Rabu, 25 Februari 2015

Tempat Makan Best Di Kuantan Part - 20 *** De Rhu Oriental Kuantan****

Assalammualikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. ini adalah sambungan bagi entry sebelum ini  http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2015/01/tempat-makan-best-di-kuantan-part-19.html


pemandangan hadapan De Rhu Oriental
Jika anda mencari masakan chinese muslim ketika lunch dan dinner.. De Rhu Oriental adalah antara pilihan yang terdapat dibandar Kuantan ini.. bersebelahan dengan UTC Kuantan , restoran ini menyediakan pakej hidangan untuk keluarga dan rakan-rakan.. Saya dan keluarga saya baru sahaja menikmati hidangan disini pada Chinese New Year tempoh hari untuk makan malam.

restoran ini disahkan halal oleh JAKIM
Pada malam tahun baru cina baru-baru ini , saya berkesempatan menikmati makanan disini bersama family saya dan family adik ipar saya.. kebetulan adik ipar saya belanja makan besar disini.. Beliau menempah 2 meja  untuk family kami.

menu pilihan yang dinikmati oleh keluarga saya pada malam CNY - abaikan pic jari saya itu..
Antara menu hidangan kami pada malam itu adalah Tomyam seafood, ikan siakap, kailan goreng, ayam lemon, udang butter, sotong telur masin, nasi putih,tauhu telur sos tiram, teh cina, air limau nipis dan plate buah-buahan... i lupa pula mengambil gambar hidangan potongan buah-buahan itu.. harga bagi satu set hidangan ini adalah RM230 dan harga bagi air limau satu jug ialah RM20. Untuk keluarga kami kerana 2 buah meja so 2 set hidangan ini dan 2 jug air...

Ikan siakap dan ayam lemon

butter prawn dan udang telur masin

tauhu cina dan sos tiram serta kailan goreng

seafood tomyam berisi lala, sotong , udang dll

adik saya menikmati makanan

semua kusyuk menikmati makanan

ketika makan malam disini kami menempah 2 buah meja
Bagi saya makanan disini biasa sahaja.. maybe kerana kebetulan ketika kami datang, makanan dihidangkan sejuk.. even meja berdekatan kami juga memberi komen yang sama... Walaubagaimana pun adik lelaki saya mengemari sotong ikan masin disini.. dan adik ipar saya pula menyukai ayam lemon yang disediakan.

kusyuk menikmati hidangan


bergambar sementara menunggu hidangan dihidang

kusyuk menunggu hidangan
Bagi saya service disini not bad... tak cepat dan tak lambat.. so, sila bawa family anda atau orang tersayang datang disini....

hanya sekeping sahaja gambar saya yang pakai tudung pink itu.. bz ambil gambar...

Sekian sahaja entry kali ini.. terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. love , huge & kiss...




**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?

*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?

*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?

*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP.. 

CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.

Order sekarang hanya RM12 sebalang.


Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang

limpahan emping jagung, kekacang enak, dan rempah kari kaw yang sungguh sedap dan enak

CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, Qadeeja 0162762636... tqvm

Tempat Menarik di Kuantan - ***DE RHU BEACH RESORT , BALOK***


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... Semoga hidup anda sentiasa bahagia dan dirahmatiNYA...  ini adalah sambungan entry sebelum ini Sempurna Resort Kuantan


antara pemandangan disini. .anda wajib memastikan anak anda memakai gelang kertas yang diberi

Baiklah diringkaskan entry ini, selain Pantai Balok sebagai tempat yang menarik dikunjungi .. berdekatan Pantai Balok ini juga terdapat sebuah lagi tempat yang menarik hati iaitu, De Rhu Beach Resort.
De Rhu Beach Resort ini membenarkan mereka yang bukan tetamu hotel yang tidak bermalam untuk membawa anak-anak kecil bermain dikolam renang mereka yang luas ini dengan bayaran serendah RM7 sahaja untuk seorang. Kolam Renang ini tutup pada pukul 7 malam... selain kolam renang disini juga disediakan taman permainan untuk kanak-kanak bermain..

kawasan De Rhu Beach Resort yang luas , hijau memandang.. berhadapan dengan pantai...

Di atas dan dibawah ini disertakan segala gambar pemandangan yang indah dalam De Rhu Beach Resort ini , selain kolam renang yang luas dan pelbagai.. serta berdepan dengan Pantai Balok..

Anda juga boleh bermalam disini dengan harga bilik yang murah dan bermain dengan percuma sahaja dikolam renang ini..

ketara sekali wajah-wajah ceria kanak-kanak dan dewasa
Sila enjoy antara gambar-gambar yang sempat saya rakamkan disini menggunakan iphone sahaja...  ketika saya membawa anak saudara saya bermain dan mandi kolam disini.

anak saudara saya kusyuk bermain

tempat mainan yang ceria dan mempesonakan

terdapat banyak kerusi dan pondok berteduh untuk orang dewasa menunggu dan mencari ilham

kerana kawasan ini dipenuhi pokok dan berhadapan pantai.. so, anda akan merasa betapa nyamannya tempat ini

kanak-kanak kusyuk bermain

suasana di kolam

pemandangan resortl belah belaknag
Dibawah ini antara pemandangan di dalam resort dalam taman ini...
pemandangan bahagian belakang resort.. cantik seumpama didalam taman






Anak-anak saudara saya kusyuk bermain di taman permainan didalam resort ini..
sempat lagi ilham bermain sembunyi dengan abangnya irfan

irfan dan ilham konon-kononnya sedang bersenam

pemandangan De Rhu Beach Resort  yang mempersonakan

saujana memandang

warna yang ceria
Bagi anda yang berada dikawasan berdekatan.. sila bawa keluarga tersayang anda disini.. ini sahaja yang dapat saya coretkan untuk kali ini. .terima kasih kerana membaca entry ini ... salam sayang dari saya.. love, huge & kiss...

