Khamis, 15 Oktober 2015

BLOGGER: ALHAMDULILAH, CABARAN DUNIA BLOGGING




Apa sahaja pasti ada cabarannya. Termasuk dunia blogging. Cabaran artikel di tiru, virus yang cuba memasuki dashboard blog dan segalanya tidak mematahkan cabaran untuk terus menulis segala ilmu di blog kesayangan ini.

Mulai mencintai dunia blogging, sudah tiba masanya untuk memulakan satu blog yang diharapkan lebih bagus dan jauh lebih baik. Insyaallah. 

Malah objektif blog TERBARU ini ADALAH untuk menggalakkan sahabat dan kenalan di sekeliling belajar menanam minat menulis dan berkongsi ilmu di medan sosial yang paling mudah iaitu  Blog.

Dengan semakin banyak carian yang menggunakan GOOGLE di seluruh dunia, semakin ketara kepentingan BLOG untuk mengurangkan kos masa dan perbelanjaan membeli buku dan bahan ilmiah lain terutama jika ilmu itu diperlukan serta merta atau pada waktu terdesak.

Bayangkan tiba-tiba seorang kanak-kanak jatuh sakit, dan tiada satu pun ubat hospital di rumah (bayangkan jika ubat itu telah tamat tempoh tanpa anda sedar) ketika lewat malam? . Tentu sekali remedi , petua atau ubatan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah amat membantu anda ketika itu.

Dengan hanya satu butang carian google , kebanyakan maklumat hanya berada di hujung jari.

Mengetahui tentang perkara ini, saya dan rakan kongsi dalam proses menghasilkan sebuah BLOG KERJASAMA terbaru antara kami.

Insyaallah, blog ini akan beroperasi dalam waktu terdekat ini.

Blog kerjasama ini yang bermatlamat berkongsi segala ilmu bermanfaat dan menambah minat menulis serta keusahawanan di kalangan pembaca selain cinta kepada makanan sunnah dan kesihatan alami. Tidak lupa juga diet holistik dan resepi-resepi home made sihat dan terbaik.

Segala dalam blog ini adalah antara perkongsian pengalaman dan ilmu yang dikongsikan oleh 7 BLOGGER TETAP selain, penampilan istimewa individu-individu terpilih dalam bidang masing-masing  yang  akan di kongsikan untuk ilmu dan manfaat anda semua.

Nantikan perkongsian ilmu dan pengalaman dari ibu, suri rumah, usahawan, doktor, peguam, perunding insurans dan takaful, pengamal diet holistik, pencinta minyak pati dan banyak lagi.

Insyaallah anda akan menyukai dan menjadikan blog ini antara blog kegemaran dan kesayangan anda nanti.

Saya adalah antara penulis tetap blog ini dan juga pencetus idea blog kerjasama ini. Saya amat gembira dengan kerjasama indah dan bermakna ini.

Doakan agar projek BLOG KERJASAMA ini berjaya dan kekal lama selamanya. Alhamdulillah.


Terima kasih.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...