Khamis, 28 Ogos 2014

LIRIK LAGU : RAPUH - OPICK








detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


** image from google


Rabu, 27 Ogos 2014

MY CRUNCHY FLAKES BIZ



Assalammualaikum wbt.. dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... 

Alhamdulillah.. untuk pengeposan dan penghantaran CRUNCHY FLAKES BY QISYA KHADEEJA kepada pelanggan-pelanggan dan agent Crunchy Flakes By Qisya Khadeeja berjalan lancar.. walaupun pada malamnya. .berlaku blackout dikawasan perumahan saya... alhamdulillah.... letrik dirumah saya pulih lebih awal dari dijangka... so, saya terus menyambung kerja saya yang tergendala sehingga pukul 3am lebih. .dan bangun selepas subuh untuk membuat pengbukusan untuk dihantar ke pos laju...


my crunchy flakes yang bakal di hantar ke agent-agent di Kuantan dan pos laju




crunchy flakes yang dihantar mengikut pos laju

bungkusan untuk pos laju dibalut burble supaya ia tidak mudah hancur


Dugaan kecil untuk saya selain blackout pada malam hari, stok kacang pis juga kehabisan so, saya gantikan dengan kacang parang dan kacang tanah yang lebih banyak... selain itu sticker  Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja saya juga kehabisan, so saya hanya menggunakan sticker express yang hanya tertera no telefon saya sahaja.


alhamdulillah

my crunchy flakes


ia turut di hantar kepada agent-agent saya di Kuantan

Selain anda boleh memesan produk saya ini melalui pos... anda juga boleh mendapatkan produk saya ini di restoran-restoran dan kedai makan terkenal diarea Kuantan dibawah :-

1. Akob Patin House (cawangan benteng, Kuantan ) & (cawangan belakang Maybank Bukit Ubi, area Kuantan Parade)

2. Terminal Usrah , Balok

3) Restoran Ismail , Chengal Lempong

4) Kedai jualan ikan sebelah burger bakar big snow , chengal lempong

5) Oh! Fatimah , Sg. Karang

6) Kedai Chalong Beserah (belakang surau Hj. Zainon )

dan ramai lagi agent akan saya lantik dalam waktu terdekat ini termasuk diarea Terengganu dan Kuala Lumpur.  Harga produk saya ini.. .RM10 sahaja untuk sebotol.


pic ringkas yang i masukkan dalam my intagram dan facebook


Esoknya diawal pagi saya terus ke POS LAJU untuk membuat pengeposan, sempat lagi saya promote Crunchy Flakes saya ini kepada staff pos laju dan memberi sebotol Crunchy flakes saya sebagai tester untuk semua staff disitu merasai keenakannya.

sempat lagi bagi free tester my crunchy flakes dan flyer hai-o product


Baiklah, jika anda berminat dengan produk Crunchy Flakes by Qisya Khadeeja saya ini. .anda boleh whatapp ke nombor 016-2762636 untuk pesanan... (harga RM10 sebotol)... Sekarang ini masih berlansung promosi untuk mereka yang memesan melalui pos... dimana saya memberi percuma 1 sachet Mineral Kopi Hai-o untuk setiap pesanan (berharga RM1.50)..  promosi ini bermula pada 24/8-31-8/2014 ini sahaja sempena bulan Kemerdekaan. Sila jangan terlepas promosi ini.. anda, keluarga dan rakan-rakan anda serta orang tersayang... pasti sukakan produk saya ini, insyaallah..

Sekian sahaja entry saya untuk kali ini, salam sayang dari saya, love, huge & kiss...





Selasa, 26 Ogos 2014

Nama saya ZARA




hai .. saya zara.. comel kan saya?...


