Isnin, 30 Jun 2014

Khasiat SAFFRON @ ZA'FARAN - Rempah termahal didunia


Assalammualaikum wbt….

Selamat  Menyambut Bulan Ramadhan yang berkah ...kepada semua penganut agama islam dan paling istimewa kepada pembaca my blog tersayang… Hari ini saya ingin berkongsi mengenai khasiat Za’faran @ Saffron…Actually saffron ini memang banyak sekali keistimewaannya.. dan ia antara bahan yang digunakan untuk membuat air musoffa.. yang glamour itu… (Air dari dakwat saffron ditulis ayat al-quran diatas piring dan biasa diguna untuk tujuan perubatan islam).

Inilah rupa saffron @ za'faran rempah termahal didunia



Actually anda boleh membeli saffron dalam pek seperti diatas ini dengan harga hanya RM15 sahaja.. 1st time I beli saffron ini di Gerai jualan barangan sunnah arab di Giant Batu Caves.. penjual disitu mengajar saya menggunakan saffron ini dengan dicampur kedalam air botol mineral 1.5liter dengan 3 helai saffron ini… biarkan selama 30minit barulah diminum (air akan bertukar kuning)… dan sila pastikan air dihabiskan dalam masa 24jam… kerana khasiatnya akan berkurangan dan habis selepas masa itu… pastikan juga air itu tidak terkena matahari. .dan tidak digalakkan menggunakan air suam.. just air biasa sahaja… kata penjual itu.. saffron ini tahan selama sebulan.. .tetapi kerana I jarang menggunakan saffron ini… Ia tahan selama 6 bulan.. heheheheh ..actually ketika itu I menemani my best frenz , norly untuk mencari ubat untuk anaknya yang ada hepatitis b ke c.. I tidak ingat ye.. tapi yang pasti penyakit keturunan… so… penjual itu suggest  produk terbaik untuk anaknya ialah memberi minum air yang diisi saffron @ za’faran ini…

Walau bagaimana pun dari pembacaan saya dari internet dan sebagainya adalah digalakkan za’faran @ saffron ini diminum bersama madu… Dan amat sesuai untuk wanita hamil kerana ia membantu bayi mempunyai kulit yang sihat dan cantik..

Bagi penduduk di Kuantan. .anda juga boleh mendapatkan saffron @ za'faran ini. .di kedai PASAR KURMA , di Jalan Beserah Kuantan.. sebelum Tunas Manja, Beserah jika dari Kuantan.. ia sebaris dengan Mercedes benz.. atau 7eleven.. juga berharga rm15… sila pergi beli segera…

Ok.. dibawah ini adalah keterangan lanjut mengenai saffron @ za’faran ini. .semua sumber ini I dapat dari google dan dari pelbagai blog.. .dan banyak blog menggunakan ayat dan info yang sama… so I just copy paste sahaja… dari 2-4 blog yang I jumpa… so sila baca untuk pengetahuan dan info….

Za'faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri. Stigma bunga Za'faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ia juga dianggap ramuan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, dan bahan pewarna.  Ulamak-ulamak perubatan Islam telah membuat kajian dan mengesahkan tentang khasiat-khasiatnya sebagaimana yang tercatat di dalam kitab-kitab perubatan Islam. Malah ahli-ahli perubatan moden barat juga telah mengakui tentang kehebatan za’faran ini.



gambar bunga saffron - imej dari google


Filamen Za’faran, sebenarnya adalah stigma kering dari bunga Saffron. Setiap bunga tersebut hanya mempunyai 3 filamen stigma sahaja. Bagi menghasilkan 10 grams stigma(filament) za’faran, ia memerlukan 1000 kuntum bunga za’faran. Maka tidak hairanlah harganya mencecah sehingga RM 20,000.00 per kilogram. Ia juga dikenali sebagai salah satu herba yang paling mahal didunia. Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya. Za’faran kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin. Ia merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.
Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Saffron sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Saffron tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."
 
Saffron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya wanita menggunakan saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah. Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan saffron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan saffron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah.


