Rabu, 27 Mei 2015

Cara Makan @ Pengunaan Gum Arabic @ Manna



Gum Arabic yang dibeli oleh saya


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.  Ini adalah sambungan artikel dari tajuk ini  Khasiat Gum Arabic @ Manna. Cara penggunaan @ makan gum arabic ini saya hanya copy paste dari group whatapps herba dan pemakanan yang saya sertai. Baiklah diringkaskan sahaja entry ini . Dibawah ini dinyatakan cara menikmati arabic gum @ manna ini.


Cadangan penggunaan: Arabic gum serbuk / ketul.

1. Pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.

2. Buah pinggang stage 1 hingga 5: 50 gram sehari, 25 gram setiap pagi semasa perut kosong dan 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur.

3. Untuk resedung, sinus dan mudah selsema, minum 25 gram lagi pada waktu malam sebelum tidur. Remaja 1 sudu makan dan kanak-kanak 1 sudu teh.

4. Untuk gout, buasir & sembelit: 2 sudu, 1 atau 2 kali sehari; setiap pagi semasa perut kosong, digalakkan juga diambil sebelum tidur pada waktu malam. Jumlah yang perlu diambil lebih kurang 25 gram hingga 50 gram sehari. Bagi buasir & sembelit lebihkan air. iaitu 300ml atau lebih. 5. Untuk menurunkan kolesterol: 50 gram sehari (check paras kolesterol anda sebulan selepas amalkan gum arabic untuk memastikan ia berkesan untuk anda, kerana, ada sebahagian pengguna tidak begitu berkesan dalam penurunan kolesterol dengan gum arabic).
6. Sebagai makan tambahan pesakit-pesakit lain: 1 sudu penuh sudu makan semasa perut kosong waktu pagi, iaitu 15 hingga 25 gram sehari.

7. Untuk tujuan mengurangkan lemak dan berat badan lebih kurang 50 gram sehari. Ada kajian yang mengatakan 30 gram sehari dapat mengurangkan lemak dalam badan dan menurunkan berat badan apabila dielakkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.

8. Untuk tujuan sebagai prebiotik cukup sekadar 3 sudu teh atau bersamaan 10 gram hingga 15 gram sehari.

9. Kanak-kanak 1 sudu teh sahaja, sementara remaja 2 sudu teh.

10. Untuk pesakit diabetes atau kencing manis 50 gram, iaitu 25 gram dimakan 2 kali sehari bersama-sama 1 sudu teh Habbatus Sauda' (jika pil serbuk atau minyak Habbatus Sauda' makan 1 hingga 3 biji) . Caranya; kunyah Habbatus Sauda' sehingga hancur kemudian terus minum bancuhan Gum Arabic. Jika kapsul Habbatus Sauda', ditelan 1-3 kapsul bersama bancuhan Gum Arabic, begitu juga jika minyak, diminum 1 hingga 2 sudu bersama-sama bancuhan gum arabic.

11. Untuk buasir: 25 gram dimakan 2 kali sehari pagi dan malam.

12. Untuk batuk: hisap sebesar hujung jari ketulan Gum Arabic mengikut keperluan


Sekian sahaja artikel saya untuk kali ini. Terima kasih kerana membaca entry ini.  Jumpa lagi dalam entry akan datang. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.


**** Saya akhirnya berjaya mengeluarkan produk makanan sendiri yang lebih kepada snek .. dipanggil CRUNCHY FLAKES by Qisya Khadeeja.. Ia hanya berharga RM10, diperbuat dari flakes asli gred A, rempah-ratus, kekacang dan daun kari.. amat sesuai untuk anda yang diet. .malah amat digemari oleh semua golongan.. anak saudara saya juga menyukainya.... Jika anda berminat untuk membelinya .. just whatapp sahaja ke 0162762636.. ia adalah produk yang dibuat dan dipasarkan oleh saya sendiri... terima kasih....