Hai.. nama saya ZARA... usia Zara baru setahun lebih... Zara ialah pembantu peribadi Auntie zara... ala... Qisya Khadeeja tu......




setiap pagi, rutin saya ialahmembantu auntie saya mengisi Crunchy Flakes dalam plastik


Setiap pagi.. Zara akan membantu auntie zara, mengisi Crunchy Flakes dalam plastik , untuk Auntie zara , Qisya Khadeeja bagi kepada client... zara memang rajin bab-bab ini.. that why family zara... terutama nenek dan atuk zara sayang sangat kepada zara...


buat-buat membantu, ok nenek dengan auntie tiada, meh zara buat lari sorok satu.. alamak, auntie datang... kena berlakon buat-buat isi dalam plastik semula lah....


setiap hari juga.. jika auntie Qisya Khadeeja tiada disisi Zara membantu.. zara akan CUBA berusaha menyorok satu crunchy flakes untuk zara buat bermain nanti... tapi jika Auntie Qisya Khadeeja tiba-tiba muncul, terpaksalah zara berlakon ,buat-buat kembali membantu Auntie zara meletak Crunchy Flakes didalam plastik... hehehehehhehe.....


oh.. sungguh sedih.xsempat sorok tadi.... (sambil memerhati flakes dalam plastik).. tidak apa, kena usaha lebih lagi.. kali ini.. zara nak sorok 2 terus... untuk buat main nanti...


Hari tidak selamanya mendung.. zara bukan jenis mengaku kalah ye... jika berkesempatan.. dan auntie atau nenek zara tiada memerhati.. zara akan 'pulun' 2 bekas terus crunchy flakes untuk zara bermain... kihkihkhh,,,,, terus zara bawa lari..... cepat-cepat sebelum mereka perasan...dan sorokkan...kihkih

ok... flashback. .kejayaan zara.. menyorokkan 2 flakes tadi.. tempat sorok. .rahsia...


Kejayaan MANIS laksana coklat ....seperti peristiwa diatas.. akan zara ingati sampai bila-bila sebagai kejayaan manis zara sewaktu kecil.. heheheh jangan bagi tahu auntie Qisya Khadeeja tau.... Tak sabarnya nak bangun pagi-pagi tiap hari ke rumah nenek untuk membantu auntie Qisya Khadeeja lagi... 





Baiklah nantikan entry ZARA lagi ye lepas ini.. hehehehe .. .muahhzzz..... ZARA sayang semua....  muahhzzz!!!!






Isnin, 25 Ogos 2014

Perjalanan Ini masih Jauh...







Assalammualaikum wbt… dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang…diharap walau apa pun jua dugaan mendatang.. kita semua tabah menghadapinya serta bersyukur dengan apa saja yang dihadiahkan-NYA kepada kita hamba yang hina lagi lemah ini….

Dihari Jumaat yang berkah ini… (ketika saya menulis entry ini).. saya merasakan… perjalanan saya dalam bidang perniagaan yang masih baru sesangat ini… takaful saya…MLM saya masih jauh… baru bermula… saya sendiri tidak tahu bakal onak duri yang bakal saya hadapi… ketika ini pun saya masih seperti bayi yang baru merangkak.. yang cepat letih.. tapi cepat bangun kembali… ia sebagai manusia biasa… setiap waktu dan saat kita diuji-NYA. . .sekejap semangat itu datang melonjak-lonjak.. sekejap ia menurun… sekejap rezeki melimpah ruah.. sekejap rezeki ditarik balik.. sekejap rezeki sukar… sekejap rezeki sikit.. sekejap datang rezeki yang tidak disangka-sangka…

Memulakan dan memperkenalkan perniagaan yang baru bukan semudah yang disangka.. .hatta, perniagaan itu bermula dengan modal yang kecil… even dalam bidang takaful yang baru saya ceburi ini juga tidak semudah disangka… still banyak cabaran dan dugaan serta benda baru yang saya pelajari.. .still banyak ilmu yang belum saya ketahui.. .walau saya telah lama dalam bidang insurance… tetapi bagi saya walau pun ramai berkata insurance dan takaful adalah sama… tetapi bagi saya tetap tidak serupa.. banyak benda yang membezakan antara kedua-duanya.. dan sungguh. .sikit benar ilmu saya yang saya ketahui tentang kedua-duanya… lagi banyak yang saya tahu…lagi saya sedar lagi banyak yang saya tidak tahu.. rupanya bertapa kurangnya ilmu saya…..





