Jumaat, 26 Disember 2014

KHASIAT YOGURT


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog tersayang..ini adalah entry seperti yang dijanjikan sebelum ini..ia adalah sambungan dari entry ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/11/best-yogurt-drink.html

minuman yogurt kegemaran saya yang selalu saya minum di pejabat


Yogurt merupakan produk olahan susu mengandung kalsium dan protein yang sangat baik. Yogurt mengandungi bakteria baik yang menyihatkan pencernaan iaitu Lactobacillus delbrueckii subsp. bulgaricus dan Streptococcus thermophillus, bahkan ia direkomendasikan oleh WHO untuk menangani dan merawat cirit-birit. Antara kebaikan yogurt ialah :
1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.
2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.
5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.
7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.
8. Yogurt makanan untuk tumbesaran.
amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Pemakanan yogurt boleh membantu kanak-kanak dengan masalah penyerapan usus serta  penghadaman protein yang lebih mudah. Fakta menjelaskan asid laktik dalam yogurt meningkatkan penyerapan mineral.


9. Mampu atasi masalah stress
Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.
Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.
“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.
10. Sumber kalsium dan protein terbaik
Non fat yogurt merupakan salah satu sumber kalsium terbaik. 8 ons yogurt menyediakan 452 mg kalsium dan 127 kalori. Selain rasa yogurt yang sangat enak, ternyata yogurt memiliki manfaat yang luar biasa dalam memenuhi keperluan kalsium harian kita.


Terima kasih kerana membaca entri ini . Salam sayang dari saya, love, huge & kiss.. 

untuk resepi minuman yogurt yang patut anda cuba sila baca link ini BUAT MINUMAN YOGURT MANGGO SENDIRI



KHASIAT TEH ROOIBOS @ ROOIBOS TEA


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang...saya mendoakan agar banjir yang berlaku diseluruh negara cepat pulih dan mangsa-mangsa yang terlibat dilindungi... saya mendoakan juga semoga kita dan seluruh keluarga serta insan tersayang dilindungi illahi...

Baiklah diringkaskan sahaja entry ini , kali ini saya ingin berkongsi dengan anda khasiat rooibos tea.. actually saya baru sahaja tahu yang rooibos tea ini tiada kafein. .dan amat bagus untuk pesakit kulit @ ekzema... dan membantu dalam TSW (Tropical steroid withdraw).. dont worry jika berkesempatan saya akan menulis mengenai ekzema dan  TSW ini.. dan pengalaman saya mengalaminya... insyaallah..

teh rooibos organik yang dibeli oaya di kedai organik hanya RM18.50 untuk 20 uncang

Berikut adalah antara khasiat teh rooibos

  • ulen dan asli, tidak mengandungi kafein, bahan tambahan, pengawet atau pewarna tiruan. Kandungan taninnya kurang
  • Mengandungi S.O.D. (Superoxide Dismutase). S.O.D. dapat meneutralkan kerosakan akibat radikal bebas. Selain menghalang ketuaan, ia juga dapat memperbaiki kerosakan sel
  • Membantu mengurangkan pigmen melanotik dan menjadikan kulit lebih halus
  • Membantu mengurangkan peroksida lipid
  • Kaya denga anti-oksida bioflavonoid yang dapat menambahkan kekuatan kapilari, meningkatkan peredaran, menghalang pendarahan dan melindungi jangkitan
  • Membantu melegakan insomnia, kekejangan perut, sembelit dan bagi bayi yang menghidap kembung (kolik)
  • Membantu melegakan demam, asma serta keresahan dan kegusaran
  • Dapat melegakan kesan pada kulit apabila disapu terutama ruam lampin dan penyakit kulit seperti ekzema dan jerawat
  • Ia adalah minuman tanpa kalori yang dapat menenangkan keadaan, dan sesuai untuk mereka yang mementingkan pengawalaan berat badan
  • Baik untuk menghilangkan dahaga terutama bagi para atlit
  • Bertindaak sebagai tambahan bagi kalsium, mangan dan flourida yang diperlukan tiap-tiap hari oleh kanak-kanak yang sedang membesar dan juga untuk gigi dan tulang yang kuat
  • Membantu mengurangkan jumlah asid urik dalam badan
  • Membantu memulihkan keletihan akibat senaman
  • Membantu memelihara dan meningkatkan tahap tenaga
  • Membantu membersihkan darah dalam sistem dan juga mengawal tekanan darah
  • Dapat membantu mengurangkan paras kolesterol
  • Dapat mengurangkan nafas berbau
  • Dapat membantu mententeramkan rasa tidak selesa yang disebabkan oleh minuman keras
Teh Rooibos dapat membantu:
  • Membersihkan sistem darah dari keracunan dan seterusnya melancarkan peredaran darah
  • Membersihkan sistem penghadaman terutama usus besar yang tersimpan kekotoran sisa
  • Membuang lemak dan kolesterol yang berlebihan
  • Bertindak sebagai anti-oksidan yang melindungi sel-sel dari rosak
  • Melambatkan proses tua
  • Membantu mempercepatkan proses khasiat makanan 
Ciri-ciri kesihatan dan data analitik
Program-program penyelidikan saintifik yang dijalankan oleh banyak institusi yang diiktiraf menunjukkan bahawa Teh Rooibos Organik  mempunyai faedah-faedah kesihatan. Antaranya ialah
  • Kaya dengan bahan ‘volatile’, bebas daripada kafein dan mempunyai kandungan tannin yang rendah
  • Membantu bagi perkembangan tulang dan gigi yang kuat
  • Mengandungi elemen-elemen yang menjadikan kulit sihat
  • Mengandungi mangan, penting untuk sistem urat saraf yang sihat
  • Mengandungi besi, kalium, koprum dan bahan galian untuk fungsi-fungsi metabolic
  • Tidak mengandungi asid oxalic dana oleh itu boleh dinikmati oleh mereka yang mengidapi karang buah pinggang
  • Baik untuk bayi yang bermasalah seperti kolik, kembung perut dan ruam lampin
  • Secara klinikal, ia kerap ditetapkan untuk ketegangan urat saraf, alah dan lain-lain masalah perut dan penghadaman
  • Mengandungi lebih daripada 37 anti-oksidan
  • Tidak mengandungi bahan aditif, pengawet dan pewarna dan ia adalah bersih dan suci. Secara umumnya, ia juga menyumbang secara purata kepada usaha untuk memanjangkan jangka hayat hidup manusia 
  • Mengandungi besi,kalium. zink , mangan, kuprum, kalsium, natrium, magnesium dan fluorida.






