Jumaat, 2 Oktober 2015

BLOGGER : BILA ARTIKEL BLOG DI TIRU 100%


Apabila kita mula menulis blog, mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa artikel blog itu akan di salin dan di tiru seratus peratus oleh blogger lain tanpa di beri sebarang kredit. Malah gambar artikel anda juga diambil dan diletak pada tajuk artikel yang sama.

Hanya mereka yang menjadi blogger yang menaip artikel tanpa perlu menyalin atau copy paste sahaja yang tahu nilai artikel blog sebenar.

Saya juga seperti blogger lain, menggunakan khidmat carian google untuk mencari khasiat-khasiat tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan atau kebaikan produk sunnah dan supplement lain.

Dalam carian saya itu , saya menjumpai pelbagai blog yang menulis artikel yang sama atau seratus peratus salinan yang saya sendiri tidak tahu siapa penulis asal. 

Jika saya menulis artikel itu dan di salin dari blog tertentu ,saya tetap akan menaip sendiri untuk memastikan keaslian artikel saya di blog ini, dan jika benar hanya satu blog yang saya rujuk, saya akan memberi kredit link di blog tersebut.

Tetapi jika saya merujuk dua atau tiga blog, tiada kredit diberi, lebih-lebih lagi kerana saya suka menaip sendiri dan menggunakan bahasa saya sendiri.

Mungkin anda juga seperti saya dahulu , tidak tahu erti kualiti dan kepuasan sebenar menulis blog, Percayalah kadang-kadang artikel yang kita tulis sendiri, berkorban untuk mencari ilmu seratus peratus untuk menulis di blog, walau ia mungkin mendatangkan sakit kepala, lebih memberi kepuasan kepada diri anda sebagai blogger.

Malah kadang-kala tulisan yang asalnya di ambil sedikit dari blog lain dan blog seterusnya, tetapi diolah menggunakan ayat kita, ia lebih indah dan disukai lebih ramai pengunjung.

Tidak salah berkorban masa dan tenaga dari mengambil 100% hak cipta orang lain atau blogger lain.

Kita selalu menyangka bahawa insan lain lebih hebat dari penulisan , artikel dan lebih ramai follower dari kita, terlalu menyanjung sehingga meniru seratus peratus artikel dan tulisan beliau , baik di facebook mahu pun blog.

Tetapi kita terlupa, mungkin jika kita sendiri berkorban, belajar menulis setiap hari, mengasah bakat, kita akan menjadi jauh lebih hebat dari mereka. Practice make perfect. Jika hari-hari anda menulis, dan menulis menjadi makanan ruji anda, Tentu anda akan mengilap sendiri bakat anda untuk menjadi lebih hebat.

Hargailah bakat kurniaan Allah kepada anda . Mungkin hari ini anda tidak sedar bakat anda yang terpendam itu. Mengapa terus-terusan meniru artikel blogger lain. Jadikan artikel anda berkualiti dan unik dengan cara tersendiri. Jangan terlalu memuji blogger dan penulis lain, sehingga anda terlupa bahawa anda juga ada bakat menulis yang tersendiri.

BAGAIMANA anda ingin tahu jika anda sendiri tidak pernah memberi peluang kepada diri sendiri?

Hargai dan sayangi diri anda sendiri. Menghormati karya atau artikel serta status facebook insan lain, menunjukkan anda menghormati diri anda sendiri. 

Terima kasih.


6 ulasan:

suhaila berkata...

betul..masa mula2 menulis dulu ada gak copy2.. skrg memang dah buat ayat sendiri. cuma sumber (terutama fakta) memang akan rujuk buku atau website omputih.

Deeja berkata...

Samalah kita sue.. Saya pun mula-mula menulis dulu pun ada entri macam tu... Hegehe

Siti Yang Menaip berkata...

kalau boleh memang tak akan copy paste..
isk jangan lah.. unles kalo fakta n quotation.. tulis je sapa yang sebut kan..

Deeja berkata...

Bila blogger itu mulai famous & artikel makin berkualiti maka ramai lah blogger mula meniru.. Copy & pastes.

Unknown berkata...

kalau saya cuma gambar yang tiada watermark yang saya akan copy tapi yang takde gambar orang la. contoh gambar landscapes. yang mana sesuai untuk tajuk entry blog saya. then dalam caption tu saya akan mention copied images. usually takde la ambil daripada blog orang lain. lebih kepada cari di google images.

Deeja berkata...

Hahaha. Saya pun mcm tu.. Biasalah blogger yg popular skrg pun rasanya ramai yg bmula dr google images. Tapi skrg sy prefer image @ gambar milik sendiri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...