Diuji dengan dugaan yang pelbagai… kekadang melemahkan saya sebagai insan biasa.. tetapi sebagai manusia yang pernah jatuh… dan bangkit kembali. .. jatuh lagi.. saya percaya setiap kejatuhan itu adalah kerana ALLAH ingin memberikan saya kedudukan dan impian yang lebih mencabar dan tinggi lagi… saya selalu berfikir untuk menjadi seperti burung PHOENIX.. .yang selepas ia jatuh tersembam dan mati dibumi akan bangkit.. menjadi lebih hebat lagi… .itu sebabnya kenapa M.Nasir sendiri mereka lagu PHOENIX Bangkit yang menceritakan tentang sikap tidak putus asa dan kekuatan burung phoenix… yang harus kita contohi walau ia sekadar.. lagenda yang entah betul entahkan tidak…

Saya amat pasti saya akan melalui lebih banyak liku-liku,cabaran yang menduga kesabaran dan kekuatan saya.. lebih-lebih lagi pada awal-awal penglibatan saya dalam bidang baru ini… saya percaya.. saya tentu seperti insan lain juga… yang senang berubah-rubah emosi.. cepat down dan cepat up… tetapi saya harap saya tidak down lama.. dan bangkit dengan idea-idea dan semangat yang lebih tinggi lagi… saya berdoa saya sentiasa dikurniakan sokongan yang tidak putus-putus  dan bertambah-tambah dan semangat yang kuat dari ibu bapa dan keluarga saya yang tersayang…dari sahabat-sahabat saya, kawan-kawan tersayang saya…. Pelangan-pelangan saya .. pembaca-pembaca blog saya yang budiman dan sesiapa sahaja yang akan datang dan pergi dari hidup saya….





Saya berharap semangat saya dan azam saya bukan hanya diperingkat permulaan saja.. saya juga berharap untuk kali ini… segala tindakan dan apa yang saya pilih direstui kedua-dua ibu bapa dan keluarga saya.. tentunya… dan saya juga berharap dengan jalan yang telah dipilih oleh saya untuk hidup saya ini.. membawa saya menjadi insan yang lebih beriman dan jauh baik dari dulu dan dari semasa ke semasa….


Saya memohon sejuta kemaafan kepada mereka yang mengenali saya… mereka yang pernah saya sakiti secara sengaja atau tidak.. mereka yang telah saya beri harapan secara sengaja atau tidak… mereka yang pernah saya kecewakan secara sengaja atau tidak.. mereka yang secara tidak sedar saya teraniaya atau tidak.. untuk setiap makhluk ciptaan ALLAH SWT.. maafkan segala kata-kata dan tindakan saya.. semenjak saya lahir.. sehinggalah ajal menjemput saya….

Dikesempatan akhir Syawal yang indah ini.. saya mendoakan kepada seluruh umat manusia didunia ini semoga diberi hidayah dan dirahmatinya… jika saya menjadi semakin ‘teruk’ doakan saya semakin sembuh dan baik… dan jika saya semakin baik doakan semoga saya terus istiqamah dan menjadi lebih baik.. izinkan saya menjadi diri saya sendiri dengan cara sendiri.. ..dan doakan dengan menjadi diri saya sendiri saya tidak terpesong dari landasan akhlak dan akidah seorang muslim…. Doa kalian amat saya harap dan dambakan…doakan perniagaan dan apa yang saya pilih menjadikan hidup saya bertambah cemerlang dunia dan akhirat….