Hanya berharga RM10 satu balang.. ia diperbuat dari flakes asli bermutu tinggi gred A, kekacang berkhasiat,, rempah bermutu, daun kari segar, dan lada kering ranggup.. amat digemari semua golongan walaupun kanak-kanak. Anda wajib mencubanya.. hehehe




CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, qadeeja 0162762636... tqvm

Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja juga boleh dibeli melalui pos.. sila like facebook https://www.facebook.com/cruncyflakesbyQK untuk maklumat lanjut .. senarai agent dan tempat terpilih yang terdapat produk ini terutama disekitar Tempat Makan Famous di Kuantan.

Jika anda berada di Kuantan anda boleh mendapatkan Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja di tempat berikut :-

1. Nasi Ayam Noor , Balok (depan KFC Balok)

2. Restoran Ismail , Chengal Lempong

3. Akob Patin House 2  (tepi sungai @ benteng yang kini telah berpindah ke, Indera Mahkota 8 sebaris restoran Rahmat sebelah Shell )

4. Restoran Sri Kampung Satu (sebaris Pasaraya Cowboy Bukit Sekilau)

5. MABIQ (Tanjung Lumpur)


  Terima kasih atas sokongan anda kepada produk Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja ini..




Rabu, 20 Mei 2015

QKDiet :- working...

My selfie di meja pejabat

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Sudah lama saya tidak menulis original entry mengenai diri saya sendiri. Oleh kerana ada yang bertanya bagaimana saya mengamalkan diet saya terutama ketika bekerja. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk menulis entry ringkas ini.

susu kambing dan coklat dark almond yang mengandungi 62% cocoa dari ghana

Kebiasaannya pada hari Isnin, yang merupakan hari yang memerlukan sesuatu yang meningkatkan energy, saya hanya bersarapan dipejabat makanan yang ringkas. Susu kambing adalah antara menu wajib sarapan saya, saya biasanya memilih coklat yang kaya dengan koko seperti dark almond whittakers ini dimana kandungannya adalah 62% cocoa dari ghana (Ghana dikatakan masih tidak terdedah dengan GMO) dan tentu sekali rasanya agak pahit dan kurang manis.


sarapan pagi yang agak berat, susu kambing, susu lembu, jambu batu dan chapati

Kebiasaanya jika hari sebelumnya saya bersarapan ringkas, keesokannya saya akan membawa sarapan yang berat ke pejabat saya. Ini adalah untuk menseimbangkan berat badan saya. Berat badan saya adalah jenis yang mudah turun, jadi saya akan pastikan rajin menikmati susu sebagai sarapan.


roti organik sourdough pilihan saya
Saya juga seperti orang lain roti semestinya antara sarapan paling mudah untuk dibawa. Saya memilih roti sourdough organik sebagai roti pilihan untuk sarapan yang sihat.




Yogurt adalah tingi dengan kandungan probiotik. Saya mengemari yogurt brand farm fresh. Sila pastikan anda membeli yogurt original (bukan skinny @ low fat kerana ia tinggi dengan kandungan gula). Yogurt juga adalah antara pilihan sarapan sihat yang saya gemari, lebih-lebih lagi jika dinikmati dengan buah-buahan terutama buah manga. Susu kambing adalah pilihan wajib untuk minuman pagi saya. Saya memilih brang panching farm yang tidak dipasteur dan segar. Paling penting susunya adalah dari kambing terbaik iaitu kambing saanen.


kopi organik yang dinyah kafein dan gula perang organik
Seperti orang lain, saya juga kekadang tidak punya masa untuk membeli atau membawa sarapan. Jadi pilihan saya hanyalah menikmati secawan kopi. Kadangkala kopi tanpa kafein organik menjadi pilihan saya untuk memulakan pagi saya untuk mengecas kembali tenaga dan semangat dipagi hari. Sebelum menikmati kopi ini kebiasaannya. Saya akan menikmati buah-buahan terlebih dahulu, ini kerana tidak elok bagi saya sendiri ,menikmati kopi dengan perut kosong.


