Ahad, 10 November 2013

Tempat Makan Best di KL - Part 5



Sebelum itu jutaan kemaafan saya ucapkan jika entry ini seperti pepatah "melepaskan batuk ditangga".. oleh kerana kesuntukkan masa.. saya hanya boleh meringkaskan sahaja antara tempat makan best di kl untuk rujukan anda kali ini... dont worry.. untuk entry kali ini.. saya akan masukkan tempat makan "berpatutan"  yang boleh dinikmati bersama keluarga seperti yang anda mahukan...



29. D' Laman (Belakang Balai Polis Gombak Setia)

Jika anda inginkan masakan indonesia yang murah dan berpatutan dan masih baru dimasak, serta buka 24 jam. Ini adalah tempat makan pilihan yang bijak. Bagi saya masakan disini biasa sahaja, tetapi ia tetap istimewa kerana mempunyai pelbagai pilihan termasuk nasi dengan lauk popular indonesia ataupun bakso atau pecal dan dihidang panas. Jika anda terlewat makan tengah hari, tidak perlu menunggu petang untuk menikmati masakan panas, kerana masakan disini di hidangkan panas serta sesuai dengan mereka yang berdiet. Harganya juga murah serendah RM5 sahaja.  Ramai pelajar UIA yang saya jumpa selalu makan disini.. so please try.


pandangan hadapan kedai makan ini


disini ada dijual ayam bandar atau ayam kampung dari harga serendah RM5 beserta ulam dan nasi


antara pilihan lauk yang boleh dipilih, harga yang tertulis disertakan dengan nasi, harga yang murah bersaiz kecil dan yang lebih mahal bersaiz besar

disini juga anda boleh memilih pelbagai jenis ikan dan juga udang untuk dimakan dengan sett nasi dan ulam

so sila pilih lauk yang berkenan ye


anda perlu datang ke dapur ini , untuk memilih lauk, baru la tukang masak akan memasak panas-panas


ini set ayam bakar harganya RM8 tambahan RM1 ye coz "bakar" . Rasanya biasa saja.. not bad.. oklah sesuai dengan harganya tapi jika dibandingkan dengan ayam bakar dari "dapur penyet di bandar baru ampang" , bagi saya sedap lagi ayam bakar dari dapur penyet.. ialah harga pun mahal dapur penyet ye...

Ini pula set ayam penyet berharga RM7 - rasanya bagi saya biasa saja.. yang penting ayamnya dihidang panas.. jika dibandingkan dengan ayam penyet wongsolo.. jauhlah sedap ayam penyet wongsolo.. tapi harga pun lebih mahal wongsolo.. apa pun sila try

Dibawah ini adalah pemandangan di kedai makan ini. .sila lihat dan enjoy...





pandangan di kedai makan ini






Bagi mereka yang tidak tahu dimana letaknya Gombak Setia, sebelum pasaraya Ong Tai Kim Gombak, anda akan nampak Balai Polis @ papan tanda Gombak Setia jika anda dari Greenwood atau menghala ke Kuala Lumpur. Selamat Mencuba.



30. Faza Tom Yam, Taman Sri Gombak Fasa 1 (Gerai berhadapan Public Bank , Sri Gombak)

Jika anda mencari Pasta Seafood murah dan sedap, sila pergi ke gerai makan ini. Pasta Seafood disini hanya berharga RM5.00 dan cukup banyak.. disini juga ada dijual makanan western dan masakan panas. Chicken Chop disini juga cukup enak, jika diminta digoreng garing dan mohon diberikan 2 jenis sos.. anda boleh meminta mereka menyediakan 2 jenis sos dengan harga yang sama untuk chicken chop anda iaitu sos mushroom dan blackpeper.. harga chicken chop disini tidak sampai RM10. Masakan panas disini juga enak dan kedai ini dibuka seawal 11am sehingga lewat malam.


bahagian hadapan gerai


ini juga bahagian hadapan gerai ye

kaya sos dan mushroom serta "isi" dan hanya berharga RM5 - sila try
So jika anda datang lepak gombak atau dari kuantan, so anda boleh singgah disini untuk menikmati masakan ini.


