Selasa, 1 September 2015

KHASIAT BUAH MAHKOTA DEWA

Buah Mahkota Dewa yang diberi percuma oleh jiran saya
Saya pertama kali mengenali BUAH MAHKOTA DEWA pada minggu lepas, juga pertama kali menyebut nama yang istimewa ini. Selama hidup lebih 30 tahun baru kini saya tahu wujudnya BUAH MAHKOTA DEWA.

BUAH MAHKOTA DEWA dikatakan sukar didapati di Malaysia tetapi banyak terdapat di Indonesia. Walau bagaimanapun menurut ibu saya, pokok BUAH MAHKOTA DEWA ini tumbuh sendiri di kawasan rumah jiran saya. Rezeki jiran saya murah untuk BUAH MAHKOTA DEWA ini.

Berwarna merah gelap.BUAH MAHKOTA DEWA ini dilarang buat jus atau makan mentah. Biji BUAH MAHKOTA DEWA ini dikatakan beracun  kecuali direbus , isi BUAH MAHKOTA DEWA ini dihiris nipis-nipis dan dijemur kering.

Salah seorang kawan didalam group Kesihatan TELEGRAM saya, memberitahu pokok BUAH MAHKOTA DEWA ini tumbuh subur dirumahnya, dan ayah kawan saya menjual buah yang telah dihiris dan dijemur kering kepada singseh atau penjual ubat atau herba cina.

BUAH MAHKOTA DEWA ini mengandungi Alkaloid yang membantu proses detoks tubuh dan meneutralkan racun, Saponin yang merupakan sumber anti bakteria dan anti virus sekaligus membantu meningkatkan sistem imun tubuh turut terdapat didalam BUAH MAHKOTA DEWA ini.

BUAH MAHKOTA DEWA juga membangtu mengurangkan kadar gula didalam darah serta mengurangkan pengumpalan darah.

Kandungan FLAVONOID didalam BUAH MAHKOTA DEWA dikatakan menolong melancarkan perjalanan darah diseluruh tubuh dan mencegah penyumbatan pada pembuluh darah, mengurangkan kolesterol dan lemak pada dinding pembuluh darah sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung,

Malah BUAH MAHKOTA DEWA juga membantu sebagai anti inflamasi atau anti radang serta membantu mengurangi rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakan.

Kandungan Polifenol didalam BUAH MAHKOTA DEWA juga bertindak sebagai anti alergi atau anti histamin.

Bagi mereka yang baru mencuba meminum teh BUAH MAHKOTA DEWA ini, eloklah diminum sekali sehari dahulu untuk melihat tindak balas kepada tubuh anda.Jika tindak balasnya kuat eloklah dikurangkan dahulu sukatan teh BUAH MAHKOTA DEWA ini atau diselang seli beberapa hari penggunaannya sebagai minuman kesihatan.

Kebiasaannya pertama kali meminum rebusan air BUAH MAHKOTA DEWA ini, akan menyebabkan peminumnya mengalami rasa pening kepala, merasa badan lemah lesu, lenguh sendi dan sebagainya.

Anda digalakkan menambah sukatan minuman air biasa atau air mineral biasa  ketika mengamalkan minuman air rebusan BUAH MAHKOTA DEWA ini.

Bagi mereka yang mengamalkan teh atau air rebusan BUAH MAHKOTA DEWA ini anda akan mengalami perubahan berikut :

1. Setiap kali anda membuang air kecil , anda akan merasa kepuasannya terutama diawal waktu pagi selepas bangun tidur.

2. Bagi penghisap rokok , apabila anda membuang air besar , kadang kala najis anda akan berwarna hitam kerana Buah MAHKOTA DEWA membersihkan toksid yang berada didalam tubuh anda.

3. Buah MAHKOTA DEWA ini juga menambah tenaga seks bagi pasangan yang sudah berkahwin.

** maklumat diatas diambil dari blog www.buahmahkotadewa2u.blogspot.com


Selamat Mencuba.


Terima kasih.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...