Jumaat, 11 April 2014

Khasiat Daun Pudina & Khasiat Daun Teh Hitam



Assalammualaikum wbt.. .jika anda peminat teh arab yang biasa dicampur daun pudina... saya juga sama dengan anda.. so, entry kali ini saya akan berkongsi secara ringkas tentang khasiat daun pudina...

Actually daun pudina ini senang didapati di pasaraya dan pasar biasa .. harganya murah sahaja.. dan cukup sedap diisi didalam air teh dan sebagai hiasan dessert.. dan sup "mat salleh".... berikut adalah khasiat yang ada dalam daun pudina :-



daun pudina sebanyak ini berharga tidak sampai rm2 actually jika beli di pasar biasa lagi murah

so, berikut ringkasan khasiat  daun pudina ini ...

KHASIAT DAUN PUDINA

1. melegakan ketegangan otot.. sesuai untuk mereka yang aktif sukan dan selalu keletihan @ mereka yang berumur,

2. jus daun pudina membantu merawat cirit birit

3. Melegakan selsema dan menghilangkan rasa loya.

4. Membantu sistem penghadaman.

5. Bersifat sebagai anti septik, anti virus  dan anti parasit.

6. membantu mengeluarkan peluh sekaligus toksin didalam badan.

daun pudina


Berikut pula adalah diringkaskan antara khasiat Daun Teh Hitam :-

KHASIAT DAUN TEH HITAM

1. Teh hitam kaya dengan antioksidan dikenali flavonoids yang membantu menangani masalah berpunca daripada radikal bebas seperti masalah sakit jantung, barah dan penuaan.

2. Sebagai skrub dan pupur kulit

3. uncang teh hitam membantu mengurangkan "eye bag"

4. air basuhan teh hitam membantu menghitamkan rambut

5. membantu mencantikkan kaki dan menghilangkan bau kaki dengan merendam  kaki kedalam air rendaman suam daun teh hitam

6. mengatasi luka terbakar ringan (air teh hitam kosong)

7. mengurangkan uban

8. mengatasi gusi berdarah

9. mengurangkan cirit birit dengan cara minum air teh hitam pekat.. tanpa gula



my favourite ialah teh hitam sabah kerana teh ini tidak menggunakan semburan racun dan tiada pewarna dan paling penting ada cap halal jakim

lebih best jika dibancuh dengan madu tualang...


seperti biasa selepas dibancuh semua bahan kita hanya perlu tutup mug.. untuk kesegaran dan aroma yang sepadu.. i suka isi daun pudina banyak-banyak ye...

tutupkan ia.. dan selepas 5 minit boleh diminum ye... hehehehe

So, selepas ini rajin-rajinlah minum teh hitam dan daun pudina... ada pendapat mengatakan teh adalah tidak digalakkan minum dengan susu kerana mengurangkan khasiatnya.. digalakkan minum kosong atau campur madu sahaja...

Terima kasih kerana membaca entry kali ini. .... salam sayang dari saya.. luv! muahhhzz!!!

**** Saya dalam proses mengeluarkan produk makanan sendiri yang lebih kepada snek .. dipanggil CRUNCHY FLAKES.. Ia hanya berharga RM10, diperbuat dari flakes asli gred A, rempah-ratus, kekacang dan daun kari.. amat sesuai untuk anda yang diet. .malah amat digemari oleh semua golongan.. anak saudara saya juga menyukainya.... 

harga pengenalan hanya RM10





CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat email ke qisyakhadeeja@gmail.com tqvm




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...