vegetarian spaghetti
Saya juga seperti mereka diluar sana, ada masanya terlepas masa untuk waktu makan tengah hari dan saya terpaksa memilih fast food juga. Vegetarian Olio Spaghetti dari The Fish Manhattan adalah antara pilihan makanan tengah hari paling mudah bagi saya jika jam telah menunjukkan lebih dari pukul 3.30 petang dan kebanyakan restoran nasi campur telah kehabisan lauk.


saya telah menanya pekerja dikedai kek ini dan diberitahu kek ini dibuat dari mentega sebenar (pure buter) brand SCS

Dan ada masanya, menikmati sepotong kek yang diperbuat dari pure butter seperti SCS adalah perkara yang sesekali boleh dimaafkan, walau ia tinggi kandungan gula. Ia, bukan mudah meninggalkan antara makanan  kegemaran dan pencuci mulut saya semenjak dulu.

sempat selfie sebelum menikmati kek
Baiklah sekian sahaja antara , diet seharian saya untuk dikongsi bersama anda. Berat saya kini adalah 53kg dan tinggi saya lebih dari 166cm... (last saya ukur adalah selepas SPM , 163cm tetapi kini dengan orang yang tinggi 165cm pun kini saya lebih tinggi lagi, walaupun tanpa high heel). Saya bukan seorang yang addict kepada produk pemutih dan saya tidak mengemari produk pemutih. Saya lebih suka kulit semulajadi saya sunburn dan saya gembira kerananya. Ada waktunya kulit saya cerah dan anda waktunya kulit saya gelap kerana sunburn, dan sebagai wanita asia ,saya amat gembira dengan kulit saya. 

Walaupun kini saya masih menjalani topical steroid withdraw tapi saya amat bersyukur kerana ia semakin berkurang dan banyak berlalu serta mengajar saya menghargai kesihatan yang diberikan. Saya berharap sesiapa yang melaluinya seperti saya tabah menghadapinya dan gembira melaluinya kerana ia adalah proses pembuangan steroid dan toksid serta toksin yang amat bagus dalam proses detoks tubuh sekaligus menyihatkan lagi tubuh anda.

Sekian sahaja entry untuk kali ini.Terima kasih kerana membaca entry ini . Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.


**** Saya akhirnya berjaya mengeluarkan produk makanan sendiri yang lebih kepada snek .. dipanggil CRUNCHY FLAKES by Qisya Khadeeja.. Ia hanya berharga RM10, diperbuat dari flakes asli gred A, rempah-ratus, kekacang dan daun kari.. amat sesuai untuk anda yang diet. .malah amat digemari oleh semua golongan.. anak saudara saya juga menyukainya.... Jika anda berminat untuk membelinya .. just whatapp sahaja ke 0162762636.. ia adalah produk yang dibuat dan dipasarkan oleh saya sendiri... terima kasih....


Hanya berharga RM10 satu balang.. ia diperbuat dari flakes asli bermutu tinggi gred A, kekacang berkhasiat,, rempah bermutu, daun kari segar, dan lada kering ranggup.. amat digemari semua golongan walaupun kanak-kanak. Anda wajib mencubanya.. hehehe




CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, qadeeja 0162762636... tqvm

Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja juga boleh dibeli melalui pos.. sila like facebook https://www.facebook.com/cruncyflakesbyQK untuk maklumat lanjut .. senarai agent dan tempat terpilih yang terdapat produk ini terutama disekitar Tempat Makan Famous di Kuantan.

Jika anda berada di Kuantan anda boleh mendapatkan Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja di tempat berikut :-

1. Nasi Ayam Noor , Balok (depan KFC Balok)

2. Restoran Ismail , Chengal Lempong

3. Akob Patin House 2  (tepi sungai @ benteng yang kini telah berpindah ke, Indera Mahkota 8 sebaris restoran Rahmat sebelah Shell )

4. Restoran Sri Kampung Satu (sebaris Pasaraya Cowboy Bukit Sekilau)

5. MABIQ (Tanjung Lumpur)


  Terima kasih atas sokongan anda kepada produk Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja ini..