Sekian sahaja untuk entry saya ini.. MAAF ZAHIR DAN BATIN ….terima kasih tidak terhingga kerana membaca luahan saya ini… salam sayang dari saya.. .love , huge & kiss….

*** images from http://despreneur.com/top-20-most-inspiring-quotes-from-world-business-icons/



Ahad, 24 Ogos 2014

Introduce My First Product - CRUNCHY FLAKES BY QISYA KHADEEJA



crunchy flakes buatan saya sendiri


Assalammualaikum wbt.... dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... semoga hari anda hari ini , lebih baik dari hari semalam.. insyaallah...

Baiklah.. diringkas entry ini.. saya ingin memperkenalkan product pertama dan terbaru keluaran saya sendiri iaitu CRUNCHY FLAKES BY QISYA KHADEEJA .. anda boleh like facebook produk saya ini dilink ini  https://www.facebook.com/cruncyflakesbyQK untuk segala promosi dan maklumat produk saya ini...


ditambah daun kari, rempah ratus terpilih , kekacang bermutu tinggi


Produk saya ini diperbuat dari flakes @ emping jagung asli... ditambah rempah ratus terpilih termasuk juga daun kari yang tinggi khasiat dan terkenal dikalangan kaum india. (sebagai penguat tulang, gusi dan gigi)... juga lada kering yang telah digoreng garing..(kepedasannya boleh membantu membakar lemak) juga ditambah keenakannya dengan tambahan kekacang terpilih bermutu tinggi yang kaya khasiat untuk menambah kelazatan snek bermutu ini....



ilham bersama adik lelaki saya

Diilhamkan bersama adik lelaki saya.. akhirnya terhasillah produk pertama keluaran saya.. yang dibuat dan dimasak oleh saya sendiri.. produk ini sesuai dimakan begitu sahaja.. juga turut digemari oleh kanak-kanak , anak saudara saya amat mengemarinya..... Ia senang dan mudah dibawa kesana kemari.. bercuti dan sebagainya... malah cukup digemari untuk dijadikan kudapan di pejabat atau sambil menonton television...jangan risau.. produk ini tahan lama setelah dibuka, dan botol produk ini juga kedap udara...cuma pastikan anda menutupnya ketat-ketat...



sedap dan enak...



Harga pengenalan untuk produk saya ini hanyalah RM10.. anda boleh mendapatkannya dengan agen-agen yang dilantik oleh saya terutama di Kawasan Kuantan.. saya dalam proses melantik agen di Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu..... anda juga boleh membeli produkssaya ini melalui pos.. dengan hanya whatapp sahaja ke nombor hp saya 016-2762636..




Saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada anda kerana sudi membaca entry saya ini.. jika anda berminat jangan teragak-agak untuk whatapp ke nombor 016-2762636 untuk order.. sekali lagi, jangan bimbang produk ini tahan lama walaupun selepas dibuka..




Sebagai tanda bermulanya episod saya sebagai usahawan @ peniaga yang mempunyai produk sendiri.. sukacitanya saya mengumumkan promosi pertama produk  CRUNCHY FLAKES BY QISYA KHADEEJA sempena bulan kemerdekaan .ini  hanya bagi pelanggan-pelanggan yang membeli produk ini MELALUI POS SAHAJA... 



Mineral Coffee by Hai-O - TIADA GULA, TIADA PRESERVATIVE, TIADA KOLESTEROL , tambahan GARAM BULUH yang baik untuk kesihatan serta kaya mineral.. .- tidak sesuai bagi pengidap penyakit buah pinggang kerana mengandungi mineral




Bermula 24/8/2014 sehingga 31/8/2014 , bagi setiap botol pembelian CRUNCHY FLAKES BY QISYA KHADEEJA melalui POS SAHAJA.. anda akan menerima 1 pek kecil @ sachet HAI-O Mineral Coffee yang kini amat popular sekali dipasaran.. harga mineral coffee ini 1 pek kecil @ sachet hanya RM1.50.. 


