Rabu, 20 Ogos 2014

BLOGGER : Dilema Blogger









Assalammualaikum wbt… dan hai untuk semua pembaca blog saya yang tersayang…

Hari ini saya ingin ‘sharing’ dengan anda tentang antara kisah-kisah blogger yang saya baca… bukan sahaja kisah insan yang glamer di Intagram yang selalu dapat hadiah dan review product… tetapi kisah blogger yang kadang-kadang agak sukar menolak permintaan sesetengah insan terdekat dengan mereka yang meminta review product atau promote produk mereka diblog malah ada yang mohon tumpang letak banting iklan lagi diblog…

Bagi mereka yang tidak tahu, antara cara mendapatkan kepuasan menulis blog adalah menambah iklan nuffnang… ia bukan berapa nilai @ jumlah anda dapat.. kerana.. nuffnang pun setakat sebulan dua anda menulis, hanya bagi 20sen sahaja… tapi ia tentang kepuasan diri menulis… dan melihat nilai 20sen itu terpampang diakaun nuffnang…memberi ‘nafas baru’ untuk terus menulis blog… 

For info ,Nuffnang memberi bayaran lebih mahal jika tiada iklan lain diblog dan blogger itu akan mendapat status Gliterrati (lebih tinggi bayaran dan lebih banyak keistimewaan)… malah para advertiser pun lebih suka memilih mereka yang berstatus Gliterrati.. so, jika ada kawan anda yang berstatus blogger menolak banting iklan anda.. sila cuba fahami.. especially jika anda pun setakat mahu ‘free’… 

Untuk product review.. maybe blogger yang baru sahaja menulis tidak sampai 2bulan akan bagi perkhidmatan meng’publish’ entry itu free of charge…tetapi apabila blogger itu telah bertahun menulis blog… insyaallah kebanyakan mereka akan mula memikirkan menggunakan blog mereka sebagai medan mengetengahkan ‘produk’ mereka sendiri… so, jika pada waktu ini, atau setelah lebih setahun lebih blogger itu menawarkan kepada anda, dan anda pun ‘no response’ .. rasanya tidak wajar anda ‘mengutuk’ blogger tersebut… kerana masa pun dah berlalu lama.. blogger tersebut pun sudah ada produk sendiri untuk dipromote didalam blog.. dipasang banting…dan sebagainya…




Sebenarnya.. tak rugi jika kita menerima pelawaan mereka yang baru menulis blog (walaupun kita sendiri pun ada blog dan lebih lama menulis dari mereka) untuk meng’publish’kan entry mengenai produk kita… jangan di pandang rendah mereka… kerana kita tidak tahu berapa ramai yang membaca blog mereka dimasa akan datang… jika hanya seribu orang yang baca pun.. jika dari situ sepuluh orang terbaca entry mengenai produk kita dan berminat.. itu tetap rezeki.. kerana dari 10 oranglah yang akan membawa lebih ramai lagi pelanggan untuk kita… paling penting.. jika ditakdirkan blogger itu akhirnya famous… entry mengenai produk kita yang 3-4yr lamanya pun still akan ada orang baca insyaallah…malah makin ramai dari sehari ke hari.. Andaikata blogger pilihan kita itu ditakdirkan tidak famous pun.. 3-4yr akan datang, insyalah tetap ada orang terbaca.. jika pengunjung itu tiba-tiba terbaca blog blogger pilihan kita itu…. Please don’t under estimate miracle….( Kena plak time blogger itu baru start menulislah kebanyakan entry mereka adalah ‘free of charge’.. hehehehhe)

Oklah.. saya tidak mahu bercerita panjang.. tapi teringat caption seseorang di intagram dan diblog… yang lebih kurang berbunyi begini :- “saya turut menjual produk.. so harap faham.. jika saya mengenakan caj untuk IG review @ menulis entry dalam blog saya… jika anda nak kata saya perasan glamer.. perasan artis.. terpulang… so, sila cari artis dan blogger2 famous untuk mengiklankan produk anda… tqvm”… TAJAM dan dalam sungguh statement.. tetapi saya rasa jika mereka ditempat blogger atau empunya IG tentu akan memahaminya… tetapi bagi mereka yang baru start berniaga dan perlukan sokongan dan budget pun sikit..tentu akan terasa dan merasakan mereka mementingkan diri…” Bisnes is bisnes”’ itu kata blogger dan pemilik IG.. so, rasanya kita harus respect pilihan mereka… kerana saya percaya bukan senang berada ditempat mereka sekarang dan tentu banyak sekali pengorbanan dilakukan mereka , walau mereka tidak sefamous blogger yang memang famous sekalipun… saya sebagai blogger .. saya faham betapa sebenarnya. ..menulis blog ini memang memakan masa yang lama ,’mengtensionkan’ terutama jika internet line slow… , idea yang mula-mula datang.. tetiba hilang… menaip yang memakan masa walau entrynya singkat (lepas review, nak betulkan ayat itu ini..ejaan itu ini, tambah itu ini lagi…) dan sebagainya yang hanya blogger sahaja yang tahu…

So, nasihat saya.. belajarlah menjadi blogger… menulis apa yang anda ingin tulis.. janji jangan buka aib sendiri dan aib orang lain… kurangkan dosa dalam menulis entry seboleh-bolehnya… mungkin sekarang anda tidak merasakan keperluan memiliki blog sendiri.. tetapi satu waktu jika anda mula ingin memperkenalkan barang, perkhidmatan dan produk anda… anda tentu akan memikirkan untuk mempunyai blog…tetapi untuk menjual barang online diblog.. tidak semudah disangkakan….anda perlu menarik minat pembaca membaca blog anda.. dan mengikutinya.. menyukai anda.. dan barulah akan menyukai produk anda… seperti yang dilakukan oleh blogger-blogger berpengalaman yang lain.. terutamanya famous-famous blogger….

Sekian sahaja entry saya untuk kali ini… terima kasih kerana membaca entry ini. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss…


*** semua imej diatas adalah dari google.. tqvm


 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...