KHASIAT SUSU LEMBU SEGAR


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di hari indah ini. Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua khasiat susu lembu segar. Seperti yang anda semua ketahui , susu telah lama dijadikan makanan utama sebagai sumber kalsium.  Dibawah ini adalah artikel yang saya salin dari link ini http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/manfaat-minum-susu-segar-bagi-kesehatan.html untuk maklumat anda mengenai khasiat susu. Sila pastikan anda memilih susu segar yang tidak dipasteur atau kurang Pasteur dan lembunya seboleh-bolehnya yang makan rumput segar. Adalah satu kelebihan jika anda mendapatkan susu segar dari lembu yang bebas hormone dan tidak disuntik.


Susu segar Farm Fresh juga 100% dipasteur
dan antara susu lembu kegemaran saya

Kebanyakan orang mungkin tidak mengetahui jika susu lembu mentah yang makan rumput sudah digunakan sebagai sebahagian daripada perubatan sejak awal abad ke-20. Susu mentah yang langsung dari lembu telah disebut sebagai "sel induk" makanan. Hal ini digunakan sebagai rawatan, dan berkali-kali telah terbukti menyembuhkan beberapa penyakit serius. Dari zaman Hippocrates sehingga selepas Perang Dunia II, susu lembu telah dikembangkan dan menyembuhkan berjuta-juta orang diseluruh dunia. Susu lembu segar mentah yang makan rumput adalah makanan yang benar-benar seimbang, sehingga bagus untuk meningkatkan kesihatan yang lebih baik.

Mengandungi Protein lengkap Susu lembu segar mentah menyediakan semua asid amino standard, yang akan disimpan tubuh kita kemudian ditukar ke dalam bentuk yang boleh digunakan. Sekitar 80% protein dalam susu adalah kasein (cukup stabil pada panas tapi mudah dicerna). Yang 20% ​​yang lain adalah jenis protein whey, mudah dicerna tetapi sangat sensitif panas. Imunoglobulin adalah jenis protein susu yang sangat kompleks yang juga dikenali sebagai antibodi - yang berguna untuk melindungi badan kita daripada virus, bakteria, racun bakteria, dan juga boleh membantu mengurangkan keparahan gejala asma. Kajian telah menunjukkan penurunan kualiti yang ketara dari portein ini ketika susu dipasteur.

Menyediakan Karbohidrat
Laktosa adalah karbohidrat utama dalam susu lembu. Hal ini diperbuat daripada satu molekul, yang masing-masingnya adalah gula sederhana glukosa dan galaktosa. Orang dengan intoleransi laktosa tubuhnya tidak menghasilkan enzim laktase, sehingga tidak boleh mencerna gula susu. Susu mentah juga mengandungi bakteria lactobacilli laktosa, sehingga secara umum banyak orang yang mengelakkan minum susu mentah.

Mengandungi tinggi lemak
Lemak tepu sebenarnya juga mempunyai pelbagai peranan penting dalam tubuh kita, seperti membina membran sel dan hormon kunci, menyediakan simpanan tenaga, melapisi organ halus, dan kenderaan bagi vitamin larut lemak yang sangat penting. Conjugated Linoleic Acid (CLA) sangat banyak dijumpai dalam susu lembu yang makan rumput, termasuk lemak tak jenuh ganda omega 6 yang bermanfaat bagi manfaat kesihatan. Beberapa manfaat CLA yang mungkin adalah menimbulkan tahap metabolisme, membantu menghilangkan lemak perut, meningkatkan pertumbuhan otot, mengurangkan rintangan insulin, dan menguatkan sistem kekebalan tubuh, dan menurunkan reaksi alergi makanan.