promosi bermula 24/8/2014 - 31/8/2014 - percuma 1 sachet / pek MINERAL COFFEE HAI-O bagi setiap pembelian Crunchy Flakes melalui POS SAHAJA


Mineral Coffee HAI-O ini tidak seperti minuman 3 IN 1 yang lain yang tinggi kalori dan kandungan gula serta mengandungi bahan pengawet... ia bebas dari ketiga-tiga unsur itu.. TIADA GULA, BAHAN PENGAWET DAN KOLESTEROL.. dengan tambahan garam buluh yang baik untuk kesihatan lagi... walaubagaimanapun kerana kaya dengan mineral , produk mineral cofee ini tidak sesuai bagi pesakit buah pinggang... so please take note...
  

Sekian sahaja entry saya untuk kali ini.. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss...


**** Pengeposan Produk CRUNCHY FLAKES BY QISYA KHADEEJA  hanya dilakukan pada hari Isnin dan Khamis sahaja berkuat kuasa pada 25/8/2014.. tqvm




***for info, saya baru sahaja joint Hai-O marketing as agent... nanti saya akan tulis entry kenapa saya yang memang 'alergik' dengan MLM .. akhirnya joint juga as agent... 






Sabtu, 23 Ogos 2014

LIRIK LAGU : Pada-Mu Ku Bersujud - Afghan



imej dari google



Kumenatap dalam kelam
tiada yang bisa kulihat
selain hanya namaMu, ya Allah

Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud



Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari
segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
padaMu


Jumaat, 22 Ogos 2014

TIADA MODAL BIZ......



Assalammualaikum wbt.. dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang... saya mendoakan hari anda hari ini lebih baik dan indah dari hari-hari sebelumnya.. semoga anda tabah mengharungi hidup anda walau ditimpa apa-apa saja dugaan samaada besar atau kecil... dan untuk anda yang sedang berbahagia.. semoga sentiasa dirahmati... 

Selama saya mengenali ramai rakan-rakan , kaum kerabat.. pelangan-pelangan saya.. amat ramai dari mereka yang bercita-cita dan berimpian untuk membuka perniagaan sendiri atau atleast mempunyai perniagaan 'on-line' sendiri.. tetapi tidak mempunyai modal... nampaknya .. saya juga antara mereka sekarang ini.. heheheh... banyak sungguh perancangan saya.. tetapi saya juga tidak mempunyai modal dan cukup modal.. seboleh-bolehnya saya memang tidak mahu berhutang dengan sesiapa atau menambah hutang sedia ada... tetapi tentu sekali saya tidak mahu... alasan-alasan ini menjadi halangan saya untuk mematikan impian saya atau terus melambatkan impian dan rancangan saya...

So, pagi ini.. bangun sahaja dari tidur.. saya mencari kain yang telah saya beli bertahun-tahun dulu.. dalam tahun 2010 dan sepasang lagi tahun 2011... konon-kononnya nak menempah kain itu untuk baju @ dress saya untuk perkahwinan adik lelaki saya yang akan datang pada 19hb September ini di Melaka... tema warna perkahwinan belah adik lelaki saya ialah purple manggis... 


kain purple yang dibeli saya di Bandung



Kain pink @ merah jambu yang dibeli oleh saya...



Sedang saya memikirkan design dress untuk saya pakai dihari bersejarah adik lelaki saya itu.. tiba-tiba sahaja datang ilham untuk saya menggunakan kedua-dua pasang kain ini untuk dijadikan modal atau 1st design untuk hijab rekaan saya sendiri...