Antara keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia (kekurangan zat besi), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing (renal colic), kesuburan (fertility), menambah selera makan untuk kanak-kanak (increase appetite) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang (sedative).


Dengan kandungan saffron yang mempunyai kuasa penenang semulajadi, maka di Timur Tengah saffron telah dijadikan sebagai minyak wangi yang dipanggil Zaafran Attar. Ianya juga turut digunakan sebagai pewangi di dalam jenama minyak wangi (perfume) antarabangsa yang lain. Pada masa ini saffron turut dijadikan bahan asas dalam pembuatan bahan dalam pembuatan bahan penjagaan tubuh seperti sabun, losyen dan sebagainya.


Antara khasiat Saffron @ Za’faran berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam :-

- Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.
 
- Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.

- Sakit kepala atau migrane dan asma, muntah-muntah serta penyakit buah pinggang.

- Gila babi atau sawan dan sukar tidur malam (insomnia).

- Demam, masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser dan lumpuh.

- Bengkak hati atau hipatitis A dan B.

- Memudahkan penghadaman dan menghilangkan bau mulut.

- Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.

- Menambahkan tenaga zahir dan batin.

- Masalah mati pucuk dan sembelit.

- Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.

- Awet muda dengan kulit cerah dan bersih.

- Bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing.

- Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.

- Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.

- Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.

- Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain.

*walau bagaimana pun dikatakan pengambilan saffron atau za'faran dalam kadar yang tinggi atau kuning pekat boleh menyebabkan toksid atau bertukar menjadi toksid. Pastikan anda hanya mengambil saffron atau za'faran ini dalam kadar sederhana.


Sekian sahaja untuk entry kali ini …terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. luv! Muaahhzz!!


Khamis, 26 Jun 2014

DOA - DOA HARIAN - PART 3


Assalammualaikum wbt...

Ini adalah sambungan dari entry link ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/06/doa-doa-harian-part-2.html

Actually ini semua juga adalah koleksi doa-doa yang i ambil dari facebook dan sumber dari internet yang lain... terima kasih kepada mereka yang sharing doa-doa ini didalam internet.. saya mohon keizinan share.... dan semoga kita semua mendapat manfaat dari doa-doa ini.. Aaaminnn...






























Terima kasih kerana membaca entry ini .. salam sayang dari saya... luv!!!! muahhzz...



Jumaat, 20 Jun 2014

Hubungan Bertukar DINGIN ... Antara "HOPE" &"RESPECT"








Assalammualaikum wbt…salam Jumaat yang berkah....


Perangai dan kelakuan serta perasaan kita dalam hidup memang “pelik” sering bertukar-tukar seperti iklim.. sekejap cerah, mendung, terang benderang, malap , gelap gelita….. sekejap berpelangi indah walau sebentar.. tertiba pula ada guruh.. .ouchhhhh!!!!

Begitu juga hubungan kita dengan insan lain… sekelip mata boleh berubah walau berkawan bertahun.. tidak kiralah kenal di luar. .alam nyata.. .atau maya… jika ditakdirkan hubungan yang mesra akrab dulu.. selalu keluar bersama, bergayut ditelefon berjam-jam.. bergelak ketawa… mendengar luahan.. menyapu tangisan… dari kawan biasa bertukar bff.. dari bff bertukar teman tapi mesra…akhirnya.. dari gelak ketawa.. gurau senda marah dan merajuk.. perasaan sayang mula hadir… jika dahulu tidak rasa malu dan segan untuk mengajak keluar… tetiba sekarang ada perasaan malu.. perasaan mengharap… pelik kanz perasaan itu? Jika ketika mula-mula berkawan tidak ada segan dan malu.. .rasa nak jumpa ..rasa nak tegur.. nak sms.. nak call… semua mudah… tetapi apabila mula ada rasa “sesuatu” perasaan gementar mula ada… .persahabatan yang indah akhirnya… putus atau tergantung begitu sahaja…

Ini adalah antara mengapa perhubungan itu dari mesra bertukar dingin dan akhirnya berakhir… atau terputus … tergendala… tergantung begitu sahaja :-

1. Sidia mula merasai anda mempunyai perasaan kepadanya @ sidia yang  “perasan@ syok  sendiri” yang anda menyukai sida… tetapi sidia tidak mempunyai perasaan sama kepada anda.. so kerana tidak mahu memberi anda “hope” jadi dia mula menjauhi anda… lebih-lebih lagi jika dia tahu usia anda sesuai sesangat untuk “settled down”…@ lebih sesuai untuk focus belajar dari bercinta kerana anda terlalu muda.