Vitamin Asli
Vitamin yang terdapat dalam susu mentah adalah yang larut dalam lemak dan air, sehingga menjadikan ia sebagai makanan yang lengkap dan tak perlu diperkayakan lagi. Berbeza dengan Susu lembu yang dipasteur, kerana nutrisi yang hilang perlu ditambah kembali terutama vitamin D yang larut lemak.

Mengandungi Mineral lengkap dan seimbang
Susu lembu segar mengandungi banyak mineral mulai dari kalsium hingga fosfor.Susu lembu segar mengandungi banyak Kalsium, yang bermanfaat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, terutama kanser usus besar, meningkatkan kepadatan tulang, dan mengurangkan risiko osteoporosis pada orang dewasa yang lebih tua, menurunkan risiko batu buah pinggang, pembentukan gigi yang kuat, serta mencegah gigi mudah berlubang. Fakta yang menarik tentang mineral adalah memerlukan keseimbangan khusus dengan mineral lain untuk berfungsi dengan baik. Contohnya, kalsium memerlukan perbandingan yang tepat dengan fosforus dan magnesium agar boleh dimanfaatkan oleh tubuh kita. Susu lembu segar atau mentah adalah bentuk keseimbangan pemakanan yang sempurna.

Fungsi Enzim
Susu segar mengandungi 60 fungsional enzim yang melakukan pelbagai macam pekerjaan. Beberapa yang lain adalah berasal dari bakteria menguntungkan yang hidup dalam susu segar. Enzim seperti katalase, lisozim dan laktoperoksidase yang terdapat dalam susu membantu melindungi susu dari bakteria yang tidak diingini, sehingga lebih selamat untuk kita minum.

Mengandung Kolesterol
Susu lembu mengandungi sekitar 3 mg kolesterol per gram. Tubuh kita menghasilkan sebahagian besar kolesterol yang kita perlukan, yang jumlahnya boleh naik atau turun sesuai dengan makanan yang kita makan. Kolesterol adalah zat untuk pembaikan, yang digunakan tubuh untuk membuat hormon, membina otot, memelihara membran sel, membuat vitamin D, dan hempedu.

Menyimpan Bakteria baik
Susu segar adalah makanan yang mengandungi bakteria hidup yang baik (kultur hidup) yang melindungi kita. Kebanyakan makanan yang kita makan boleh tidak menyihatkan kerana usia, namun susu mentah sebaliknya. Susu mentah membantu penapaian bakteria, penghadaman enzim, vitamin, dan meningkatkan semua mineral. Saat ini, permintaan susu mentah yang makan rumput semakin meningkat di mana-mana. Hal ini kerana banyak yang menyedari akan manfaat kesihatan yang luar biasa dengan meminum susu segar dan tidak dipasteur.


Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini.  Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.



*** Bagi Anda yang mencari produk tubuh asli yang lebih selamat. Saya telah menghasilkan produk SKRUB TUBUH BADAN dari 100%  bahan-bahan alami yang selamat. Ia berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, memudarkan parut, mencerahkan badan dan menghilangkan bau badan (hanya perah limau nipis didalam bancuhan skrub anda).

Harga ORIGINAL BODY SCRUB ini hanya RM12 sebotol.

Untuk belian Whatapss ke 016 2762636  sekarang.

ORIGINAL BODY SCRUB hanya RM12 sebotol
Saya turut menghasilkan produk snek yang lebih sihat berbanding snek dipasaran sekarang. Ia diperbuat dari emping jagung asli, limpahan pelbagai kacang dan disalut rempah kari asli yang Kaw!!.. Sungguh sedap dan enak. Hanya RM12 sebalang. Hanya Wassap 016 2762636 untuk belian.


Crunchy Flakes hanya RM12 sebalang


Jumaat, 15 Mei 2015

Petua @ Ubat Merawat Penyakit Batu Karang / Gall Bladder Stones




Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang. Dihari Jumaat yang berkah ini, saya ingin berkongsi dengan anda petua atau rawatan untuk batu karang yang diambil dan dishare oleh Dr Hamid Arshad di facebook beliau juga imej yang disyer dipelbagai group Wasap dan Telegram kesihatan yang saya ikuti.