Rooibos tea juga mengandungi anti-oxida iaitu Superoxide dismutase (SOD), aspalathin, nothofagin, quercetin, rutin, isoquercitrin, orientin, isoorientin, luteolin, vitexin, isovitexin, chrysoeriol, eugenol, caffeic acid, protocatechuic acid, ferulic acid, ascorbic acid, p-coumaric acid, p-hydroxybenzoic acid, vanillic acid dan syringic acid. 

Jika anda menjadikan minuman rooibos tea ini sebagai rutin ia insyaallah membantu
-- menghalang berlakunya penggumpalan platelet dan
oleh itu menjadikan darah sentiasa lebih nipis dan
memperbaiki peredaran darah
-- anti-radang. Diguna untuk rawatan penyakit usus seperti
buasir dan varises esofgeal
-- menghalang penyakit dyskinesia
-- mengawal kandungan kolesterol jahat (LDL)
-- untuk kesihatan saluran darah
-mengurangkan kolesterol
-mengurangkan asid urik
-membantu pemulihan penyakit kulit termasuk ekzema dan prosorosis
- amat sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan
- untuk pesakit kulit , anda boleh mengunakan air rebusan rooibos tea untuk basuhan kulit anda (ekzema)
- serbuk rooibos tea juga sesuai diletakkan diwajah sebagai masker atau sebagai baja tanaman
- tinggi anti oksida dan melambatkan penuaan




Cara Penyediaan
Masukkan 1 uncang Teh Rooibos  samaada didalam mug atau teko.. kebiasaannya kerana saya minum seorang.. saya akan mengunakan uncang rooibos itu selama 2-3hari... selepas mengunakan rooibos tea itu saya akan simpan didalam peti... sehinggalah tiada lagi warna yang keluar dari uncang teh itu... saya hanya minum rooibos tea kosong, tetapi jika anda ingin campurkan dengan madu atau gula perang atau pun lemon.. terpulang pada citarasa masing-masing
.

jenama teh rooibos ini  amat popular dan banyak dijual difarmasi kerana kisah Dr.Nortier yang menjumpai rooibos tea ini di Afrika , anda boleh google untuk mengetahui kisahnya..

Kerana rooibos tea ini adalah produk semulajadi.. krisis pemulihan biasanya akan berlaku dalam 2-3hari bergantung kepada badan masing-masing... samaada kerap kencing atau sebagainya...

Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini.. terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini.. salam sayang dari saya.. love, huge & kiss..

** Rooibos tea dikatakan mengandungi tannin. Ia mengurangkan penyerapan zat besi. Sekaligus ia tidak digalakkan bagi mereka yang menghidapi masalah migrain.