Untuk info.. Kain baju purple diatas... berharga dekat RM2 ribu ketika saya membelinya di Bandung pada tahun 2010.. actually konon-kononya saya membelinya.. atas sebab-sebab tertentu... tetapi akhirnya sampai tahun 2014 tidak digunakan... so, lebih baik saya membuat kain purple ini sebagai satu kenangan memori indah dalam hidup saya.. iaitu sebagai 1st batch modal untuk design saya.. bagi label 'hijab' dari saya sendiri...


Kain pink @ merah jambu itu pula dibeli pada tahun 2011 oleh saya.. harganya setakat beberapa ratus sahaja.. juga kononnya atas sebab-sebab tertentu...tetapi oleh kerana sehingga kini saya tidak menggunakannya.. so, saya menjadikannya juga sebagai modal dan first design untuk label pakaian saya yang telah lama saya impikan

Dibawah ini adalah video ringkas .. kedua-dua pasang kain diatas...






Oleh kerana saya menghadapi masalah meng"upload" kedua-dua video ini.. anda boleh melihat contoh kain purple saya ini didalam facebook saya di link ini untuk kain berwarna merah jambu (pink) https://www.facebook.com/photo.php?v=919881704692763&set=vb.100000128259264&type=2&theater

dan link ini pula untuk kain purple (yang dibeli di Bandung) https://www.facebook.com/photo.php?v=919878021359798&set=vb.100000128259264&type=2&theater

Saya akan akan bercerita dengan lebih lanjut tentang perancangan saya dalam entry-entry akan datang... terima kasih kepada anda yang setia membaca blog saya ini... ini sahaja yang boleh saya coretkan untuk kali ini.. salam sayang dari saya.. love , huge & kiss...




Khamis, 21 Ogos 2014

CANDID AIDILFITRI 2014



Assalammualaikum wbt.. dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. semoga anda semua berada didalam keadaan sihat dan gembira hendaknya...

 So, pada kali ini saya saja ingin berkongsi gambar-gambar candid @ tak jadi family saya didalam blog saya sebagai tanda ingatan ...dan kenangan saya...   saya hanya memasukkan beberapa keping sahaja sebagai kenang-kenangan... ini adalah gambar-gambar family dan sanak saudara saya...





pic candid ibu dan adik beradik saya , ipar dan anak saudara saya...

pic candid keluarga saya dan sanak saudara di rumah saya dan rumah kakak saya

keletah anak-anak saudara saya dan anak sepupu dihari raya kedua

pic candid raya kedua, kakak saya dan anak saudara saya serta sepupu ...


Sesekali bila tidak ada mood menulis... saya lebih suka hanya memasukkan gambar sahaja.. terima kasih kerana membaca entry ini..... .salam sayang dari saya.. love , huge & kiss...





Rabu, 20 Ogos 2014

Hutang Oh! Hutang...



imej dari google



Assalammualaikum wbt.. dan hai untuk semua pembaca blog saya yang tersayang... semoga hari ini lebih baik dari semalam untuk kita semua...

Zaman serba moden dan mencabar ini. .ramai antara kita yang tidak terlepas dari bebanan hutang... termasuklah saya.. heheheh... so, antara cara untuk kita menambahkan pendapatan ialah membuat kerja separuh masa seperti.. .jadi customer service untuk makanan segera seperti pizza-hut, kfc dan sebagainya... buat part-time work.. menaip.. waitress dan lain-lain... buat mlm, jadi part-time insurance consultant dan macam-macam lagi...

Sebagai seorang umat islam.. yang diwajibkan membayar hutang.. so saya dengan ini terpaksa berusaha keras.. memajukan diri untuk melangsaikan hutang saya secepat mungkin... stress ye hidup dalam hutang ini. .kecuali jika kita jenis "tidak reti bahasa"... ialah ada juga segelintir.. tidak kisah diistihar bankrap atau muflis tanpa melakukan apa-apa.. siap ada yang requets dan isi form dekat jabatan insolvensi lagi untuk 'self-bankrapcy"... saya setakat ini tak termampu lagi nak buat perkara macam itu.. hahaha.. lagi pun..mengenali beberapa ramai rakan terdekat.. dan orang-orang sekeliling.. hutang  saya rasanya jauh sangat sikitnya daripada mereka yang berjaya melangsaikan hutang mereka dan makin bertambah-tambah kaya dan bergelar jutawan lagi sekarang... lalu memberi inspirasi untuk saya mencontohi mereka..... semoga saya juga berjaya melangsaikan hutang-hutang saya dalam waktu terdekat ini. .insyaaalah.. dan seterusnya berjaya dalam bisnes yang saya rancangkan...