2.  Sidia tahu anda mempunyai perasaan kepadanya… dia juga berperasaan sama.. .tetapi kerana sidia masih sayangkan title “single” , anda pula dia tahu jenis yang memang kalau boleh hari ni juga nak kahwin (walau usia anda muda remaja) … so, sidia terpaksa merenggangkan hubungan itu…kerana banyak lagi perkara yang ingin dilakukannya ….ini kerana dia “respect” anda sebagai kawan yang baik….

3. Sidia tahu anda maybe menyukainya.. tetapi sidia sedar bahawa walau anda menyukainya tetapi taste anda memang different dari sidia… pendapat sidia anda maybe tengah kesunyian.. dan tidak berjumpa lagi “taste” sebenar anda… jadi, sidia sengaja memberi peluang untuk anda mencari “taste” anda itu kerana sidia juga berpendapat.. anda lebih sesuai dengan orang yang “taste” anda cari itu… kerana sidia “respect” anda… dan mahu anda hidup dengan orang yang mempunyai ciri-ciri idaman anda yang serius sesuai dengan cara dan style anda.

4. Sidia merasakan… keadaan anda sekarang.. senang meletak “hope” dengan orang yang “close” dengan anda.. bila berkawan lama dengan anda baru sidia perasan sidia bagi anda adalah orang paling “close”.. .sidia takut anda meletakkan “hope” kepada dia lambat laun.. .iyelah kalau dah kerap keluar…calling mesej segala… kerana takut anda terlepas pandang atau tidak berkawan dengan orang lain…dan hanya mengharap kepada sidia seorang… so sidia akhirnya bagi “hint” supaya anda tidak meletakkan “hope” apa-apa pada sidia.. dan sila berkawan dengan orang lain sekali ye.. ..harap maklum.

5. Sidia yang jatuh hati kepada anda… anda anggap sidia bff sahaja…. Tetapi maybe kerana sidia tak nak kehilangan anda sebagai bff…jadi sidia terpaksa merenggangkan hubungan atau tergantung.. .kerana sidia tahu anda tidak mungkin akan menyukai dia lebih dari bff… so dari sidia lagi falling in love dengan anda.. baik sidia merenggangkan perhubungan itu…. Dan cari insan lain untuk dicintai, dah jumpa yang baru.... maybe sidia akan kembali close dengan anda

6. Sidia sudah mulai bosan dan rimas dengan perhubungan itu. .even hanya sekadar bff.. atau tempat melepas keboringan dan masa… maybe sidia merasai dari terbuang masa banyak dengan perkara yang tidak kena dihatinya… ialah manusia ini minat pendapat kecenderungan different.. .so sidia rasa lebih baik sidia menumpukan kepada minat sidia dari melayan anda….sekaligus boleh juga meningkatkan skill sidia dalam bidang yang digemarinya.

7. Sidia sengaja membuat hubungan anda tergantung.. untuk memberi masa anda focus kepada kerjaya @ study dan minat anda… kerana sidia sedar dan tahu masa pantas berlalu…dan sidia juga maybe berpendapat yang sama… dari asyik terbuang masa dari keluar , bercakap dan mesej benda yang tidak mendatangkan faedah bersama.. lebih baik… masing-masing ada sesuatu yang berharga untuk dilaksanakan terutama dengan masa yang pantas dan dunia yang makin berkembang maju ini… masa amat bernilai sekali….

