Khamis, 29 Oktober 2015

KHAS UNTUK WANITA : 3 RESEPI JAMU BUATAN SENDIRI

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Ini adalah sambungan artikel sebelum ini khas untuk Kaum wanita PETUA UNTUK WANITA DI DALAM PANTANG .

Bagi kaum wanita yang risau untuk mengamalkan jamu di dalam pantang sama ada takut anak terkena penyakit kuning, risaukan kandungan steroid atau bahan bahaya, atau sedang menyusukan anak, anda boleh mengamalkan membancuh atau membuat jamu sendiri.

Jamu home made ini amat mudah untuk di buat , hanya perlukan bahan yang mudah didapati dan murah. Sila cuba.


1. Jamu Untuk Mereka yang sedang menyusu bayi.

Bahan- bahan

1. Kunyit
2. Halia
3, Manjakani
4. Asam jawa
5. Madu

Cara Membuatnya :-

Rebus manjakani , kunyit dan halia.

Kemudian blend ketiga-tiga bahan yang telah di rebus tadi.

Campurkan dengan asam jawa dan madu.

Siap untuk di minum.

Baki boleh di simpan di dalam peti.

Amalkan selama 3 hari berturut.

Sesuai juga diamalkan oleh ibu yang menyusukan bayi.

***Resepi jamu ini dari Puan El Zarim.


2.  Jamu Dara untuk Kaum Wanita 

Bahan-bahan diperlukan 

1. Daun sireh 30helai
2. 1 cawan isi cekur
3. 1 cawan kunyit hidup
4. 4 cm halia
5. Asam jawa secukup rasa
6. Air masak bertapis atau air mineral 1.5liter
7. Gula Organik (jika suka untuk menambah rasa) atau gantikan dengan madu

Cara Membuatnya 

Kisar semua bahan di atas.

Tapis dan minum.

Lebihan boleh disimpan di dalam peti dan di minum setiap pagi.

Selamat mencuba.

** Resepi Jamu Khas untuk wanita ini adalah dari Puan Zam Zariah

3.   JAMU UNTUK MENAMBAH TENAGA DAN DARAH (amat baik untuk tubuh dan kulit)

Bahan-bahan diperlukan

1. 1 biji ubi bit merah sederhana besar
2. 1 biji lobak sederhana besar
3. 1 biji tomato
4. Sebatang daun saderi

Cara membuatnya :-

Kisar semua bahan.

Tapis dan boleh di minum.

Juga boleh di simpan di dalam peti dan di minum tiap hari.

** Resepi  Jamu atau Jus di atas adalah dari YM Dr. Tunku Zaidar

Ini sahaja antara perkongsian resepi atau bahan MEMBUAT JAMU ASLI KHAS UNTUK WANITA.

Semoga artikel ini berguna untuk mereka yang tercari-cari bahan-bahan untuk membuat jamu sendiri khasnya kaum ibu dan wanita.

Terima kasih.

*** INI SAMBUNGAN SETERUSNYA JOM BUAT JAMU SENDIRI

*** Bagi Anda yang mencari produk tubuh asli yang lebih selamat. Saya telah menghasilkan produk SKRUB TUBUH BADAN dari 100%  bahan-bahan alami yang selamat. Ia berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, memudarkan parut, mencerahkan badan dan menghilangkan bau badan (hanya perah limau nipis didalam bancuhan skrub anda).

Harga ORIGINAL BODY SCRUB ini hanya RM12 sebotol.

Untuk belian Whatapss ke 016 2762636  sekarang.

ORIGINAL BODY SCRUB hanya RM12 sebotol
Saya turut menghasilkan produk snek yang lebih sihat berbanding snek dipasaran sekarang. Ia diperbuat dari emping jagung asli, limpahan pelbagai kacang dan disalut rempah kari asli yang Kaw!!.. Sungguh sedap dan enak. Hanya RM12 sebalang. Hanya Wassap 016 2762636 untuk belian.


Crunchy Flakes hanya RM12 sebalang





9 ulasan:

Scha Nazri berkata...

Macam menarik nii. hehe. Thanks kak :)

Qisya Khadeeja berkata...

Sama-sama. Sila cuba ye..

meriani wan berkata...

Thanks ,boleh cuba

Qisya Khadeeja berkata...

Selamat mencuba meriani 😘

Unknown berkata...

Maaf nak tnya jamu yg pertama skali tu bole minum untuk yg menyusu ye.. semlm saya buat dn minum hari ni seharian belakang pinggang saya sakit je.. mcm kene sengugut sakit yg kat belakang pinggang.. bole saya tau kenapa ya?? Ada sapa2 yg tau dan sudi jawab trime kasih ya..

Mas Julia Julia berkata...

Maaf nak tnya jamu yg pertama skali tu bole minum untuk yg menyusu ye.. semlm saya buat dn minum hari ni seharian belakang pinggang saya sakit je.. mcm kene sengugut sakit yg kat belakang pinggang.. bole saya tau kenapa ya?? Ada sapa2 yg tau dan sudi jawab trime kasih ya..

Qisya Khadeeja berkata...

Try minum halia sahaja.. Jika. Anda amal teh halia atau halia rebus sahaja still sakit belakang dan pinggang kemungkinan badan anda banyak angin.

Ana berkata...

Salam, saya nak bertanya, jamu menyusukan bayi (No1) dan jamu dara untuk wanita(No2) boleh di amalkan sekali ke? Atau boleh tak jamu no 1 mnum sebelah pagi dan no 2 sebelah malam?

Qisya Khadeeja berkata...

Boleh. Ia bukan detoks. Minum waktu asing. Jamu x elok amal selalu sangat, bimbang darah kering.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...