31. Delicious ,  Jalan Tun Razak berhampiran Dua Residence

Actually, i last datang makan disini dalam awal tahun 2012, ketika itu i tidak berapa berkenan masakan disini yang tidak menepati taste i.. tetapi ketika belated besday celebration my besday baru-baru ini, my frenz Rima, telah membawa i celebrate disini dan kami memilih set brunch berharga RM17.90 +++ disini... yup! seriusly.. memang sedap dan memenuhi selera i.. .pemandangan di restoran ini juga memang simple & menarik , amat sesuai sekali jika dibuat birthday party disini.. ketika i menikmati hidangan disini juga.. ada bf yang buat surprise besday party buat gf kesayangannya.. so please try...sebelum terlupa, parking disini sekali masuk bayaran rm5 @ rm6.. so make sure anda datang dan makan.. bukan setakat survey lepas itu cancel dan pilih tempat makan lain...heheheheh

Dibawah ini salah satu set brunch set yang dioffer disini... serius best!! please try...






Dessert di bawah ini harga lain... i tak ingat ye nama choclate apa... tapi ok lah not bad...




Lastly , pic bawah ni.. pic i berposing dengan Rima di dalam restoran ini..



Lastly.. bawah ini setakat selingan sahaja ye... jika anda datang KLCC .. anda patut try satu lagi jenis minuman di food court klcc.. selama ini asyik minum coffee bean, starbuck, chatime, coolblog.. apa kata anda try once upon a milk shake... serius best.. rasa susu dan pisang.. i paling suka flavour Nutella... harga minuman disini dalam RM10 above berdasarkan flavour dan size... please try... tagline minuman ini pun menarik "live happily ever after".. hehehhehe



so untuk entry yang akan datang saya akan masukkan tempat makan menarik seterusnya iaitu Ben's KLCC dan fullhouse , wangsa walk dan 2-3 warung yang glamer termasuk nasi budget taman kosas ampang yang berharga serendah rm2.50 sebungkus.. .so nantikan my entry part 6  nanti. .Tqvm kerana membaca entry ini. .salam sayang dari saya.. .luv ! muuahhhhhzz!!1


ini sambungan entry seterusnya http://little-queen-qkhadeeja.blogspot.com/2013/12/tempat-makan-best-di-kl-part-6.html


**** INGINKAN SESUATU YANG LEBIH SIHAT UNTUK KUDAP-KUDAP?

*** MUAK MENIKMATI MAKANAN MANIS DAN TINGGI GULA?

*** PEMINAT KACANG DAN EMPING JAGUNG?

*** RASA KARI KAW! YANG SUNGGUH SEDAP.. 

CRUNCHY FLAKES BY QK di perbuat dari emping jagung asli, dilimpahi pelbagai kacang enak dan diliputi rempah kari Kaw! yang sungguh sedap.

Order sekarang hanya RM12 sebalang.


Crunchy Flakes By QK hanya RM12 sebalang


limpahan emping jagung, kekacang enak, dan rempah kari kaw yang sungguh sedap dan enak

CRUNCY FLAKES .. buatan saya... berminat hubungi dan whatapp saya, Qadeeja 0162762636... tqvm

3 ulasan:

norman berkata...

sedap lunch

https://www.facebook.com/norman.hashim

Tanpa Nama berkata...

Just share, kepada korang yang suka update blog/blogger or update kegiatan harian korang, why not sambil2 tu dpt duit? Saya nak dedahkan rahsia kenapa hanya dgn jadi blogger dah boleh kaya raya~! Panduan Teknik Sebenar Buat Duit Dengan Blog yang sgt berguna untuk semua. klik je pada link picture di bawah ni untuk dapatkan panduan ni.


http://www.buatduitblog.com/hop.php?ref=ashrafsidek

Halimatus S. berkata...

Sedap nya...
ayam goreng+sambal= lalapan in Indonesia
hmmm ^_^

www.duniawisataku.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...