Selasa, 1 September 2015

KHASIAT BUAH RAMBUTAN


merah atau kuning - kedua-duanya memberi khasiat yang banyak kepada tubuh


Ketika ini anda akan melihat betapa banyak kedai buah-buahan tempatan ditepi jalan yang menjual BUAH RAMBUTAN. Dari serendah RM2 sekilo, inilah masa yang paling sesuai untuk menikmati BUAH RAMBUTAN dengan harga yang murah.

BUAH TEMPATAN seperti BUAH RAMBUTAN ,kebiasaannya tidak mengandungi racun. Saya beberapa kali membeli BUAH RAMBUTAN segar yang masih dikelilingi semut dan kerengga , dan betapa manisnya menikmati buah-buahan segar tempatan.

BUAH RAMBUTAN mengandungi kalori yang rendah.

BUAH RAMBUTAN turut mengandungi potassium, kalsium, magnesium, phosphorus.

BUAH RAMBUTAN juga mengandungi manganese untuk meningkatkan tenaga serta mengandungi serat.

BUAH RAMBUTAN juga mengandungi vitamin B, zat besi dan copper untuk membina hemoglobin. 

Tidak ketinggalan , BUAH RAMBUTAN juga kaya dengan ascorbic acid atau vitamin c .Dengan menikmati 12 biji BUAH RAMBUTAN segar ,insyaalah anda akan menerima 90mg vitamin c kedalam tubuh anda.

bUAH RAMBUTAN juga mengandungi anti kompaun seperti ellagitannis dan xanthones seperti yang ditulis diwall facebook doktor ZULKIFLI SHARIF , antara doktor POPULAR didalam facebook yang saya follow.

Selain itu dibawah ini diringkaskan KHASIAT BUAH RAMBUTAN untuk rujukan anda.

1. Buah rambutan juga mengandungi karbohidrat yang memberi sumber tenaga.

2. Buah rambutan juga mengandungi protein yang dapat memulihkan sel-sel yang rosak dan mengantikan sel yang mati dengan sel yang baru.

3. Buah rambutan turut mengandungi serat yang membantu melawaskan pembuangan air besar sekaligus membantu mengurangkan masalah sembelit.

4. Buah rambutan juga mengandungi Vitamin A yang membantu menyihatkan mata serta membantu menyembuhkan penyakit akibat kekurangan Vitamin A seperti penyakit anemia, ini turut dibantu dengan kandungan zat besi didalam buah rambutan.

5. Kandungan Vitamin C didalam buah rambutan juga memberi antioksidan kepada tubuh sekaligus membantu mengurangkan penyakit akibat kekurangan vitamin C seperti sariawan, bibir pecah. lemah daya lawan penyakit dan sebagainya.


6. Buah rambutan juga kaya dengan sumber mineral seperti  kalsium, zat besi, fosfor, niacin, potassium, zinc dan magnesium.

7. Bagi mereka yang memiliki kadar kolesterol yang tinggi , anda digalakkan menikmati rambutan kerana buah rambutan mengandungi flavonoid yang dapat mengurangkan jumlah kolesterol jahat.

8. Buah rambutan juga ialah buah anti inflamasi atau anti radang. 

9. Mineral fosfor yang terdapat dalam buah rambutan turut berfungsi meneutralkan toksin serta menyempurnakan pekerjaan ginjal. Sekaligus membantu proses detoks tubuh. Jika anda sedang berdiet, anda boleh mengurangkan makanan manis dengan buah rambutan untuk tubuh dan berat badan yang lebih ideal.


Ini sahaja perkongsian pada kali ini. Sila pastikan anda mendapatkan buah rambutan segera sementara musim buah rambutan masih ada.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...