Jumaat, 14 Ogos 2015

KHASIAT BUAH MANGGIS

buah manggis yang kaya khasiat dan antioksidan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog yang tersayang. Salam Jumaat yang berkah.

Sempena musim buah-buahan tempatan ketika ini. Saya ingin berkongsi dengan anda khasiat buah yang menakjubkan iaitu buah manggis.

Khasiat dan kegunaan Manggis yang Diambil dari wikipedia
Buah manggis kaya dengan 40 dan lebih bahan Xanthones  yang merupakan sejenis super-antioksida. Buah Manggis dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan manusia.
Xanthona yang terdapat dalam buah manggis merupakan sejenis super-antioksida yang mujarab, ia berkesan terhadap pengkulturan tisu barah misalnya:barah buah dadabarah paru-parubarah perut dan sejenis leukemia.[perlu rujukan] Menurut kajian dari pakar penyelidik J. Frederick Templeman, (M.D), Xanthona mempunyai kesan positif terhadap keseluruhan sistem badan.[perlu rujukan] Kini kajian saintifik telah menemukan bahawa terdapat lebih 200 jenis super-antioksida Xanthone di alam semula jadi) - juga diambil dari wikipedia
Kulit buah manggis juga amat tinggi khasiat dan telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit. Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis (gamboge). Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.
Selain itu, buah manggis juga mempunyai CathechinsPolyphenols dan Polisakanida yang berkesan untuk menjadi ejen-antioksida semulajadi dan juga bahan anti-bakteria dan anti-kulat.
Selain itu buah manggis juga kaya Vitamin CZat BesiNiasinKalsiumProteinSerat Fiber, Vitamin B1 & B2 dan  lain lain mudah diperolehi secara semulajadi dari pemakanan Manggis.

sempena musim buah, lebih berbaloi anda membeli buah tempatan yang harganya jauh lebih murah dari buah import

Secara ringkasnya berikut adalah antara khasiat buah manggis :-

1. Amat tinggi dengan anti oksidan
Buah manggis bukan sahaja tinggi dengan anti-oksidan malah ia juga mengandungi anti inflamasi. Amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan kekurangan anti oksidan.
2. Rendah kalori
Buah manggis juga rendah kalori. Hanya mengandungi 63 kalori per 100 gram. Tidak mengandungi lemak yang tidak baik atau kolesterol. Ia juga kaya dengan serat makanan yang sangat penting.
3. Kaya Vitamin C
Buah Manggis juga kaya dengan vitamin C sekitar 12% RDA per 100g .Kandungan vitamin C larut ini berguna untuk melawan infeksi, flu dan selsema serta melindungi dari radikal bebas merbahaya. Vitamin C amat bagus untuk melawan pelbagai penyakit. Sekaligus buah manggis juga sesuai untuk ibu yang hamil.
4. Melancarkan Pengaliran Darah
Menikmati buah manggis juga membantu dalam melancarkan perjalanan darah dan mencegah anemia. Ini kerana ia membantu meningkatkan aliran darah sekaligus melebarkan pembuluh darah sekaligus melindungi dari penyakit akibat kolesterol, salur darah tersumbat dan rasa nyeri pada dada. Selain itu dengan pengaliran darah yang lancar penyakit katarak juga dapat dicegah.
5.Membantu Menjaga Kecantikan
Dengan kekayaan anti oksida dan antibakteria serta anti infeksi asli, menikmati manggis sekaligus dapat menyembuhkan masalah kulit terutama bagi mereka yang menghadapi masalah jerawat, kulit berminyak, noda-noda kulit, kulit kering atau sensitif dan masalah kulit yang lain. 
Selain itu kulit manggis juga mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah-buahan lain. Dengan menikmati segala keistimewaan yang terdapat dalam buah manggis, insyallah ia mampu menyembuhkan penyakit kulit, memperbaiki sel yang rosak dan melindungi tubuh. Buah manggis juga dapat mengurangkan penuaan yang muncul oksidasi. Manggis yang kaya dengan katekin (antioksidan yang sama dalam teh hijau) turut membantu dalam melawan radikal bebas sekaligus membantu anda kelihatan lebih muda.
6. Kurang Racun
Berbanding buah import dari negara luar. Buah Manggis yang ditanam di Malaysia atau kawasan berdekatan anda tidak mengandungi racun atau kurang racun berbanding buah yang diimport, sekaligus mengurangkan fungsi tubuh untuk membuang toksin dan berlawan dengan radikal bebas.
7. Harga lebih murah dan jauh lebih berkualiti
Harga buah tempatan pada ketika musim buah, jauh lebih murah berbanding harga buah import. Malas anda boleh mendapatkannya dimana sahaja. Paling penting buah tempatan yang segar jauh lebih berkualiti dari buah import.
Sempena musim buah ini, marilah kita sama-sama menyokong buah-buahan tempatan sekaligus meningkatkan ekonomi Malaysia dan membantu penanam-penanam buah-buahan tempatan sendiri. 
Assalammualaikum dan terima kasih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...