Khamis, 2 Oktober 2014

BUAH - BUAHAN TERBAIK UNTUK DIBELI.. sila perhatikan KOD-KOD ini..


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha bagi mereka yang beragama islam yang akan datang dalam beberapa hari lagi..

Baiklah hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang maklumat bagaimana anda perlu memilih buah-buahan dipasaraya untuk keluarga anda. Tentu anda akan perasan terdapat kod bar tertentu dilekatkan dibuah-buahan tersebut.. Selama saya membeli saya selalu memerhatikan terdapat 4 kod bar dibuah-buahan seperti epal dan oren terutama buah-buahan dari luar negara. Jika anda membeli buah dari luar negara samaada sayur atau buah digalakkan anda membeli dari Australia berbanding China dan digalakkan juga membeli dari Australia berbanding US kerana dikatakan produk dari United States kaya dengan GMO (Genetically Modified)...  



kod yang anda kena perhatikan


Baiklah untuk info mudah anda sila lihat imej diatas dimana

1) 4 Digit kod yang bermula dengan nombor 3 atau 4 ia dikatakan melalui penanaman traditional.

2) Jika 5 digit kod dan bermula dengan nombor 9 ia dikatakan tanaman organik.

3) Jika 5 digit kod dan bermula dengan nombor 8, dia dikatakan telah diubah genetiknya.



Info ini didapati dari link ini.. credit for the info from Melati Cenderawasih untuk post di Group sihat secaraalami di facebook (https://www.facebook.com/groups/sihatsecaraalami ]

Terima kasih kerana membaca entry ini. Salam sayang dari saya.. love, huge & kiss.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...