*** terima kasih kepada google atas segala maklumat ini


Isnin, 15 Disember 2014

Blogger : - NUFFNANG NEW CAMPAIGN AGAIN...

Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang...  maaf kerana kesibukkan masa membuatkan saya jarang update blog kebelakangan ini.. tetapi alhamdulillah.. nuffnang dan para follower tetap bertambah ..jutaan terima kasih kepada anda yang sudi dan rajin menjengah blog ini.. juga kepada google.. kerana antara penyumbang utama pelayar-pelayar yang singah belayar di blog saya ini...


hehehe.. 22 campaign ongoing



Baiklah diringkaskan sahaja entry ini .. alhamdulillah.. buka sahaja my account nuffnang.. tengok-tengok ada 22 campaign on going di blog tercinta ini... .. tqvm nuffnang kerana memilih dan sudi bermurah hati menghadiahkan 22 campaign terus kepada saya untuk kali ini..  semua ini kerana berkat terus berblogging walau saya sendiri jarang update blog ini.. walau hanya bermula dengan satu dua kempen sahaja.. sekarang.. berbelas dan berpuluh campaign sentiasa ongoing di my blog... so kepada anda yang baru berblogging dan turut menyertai nuffnang.. sila bersabar ye... kerana saya juga dahulu bermula dari bawah... anda boleh membaca perjalanan saya bersama nuffnang dilink ini http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/10/nuffnang-new-campaign-lagi.html hehehehheh


Sekian sahaja entry untuk kali ini. .terima kasih kerana membaca entry ini ...salam sayang dari saya.. love , huge & kiss..


Jumaat, 21 November 2014

Best Yogurt Drink


Assalammualaikum wbt dan hai kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.. semoga anda semua sihat dan berbahagia selalu. .insyaallah...

Kerana masa yang amat memcemburui kita semua, so hari ini saya hanya sempat untuk sharing mengenai my new favourite yogurt dengan anda semua pembaca blog yang tersayang...


Jika dulu i asyik beli yogurt dari Nestle especially Nestle Bliss... sejak banyaknya kempen boikot product Israel antaranya Nestle.. saya telah sedaya upaya mengurangkan product Nestle dalam kehidupan saya... walau ada juga yang masih saya beli dan gunakan.. hehehheh

minuman yogurt kegemaran saya yang selalu saya minum di pejabat


Diringkaskan cerita.. produk yogurt drink dari Farm Fresh kini adalah range produk berasaskan susu, kegemaran saya kerana ia tiada pewarna (No Colouring), di perbuat dari 100% fresh milk, no preservative dan mengandungi 50 billion probiotik (probiotik adalah makanan prebiotik).. lepas ini saya akan menulis entry kebaikan yogurt kepada tubuh badan kita dan kepentingan probiotik dan prebiotik untuk sistem tubuh kita.. insyaalah..

yogurt yang best... harga standard yogurt biasa - gambar dari facebook farm fresh

So, selepas ini anda boleh bertukar kepada produk Farm Fresh ini.. kerana ia buatan malaysia dan jauh lebih sihat dan bagus dari produk jenama lain..  malah, kini jenama ini turut mempunyai pelbagai pilihan yogurt, fresh milk, latte dan lain-lain lagi.. harganya juga murah setanding harga produk yogurt lain yang telah lama terdapat dipasaran.

antara barisan produk ini - gambar dari facebook farm fresh

**untuk info produk low fat Dikatakan tinggi gula.


Baiklah sekian sahaja entry untuk kali ini.. untuk maklumat lanjut tentang produk ini, anda boleh likes facebook farm fresh di link ini https://www.facebook.com/farmfreshdairyproduce . Salam sayang dari saya, terima kasih kerana membaca entry ini. love, huge & kiss..


buat manggo yogurt sendiri RESEPI MUDAH MANGGO YOGURT

*** Bagi Anda yang mencari produk tubuh asli yang lebih selamat. Saya telah menghasilkan produk SKRUB TUBUH BADAN dari 100%  bahan-bahan alami yang selamat. Ia berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati, memudarkan parut, mencerahkan badan dan menghilangkan bau badan (hanya perah limau nipis didalam bancuhan skrub anda).

Harga ORIGINAL BODY SCRUB ini hanya RM12 sebotol.

Untuk belian Whatapss ke 016 2762636  sekarang.

ORIGINAL BODY SCRUB hanya RM12 sebotol
Saya turut menghasilkan produk snek yang lebih sihat berbanding snek dipasaran sekarang. Ia diperbuat dari emping jagung asli, limpahan pelbagai kacang dan disalut rempah kari asli yang Kaw!!.. Sungguh sedap dan enak. Hanya RM12 sebalang. Hanya Wassap 016 2762636 untuk belian.


