Rabu, 2 September 2015

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN PART 22 - RESTORAN ARAB , RESTORAN QASAR SABA


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Ini adalah sambungan link sebelum ini Tempat Makan Best Di Kuantan Part 21 - Kula Cakes


Alhamdulillah, saya berjumpa RESTORAN ARAB SEDAP seterusnya DI KUANTAN. Istimewanya RESTORAN ARAB , RESTORAN QASAR SABA ini , menu yang disediakan dan ditawarkan agak berbeza dengan RESTORAN ARAB, RESTORAN DALLAH, KUANTAN.


RESTORAN ARAB, RESTORAN QASAR SABA ,KUANTAN ini beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari sehingga 12 Malam. Tutup ketika solat Jumaat dan buka kembali pada pukul 2 petang.

Banyak sekali menu yang ditawarkan di RESTORAN ARAB , RESTORAN QASAR SABA , KUANTAN ini, tetapi kerana kehabisan bateri, saya tidak dapat merakamkan segala menu yang ditawarkan disini.

Diringkaskan sahaja artikel ini , Restoran Arab ini memberi percuma lentil sup atau sup kambing dengan setiap pembelian sajian menu tertentu direstoran ini. Sup kambing atau lentil sup kosong sahaja yang diberikan percuma.

Walau bagaimanapun terdapat pilihan sup lain yang disediakan tetapi dengan harga yang ditetapkan. Setiap sup didatangkan dengan hirisan setengah biji buah limau nipis.

hanya menu ini yang sempat saya rakamkan.
lentil soup atau lamb soup kosong dihidangkan percuma dengan hirisan limau nipis

pilihan minuman yang disediakan
lamb chop yang berharga RM22 , dihidangkan dengan garlic sos atau sos bawang putih. Terdapat 3 ketul lamb chop dalam satu sajian .
lamb chop disini sedap dan banyak
lamb maqluba yang berharga RM18
Di RESTORAN ARAB, RESTORAN QASAR SABA, KUANTAN ini juga saya pertama kali menikmati Nasi Lamb Maqluba yang dimasak bersama sayur-sayuran seperti terung, lobak yang telah siap sedia digoreng. Sungguh sedap dan enak serta amat banyak , saya berkongsi menu ini dengan adik perempuan saya.

Lam Arayes yang berharga RM15 serta dimakan bersama garlic sause atau sos bawang putih yang enak
Hidangan mesti cuba restoran ini ialah Arayes. Anda boleh memilih samaada inginkan ayam atau kambing sebagai inti. Sungguh sedap dan enak dicicah bersama sos bawang putih. Ia hanya berharga RM15 sahaja.

lamb arayes yang enak

antara menu kegemaran kami

menu wajib cuba Arayes
Kami hanya memesan air suam sahaja, dan saya mengisi @ memerah lebihan limau nipis kedalam air suam saya sahaja.

adik saya menikmati nasi lamb maqluba
lamb kabsha RM18
lamb kebab beserta mulawwah bread RM18
Lamb cubes beserta Mulawwah bread RM18
Roti Mulawwah yang besar , lembut dan sedap. Dibeiri percuma dengan hidangan lamb kebab dan lamb cubes
lamb kabsa ini adalah kabsa paling lembut pernah dinikmati diKuantan, ayah saya menghabiskan sepinggan nasi dan kambing seorang diri, walau hidangan nasi disini amat banyak
LENTIL SOUP BERHARGA RM6

masa untuk menikmati makanan
saya sempat selfie bersama lentil soup

Jika anda berada di Kuantan, dan tercari-cari RESTORAN ARAB dan MAKANAN ATAU SAJIAN ARAB YANG SEDAP DAN BERPATUTAN , anda patut mencuba menikmati MAKANAN ARAB disini. Ramai pelanggan cina yang datang menikmati sajian direstoran ini samaada seorang diri dan bersama keluarga.

RESTORAN ARAB, RESTORAN QASAR SABA ,KUANTAN tidak mengenakan sebarang service caj ekstra atau pun GST. Harga yang tertera adalah harga bersih. Sila datang bersama keluarga dan rakan tersayang segera.

Terima kasih.

****Ini sambungan artikel seterusnya TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN: WARUNG AJA


**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?

*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?

*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?

*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP.. 

CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.

Order sekarang hanya RM12 sebalang.


Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang


limpahan emping jagung, kekacang enak, dan rempah kari kaw yang sungguh sedap dan enak

CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, Qadeeja 0162762636... tqvm







Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...