Sabtu, 19 September 2015

MARI BERCUCUK TANAM


benih kailan, kangkung dan bayam hijau yang dibeli oleh saya di pasar dengan harga RM1 sahaja sebungkus

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.

Alhamdulillah atas segala kurniaan dari-NYA.

Seiring dengan keadaan ekonomi semasa serta kos penjimatan yang sentiasa disebut-sebut didalam media sosial dan sebagainya.

Menanam tanaman sendiri adalah amat digalakkan ketika dan waktu ini.

Selain ia kurang guna racun, anda juga boleh memilih menggunakan baja organik untuk tanaman anda. Lebih selamat jika kita sendiri yang menanam dan mengawasi tanaman.

Jauhi penggunaan racun serangga. Gunakan sahaja lebihan hampas teh atau lebihan air minuman anda sebagai baja untuk tanaman anda lebih subur. Selain itu air basuhan beras juga amat bagus untuk menyuburkan tanah.

Saya baru sahaja membeli benih sayur kailan , kangkung dan bayam hijau dengan harga RM1 sebungkus tempoh hari di pasar untuk ibu saya menanamnya.

Walau jenis tanah di perumahan saya bukan jenis tanah yang subur tetapi itu bukan alasan untuk tidak bercucuk tanam.

Bagi anda yang tidak mempunyai tanah dan tinggal di apartment atau kondo. Terdapat banyak cara untuk anda bercucuk tanam di dalam pasu dan balkoni rumah anda.

Anda boleh mengikuti perkongsian ramai yang mula bercucuk tanam di dalam pelbagai group di facebook. 

Gunakan sahaja butang carian 'search' di facebook anda untuk kata kunci cucuk tanam, tanaman, kebun, kebun bandar dan sebagainya, anda pasti akan melihat beberapa group cucuk tanam yang terdapat di facebook.

Ikuti sahaja group-group bercucuk tanam di facebook pilihan anda dan mula bercucuk tanam hari ini.

Anda tentu gembira dan berpuas hati bila melihat hasil tanaman dari titik peluh anda sendiri.

Malah banyak penjimatan yang akan dapat anda lakukan nanti.

Banyak kelebihan yang diperolehi dari bercucuk tanam sendiri, selain jimat wang, mengeluarkan peluh , makanan dan sayuran anda juga lebih sihat dan kurang kandungan kimia.

Sekaligus mengurangkan risiko untuk anda terkena penyakit.

Terima kasih dan Assalammualaikum.






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...