Petua Merawat Batu Karang / Gall Bladder Stones ini hanya memerlukan air yang ditapis atau disuling, buah epal hijau @ merah, buah lemon segar, minyak zaitun (olive oil) pastikan yang asli dan garam epsom sahaja. Murah dan mudah. Sila pastikan jika anda membeli epal hijau @ merah biasa pastikan anda merendam buah tersebut didalam air garam pink himalayan selama 10 minit dahulu sebelum dikisar jika anda tidak mempunyai garam pink himalayan anda boleh juga menggunakan cuka epal atau sebarang cuka buah-buahan. Ini adalah untuk membuang segala racun didalam buah epal tersebut. (Cara ini juga terpakai untuk buah-buahan lain dan sayur-sayuran)





Cara rawatan :-

1. Anda perlu minum 4 gelas jus epal seitap hari selama 5 hari berturut-turut.

2. Hari Ke -6 - Jangan Makan Malam (Dinner)
   - pastikan pada pukul 6 petang anda makan satu sudu garam Epsom (magnesium sulphate), boleh          dibeli dari farmasi. Harga dalam rm5 sahaja sebungkus.
   - Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.
   - Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250ml) olive oil atau sesame oil dan setengah cawan   jus lemon yang segar ( perah 3 biji lemon). Campur olive oil dengan jus lemon dan minum.

Insyaallah pagi esok anda akan buang air besar akan kelihatan batu-batu karang keluar sekali.


Saya telah melihat banyak komen tentang petua ini telah berjaya dengan jayanya dan banyak di share di facebook dan group-group kesihatan yang lain. 

Baiklah sekian sahaja entry saya untuk kali ini. Salam sayang dari saya. Love, huge & kiss.


*** terima kasih atas segala imej diatas. Jika anda adalah antara pengomen di facebook ini dan tidak membenarkan nama anda dipublish, sila email saya untuk saya menghidekan nama anda. Terima kasih.


**** Saya akhirnya berjaya mengeluarkan produk makanan sendiri yang lebih kepada snek .. dipanggil CRUNCHY FLAKES by Qisya Khadeeja.. Ia hanya berharga RM10, diperbuat dari flakes asli gred A, rempah-ratus, kekacang dan daun kari.. amat sesuai untuk anda yang diet. .malah amat digemari oleh semua golongan.. anak saudara saya juga menyukainya.... Jika anda berminat untuk membelinya .. just whatapp sahaja ke 0162762636.. ia adalah produk yang dibuat dan dipasarkan oleh saya sendiri... terima kasih....


Hanya berharga RM10 satu balang.. ia diperbuat dari flakes asli bermutu tinggi gred A, kekacang berkhasiat,, rempah bermutu, daun kari segar, dan lada kering ranggup.. amat digemari semua golongan walaupun kanak-kanak. Anda wajib mencubanya.. hehehe




CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, qadeeja 0162762636... tqvm

Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja juga boleh dibeli melalui pos.. sila like facebook https://www.facebook.com/cruncyflakesbyQK untuk maklumat lanjut .. senarai agent dan tempat terpilih yang terdapat produk ini terutama disekitar Tempat Makan Famous di Kuantan.

Jika anda berada di Kuantan anda boleh mendapatkan Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja di tempat berikut :-

1. Nasi Ayam Noor , Balok (depan KFC Balok)

2. Restoran Ismail , Chengal Lempong

3. Akob Patin House 2  (tepi sungai @ benteng yang kini telah berpindah ke, Indera Mahkota 8 sebaris restoran Rahmat sebelah Shell )

4. Restoran Sri Kampung Satu (sebaris Pasaraya Cowboy Bukit Sekilau)

5. MABIQ (Tanjung Lumpur)


  Terima kasih atas sokongan anda kepada produk Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja ini..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...