Sabtu, 12 April 2014

Bila Hati Terasa SUNYI....








Kata orang... bila hati terasa sunyi... walau kita punyai 100 orang anak... seribu kekasih hati... lapan juta gunung harta... dikelilingi seluruh manusia dimuka bumi mendambakan kita... kesunyian tetap tidak akan lari menimpa hati....

Kadang-kadang ketika kita berbicara, bergelak ketawa tanpa henti.. dikelilingi rakan taulan, family.. insan tercinta.. insan di'admire" kesunyian dan kesepian itu tetap hadir....

kekadang.. .walau diri telah dibawa ke persisiran pantai... pulau indah... hatta dihawai... atau pulau tercantik dunia sekali pun.. membawa hati yang asalnya gembira.. tetapi apabila sunyi itu hadir... tiada apa yang terdaya.. .walau kita puas berzikir untuk meredakan.. mahu pun membaca quran yang sedikit sebanyak membantu,, kadang-kadang sunyi itu mengalirkan air mata.. walau kita tidak tahu. .kenapa wujud dan hadirnya perasaan itu....

wahai hati yang lara.. .jika kau telah mempunyai segala-galanya.. belajarlah bersyukur... jika kesunyian itu peneman kamu ketika ini.. saat kau berduka lara diuji. .bersabarlah... bersyukurlah kerana diuji.. kerana kau tetap diingati oleh NYA....

Pelik berbicara soal hati.. kekadang tiada siapa yang dirindui.. tiada siapa yang dicintai.. tiada siapa yang ingin dipikat... tiada siapa yang kita mahukan.. tetapi.. kenapa sunyi itu tetap ada?.... bohong benar jika ada mengatakan sepi itu hanya dialami insan yang kecewa bercinta.. putus cinta.. cinta dalam diam.. atau melihat kekasih hati berlalu pergi... tetapi sunyi itu... adalah perasaan yang datangnya tidak diundang.... perginya memang dialu-alukan....

Pernahkah hati terasa sunyi.. tetapi tidak merindui sesiapa?... pernahkah ketika anda ketawa.. dan gembira.. tetiba sunyi menapa dihati... sayu beraja di hati....mungkin tuhan ingin mengajar kita... bahawa kesunyian itu... kadang-kadang tidak mampu dihalau dengan kemewahan dan kekuatan hati.. walau puas kita menguatkan hati...

wahai perasaan sunyi.. jika kau datang.. datanglah sekejap saja... jika kau tidak mahu lagi kerap datang.. tolong datang sekali sekala.. .supaya aku tahu bahawa.. aku masih lagi manusia... wahai perasaan sunyi... berapa jutakah insan yang sunyi ketika dan saat ini.... aku kadang-kadang hepi bila kau menjengah hidupku wahai kesunyian... aku betul-betul berterima kasih... tapi kenapa kadang-kadang kau bawa sekali sahabatmu "sayu" menemanimu.... hehehehehe... 

Terima kasih kerana singgah sebentar menyapa hatiku... aku cukup beruntung kerana kau singgah sebentar mengajar aku bahawa banyak lagi perkara yang perlu aku syukuri dan mengejar impian ku... wahai "sunyi" datanglah lagi padaku... walau aku tidak menjemputmu.. kerana bila kau hadir... kau mengajar aku menguatkan hatiku.. mengajar aku erti hidup.. dan mengajar aku sentiasa kuat....


"Kesunyian ini terlalu indah...
walau pun pahit untuk menelan
walau pun pedih..sanggup ku tahan
dan kurelakannya...."


Datanglah lagi.. walau bertemankan "sayu"... walau sunyi mencengkam... jika ia berbaloi.. aku sanggup.....


Terima kasih kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya... luv! muahhhzz!!


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...