Crunchy Flakes hanya RM12 sebalang




Khamis, 13 November 2014

TEMPAT MAKAN BEST DI KUANTAN - PART 17 **** THE LIBRARY CAFE & BAR****



Assalammualaikum wbt dan hai...kepada semua pembaca blog saya yang tersayang.... Maaf diminta jika entry ini seperti melepas batuk di tangga... Ini adalah sambungan dari entry sebelum ini iaitu http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2014/10/tempat-makan-best-di-kuantan-part-16.html

Saya terpaksa meringkaskan entry ini juga tidak sempat menyusun atur gambar kerana mengejar waktu.. please forgive me.. hehehehe




pemandangan luar The Library Cafe & bar

Actually The Library Cafe & Bar ini terletak di Jalan Gambut 1 ,Kuantan..  first time i datang disini adalah ketika my sister belanja sempena my birthday celebration.. bagi saya makanan disini not bad.. especially choc cakenya serius best.. spaghetti dan chicken chop pun memang best.. so sila datang...


pemandangan luar the library cafe



pemandangan luar the library cafe

pemandangan dalam the library cafe

pemandangan the library cafe

antara promotion di sini


meja luar the library cafe


barisan kek dan desert yang ditawarkan disini

Actually The Library Cafe ini terbahagi kepada 2 bahagian.. 1 di bahagian kanan dan satu lagi di bahagian kiri. Dibahagian Kanan anda perlu pergi sendiri ke kaunter untuk order dan bayar.. dan dibahagian kiri pula, waitress akan datang untuk mengambil pesanan ..actually kedua-dua bahagian kiri dan kanan menyediakan menu makanan yang berbeza dan anda boleh membuat pesanan di kedua-dua bahagian.

bahagian kanan library cafe

ice choc blended ini bagi say biasa sahaja.. jus orange pun not bad..

kusyuk menikmati makanan

sorry saya tak ingat nama menu ini tetapi jika tidak silap saya nama menu ini creamy spaghetti cabonara with ham


chicken chop disini memang serius sedap

grill chicken disini pun not bad

grill chicken

masing-masing kusyuk menikmati makanan

sedapnya ice blended choclate

cake disini pun sedap

desert disini serius sedap especially wafflenya
menikmati makanan



creamy spaghetti with ham - sorry lupa nama menu


pun tak ingat nama menu cake ini. .tidak silap choc cake.. serius sedap


oreo  mouse cake - pun lupa nama menu ini ye

waffle disini serius best

Irfan kusyuk menikmati waffle

jika anda kesini anda wajib menikmati wafflenya



Oleh kerana saya tidak menyusun dengan sempurna gambar-gambar dalam entry kali ini.. so ayat yang digunakan pun agak berterabur.. tetapi janji ada gambar hopefully anda semua mudah faham ye.. sorry bebanyak.. lepas ini , insyallah saya tidak buat lagi ye...


antara menu yang dijual disini

my brother , my nephew & my sis kusyuk memilih menu

ini bahagian kanan ye- my sis kusyuk memilih menu

pemandangan luar cafe ini

pemandangan cafe bahagian kanan


pemandangan bahagian luar cafe

actually ketika mula-mula sampai kami memilih meja diluar sahaja.. tetapi lastly kami ubah tempat untuk duduk dibahagian kanan cafe

ini didalam hiasan didalam bahagian kiri cafe - my nephew kusyuk bermain

ini adalah pemandangan bahagian kiri cafe

juga pemandangan bahagian kiri cafe

juga pemandangan dalam bahagian kiri cafe

hiasan dalam bahagian kiri cafe

ice blended choclaate rasanya terlalu biasa

bahagian kanan cafe yang menjual pelbagai jenis dessert dan ice blended

ilham dengan oreo moussenya...

juga pemandangan bahagian kiri cafe


irfan gembira melihat hiasan buku-buku di cafe ini

masing-masing kusyuk menikmati hidangan

firdaus dan irfan memilih set lunch iaitu chicken chop dan chicken grill - set lunch ini beserta soft drink dan fruit platter


Sekian sahaja entry untuk kali ini, jutaan kemaafan kerana entry kali ini "berterabur". terima kasih kerana sudi membaca entry ini... salam sayang dari saya.. .. love , huge & kiss..


**** ini adalah link sambungan entry ini Tempat Makan Best Di Kuantan - MABIQ



**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?

*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?

*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?

*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP.. 

CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.

Order sekarang hanya RM12 sebalang.


Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang

limpahan emping jagung, kekacang enak, dan rempah kari kaw yang sungguh sedap dan enak

CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, Qadeeja 0162762636... tqvm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...