Saya memohon anda berdoa untuk saya untuk mencapai impian saya ini.. saya juga mendoakannya untuk anda....semoga kita semua dipermudahkan membayar hutang.. dan tidak lagi hidup dalam hutang.. Aaaminn.. saya juga berdoa dan berharap. .semua rancangan perniagaan saya yang dirancang juga.. tidak terbabit dengan sebarang hutang.. insyaalah...

Sekian, sahaja untuk kali ini.... terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya .. love , huge & kiss....


**** Saya dalam proses mengeluarkan produk makanan sendiri yang lebih kepada snek .. dipanggil CRUNCHY FLAKES.. Ia hanya berharga RM10, diperbuat dari flakes asli gred A, rempah-ratus, kekacang dan daun kari.. amat sesuai untuk anda yang diet. .malah amat digemari oleh semua golongan.. anak saudara saya juga menyukainya.... Jika anda berminat untuk membelinya .. just whatapp sahaja ke 0162762636.. ia adalah produk yang dibuat dan dipasarkan oleh saya sendiri... terima kasih....

harga pengenalan hanya RM10





CRUNCHY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, qadeeja 0162762636... tqvm







BLOGGER : Dilema Blogger









Assalammualaikum wbt… dan hai untuk semua pembaca blog saya yang tersayang…

Hari ini saya ingin ‘sharing’ dengan anda tentang antara kisah-kisah blogger yang saya baca… bukan sahaja kisah insan yang glamer di Intagram yang selalu dapat hadiah dan review product… tetapi kisah blogger yang kadang-kadang agak sukar menolak permintaan sesetengah insan terdekat dengan mereka yang meminta review product atau promote produk mereka diblog malah ada yang mohon tumpang letak banting iklan lagi diblog…

Bagi mereka yang tidak tahu, antara cara mendapatkan kepuasan menulis blog adalah menambah iklan nuffnang… ia bukan berapa nilai @ jumlah anda dapat.. kerana.. nuffnang pun setakat sebulan dua anda menulis, hanya bagi 20sen sahaja… tapi ia tentang kepuasan diri menulis… dan melihat nilai 20sen itu terpampang diakaun nuffnang…memberi ‘nafas baru’ untuk terus menulis blog… 

For info ,Nuffnang memberi bayaran lebih mahal jika tiada iklan lain diblog dan blogger itu akan mendapat status Gliterrati (lebih tinggi bayaran dan lebih banyak keistimewaan)… malah para advertiser pun lebih suka memilih mereka yang berstatus Gliterrati.. so, jika ada kawan anda yang berstatus blogger menolak banting iklan anda.. sila cuba fahami.. especially jika anda pun setakat mahu ‘free’… 

Untuk product review.. maybe blogger yang baru sahaja menulis tidak sampai 2bulan akan bagi perkhidmatan meng’publish’ entry itu free of charge…tetapi apabila blogger itu telah bertahun menulis blog… insyaallah kebanyakan mereka akan mula memikirkan menggunakan blog mereka sebagai medan mengetengahkan ‘produk’ mereka sendiri… so, jika pada waktu ini, atau setelah lebih setahun lebih blogger itu menawarkan kepada anda, dan anda pun ‘no response’ .. rasanya tidak wajar anda ‘mengutuk’ blogger tersebut… kerana masa pun dah berlalu lama.. blogger tersebut pun sudah ada produk sendiri untuk dipromote didalam blog.. dipasang banting…dan sebagainya…