8. sidia maybe terbertukar “islamik” sesangat…ialah ingin berubah menjadi baik.. tidak mahu dekat dengan “zina kecil” atau perkara yang mendekatkan zina.. hehehehe.. kena pula dengan masuk tahun baru islam, buku catatan baru islam… nak berubah untuk mendekatkan diri kepada Allah…. So habis semua kawan bukan sejenis.. dijauhinya.. atau sekadar bercakap dan berjumpa untuk perkara yang penting… sahaja.. ingin jadikan saudara ammar  sebagai idola@  jika perempuan maybe mengidam menjadi bidadari Ammar  idola… manalah tahu Allah izinkan….

9. Ramai kes insan yang tertanya-tanya… jika betul mereka sekadar berkawan.. .kenapa hubungan yang dulu ramah mesra… senang tegur sapa.. pantang online wechat whatapp fb… pantang bangun tidur… even jika dah nak masuk tidur pun inform… tetapi bila hubungan bertukar dingin.. .tetiba sahaja “lost contact” kononnya kerana masing-masing ada ”feel ” nak tengok siapa menyerah kalah dan ego siapa lebih tinggi… silap tu… actually ia bukan coz ego dan bab menyerah kalah… ia adalah kerana respect… sidia menghormati masa anda.. sedar bahawa masa pantas berlalu.. dari membuang masa dengan perhubungan yang tidak berfaedah akhirnya untuk anda… lebih baik anda mengambil masa itu untuk berkawan dan berhubung dengan orang lain… so, jangan perasan sidia jealous jika anda berkawan dengan insan baru… maybe mula-mula memang ada sedikit jealous.. tapi bila sidia sedar… yang sidia sendiri ingin ia menjadi seperti itu.. .dan sidia tentu tidak kisah lagi dan gembira untuk anda….

10. Anda dan sidia sama-sama tidak mempunyai hati pun.. tapi.. biasalah soal mood ini.. atau perhubungan atau pertalian itu ditentukan Allah.. mungkin tiba masa untuk anda berkawan dan mengumpul kawan lain.. atau kembali close dengan kawan yang satu waktu dulu anda close tetapi akhirnya renggang… dan kini kembali close kembali… biasalah bukan hidup saja umpama roda.. persahabatan dan perhubungan pun begitu….so jangan fikir bukan-bukan… anggap sahaja dia respect anda…. dan mahu masing-masing ada life….. 

11. Sidia sudah punyai pilihan hati… so, dia tidak mahu melukakan hati pilihan hatinya itu dengan melayan orang lain. .dari layan anda.. baik layan orang yang sebenar dicintai dan mahu hidup bersama… bila kita sudah bertemu dengan insan benar dicintai.. trust me.. .mood untuk melayan insan lain pun tidak ada…. Malah, nak approve frenz dekat wechat.. facebook segala pun tidak berminat… silap hb, facebook pun deactive kan… hehehehe… sidia tak sampai hati beritahu anda atau maybe bagi sidia soal cinta hati ini adalah privacy sidia… so, jangan makan hati ye… berlambak lagi kumbang dan bunga diluar sana… move on darlingz….. please….walau anda pun memang tiada hati lebih dari kawan pun dengan sidia...


“Ketika Allah menginginkan DUA HATI bertemu,
DIA akan menggerakkan keDUA-DUAnya sekali,
Tidak hanya SATU…”



Ini sahaja untuk entry kali ini.. ..terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. luvvvv!! Muahhzzz!


Isnin, 16 Jun 2014

Apa Lagi HATI Mahu????






Assalammualaikum wbt...



Kekadang kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup ini.. lebih-lebih lagi bagi orang yang sudah lama hidup single… mingle….

Time xde calon… rasa nak kahwin.. bila berlambak calon. .rasa nak postpone kahwin.. tidak bersedia lagi mendirikan rumah tangga.. kerana rasa seperti best hidup single… tetapi bila melihat orang lain bahagia dengan suami @ isteri masing-masing  time tu jugak rasa nak sms sidia yang sedang  “close” nak bagi “hint”… I’m ready for serius relationship.. heheheheh..