*** Bagi Anda yang mencari produk tubuh asli yang lebih selamat. Saya telah menghasilkan produk SKRUB TUBUH BADAN dari 100%  bahan-bahan alami yang selamat. Ia berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, memudarkan parut, mencerahkan badan dan menghilangkan bau badan (hanya perah limau nipis didalam bancuhan skrub anda).

Harga ORIGINAL BODY SCRUB ini hanya RM12 sebotol.

Untuk belian Whatapss ke 016 2762636  sekarang.

ORIGINAL BODY SCRUB hanya RM12 sebotol
Saya turut menghasilkan produk snek yang lebih sihat berbanding snek dipasaran sekarang. Ia diperbuat dari emping jagung asli, limpahan pelbagai kacang dan disalut rempah kari asli yang Kaw!!.. Sungguh sedap dan enak. Hanya RM12 sebalang. Hanya Wassap 016 2762636 untuk belian.


Crunchy Flakes hanya RM12 sebalang


Rabu, 11 Februari 2015

BUAT DUIT DENGAN NUFFNANG : REZEKI CIK EPAL


Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera untuk semua pembaca blog saya yang tersayang... saya mencuri-curi masa untuk menulis entry ini dikala masa yang berlalu begitu pantas sekali.. 

Btw, ini adalah sambungan entry dari link ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/12/blogger-nuffnang-new-campaign-again.html?m=1

pic dari intagram cik epal - 2 cek yang bernilai RM12K & 14K.. fuh... untung sungguh jadi famous blogger


Just for sharing.. last week ketika saya melihat intagram Cik Epal... famous blogger itu baru sahaja membelek peti surat dirumahnya dan melihat  ada 2 cheque dari Nuffnang baru sampai.. RM12ribu lebih dan RM14ribu lebih lagi tu amount cheque itu... fuh!!.. untung jadi Cik Epal..  kata Cik Epal bayaran ini adalah untuk sponsored entry.. Nuffnang ...

So, bagi mereka yang meragui Nuffnang sebelum ini bolehlah menjadikan Cik Epal sebagai rujukan.. siapa kata dengan Nuffnang anda tidak boleh buat duit?.... even saya sendiri pun sudah merasa cash out Nuffnang kali pertama tempoh hari.. hopefully saya pun merasa rezeki yang begitu besar dengan nuffnang suatu hari nanti.. insyaallah.. aaminn...

Ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk kali ini dengan anda semua pembaca blog saya yang tersayang.. .terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. love, huge & kiss...




Isnin, 2 Februari 2015

HAPPY 2ND ANNIVERSARY


ALHAMDULILLAH, BLOG INI KINI 2 TAHUN SUDAH, Terima kasih atas segala sokongan - gambar dari google





Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang tersayang…  Alhamdulillah kita semua masih bernafas lagi pada hari ini. .walaupun pelbagai tekanan hidup dan ujian yang kita hadapi… semoga kita semua tabah, sabar dan redha atas segala ujian dan Berjaya menghadapinya untuk mengejar segala impian dan hidup sentiasa dirahmati dan diberkati.

Alhamdullillah.. sesungguhnya saya tidak menyangka tarikh hari ini 2 febuari 2015 , genap 2 tahun usia blog yang sungguh memberi makna kepada saya ini.. tiada saya sangka yang permulaan menulis blog yang hanya 3 orang sahaja follower saya di google akhirnya meningkat ke 60 orang untuk tahun ke 2 ini.. jika tidak silap perkiraan saya, last year ketika genap 1st anniversary blog saya ini.. follower google saya hanya berbelas orang sahaja, dan ketika itu juga jumlah viewer hanya 130K++ .. Saya bersyukur sekali kerana dipermualaan menulis blog target saya hanya 3k sahaja viewer untuk 1st year dan 10k viewer untuk 2nd year.. tapi hari ini saya melihat blog saya lebih dari 360k+++ viewer.. terima kasih atas segala sokongan anda kerana mengikuti blog ini… Saya juga bersyukur kerana sebelum blog ini berusia 2 tahun lagi.. saya telah berjaya cashout NUFFNANG untuk pertama kali.. .alhamdullillah.... syukur atas segala rezeki...

Sebagai menghargai setiap detik masa yang saya lalui.. saya ingin blog ini menjadi tempat rujukan mereka-mereka yang menghadapi masalah seperti saya. .memerlukan dorongan dan motivasi, memerlukan rujukan.. dan juga tempat saya meluah rasa hati… Saya berharap selepas ini saya akan menulis entry-entry yang dapat menolong lebih ramai orang lagi… saya bersyukur sangat-sangat kerana bff saya Kak Suzana yang mengenalkan saya blogging ini…

Saya akan terus menulis selagi terdaya dan selagi ada perkara untuk dikongsikan.. semakin berlalu masa semakin saya terasa lebih matang untuk menulis sesuatu benda yang saya harap akan terus kekal dijadikan rujukan bagi insan-insan yang mencari rujukan. Semoga blog saya ini memberi manfaat kepada semua..

Jika anda tidak mempunyai akaun google, anda boleh meng”subscribe” blog saya ini, dengan mengisi alamat email anda, untuk blogger terus menghantar setiap entry terbaru saya terus ke email anda. Kemudahan ini telah lama diikuti oleh ramai orang termasuk saya di mana-mana blog yang menarik hati..

Baiklah.. sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini, menjadi follower dan berkongsi segala maklumat diblog ini.. akhir kata semoga kita semua sentiasa dirahmati, tenang dan bahagia selalu..

Sekian sahaja entry kali ini. .salam sayang dari saya.. love, huge & kiss…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...