Sebenarnya.. tak rugi jika kita menerima pelawaan mereka yang baru menulis blog (walaupun kita sendiri pun ada blog dan lebih lama menulis dari mereka) untuk meng’publish’kan entry mengenai produk kita… jangan di pandang rendah mereka… kerana kita tidak tahu berapa ramai yang membaca blog mereka dimasa akan datang… jika hanya seribu orang yang baca pun.. jika dari situ sepuluh orang terbaca entry mengenai produk kita dan berminat.. itu tetap rezeki.. kerana dari 10 oranglah yang akan membawa lebih ramai lagi pelanggan untuk kita… paling penting.. jika ditakdirkan blogger itu akhirnya famous… entry mengenai produk kita yang 3-4yr lamanya pun still akan ada orang baca insyaallah…malah makin ramai dari sehari ke hari.. Andaikata blogger pilihan kita itu ditakdirkan tidak famous pun.. 3-4yr akan datang, insyalah tetap ada orang terbaca.. jika pengunjung itu tiba-tiba terbaca blog blogger pilihan kita itu…. Please don’t under estimate miracle….( Kena plak time blogger itu baru start menulislah kebanyakan entry mereka adalah ‘free of charge’.. hehehehhe)

Oklah.. saya tidak mahu bercerita panjang.. tapi teringat caption seseorang di intagram dan diblog… yang lebih kurang berbunyi begini :- “saya turut menjual produk.. so harap faham.. jika saya mengenakan caj untuk IG review @ menulis entry dalam blog saya… jika anda nak kata saya perasan glamer.. perasan artis.. terpulang… so, sila cari artis dan blogger2 famous untuk mengiklankan produk anda… tqvm”… TAJAM dan dalam sungguh statement.. tetapi saya rasa jika mereka ditempat blogger atau empunya IG tentu akan memahaminya… tetapi bagi mereka yang baru start berniaga dan perlukan sokongan dan budget pun sikit..tentu akan terasa dan merasakan mereka mementingkan diri…” Bisnes is bisnes”’ itu kata blogger dan pemilik IG.. so, rasanya kita harus respect pilihan mereka… kerana saya percaya bukan senang berada ditempat mereka sekarang dan tentu banyak sekali pengorbanan dilakukan mereka , walau mereka tidak sefamous blogger yang memang famous sekalipun… saya sebagai blogger .. saya faham betapa sebenarnya. ..menulis blog ini memang memakan masa yang lama ,’mengtensionkan’ terutama jika internet line slow… , idea yang mula-mula datang.. tetiba hilang… menaip yang memakan masa walau entrynya singkat (lepas review, nak betulkan ayat itu ini..ejaan itu ini, tambah itu ini lagi…) dan sebagainya yang hanya blogger sahaja yang tahu…

So, nasihat saya.. belajarlah menjadi blogger… menulis apa yang anda ingin tulis.. janji jangan buka aib sendiri dan aib orang lain… kurangkan dosa dalam menulis entry seboleh-bolehnya… mungkin sekarang anda tidak merasakan keperluan memiliki blog sendiri.. tetapi satu waktu jika anda mula ingin memperkenalkan barang, perkhidmatan dan produk anda… anda tentu akan memikirkan untuk mempunyai blog…tetapi untuk menjual barang online diblog.. tidak semudah disangkakan….anda perlu menarik minat pembaca membaca blog anda.. dan mengikutinya.. menyukai anda.. dan barulah akan menyukai produk anda… seperti yang dilakukan oleh blogger-blogger berpengalaman yang lain.. terutamanya famous-famous blogger….

Sekian sahaja entry saya untuk kali ini… terima kasih kerana membaca entry ini. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss…


*** semua imej diatas adalah dari google.. tqvm


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...