari kaw yang sungguh sedap dan enak

CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, Qadeeja 0162762636... tqvm



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...