Tapi itulah manusia.. bila sidia reply.. tanda “agreed”… cepat-cepat settledown.. kita pula melarikan diri.. memang “gedik” sungguh peel dan feel itu.. tapi sungguh kadang-kadang feel begitu bukan main-main…. Kadang-kadang memang itulah reality… tak sanggup rasanya melukakan dan memberi harapan palsu kepada insan lain…tak sanggup rasanya menjadikan insan lain pelepas sepi.. dan paling penting tidak sanggup melihat insan lain terluka….

Tapi kalau jenis manusia yang memang menghidapi feel jenis hati “gedik”… bila lihat orang yang serius untuk “setledown” melayan orang lain.. tahu pula kita nak jealous.. sedangkan kita sendiri sedar dan tahu.. kita takkan mungkin akan serius & settledown dengan sidia… lagi pelik.. insan lain yang dulu kita harapkan membalas dan melayan kita dengan baik.. tut-tut rajin plak melayan.. rajin plak whatapp segala… rajin plak menegur mengejutkan untuk bangun pagi… penuh pula ayat mengambarkan kononnya bersedia menjadi pasangan yang soleh dan solehah untuk kita.. siap bagi hint… supaya kita lebih matured dan baik dan bersedia membimbing kita… waduhhhh…. Mengapa bila hati dah tawar dan dah disi orang lain… . uols yang dulu malas melayan kami.. yang “gatal” melayan insan lain menyibuk dengan kami yang rasanya sudah terusik hati dengan insan lain… bertahun kami memberi peluang pada anda.. kenapalah time macam ini.. anda mesti tetiba ber”romantika” dengan kami?... aduii… helpzzzz!!!!

Pelik betul hati kita ini… kadang-kadang mudah boring, kadang-kadang kuat sangat.. .kadang-kadang lansung tak kisah… kadang-kadang….. langsung tidak tahu apa sebenarnya yang diingini..  lagi pelik… bila kita sendiri tidak tahu kita berubah jadi baik kerana diri sendiri.. atau kerana orang lain.. .kerana fesyen atau kerana ikhlas mencari keredhaannya…. Susah betul menjaga hati sendiri. .apalagi menjaga hati orang lain… kita selalu bercakap kita tetap akan pertahan pendirian diri.. tetapi kerana hidup kita didunia ini sah-sah bersandarkan orang lain juga baik dari segi kerjaya dan apa saja (nak mintak kerja pun kena orang suka personality kita termasuk pemakaian kita ok, kalau pakaian macam kanak-kanak lip lap-lip lap dengan warna terang benderang… try fikir siapa nak ambil bekerja especially jika dalam professional job walau taste kita pakaian warna ceria glitter seperti kanak-kanak)… kita tetap kena menyerah kalah untuk masa depan kita yang lebih baik mengikut kehendak dunia…. Walau tentu sekali sebagai orang islam… akhirat itu lebih penting….dan harus diutamakan.

Betul kata orang..” ONLY Strong man @ women can handle the broken women @ man”…. But untuk mendapatkan itulah yang paling susah… dan siapalah didunia ini mahukan insan yang tidak berpendirian ini… laksana lalang.. .untuk sesuatu yang serius dalam hidup… so jika anda akhirnya bukan pilihan dan ditinggalkan walau berjanji berubah fikiran dan sikap…. Sila terima dengan redha…. Berdoalah supaya anda tidak diketemukan dengan insan seperti anda suatu waktu dulu….Manalah tahu akan datang Allah balas balik kerana perbuatan anda suatu waktu dulu.. nauzubillah…..

Sekian sahaja entry kali ini.. Terima kasih kerana sudi membaca entry ini.. salam sayang dari saya.. luv!!! Luv! Muahhzzz!!!!

"I know when he's been on your mind  
That distant look is in your eye  
I thought with time you'd realize
 It's over over

 It's not the way I choose to live
 And something somewhere's got to give  
As sharing this relationship gets older older  
You know I'd fight for you  
But how I can fight someone who isn't even there
 I've had the rest of you
 now I want the best of you 
 I dont care if that's not fair 

 Cause I want it all
 Or nothing at all  
There's no where left to fall  
When you reach the bottom it's now or never
 Is it all Or are we just friends 
 Is this how it ends
 With a simple telephone call  
You leave me here with nothing at all"

All or Nothing by O-town

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...